Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum
Tajuk Jurnal

:
:
:

1/12
Minggu Pertama (26 Januari 29 Januari 2014)
Minggu Pertama di SK Tengku Mahmood 2

Pada hari pertama, saya bersama rakan saya telah melapor diri di Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmood 2 iaitu pada pukul 6.50 pagi lagi bersamaan 26
Januari 2014. Setelah kami tiba di SK Tengku Mahmood 2 ini, kami terus
menyertai perhimpunan pagi yang kebiasaannya pada hari ahad pagi. Selepas
selesai perhimpunan. Kami semua diberi taklimat di bilik guru besar. Semua guruguru mengucapkan sekalung terima kasih kerana sudi membuat praktikum di
sekolah ini. Kemudian, kami semua mendengar taklimat daripada PGK 1, PGK
Kokurikulum dan GPK HEM. Kami semua mengucapkan terima kasih kepada guru
kerana memberikan kerjasama kepada kami pada hari pertama. Kami semua
belum mendapat jadual untuk hari pertama kerana pihak sekolah membanarkan
kami berjalan-jalan melihat keliling sekolah dahulu sebelum bermulanya sesi

Pada hari berikutnya bersamaan 27 Januari, Kami semua diberi taklimat oleh Guru
Pembimbing kami iaitu Puan Nurhasikin Binti Ibrahim. Kami semua mendengar
taklima tentang jadual waktu, penggunaan bilik Kemahiran Hidup dan sebagainya.
Selepas itu, kami diberi jadual waktu oleh GPK 1. Kami telah mendapat 6 masa
untuk mengajar Kemahiran Hidup dan 4 masa untuk Bahasa Malaysia. Setelah
selesai mengenai jadual, kami diberi peluang untuk melawat Bilik Kemahiran Hidup
pada aras bawah.

Pada minggu ini, kami mula masuk ke kelas mengikut jadual yang telah siap
digubal. Pengajaran masih dalam pengenalan, oleh itu objektif tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya. Pada minggu ini juga, kami telah dilawati oleh
pensyarah pembimbing, iaitu En. Naaisham untuk kali pertama sebagai PraPenyeliaan pada hari Selasa 28 Januari 2014.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

.............................................

.............................................

Nama

Nama

.............................................

.............................................

Tarikh

Tarikh

.............................................

.............................................

Anda mungkin juga menyukai