Anda di halaman 1dari 5

DIDIKLAH ISTERIMU WAHAI SUAMI

www.iluvislam.com
leo_luvislam
editor: azzahra_solehah

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga


yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin
untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam
mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah
yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang
amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan
kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk
beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn


sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang
dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah
dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan
kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka
suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah
keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan
pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan


dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi
memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan
ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh
Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah
pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana
Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan
kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada
hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman


damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro
dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang
berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku
pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan
gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah
segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa
bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan
hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir
yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar


wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal.
Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata,
tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah
berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja
dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang
melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para
wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka
atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan
untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak
melepasi sempadan sebagai seorang wanita.
Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap
sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan
oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab
dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun
kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa
yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat
tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala
perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah


menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan
keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum
perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih
mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak
dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan
memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu
perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami
bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah


berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan
yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada
kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu
patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir.
Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk
meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda
diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu
berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun
memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia


adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri
yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan
kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula.
Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan
yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh
umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan


yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya
daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah.
Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-
sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang
disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka
tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah
satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah
bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang
terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala


perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan
perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami
apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila
semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak
menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila
ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila
sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.

Anda mungkin juga menyukai