Anda di halaman 1dari 8

JENIS PENILAIAN BAHASA

Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan dan ujian bakat.
i.

Ujian Kefasihan

Alatan penilaian yang sesuai digunakan bagi menilai murid-murid dalam


ujian jenis ini ialah aktiviti mendeklamasikan sajak patriotik.

Guru akan menyediakan sebuah teks atau sajak sebagai bahan atau
alatan penilaian.

Guru mengkehendaki murid-murid mendeklamasikan sajak secara


individu (secara mekanis atau bersuara) di hadapan kelas.

Guru akan membuat penilaian dengan memberi fokus kepada kefasihan.


a) Kumpulan sasaran
b) Tujuan
Menilai kebolehan murid-murid menyebut dan membaca
sesuatu perkataan itu dengan betul dan jelas.
Menilai kebolehan murid-murid untuk menggunakan intonasi
dan nada yang betul.
Mengelakkan murid-murid daripada terus menggunakan dialek
mengikut tempat masing-masing.
c) Aspek yang dinilai
Sebutan yang betul dan jelas
Intonasi dan nada yang betul dan tepat
d) Bahan/alatan
Petikan sajak

Contoh 1
MENYAMBUT MERDEKA

MENYAMBUT MERDEKA
Sambutannya berulang lagi
saban tahun ia kembali
keranamu Malaysia aku di sini
menabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megah


sana sini mencipta indah
namun segelintir tiada endah
satukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercinta


pejuang bersusah untuk merdeka
jangan siakan apa yang ada
sayangilah tumpah darah kita.

Contoh 2
POKOK BANGSA

POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA


Anak merdeka alaf baru!
antara bunga mimpi dan tragedi
dalam membina generasi globalisasi
bukanlah semudah mencipta
cerita kosong di kedai kopi
atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.

Anak merdeka alaf baru!


tanamlah, semailah, bajailah
anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi
demi generasi dan agama
mentafsir wawasan membina jati diri
meraih akar dalam tunjang diri
menegak pepohon yang merendangkan
dedaun semangat.

Anak merdeka alaf baru


siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.

ii.

Ujian Kemajuan

Alatan penilaian yang sesuai digunakan bagi menilai murid-murid dalan


ujian jenis ini ialah aktiviti Membina Kitaran Hidup Rama-Rama .

Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam bentuk kumpulan.

Guru menayangkan video kitaran hidup rama-rama terlebih dahulu.

Guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.


a) Kumpulan sasaran
b) Tujuan
Mengukur dan menilai kemampuan murid-murid dalam
menguasai bahan atau perkara berdasarkan sesuatu tajuk yang
telah dipelajari.
Memupuk semangat kerja berpasukan bagi mengembangkan
idea.
c) Aspek yang dinilai
Kefahaman murid terhadap tajuk yang telah dipelajari
Kekuatan daya ingatan murid
d) Bahan/alatan
Kad manila
Pen marker

Contoh 1
Kitaran Hidup Rama-Rama

a. Telur rama rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder,
mempunyai sangkar yang amat halus dan lain lain struktur
mikroskopik. Rama rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan,
atau objek objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber
makanan untuk beluncas.
b. Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing.
Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok tompok yang
menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan akan duri duri
halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran.
Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau
lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.
c. Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu
tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga
dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia
sama dengan warna persekitaran.

d. Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama rama atau kupu - kupu
yang berwarna warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh
bergerak bagi spesis rama rama. Peringkat dewasa melalui proses
memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama rama atau kupu
kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau
mengkoloni sesuatu habitat tertentu.

Contoh 2
Kitaran Hidup Katak

a. Peringkat 1 Telur (Frog spawn)


Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telurtelur katak
melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur
berpuluh puluh sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi
untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya. Telur katak dilindungi dan
dikelilingi dengan struktur seperti agaragar dan agak licin. Katak betina tidak
akan menjaga telurtelurnya selepas bertelur.
b. Peringkat 2 Berudu (tadpoles)
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang
agar agar dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia
menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam

air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air
yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini
dipanggil alga.
Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati,
dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu
juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala
berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.

c. Peringkat 3 - Berudu mula berubah


Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti
dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya
yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru paru mula berkembang, untuk
membolehkan katak hidup di darat. Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke
permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk
mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuhtumbuhan dan haiwan
yang reput.
d. Peringkat 4 Hampir jadi katak (Froglet)
Lamakelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan
kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan
kaki membesar. Paruparu semakin menjalankan fungsinya.
e. Peringkat akhir Katak (Frog)
Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang
mempunyai paru- paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih
banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang
kecil ini mula memakan serangga. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan
mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

iii.

Ujian Bakat

Alatan penilaian yang sesuai digunakan bagi menilai murid-murid dalam


ujian jenis ini ialah aktiviti nyanyian lagu yang bertemakan kemerdekaan
Joget Malaysia.

Aktiviti ini sesuai dilaksanakan kepada murid-murid yang berbangsa Cina,


India atau sebagainya bagi menilai tahap penguasaan mereka terhadap
mata pelajaran Bahasa Melayu.
a) Kumpulan sasaran
Murid-murid SJK (C) atau SJK (T)
b) Tujuan
Mengesan bakat seseorang pelajar dalam menguasai bahasa
asing sama ada secara khusus atau secara keseluruhan.
Menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau
kemahiran bahasa asing yang dipelajari.
c) Aspek yang dinilai
Sebutan yang betul dan jelas
Intonasi dan nada yang betu serta tepat
Kefasihan dalam berbahasa
d) Bahan/alatan
Lirik lagu
Bahan audio