Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU TIGA

(21 25 JULAI 2014)

ISU / MASALAH

Pada minggu ini, permasalahan yang saya hadapi adalah


berkenaan isu kawalan kelas semasa aktiviti berkumpulan
dijalankan. Murid berpotensi untuk berada di luar kawalan
kerana

mereka

berada

dalam

kumpulan

dan

ini

menyebabkan kelas menjadi bising.

ANALISIS

Masalah ini timbul apabila murid berada di dalam kumpulan


dan potensi unutk mereka berbual tentang perkara di luar
pengajaran adalah tinggi. Selain itu, selalunya aktiviti
kumpulan

akan

dimonopoli

oleh

golongan

yang

memonopoli dan murid yang introvert kurang mengambil


bahagian. Jadi, mereka berkemungkinan untuk ketinggalan
adalah tinggi.

CADANGAN /

Tindakan yang telah saya lakukan adalah menggunakan

TINDAKAN

kaedah peneguhan TOKEN. Sistem TOKEN yang saya


gunakan adalah mengikut individu di dalam kumpulan.
Misalnya salah seorang murid menjawab soalan yang
ditanya dengan tepat, dia akan menerima token yang akan
diberikan kepada kumpulannya. Jadi, jika salah seorang
ahli kumpulan tidak memberi kerjasama perkara yang
sebaliknya akan terjadi yang mana saya akan menarik
kembali token yang telah diberikan. Pada akhir praktikum
nanti, kumpulan yang mengumpul paling banyak token
akan menerima peneguhan berupa hamper yang akan saya
sediakan.

KESIMPULAN /

Sistem TOKEN ini telah saya aplikasikan dalam kelas 3

REFLEKSI

Bestari

kerana

semasa

aktiviti

berkumpulan,

murid

kelihatan tidak memberi kerjasama dan mengundang


kebisingan.
bekerjasama

Mereka
di

juga

dalam

kerap
kumpulan.

kali

tidak

Maka,

mahu
dengan

penggunaan sistem TOKEN ini telah mencetus rangsangan


kepada mereka untuk bekerjasama dan mengurangkan
kebisingan semasa perbincangan.

Anda mungkin juga menyukai