Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN KHAS

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Yang dihormati, Encik Sahimi bin Mohamad, Guru Besar SK Nanga Stras, semua
Penolong Kanan, semua guru serta murid yang dikasihi sekalian.
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Dengan ini majlis menjemput adik Aiman Nasriq B. Jalani untuk memimpin bacaan
doa. Majlis mempersilakan.
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Seterusnya, hadirin sekalian diminta untuk berdiri
tegak bagi sama-sama menghormati dan menyanyikan dua buah lagu iaitu Lagu
Kebangsaan dan Lagu Kebesaran Negeri Sarawak. Untuk makluman hadirin
sekalian, setiap murid telah dibekalkan dengan lirik lagu Ibu Pertiwiku dan Lagu
Sekolah. Anda diminta untuk menyanyikan lagu dengan betul seperti lirik yang telah
diedarkan. Dipersilakan.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput gabungan pelajar dari Tahun 3, 4 dan 5
untuk membuat persembahan pada minggu ini. Majlis mempersilakan.
Tahniah di atas persembahan yang ditunjukkan sebentar tadi. Kita teruskan dengan
persembahan kedua iaitu daripada wakil pelajar Islam. Dipersilakan.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada sampannya,
Tang lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Kita teruskan lagi acara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Cikgu Abg Sufiandi bin Abg Suhaili, Penolong Kanan HEM untuk
menyampaikan ucapan beliau berkenaan Pengenalan Tentang Aedes dan Denggi.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Saat yang dinantikan, majlis menjemput Encik Sahimi bin Mohamad, Guru Besar SK
Nanga Stras untuk menyampaikan amanat beliau. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput adik Christina Lika untuk mengetuai bacaan ikrar
murid. Dipersilakan.
Mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini, sekali lagi dijemput hadirin untuk berdiri
bagi menyanyikan lagu sekolah. Hadirin dijemput berdiri.
Dengan itu, berakhirlah sudah perhimpunan kita pada pagi ini. Kami akhiri majlis kita
dengan dua rangkap pantun.
Dari Kedah ke pekan Sari,
Beli suasa di kota tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai