Anda di halaman 1dari 5

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PERTANDINGAN ANALISIS SENARIO HABITAT


SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2014
1.0

2.0

3.0

PENDAHULUAN
1.1

Pertandingan Analisis Senario Habitat ialah satu pertandingan di mana


para peserta (pelajar) diberikan satu senario atau masalah habitat dan
mereka diminta menggunakan pemikiran kritikal untuk mencari jalan
penyelesaian.

1.2

Aktiviti begini dipercayai adalah berkesan dalam melatih pelajar berfikir


secara logik dan membuat pertimbangan yang rasional semasa
berhadapan dengan masalah.

OBJEKTIF
2.1

Memberi peluang pendedahan dan meningkatkan kesedaran pelajar


tentang isu-isu habitat semasa;

2.2

Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti dan menganalisis


masalah yang dihadapi;

2.3

Melatih pelajar berfikir secara logik dan membuat pertimbangan


rasional dalam menyelesaikan masalah;

2.4

Membina keyakinan diri pelajar dalam menyuarakan pendapat dan


idea; dan

2.5

Menggalakkan pelajar membuat penyelidikan dan pembangunan dalam


mengumpulkan maklumat yang komprehensif bagi pembentangan.

KUMPULAN SASAR
3.1

Pertandingan ini mensasarkan tiga (3) kategori penyertaan pelajar di


seluruh negara (peringkat kebangsaan) seperti berikut:
i.
ii.
iii.

Kategori Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3);


Kategori Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-6); dan
Kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

1/5

4.0

FORMAT PERTANDINGAN
4.1

Terdapat Enam (6) senario berdasarkan tema yang khusus telah


disediakan oleh Jawatankuasa Penggubalan Senario Habitat 2014 bagi
penyertaan setiap kategori pelajar. Tema pertandingan adalah berkisar
tentang Social Urbanism

4.2

Setiap kumpulan pelajar diminta untuk menganalisis senario yang telah


disediakan dan merekabentuk penyelesaian yang difikirkan sesuai.

4.3

Analisis dan penyelesaian yang dihasilkan oleh setiap kumpulan


pelajar perlu dikemukakan dalam format PowerPoint (*.ppt) tidak
melebihi 20 slaid dengan kapasiti fail tidak melebihi 20MB.
Persembahan dalam bentuk audio, video dan ciri-ciri interaktif tidak
dibenarkan.
Bagi Kategori IPT, satu penulisan tambahan tidak
melebihi 1,000 patah perkataan (dalam format *.doc) perlu disertakan.

4.4

Penyertaan boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

4.5

Penyertaan boleh diemel atau diposkan kepada Urus setia


Pertandingan di alamat yang dinyatakan di penghujung dokumen ini.

4.6

Hanya kumpulan yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak


Urus setia Pertandingan selepas 30 September 2014 (Selasa).

4.7

Hanya tiga (3) kumpulan terbaik bagi setiap kategori akan dipanggil
untuk sesi pembentangan akhir di hadapan Panel Hakim yang dilantik
oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT).

4.8

Format pembentangan adalah dalam format PowerPoint dan boleh


menggunakan bahan persembahan sokongan/tambahan lain (contoh:
model, poster, grafik, multimedia) dan tempoh masa yang ditetapkan
bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.

20 minit untuk Kategori Sekolah Menengah Rendah;


20 minit untuk Kategori Sekolah Menengah Atas; dan
25 minit untuk Kategori IPT.

4.9

Tiga kumpulan yang menyampaikan pembentangan terbaik akan dipilih


sebagai pemenang bagi tiga hadiah utama.

4.10

Hadiah akan disampaikan semasa Pertandingan Akhir pada Bulan


Oktober 2014.

4.11

Urus Setia Pertandingan akan memaklumkan tarikh dan tempat untuk


Sesi Pembentangan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah tersebut
dalam surat makluman pada masa akan datang.

2/5

5.0

6.0

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN


5.1

Bilangan penyertaan bagi Kategori Sekolah Menengah dihadkan


kepada dua (2) Kumpulan sahaja iaitu satu (1) penyertaan bagi
Menengah Rendah dan satu (1) bagi Menengah Atas.

5.2

Manakala bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi, bilangan penyertaan


adalah tidak dihadkan.

5.3

Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada empat (4) orang


ahli. Komposisi pelajar dalam setiap kumpulan adalah bebas iaitu
campuran pelajar dari pelbagai tingkatan/tahun atau dari
tingkatan/tahun yang sama. Setiap kumpulan perlu dibimbing oleh
seorang guru/pensyarah.

5.4

Hasil karya mesti merupakan kerja sendiri dan asli. Semua hasil
penyertaan adalah menjadi hakmilik Urus Setia Pertandingan.

5.5

Setiap penyertaan dikehendaki mengemukakan butiran lengkap


dengan menggunakan borang penyertaan rasmi bagi Pertandingan
Analisis Senario Habitat 2014 seperti di LAMPIRAN B.

5.6

Senario bagi setiap kategori penyertaan pelajar (Sekolah Menengah


Rendah, Sekolah Menengah Atas dan Institusi Pengajian Tinggi) yang
disediakan oleh Jawatankuasa ini terdapat dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris seperti di LAMPIRAN C.

PANEL HAKIM
6.1

Panel hakim yang ditetapkan akan mengadili penyertaan berdasarkan


skema pemarkahan yang disediakan.

6.2

Panel hakim ini dianggotai oleh:


i.

ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar,


Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Dasar dan Pembangunan)
Ketua Panel;
Wakil JPBDSM ( wakil PPZT dan wakil BPP );
Wakil KPKT;
Wakil KPWKM;
Wakil KPM;
Wakil JKM;
Wakil Jabatan Perancangan Bandar DBKL;
Wakil JPN;
Wakil MDHS;
Wakil UiTM
Wakil Bahagian Korporat KPKT; dan
Wakil Bahagian Korporat JPBD Urus Setia

3/5

7.0

8.0

PEMARKAHAN
7.1

Penilaian akan difokus kepada pengenalpastian isu dan masalah,


kualiti analisis, kaedah penyelesaian dan persembahan grafik, (perkara
tambahan untuk pemarkahan akhir adalah persembahan lisan).
Skema pemarkahan adalah seperti di LAMPIRAN D.

7.2

Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN
8.1

Butiran hadiah adalah seperti berikut:


Kategori Menengah Rendah
i.
Tempat Pertama

ii.

Tempat Kedua

iii.

Tempat Ketiga

Kategori Menengah Atas


i.
Tempat Pertama

ii.

Tempat Kedua

iii.

Tempat Ketiga

Kategori IPTA
i.
Tempat Pertama

ii.

Tempat Kedua

iii.

Tempat Ketiga

4/5

Wang Tunai RM2,000 dan Sijil


Penyertaan
Wang Tunai RM1,000 dan Sijil
Penyertaan
Wang Tunai RM800 dan Sijil
Penyertaan

Wang Tunai RM3,000 dan Sijil


Penyertaan
Wang Tunai RM2,000 dan Sijil
Penyertaan
Wang Tunai RM1,000 dan Sijil
Penyertaan

Wang Tunai RM5,000 dan Sijil


Penyertaan
Wang Tunai RM3,000 dan Sijil
Penyertaan
Wang Tunai RM2,000 dan Sijil
Penyertaan

9.0

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN


9.1

Tarikh tutup dan semua hasil penyertaan perlu disampaikan kepada


Urus Setia Pertandingan sebelum atau pada 30 SEPTEMBER 2014
(SELASA).

9.2

Penyertaan yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tersebut tidak


akan diterima.

9.3

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Pn. Norhana bt. Mohammad Noor


(norhana@townplan.gov.my)

Tel : 03 - 26992196

Pn. Norshahila binti Mohyidin


norshahila@townplan.gov.my

Tel : 03-2699 2129

Pn. Norhayati binti Husin


(hnorhayati@townplan.gov.my)

Tel : 03 - 26992204

En. Adib Shaabani b. Abd. Wahab


(adib@townplan.gov.my)

Tel : 03 - 26992133

Alamat :
Urus Setia Pertandingan Analisis Senario Habitat
Sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2014
Bahagian Korporat
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jalan Cenderasari
50646 KUALA LUMPUR
Tel
FakS
Emel

: 03 - 26989211
: 03 - 26947824
: habitat2014@townplan.gov.my

5/5

Anda mungkin juga menyukai