Anda di halaman 1dari 10

Membezakan Peranan Pendidik Dan Ibu Mendidik Kanak-Kanak Taska

Pendidik di taska perlu lebih objektif daripada ibu. Ibu lperlu ebih spontan daripada pendidik taska.
Peranan ibu untuk bertindak lebih mesra dan keakraban pada anaknya dan tidak perlu bimbang
terhadap kesan setiap tindakannya. Pendidik di taska perlu lebih memberi tumpuan dan menyampaikan.
Pendidik perlu mempunyai matlamat yang jelas dan merancang aktiviti secara bersistematik untuk
meningkatkan bidang khusus perkembangan kanak-kanak.
Peranan Pendidik Sebagai Ibu Bapa Di Taska
Pendidik awal kanak-kanak berperanan sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak tetapi mereka bukanlah
ibu bapa, mereka tetap sebagai pendidik. Ibu dan pendidik perlu berbeza tahap perapatan terhadap
kanak-kanak. Ibu perlu lebih bias atau berat sebelah tumpuannya dan berfikir anak mereka adalah insan
yang terhebat dan teristimewa di dunia. Manakala pendidik pula perlu menghargai kanak-kanak tetapi
dengan cara yang lebih realistik. Pendidik perlu lebih objektif untuk membuat pemerhatian dan menilai
kanak-kana secara realistik dan berkerja dengan kanak-kanak bukan sahaja secara individu tetapi juga
dalam kumpulan. Pendidik perlu ingat difikirannya sentiasa seimbang antara keperluan individu dan
keseluruhan kumpulan.

Peranan Pendidik Memupuk Perkembangan Kanak-Kanak


Pendidik di taska khususnya berperanan memupuk perkembangan kanak-kanak kecil kerana usianya
yang masih memerlukan penjagaan sebagaimana peranan ibu bapa di rumah. Program pendidikan di
taska selalunya menyediakan trasisi pertama dari rumah kepada dunia yang lebih luas lagi. Pendidik
memainkan peranan penting dalam membantu ibu bapa dan kanak-kanak untuk berjauhan antara satu
sama lain. Sebenarnya pendidik di taska merupakan orang dewasa yang pertama di luar rumah yang
bekerja dengan keluarga dan mempunyai hubungan dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Oleh yang
demikian peranan pendidik melibatkan bekerja dengan ibu bapa dan juga kanak-kanak termasuk
membantu ibu bapa untuk menangani perpisahan sewaktu kanak-kanak di tinggalkan dan memahami
dan mengaitkan dengan kanak-kanak secara konstruktif. Peranan pendidik di taska perlu
mententeramkan kanak-kanak untuk berasa selamat sewaktu dalam jagaannya.
Peranan Guru Melibatkan Keseluruhan Perkembangan Kanak-Kanak
Secara umuymnya dipersetujui pada hari ini pendidik awal kanak-kanak perlu terlibat dalam semua
bidang perkembangan kanak-kanak iaitu sosial, emosi, intelektual dan fizikal. Peranan guru melibatkan
pelbagai aneka di taska dan tadika. Perihatin dengan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek
terutama dalam program awal pendidikan sebab kanak-kanak ini terlalu lemah dan tidak berpengalaman
berbanding dengan kanak-kanak yang sudah belajar secara formal di darjah satu dan seterusnya.

Peranan Guru
Dimensi pertama profesional mendidik awal kanak-kanak perlu dilihat isu penting peranan guru. Istilah
peranan (role) merujuk kepada harapan (exepectation) yang dibuat oleh orang ramai sebab guru
memegang kedudukan tertentu dalam masyarakat. Sebenarnya kerjaya guru awal kanak-kanak bukan
suatu yang kecil diambil mudah. Sebaliknya harapan bersama dengan peranannya yang banyak, pelbagai
dan kadangkala bertentangan (contradictory). Kebanyakan orang bersetuju bahawa kerjaya pendidik
awal kanak-kanak adalah untuk membantu kanak-kanak belajar dan membesar. Namun perkara khusus
guru diharapkan untuk memenuhi matlamat bergantung kepada perdebatan. Terdapat perbezaan
pendapat yang berbeza apa yang perlu kanak-kanak belajar dan lakukan semasa di sekolah
(taska/tadika). Ada yang berpendapat guru lebih pentiang mengajar fakta dan kemahiran selain berfikir
dan penyelesaian masalah. Bagaimana pun masih ada yang percaya perkembangan intelektual tidak
penting untuk awal kanak-kanak beranggapan kanak-kanak perlu belajar menyesuaikan diri dengan
orang lain dalam kumpulan dan merasa selesa tentang dirinya sebagai manusia dan sebagai pembelajar.
Memahami Guru Sebagai Profesional
Profesion adalah pekerjaan yang memerlukan pendidikan lanjutan (advance) dan latihan yang
khusus.khusus. Terdapat beberapa cara untuk melihat profesion. Dalam kontek profesion pendidikan
awal kanak-kanak boleh dilihat menerusi enam kriteria seperti berikut:
1.

Pengetahuan yang khusus dan kepakaran.

2.

Latihan yang berterusan dan mempunyai syarat kelayakan kemasukan yang ditetapkan.

3.

Kod etika.

4.

Amalan piawaian.

5.

Aoutonomi.

6.

Komitmen yang signifikan kepada nilai sosial.

Memahami Guru Sebagai Seorang Insan


Guru pendidikan awal kanak-kanak merupakan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri (personaliti)
kuasa pengaruh yang berkesan cara mereka berhubung dengan kanak-kanak, orang dewasa dan cara
kelakuan mereka di bilik darjah. Personaliti termasuklah kualiti trait pada pemikiran, tingkahlaku dan
emosi. Kesannya kanak-kanak akan menjadikan guru sebagai model yang terdekat dengannya.
Apakah Yang Menjadikan Hari Terbaik Untuk Kanak-Kanak?
Program yang terbaik memperlihatkan kelainan dalam banyak aspek termasuklah falsafah, teknik
pengajaran dan kandungan program. Kanak-kanak merasa seronok sepanjang di taska atau tadika
dengan program yang menarik dan bermanfaat kepada perkembangan kanak-kanak. Setiap

perancangan di taska mempunyai falsafah dan teknik pengajaran yang akan diamalkan oleh guru.
Kandungan program sesuai dengan keupayaan dan kesediaan kanak-kanak sesuai dengan tahap usianya.
Kurikulum Menegak
Kurikulum menegak (vertical) dibina pada pengalaman yang disediakan oleh perkembangan mendatar
dan mengunakan kandungan fakta sebagai medium untuk melatih kemahiran berfikir. Sebagai contoh,
semasa kanak-kanak belajar tentang burung guru boleh membina konsep kumpulan dengan
menyediakan gambar untuk dipilih atau model burung pelbagai kategori sambil bertanya kepada kanakkanak,"Bagaimana kamu tahu benda ini burung? Adakah kapalterbang itu burung? Adakah layang-layang
juga burung? Adakah merbok itu burung? Perancangan perlu berhati-hati dalam memberi pengalaman
yang jelas apa yang akan dilakukan oleh kanak-kanak dan jenis kemahiran konsep yang hendak
dihubungkan. Guru perlu mengambil bahagian bersama kanak-kanak secara aktif bukan sahaja membina
pembelajaran tetapi juga bercakap dengan kanak-kanak semasa mereka menggunakan bahan dengan
mengemukakan soalan yang menggalakkan mereka berfikir.
Kurikulum Mendatar
Kurikulum mendatar (horizontal) menyediakan peluang kepada kanak-kanak pengalaman sebenar.
Misalnya kanak-kanak berminat mengetahui burung. Banyak pengalaman sebenar yang boleh dilakukan
oleh guru dengan pelbagai aktiviti mendalami pengetahuan tentang burung. Sangkar burung, sarang
burung, telur burung, pemakanan, anak-anak burung, kehidupan burung, bunyi burung, lawatan ke
taman burung, membacakan buku tentang burung. Pengalaman sebegini biasanya disampingkan dengan
pembelajaran bahasa untuk mengenalpasti dan melabel pelbagai aspek pengalaman.
Kurikulum Spontan Pembelajaran Kognitif
Apabila guru membina kurikulum spontan hendaklah mengambil apa sahaja yang diutarakan oleh kanakkanak pada masa itu dan bina pengalaman pada perkara tersebut. Contohnya jika kanak-kanak
membawa belalang ke tadika, guru boleh melukis atau mendapatkan buku berkaitan belalang untuk
membantu pelajaran lebih luas berasaskan belalang. Kurikulum spontan adalah releven dengan minat
yang datangnya daripada kanak-kanak. Mengunakan idea kanak-kanak memupuk perasaan kanak-kanak
secara individu.
Membina Kurikulum Kognitif
Terdapat tiga langkah membina kurikulum kognitif yang perlu diberi pertimbangan jika modelnya
memberi kesan yang maksimum. Pertama, mengunakan sepenuhnya cadangan spontan dan minat yang
datang daripada kanak-kanak. Kedua, pengembangan secara horizontal minat kanak-kanak menerusi
penambahan maklumat dan pengalaman. Ketiga, perkembangan kurikulum secara vertikal yang
memberi peluang untuk diamalkan terhadap keupayaan pembentukan sesuatu konsep yang jangka
panjangnya akan meningkatkan kecekapang intelektual.

Membina Keupayaan Pembinaan Konsep


Biasanya guru mengajar dan memberi fakta kerana mereka tidak pasti terhadap proses pembinaan
konsep. Contohnya guru memberi fakta warna dan nama bentuk agar kanak-kanak lulus dalam ujian jika
guru memberi informasi tersebut. Peranan guru sebagai pemberi maklumat dan fakta tidak lagi sesuai,
kanak-kanak sepatutnya diajar membina pembentukan konsep dan proses yang melibatkan fakta
daripada memberi penekanan semata-mata pada fakta itu sendiri.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:23 AM No comments:
Friday, July 19, 2013
Pembelajaran Kognitif Seiring Dengan Bahasa
Jadikan bahasa sebahagian daripada pembelajaran kognitif yang hanya tertumpu kepada pelajaran
kognitif semata-mata sahaja. Guru memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep dan
perkembangan mental. Caranya dengan mengabungkan bahasa dengan pengalaman, menambah
perkataan yang mana kanak-kanak tidak berupaya menyatakan sendiri atau menyoal membawa kanakkanak berfikir sesuatu supaya lebih jelas.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:03 AM No comments:
Thursday, July 18, 2013
Pembelajaran Kognitif Disebatikan Dengan Pengalaman Afektif
Pembelajaran kognitif kebiasaannya tidak disebatikan dengan emosi. Oleh itu pengalaman emosi perlu
sebagai tambahan dalam keseronokan perlu disertakan dalam pembelajaran kognitif. Perasaan dan
pengalaman sosial menjadi asas sebahagian daripada pembelajaran kongnitif. Pendidikan yang baik
menerima dan menangani dengan perasaan. Contohnya masa mempelajari anak-anak haiwan atau
cuaca boleh diselitkan pengalaman emosi. Begitu juga kemahiran sosial boleh berlaku semasa
pengalaman pembelajaran kognitif.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:17 AM No comments:
Wednesday, July 17, 2013
Seronok Bersama Pengalaman Kanak-Kanak
Guru perlu merasa seronok bersama dengan kanak-kanak menerusi pengalaman yang dilalui untuk
mengekalkan minat kanak-kanak belajar kognitif. Pembelajaran kognitif bukan sesuatu perkara yang
serious, tidak boleh main-main atau pelajaran yang amat menakutkan. Pelajaran kognitif ini adalah
tempat untuk seseorang mengalami termasuk kegembiraan dan kecindan apabila guru bersama kanakkanak, dia hendaklah merasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Guru yang boleh berkongsi
keseronokannya dalam pembelajaran dengan kanak-kanak di bawah jagaannya menjadikan sumbangan
yang tidak ternilai kepada kepuasan kanak-kanak.

Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:23 AM No comments:


Tuesday, July 16, 2013
Ringkas Dan Tidak Merasa Tertekan
Setiap episod pengajaran hendaklah ringkas supaya kanak-kanak tidak merasa tertekan daripada
melakukan tugasan yang panjang. Adalah lebih baik berhenti sebelum tertekan dan membosankan
berlaku. Oleh itu berhenti pada masa yang sesuai boleh menjadikan kanak-kanak ingin datang lagi untuk
belajar. Guru perlu mengenalpasti tanda tekanan pada kanak-kanak kerana tingkahlaku adalah tanda
aras masa untuk berhenti bahawa aktiviti perlu diubahsuai kepada yang lebih menarik dan sesuai
dengan tahapnya. Tanda-tanda kanak-kanak tertekan seperti menghisap jari, tidak menumpukan
perhatian, keletihan, memutarkan atau mengaru rambut di kepala, menimbulkan masalah dan
sebagainya.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 5:39 AM No comments:
Monday, July 15, 2013
Membaca Atau Menghafal?

Seorang guru membacakan buku dan kanak-kanak tadika mengikut apa yang dibacakan oleh guru.
Kemudian guru meminta kanak-kanak menamakan haiwan yang terdapat di dalam buku itu. Setiap
kanak-kanak menyebut haiwan yang telah dibaca. Seterusnya guru mengeluarkan gambar haiwan dan
meminta kanak-kanak mengeja nama haiwan yang dipaparkan. Seimbas lalu mereka yang melihat
kanak-kanak boleh membaca buku dalam bahasa Inggeris amat mengkagumkan.

Jika diamati kali pertama guru membacakan buku kanak-kanak sudah boleh membaca dengan betul.
Caranya guru membaca kanak-kanak mengikut apa yang dibacakan oleh guru. Buklu yang kecil dan
perkataan yang tidak dapat dilihat oleh semua kanak-kanak tetapi kanak-kanak tetapi mematuhi arahan
guru dengan mengikut apa sahaja yang dibaca oleh guru. Adakah kanak-kanak ini benar-benar boleh
membaca atau mengikut bacaan seperti burung kakaktua?
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 11:52 AM No comments:
Pembelajaran Kognitif Pengalaman Sebenar
Sentiasa memberikan kanak-kanak pengalaman sebenar semasa pembelajaran kognitif. Gunakan bahan
dan peralatan sesuai dengan keupayaan yang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman
sebenar hasil daripada penerokaan yang diminati. Pembelajaran kognitif berasaskan pengalaman
sebenar bukan yang direka-reka oleh guru. Beri masa kanak-kanak bereksperimen dan meneroka

sesuatu yang belum diketahui. Peranan guru hanya memberi galakkan dan bimbingan kepada kanakkanak.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:16 AM No comments:
Sunday, July 14, 2013
Sentiasa Mencabar Mengekalkan Minat
Salah satu cara mengekalkan minat ialah sentiasa memberi cabaran kepada kanak-kanak mengikut
keupayaannya. Guru memahami akan keupayaan setiap kanak-kanak. Bermula dengan mudah diikuti
peningkatan aras cabaran mengikut perkembangan dan keupayaan kanak-kanak adalah satu cara terbaik
untuk memupuk minat kanak-kanak menyelidik dan meneroka dalam bidang kognitif. Guru perlu
memahami untuk mengerakkan kurikulum yang relevan supaya tidak membosankan pembelajaran
kanak-kanak.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 6:49 AM No comments:
Saturday, July 13, 2013
Mengekalkan Minat Menerusi Kurikulum Yang Bersesuaian
Kurikulum yang bersesuaian dan releven berdasarkan kepada minat kanak-kanak dan mengajar kanakkanak kepada perkara yang perlu diketahui. Kurikulum tidak dapat mencapai matlamatnya jika tidak
diminati, tidak kepuasan pembelajar. Bagaimana pun selalunya kurikulum dirancang sepanjang tahun.
Walau pun pendekatan ini mempunyai nilai, bahayanya perancangan yang panjang menjadikan guru
letih dan tidak memberi tindakbalas kepada kanak-kanak. Keadaan ini akan mematikan minat kanakkanak. Hal ini bukan bermaksud kurikulum perlu tidak boleh dijangkakan perancangannya. Guru
bertanggungjawab untuk menggunakan minat kanak-kanak menerusi dua cara: menyediakan maklumat
dan perbendaharaan kata tentang subjek dan memberi peralatan sebagai medium pengajaran
kemahiran yang diperlukan.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:04 AM No comments:
Friday, July 12, 2013
Pembelajaran Kognitif Yang Menyeronokkan
Jika kita bersetuju dengan behavioris (tingkahlaku) bahawa manusia akan mengulangi aktiviti yang diberi
ganjaran hasil tindakannya. Cara ini juga boleh digunakan kepada memupuk keseronokan pembelajaran
kognitif. Kita mahukan kanak-kanak untuk berfikir dan belajar. Kanak-kanak akan meneruskan
melakukannya jika mengalami keseronokan sewaktu mereka terlibat dalam pembelajaran. Langkah ke
dua paling penting semasa merancang kurikulum kognitif perlu ada sumber tulin yang dapat meransang
keseronokan belajar kepada kanak-kanak.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 6:29 AM No comments:

Thursday, July 11, 2013


Mengekalkan Rasa Ingin Tahu Kanak-Kanak
Cara yang biasa untuk mengekalkan rasa ingin tahu kanak-kanak dengan menggalakkan mereka untuk
meneruskan penyoalan dan membantu mendapatkan jawapan. Bergantung harap kepada kesediaan
guru untuk menggalakkan penyelidikan sebenarnya lebih mendalam lagi. Keupayaan guru membantu
kanak-kanak meneroka dan berdikari. Melangkaui peringkat autonomi (penguasaan) seperti yang
dinyatakan oleh Erikson. Penguasaan dan kesediaan akan terserlah dalam situasi yang seimbang dari
segi kemunasabahan, pilihan, pengawalan, kawalan sederhana dan cabaran. Kanak-kanak merasa
mempunyai asas yang kukuh untuk meneroka apabila semangat mengerakkannya untuk melakukan
penerokaan dan penyelidikan untuk memenuhi rasa ingin tahu.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:47 PM No comments:
Wednesday, July 10, 2013
Latihan Mendengar Yang Tidak Bersesuaian
Kebanyakannya guru di tadika menjalankan aktiviti mendengar tidak memberi penekanan terhadap
bunyi yang didengar untuk dikaitkan dengan perkataan. Guru lebih gemar menggunakan latih tubi dan
latihan pengulangan perkataan kepada kanak-kanak di tadika tanpa menyedari bahawa aktiviti tersebut
tidak perlu dipersembahkan secara pengulangan atau latih tubi. Terdapat banyak aktiviti yang mudah
seperti memasukkan kacang atau beras ke dalam tin dan digoncangkan untuk didengar serta mengajak
kanak-kanak meneka bunyi yang didengar. Menyuruh kanak-kanak menutup mata semasa mendengar
bunyi; menyebut perkataan yang tertinggal patah bunyi perkataan.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 5:42 AM No comments:
Tuesday, July 9, 2013
Latihan Mendengar Kepada Kanak
Kadangkala orang dewasa atau guru di taska dan tadika terlupa bahawa kanak-kanak perlu mendengar
perbezaan sebutan bunyi dan perkataan sebelum menghasilkan sebutan dengan betul. Guru perlu
merancang setiap hari aktiviti yang memberi peluang kemahiran mendengar sebagai tambahan untuk
membina kelancaran, perbualan, perbendaharaan kata dan konsep
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 6:01 AM No comments:
Monday, July 8, 2013
Menggalakkan Perbualan Dan Dialog
Menggalakkan perbualan dan dialog terdapat lebih banyak membantu perkembangan daripada
mengajar kanak-kanak menyebut nama warna atau objek yang dikehendaki walau pun belajar menyebut
nama benda dan membina perbendaharaan kata nilai yang diperlukan dalam penguasaan bahasa.

Perkara yang lebih penting daripada kemahiran perkataan adalah menggunakannya untuk menyatakan
idea dan membina kemahiran perbualan menjadi asas kepada keupayaan berbahasa.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 5:13 AM No comments:
Sunday, July 7, 2013
Aktiviti Andaian Meghilangkan Fokus Berbahasa
Kebanyakan guru atau orang dewasa mengambil jalan mudah merancang aktiviti bersama kanak-kanak
kecil dengan mengandaikan mereka telah melalui pengalaman perkara yang hendak dibincangkan.
Mereka juga berandaian peralatan menarik dengan kehadiran guru dan orang dewasa dapat
menghasilkan perkembangan bahasa dan keupayaan mentanl. Kajian oleh Blank dan Solomon (1968,
1969) menunjukkan bahawa persekitaran yang kaya bukan sahaja tidak mencukup kehilangan fokus
kanak-kanak. Pembinaan bahasa yang terbaik untuk kanak-kanak memerlukan penggunaan perkataan
untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang apa yang sedang berlaku, telah berlaku atau akan
berlaku; merupakan aktiviti yang banyak memberikan kebaikan kepada kanak-kanak.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 5:10 AM No comments:
Saturday, July 6, 2013
Perbualan Sesuatu Yang Dialami
Kanak-kanak perlu diberi asas yang kukuh, benar, hidup menerusi pengalaman. Jika orang dewasa
berbincang sesuatu yang bukan dialaminya akan hanyut tenggelam begitu sahaja. Pendedahan
pengalaman sebenar membantu pengunaan perkataan.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 6:10 AM No comments:
Friday, July 5, 2013
Berterus Terang Jika Yang Didengari Tidak Difahami
Sememangnya tidak mudah untuk memahami apa yang kanak-kanak tuturkan. Jika teguran tidak
menunjukkan kebijaksanaan, adalah tidak salah jika meminta kanak-kanak mengulanginya. Sekiranya
mesej masih tidak jelas adalah lebih baik mengakui dan berkata,"Maafkan saya tidak dapat memahami
apa yang kamu hendak cakapkan. Bolehkah kamu tunjukkan kepada saya apa yang kamu maksudkan?"
Sekurang-kurangnya inilah kejujuran komunikasi dan menunjukkan kepada kanak-kanak guru sangat
berminat dan mencuba memahami.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:39 AM No comments:
Thursday, July 4, 2013
Mendengar Terhadap Kanak-Kanak

Kebanyakan orang dewasa terutamanya wanita dan khususnya guru wanita gemantar selalunya sibuk
bercakap sendirian sehingga melupakan kanak-kanak. Kanak-kanak pula belajar bertutur menerusi apa
yang didengarinya. Memberi perhatian dan tumpuan apa yang dicakapkan dan mendengar kedua-dua
perkara iatu kandungan permukaan dan kepada mesej disebaliknya memberi sokongan yang berguna
kepada kanak-kanak untuk meneruskan keupayaannya berkomunikasi.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 10:00 PM No comments:
Wednesday, July 3, 2013
Mengukur Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan bahasa kanak-kanak bergantung kepada persekitaran terhadap orang dewasa yang
berkomunikasi dengan kanak-kanak. Secara umumnya ayat-ayat akan bertambah selari dengan usia
kanak-kanak. Berikut antara panduan untuk mengukur perkembangan bahasa kanak-kanak:

Ayat 1 perkataan

18 bulan

Ayat 2 hingga 3 perkataan

30 bulan

Ayat lengkap purata 4 perkataan 40 bulan

Ayat purata 5 perkataan

78 bulan

Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 12:48 PM No comments:


Tuesday, July 2, 2013
Pengukuhan Pembelajaran Bahasa
Kecekapan berbahasa kanak-kanak selain daripada peniruan, pengukuhan orang dewasa memainkan
peranan penting dalam membentuk keupayaan dan kecekapan berbahasa kanak-kanak. Peringkat
pertama bayi akan mengeluarkan verbal diikuti dengan ransangan daripada ibu untuk mengulangi
perkataan. Contohnya "mama", "papa", dan "tata". Selepas label ini telah dikuasai kanak-kanak akan
memadankan dan mula meletakknya mengikut urutan.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:53 AM No comments:
Monday, July 1, 2013
Peniruan Dalam Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Peniruan adalah menjadi salah satu asas utama kanak-kanak belajar bahasa. Kanak-kanak meniru
pertuturan orang dewasa sejak kecil lagi. Bahasa yang dituturkan oleh orang dewasa didengar dan ditiru
oleh kanak-kanak. Orang dewasa pula cuba menuturkan bahasa yang mempunyai fungsi keperluan
kanak-kanak. Misalnya,"Susu," kanak-kanak tatih berkata kepada ibunya. "Oh hendak minum susu,"

ibunya menjelaskan lagi dan secara tidak langsung kanak-kanak terus meniru dan mengulangi bahasa
yang disebut oleh ibunya.
Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 4:12 AM

Anda mungkin juga menyukai