Anda di halaman 1dari 21

Bahasa Melayu

Kamarulizra Bin Mat kasirin

KATA KERJA
Kata Kerja Transitif Pasif :

a) Tidak menggunakan imbuhan dan


menggunakan kata ganti nama diri
pertama dan kedua sahaja.
b) Berimbuhan di- dan menggunakan
kata sendi oleh serta kata ganti nama
diri ketiga.

KATA KERJA
Ayat yang terbentuk daripada perubahan
ayat aktif menjadi ayat pasif dan tidak
menggunakan imbuhan hanya kata ganti
nama diri pertama dan kedua yang boleh
digunakan.
a) Soalan itu saya faham.
(betul )
b) Soalan itu dia faham.
(salah)
c) Soalan itu beliau faham. (salah)
d) Soalan itu mereka faham. (salah)
e) Soalan itu Ammar faham. (salah)

KATA KERJA

Orang tua itu kami bantu. ( betul )


Orang tua itu dia bantu.
( salah )
Orang tua itu mereka bantu. ( salah )
Orang tua itu Athirah bantu. ( salah )

Wang ini patut engkau simpan. ( betul )


Wang ini patut dia simpan. ( salah )
Wang ini patut mereka simpan. ( salah )

KATA KERJA
A) Ayat aktif menjadi ayat pasif dengan
berimbuhan di- serta menggunakan kata
sendi oleh, hanya kata ganti nama diri
ketiga yang boleh digunakan.
Contoh :
Projek itu disiapkan oleh mereka. (betul)
Projek itu disiapkan oleh beliau. (betul)
Projek itu disiapkan oleh Encik Azim.
(betul)

KATA KERJA
Kata kerja yang berimbuhan meN kan
tidak boleh diikuti oleh manusia. Mesti
diikuti oleh benda (objek) atau benda
bukan hidup.
Contoh:
Puan Norhayati menghadiahkan sebuah
buku kepada anaknya. ( betul )
Sultan Perak menganugerahkan sebutir
pingat kepada tentera itu. (betul)

KATA KERJA
Kata kerja berimbuhan meN i mesti
diikuti oleh manusia atau benda hidup.
Contoh :
Encik Ammar menghadiahi anaknya
sebuah basikal. (betul)
Hakim menjatuhi penjenayah itu hukuman
penjara selama lima tahun. (betul)

KATA GANTI NAMA DIRI


1) Aku , awak dan engkau = tidak boleh
digunakan semasa bercakap dengan:

Orang yang lebih tua


Orang yang dihormati
Orang yang belum mesra dengan kita.
Dalam majlis rasmi dan surat-menyurat.

Contoh :
Aku hendak ke bandar, kata Nadiah
kepada ibunya. ( salah )
Saya hendak ke bandar, kata Nadiah
kepada ibunya. ( betul )

2) Engkau , mu dan nya yang merujuk


kepada Tuhan = huruf awalnya hendaklah
ditulis dengan huruf besar.
Contoh :
Ya Allah, kepada engkaulah aku berserah.
(salah)
Ya Allah, kepada Engkaulah aku berserah.
( betul )

3) Beliau = tidak boleh digunakan


apabila bercakap tentang:
i) penjahat
ii) kanak-kanak
iii) binatang.

4) Ia dan mereka = hanya untuk manusia

Contoh 1:
i) Minumlah susu kerana ia mengandungi
banyak kalsium. ( salah )
ii) Minumlah susu kerana susu
mengandungi banyak kalsium. ( betul )

Contoh 2 :
iii) Janganlah dianiaya kucing-kucing itu
kerana mereka juga ingin hidup.( salah )
iv) Janganlah dianiaya kucing-kucing itu
kerana kucing-kucing juga ingin hidup.(
betul )

5) Ku dan kau = tidak boleh digunakan


sebagai permulaan ayat.
Contoh :
i) Ku telah terpedaya dengan janji
manisnya. ( salah )
ii) Aku telah terpedaya dengan janji
manisnya. ( betul )

KATA GANTI NAMA


TANYA
1) Partikel kah = tidak boleh digunakan
pada kata tanya yang berada pada akhir
ayat.
Contoh :
i) Di dalam kotak itu apakah? ( salah )
ii) Di dalam kotak itu apa? ( betul )

KATA GANTI NAMA TIDAK


TENTU
Kata Ganti Nama tidak tentu = Apa-apa ,
siapa-siapa , bila-bila dan mana-mana
mempunyai maksud yang berbeza dengan
apa , siapa , bila dan mana.
Contoh :
i) Apa yang kamu buat saya akan ikut.
(salah)
ii) Apa-apa yang kamu buat saya akan
ikut. (betul)

KATA BILANGAN
* Kata Bilangan Tentu mesti diikuti
penjodoh bilangan.
Cth:* Yusof membeli lima durian di pasar
malam.( salah )
* Yusof membeli lima biji durian di pasar
malam. ( betul )
Kata Bilangan Himpunan mesti diikuti
penjodoh bilangan.
Cth: Kedua-dua pemuda itu telah ditangkap oleh
pihak polis. ( salah )