Anda di halaman 1dari 2

Fahami Kasih Sayang Allah

Posted by YUSSAINE YAHYA

Salam ukhuwwah kerana Allah,

Kasih sayang Allah SWT tiada tolak bandingnya. Kasih Allah


pasti membawa kepada kejayaan dan syurga berbanding
kasih saying manusia yang tidak semestinya membawa
kepada kejayaan dan kebahagiaan. Bahkan kasih saying
yang tidak bertempat akan membawa kehancuran dan
kebinasaan.

Bila seorang ayah atau ibu mengasihi anaknya dengan cara


yang salah maka akan terjadilah seperti yang dipaparkan
oleh Tan Sri P Ramlee di dalam filem ‘Anakku Sazali’.
Sehingga untuk menegur kesalahan pun tidak tahu
bagaimana untuk menyusun ayat agar tidak terguris
perasaan si anak, maka inilah sebab kepada kehancuran
anak itu. Bila tanda kasih adalah dengan mencurahkan
kekayaan dan kemewahan serta menunaikan segala
kehendak si anak, maka akan lahirlah anak yang sombong
dan bongkak.

Allah SWT mencintai hambaNya dengan pelbagai cara yang


sangat mengandungi unsur tarbiyyah dan didikan. Tidak ada
makhluk yang paling dicintai oleh Allah SWT selain daripada
Saiyyiduna Rasulullah SAW. Namun Baginda tidak pernah
sunyi dari ujian, kepayahan dalam dakwah serta kesusahan
dalam kehidupan. Adakah itu semua bermakna Allah SWT
tidak mengasihi Baginda SAW?. Jawabnya tidak sama sekali
tidak!. Rasulullah SAW pernah ditawarkan gunung ganang
Makkan ditukar menjadi emas lalu diberikan kepada Baginda
SAW. Namun Baginda SAW telah menolak tawaran tersebut
dengan penuh adab serta dengan ilham dari Allah SWT.
Sebaliknya Baginda SAW memohon supaya dijadikan
kenyang sehari dan lapar sehari. Semuanya itu adalah
kerana Baginda mahu menjadi hamba yang bersyukur.
Dalam masa yang sama, Allah SWT mendidik sekalian
hambaNya bahawa kesenangan hidup dan kekayaan harta
bukanlah segala-galanya, ia bukan sebab kepada
kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Berapa ramai yang
berputus asa dengan kehidupan dunia dan yang penuh tipu
daya ini dan ramai jua yang telah tenggelam dengan mabuk
dunia hingga hilang jatidiri dan rosaklah kejernihan hati.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah mengingatkan


kita bahawasanya Allah SWT apabila mengasihi hambanya;
maka Allah SWT akan menguji hambaNya itu dengan ujian
serta musibah. Lalu sesiapa yang redha dan sabar, ia akan
terpilih sebagai hamba yang sabar dan bersyukur di sisi
Allah SWT. Terangkatlah ia di sisi Rabbul ‘Alamin sebagai
hamba yang muqarrabin dan dekat denganNya lalu layak
dicurahkan rahmat dan keampunan dariNya.

Sabar dan redha dengan ujian Allah jua menjadi sebab


kepada terhapusnya dosa dan terangkatnya kedudukan dan
darjat di sisi Allah. Semakina berat ujian maka semakin
besarlah pahalanya dan semakin cerah peluang untuk dekat
dengan Allah SWT. Rugilah mereka yang tidak diuji. Lebih
besar kerugian mereka yang tidak sabar dengan ujian. Dan,
siapa kita untuk tidak diuji oleh Allah SWT.