Anda di halaman 1dari 36

PENDIDIKAN MORAL

MPW 1153
MORAL : PENGERTIAN DAN
KONSEP KEMORALAN

© 2007 Copyright. TOC. All rights reserved.


PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Moral

• DEFINISI KONSEP Etika

Akhlak
KONSEP MORAL
• Tingkah laku yang sejajar dengan
tatasusila, ajaran, agama dan peraturan
masyarakat. Oleh itu,moral merupakan
nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah
diri, belas kasihan dan berkait dengan
beberapa peraturan seperti tatahukum,
tatasusila, tatatertib, nilai
tradisi,kepercayaan, undang-undang,
norma dan adat dalam mana-mana
masyarakat yang dimaksudkan.
Cth :
• Sepasang suami isteri menemui seorang bayi di
tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung
orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak
mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin.
Mereka bercadang untuk membawa bayi comel
itu balik ke rumah dan membelanya tanpa
mengikut peraturan undang-undang.Akhirnya
setelah berbincang mereka akur bahawa undang-
undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa
bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan
selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang
yang ditentukan.
KONSEP ETIKA
• Falsafah tingkah laku yang boleh
didefinisikan sebagai sains moral dan
prinsip-prinsip moral yang
bertanggungjawab menentukan tindakan
seseorang dengan mematui nilai-nilai
moral
Cth :
• Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan
kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-
rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang
latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah.
Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar
itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan
itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak
peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak,
beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang
perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada
dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.
Amalan Etika Negatif
Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis
Kecuaian Tidak profesional Tidak mempunyai Tidak profesional
sikap taat kepada Seremban seorang
Jepun-seorang Petaling Jaya, seorang negara / membelot anggota polis telah
pensyarah negara sendiri
doktor dengan tidak universiti yang
ditangkap kerana
sengaja menyuntik terbabit
berumur 34 Kangsar, Perak –
cecair berzat di tahun telah Peralatan senjata dalam kes
dalam peparu dibunuh kerana sebanyak satu trak telah mencabuli
disyaki terbabit dicuri keluar dari kem seorang amah
seorang pesakit dan tentera kerana terdapat Indonesia
dalam kes
menyebabkan ahli tentera yang terbabit
menjalinkan semasa ditahan di
pesakit tersebut dalam kes ini.
hubungan sulit lokap.
mati akibat penyakit dengan seorang
peparu bekas pelajarnya
Amalan Etika Positif?
KONSEP AKHLAK
• Akhlak merupakan perlakuan baik atau
budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap
sebagai tingkah laku seseorang yang
dilakukan secara spontan kerana
kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik.
Cth :
• Mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak
berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua
perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam.
• Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan
menjadi punca maksiat.
• Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan
kehidupan keluarga.
• Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya
pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan
melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga.
• Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang
menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu
dan membunuh.
• Dalam masyarakat Barat, minum arak
dalam majlis bukanlah suatu perbuatan
yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak
baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada
setengah orang dewasa.
KEMORALAN
• Kemoralan merujuk kepada tatasusila dalam
sesuatu persekitaran, dan satu set peraturan yang
dipersetujui berkenaan dengan “betul” atau “salah”.

• Moral telah membina tulang belakang masyarakat


moden, agama, dan setiap hati individu.

• Konsep ini juga berubah mengikut masa contohnya


: 'murder is immoral', tetapi 'on the battlefield
murder is permissible'.
PERBEZAAN ANTARA ETIKA DAN
KEMORALAN
• “Morals define personal character, while ethics
stress a social system in which those morals
are applied”

• “In other words, ethics point to standards or


codes of behavior expected by the group to
which the individual belongs. This could be
national ethics, social ethics, company ethics,
professional ethics, or even family ethics”.
PERTEMBUNGAN ANTARA ETIKA
DAN MORAL

• Lihat contoh berikut :

1. “Abortion is legal and therefore medically ethical,


while many people find it personally immoral”.

2. “In the case of homosexuality, many believe it is


morally wrong, yet some of the same people also
believe it is unethical to discriminate legally
against a group of people by disallowing them the
same rights afforded heterosexuals”.
PANDANGAN SARJANA

J.L. Mackie (Ethics: Inventing


Right and Wrong)

- Moral & Etika = Disiplin yang dapat


menerangkan sesuatu perbuatan itu betul /
salah & ia mampu menyediakan garis
perbezaan antara kebaikan & keburukan
seseorang.
A.R. Licey & W. L. Reese

- Moral & Etika = Kegiatan yang


bersangkutan dengan aktiviti pratikal yang
berhubung dengan tingkah laku, adat dan
cara hidup serta aspek niat.
• Jacques Thiroux (2000)

• Etika bermaksud watak atau


keperibadian.
• Moral bermaksud adat atau
tingkah laku.
Abdul Rahman Md. Aroff (1999)

• Etika bermaksud hukum, adat resam,


kebiasaan, budi pekerti.
• Moral bermaksud kesusilaan, adab, sopan
santun, tradisi.
Moral, Etika & Akhlak Dari Perspektif
Agama dan Kepercayaan

• 1 – Peraturan Moral
• 2 – Peraturan Adat
• 3 – Peraturan Agama
• 4 – Peraturan Undang-undang
1. Peraturan Moral
A. Pengertian
• Peraturan moral ialah satu hasil kajian tentang betul
salah tingkah laku manusia.

• Peraturan moral menyediakan undang-undang yang


sistematik tentang tanggapan-tanggapan / matlamat-
matlamat yang unggul.

• Peraturan moral bersifat rasional dan autonomous


kerana manusia sentiasa berminat dalam tingkah laku
sendiri, berfikir dan bersoal jawab tentang tingkah laku,
membandingkan tingkah laku manusia dan cuba mencari
prinsip-prinsip dan rasional atas tingkah lakunya sendiri.

B. Prinsip Peraturan Moral

i. Prinsip Autonomi
Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan
dan tingkahlaku yang dibuat oleh seseorang akibat
paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai
moral.

Cth : Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar


bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak
merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru
tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak
mudah dipengaruhi oleh sesiapa pun
ii. Prinsip Keadilan

Keadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan kesaksamaan.


Oleh itu keadilan tidak akan membenarkan individu
menyalahgunakan kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak
dan mementingkan diri sendiri.

Cth : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat


kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa
langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai
guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja . Perkara
tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga
membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut.
iii. Prinsip Altruisme
Belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berat
tentang kebajikan orang lain. Altruisme juga akan
menjauhkan individu daripada sifat mementingkan diri
sendiri.

• Cth : Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu


padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan
wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh,
India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk
meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa
yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan
ibubapa.
2. Peraturan Adat
A. Pengertian
• Perkataan ‘adat’ adalah suatu istilah yang berasal dari
bahasa Arab yang bererti ‘kebiasaan ’ dalam mengharungi
kehidupan manusia.
• Dr. R. Van Dijk: Semua kesusilaan dan kebiasaan dalam
semua lapangan hidup, juga semua peraturan tingkah laku.
• Syed Alwi: Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai
daripada datuk nenek kita dan yang diperturunkan daripada
bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada yang
muda dengan kaedah ditunjuk, diajar, ditegur dan disapa
dan tidak dengan cara yang bertulis.
(Koo dan Tang, 1990)
Samb..
B. Ciri-ciri Peraturan Adat

• Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat


tingkah laku yang murni serta baik.
• Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan
seperti nasihat,teguran dan teladan dari satu
generasi kepada generasi yang lain.
• Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum,
masa dan lokasi.
3. Peraturan Agama
A. Pengertian
• Menurut Alan Harris, agama mempunyai peraturan-
peraturan tertentu. Peraturan-peraturan ini berlainan
mengikut ajaran agama masing-masing (Koo dan
Tang, 1990).
• Peraturan agama merangkumi semua aspek
kehidupan manusia.Peraturan ini termaktub dalam
kitab agama. Peraturan ini menetapkan panduan
tingkah laku dan menyatakan balasan jika peraturan
itu dilanggar. Justeru, peraturan boleh mendorong
penganutnya mematuhi tuntutan agama.
B. Ciri-ciri
• Tidak boleh diubah-ubah
• Bukan ciptaan manusia
• Setiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan
yang terdapat di dalam agama masing-masing
• Peraturan agama adalah satu cara hubungan
antara manusia dengan Tuhan
• Peraturan agama juga merangkumi cara hubungan
antara manusia dengan manusia.
4. Peraturan Undang-undang
A. Pengertian
• Mengikut Weber, norma, nilai dan peraturan sesebuah
masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku
dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan
individu terhadap autoriti yang sah. (Koo dan
Tang,1990)

• Austrinm, seorang ahli fikir Inggeris menyifatkan


peraturan undang-undang sebagai satu perintah yang
diberikan oleh pihak pemerintah kepada rakyat dan
sekiranya perintah itu tidak ditaati, pihak pemerintah
akan menggunakan kekerasan supaya undang-undang
dipatuhi. (Koo dan Tang, 1990)
B. Ciri-ciri
• Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan
oleh autoriti.
• Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan.
• Perlu dipatuhi oleh setiap individu. Individu yang membuat
kesalahan boleh didenda wang atau dipenjarakan.
• Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak
boleh menjadi alasan bagi membela diri dari tuduhan atau
dakwaan.
• Perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan
baik hati tidak wujud.
• Tidak ada unsur pilih kasih dan faktor-faktor kronisme
dalam pelaksanaan undang-undang.
APLIKASI KEMORALAN

1. Kemoralan Agama
2. Kemoralan Alam
3. Kemoralan Individu
4. Kemoralan Sosial
Kemoralan Agama
• Hubungan manusia dengan Tuhan /
Kuasa Luar Biasa.
• Manusia = Tuhan di muka bumi.
• Manusia patut mengabdikan dirinya
kepada Tuhan.
• Membuat apa yg disuruh-Nya &
menghindari apa yang dilarang-Nya.
Kemoralan Alam
• Hubungan manusia dengan alam.
• Menguruskan alam untuk menjamin keselesaan
kehidupan.
• Setiap benda di alam mempunyai erti & faedah.
• Alam semula jadi sebagai sebahagian daripada
kehidupan manusia.
• Pencemaran akibat kurang kesedaran
kemoralan.
Kemoralan Individu
• Merujuk kepada hubungan manusia
dengan dirinya.
• Perlakuan hanya dipengarui atas
penilaiannya sendiri
• Merujuk kepada t’jawab individu kepada
diri sendiri untuk mengembangkan
kepentingan, bakat dan kepercayaannya.
Kemoralan Sosial
• Hubungan manusia dengan manusia lain.
• Soal kemoralan sosial menjadi teras
dalam kehidupan
• Perbincangan isu
• Etika Profesion
– Etika peguam, tatatertib peguam
– Wartawan, etika wartawan, tanggungjawab
– Etika perniagaan, tanggungjawan ahli
perniagaan,
– Etika kedoktoran, etika perubatan, tujuan
etika perubatan, tanggungjawab doktor
kepada pesakit, tanggungjawab doktor
sesama doktor.
Sekian terima kasih