Anda di halaman 1dari 18

MINGGU 5

JENIS PENILAIAN BAHASA


PEMBENTANG:
NURSYAKILA BINTI ROSLI
SHAHRUL NIZAR BIN REDUAN
SITI ASMAH BINTI MAHMUD

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ujian Formatif
Ujian Sumatif
Ujian Bakat
Ujian Pencapaian
Ujian Kefasihan
Ujian Kemajuan

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk


menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke
semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini
dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah
untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Ujian
Sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh
taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk
memberi markah atau gred kepada seseorang murid
supaya dapat membandingkannya dengan markah
murid lain dalam kumpulannya.

UJIAN FORMATIF
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk
menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari
semasa ke semasa sepanjang pembelajaran
mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus
diadakan dan tujuannya ialah untuk
mempercepatkan proses pembelajaran.

Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru


untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau
subkemahiran bahasa yang telah diajar.
Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu
kemahiran atau subkemahiran atau sesuatu aspek
bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang
pendek seperti mingguan atau bulanan.
Ujian formatif bertujuan untuk menguji
kemahiran murid dalam penguasaan sesuatu
subkemahiran bahasa

UJIAN SUMATIF
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan
secara menyekuruh taraf pencapaian murid di
akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama
penilaian jenis ini ialah untuk memberi
markah atau gred kepada seseorang murid
supaya dapat membandingkannya dengan
markah murid lain dalam kumpulannya.

Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji


pencapaian murid dalam beberapa kemahiran
bahasa yang telah diajar secara jangka masa
panjang seperti selepas satu semester atau
selepas setahun persekolahan.
Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif
murid.
Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan
pelaporannya pula adalah berbentuk jumlah skor.

PERBEZAAN
(UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF)
UJIAN FORMATIF

PERBEZAAN

UJIAN SUMATIF

Sebagai maklumbalas
kepada pelajar dan guru
untk mengetahui
kelemahan serta kemajuan

FUNGSI

Pensijilan/pengredan

Sepanjang pengajaran

MASA

Pada akhir unit/kursus

Kognitif, psikomotor,dan
afektif

PENEKANAN

Kognitif

Terhad kepada tugasan

SIFAT

Beraneka jenis

Berubah-ubah

KESUKARAN

Senang kepada sukar

Dibentuk khas

ALAT

Peperiksaan akhir tahun

Rujukan Kriteria

JENIS UJIAN

Rujukan Norma

Gagal/lulus

PELAPORAN

Jumlah skor

UJIAN BAKAT
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah
prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran
atau kemahiran bahasa asing yang akan
dipelajarinya.

Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang


pelajar dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus
pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.
Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi seseorang
pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang
akan dipelajari.
Ia melibatkan data-data bahasa yang artifical yang
mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik,
tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainnya.
Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru
memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar
yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan
cepat.

UJIAN PENCAPAIAN
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai
ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi
setelah kursus tamat dan tujuannya ialah
untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan
untuk menilai kemajuan murid dalam
pelajarannya dan juga untuk mengukur
pencapaian murid secara menyeluruh.

Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar


telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran
yang telah diajar kepada mereka.
Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan
dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus
atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau
mengikut penggal atau semester persekolahan.
Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan
penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan
pelajaran.

UJIAN KEFASIHAN
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan
tahap mengetahui dan menguasai sesuatu
bahasa. Digunakan untuk menempatkan
seseorang dalam kumpulan pembelajaran
yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan
mereka.

Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat


mana murid mengetahui dan menguasai sesuatu
bahasa secara keseluruhan.
Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian
kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi
pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global
(umum) pada bahasa yang dipelajari murid
terbabit.
Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan
seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang
sesuai dengan kebolehannnya.

Ia dinilai dari segi :


Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan
jelas.
Intonasi dan nada yang betul.
Pemilihan ungkapan yang betul.
Mimik muka yang jelas sesuai untuk
membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
Posisi tubuh yang betul.
Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan
berhenti untuk menyerap perkataan).

UJIAN KEMAJUAN
Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik
darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur
dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah
menguasai bahan/perkara perkara yang
diajar tentang 1 tajuk tertentu.

Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah


adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai
oleh guru kelas sahaja.
Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran,
program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan
pengetahuan yang ingin diuji.
Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana
murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkaraperkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui
dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga
kemajuan darjahnya secara keseluruhan

ALAT PENILAIAN UJIAN


UJIAN KEFASIHAN
UJIAN KEMAJUAN
UJIAN BAKAT

Anda mungkin juga menyukai