Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

48

Minggu Praktikum

Minggu Keempat

Tarikh Peristiwa / Kejadian

19 Ogos 2013 23 Ogos 2013

Tajuk Jurnal

Kawalan kelas Murid Tahun 5

MASALAH
Minggu pertama yang lalu adalah mengenai masalah kawalan kelas yang longgar
ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun, kawalan kelas saya semakin
baik apabila sudah masuk 2 himgga 3 kali di dalam kelas yang sama. Minggu ini pula saya
berhadapan dengan masalah murid tahun 5. Apa yang saya ingin ketengahkan ialah
kawalan kelas bagi murid tahun 5 adalah berbeza daripada murid tahap yang lain. Saya
juga mempunyai masalah dengan penyampaian isi pelajaran kepada murid tahun 5 ini.
ANALISIS MASALAH
Saya sudah membincangkan dengan guru guru seniur di sekolah ini, hasil dapatan
saya dalam perbincangan ini adalah yang tersenarai dibawah :

Murid tahun 5 mengganggap mereka adalah murid kedua senior dan paling lama
dalam sekolah ini, jadi mereka lebih suka membuat kerja sendiri dan susah
mengikut arahan guru.

Murid tahun 5 ini tidaklah begitu cemerlang dalam akademik, namun mereka juga
tidak gah dalam bidang sukan kecuali ada 3 4 orang sahaja.

Murid yang tidak cemerlang dalam akedemik dan sukan inilah yang menjadi
penghalang kepda rakan rakan lain untuk mengajar. Hasil pemerhatian saya,
murid yang gah dalam sukan bukan penghalang kepada kejayaan didalam kelas,
namun, mereka mudah bergaul dengan rakan yang suka berbual.

Hasilnya, wujud satu atau dua kumpulan murid yang memang akan mengganggu
pembelajaran didalam kelas dimulai dengan murid yang suka berbual tersebut.

Murid tahun 5 juga dilihat berlagak dan susah untuk mengikut arahan guru
walaupun dengan guru senior.

CADANGAN
Untuk aktiviti murid, saya mencadangkan agar :

Mendekati murid yang cemerlang dalam bidang sukan supaya mereka tidak terlibat
dengan rakan yang suka berbual. Saya menggunakan arahan yang jelas iaitu
menubah tempat duduk mereka.

Sentiasa memanggil nama murid yang suka berbual supaya mereka lebih rasa
diperhatikan oleh guru.

Banyak menggunakan aktiviti berpusatkan murid dan elakkan dari memberi


penerangan yang panjang lebar tentang sesuatu isi pelajaran untuk mengelakkan
kebosanan.

Perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira dan sentiasa
bekerja bagi mengelakkan mereka berbual semasa sesi pengajaran itu berjalan.

Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid
tentang isi pelajaran yang diajar seperti menyanyi dan gerak geri yang mempunyai
unsur unsur kecindan.

TINDAKAN SUSULAN
Semua masalah ada penyelesaiannya, oleh yang demikian, saya cuba
membanyakkan dan mempelbagaikan aktiviti muris supaya saya dapat mengetahui gaya
dan cara murid saya belajar. Saya juga akan lebih menumpukan kepada aktiviti
berpusatkan murid dan menyematkan aktiviti cabaran kepada murid tahun 6 ini. Ini kerana
mereka akan lebih berusaha jika tercabar dengan rakan rakan yang lain. Saya cuba
mencari pendekatan yang sesuai walaupun dalam tempoh yang sedikit ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Anda mungkin juga menyukai