Anda di halaman 1dari 9

BUBU

DULANG

LABU SAYONG

TUDUNG SAJI
TERENDAK

GENTONG LANTEM BULAT

NYIRU
TAMBOK
KIPAS

BAKUL PURUN

BUBU
Bubu kebiasaannya diperbuat daripada
buluh. Bagaimanapun ada juga yang
diperbuat daripada kawat bagi kegunaan
menangkap ikan di dasar laut. Bagi
kegunaan biasa di kawasan sungai atau
tasik yang tidak begitu dalam buluh
adalah pilihan terbaik kerana ia percuma
dan senang dibuat.

NYIRU
Nyiru diperbuat daripada buluh.
Digunakan sebagai alat untuk menampi
padi. Selain itu juga digunakan untuk
menjemur ikan dan membersihkan antah
beras.

LABU SAYONG
Labu sayong diperbuat daripada bahan
mentah iaitu tanah liat dan digunakan
sebagai bekas menyimpan air. Labu
sayong diukir menggunakan motif ukiran
yang menjurus kepada unsur tradisional,
khususnya bunga-bungaan seperti bunga
tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih
dan pucuk rebung.

DULANG
Dulang dihasilkan daripada rotan. Namun
begitu terdapat juga dulang yang
dihasilkan daripada mengkuang dan
bemban. Dulang digunakan untuk
membawa makanan dan tempat untuk
meletakkan barang.

TERENDAK
Terendak diperbuat daripada buluh atau
rotan yang biasa digunakan oleh
masyarakat di Sabah. Terendak dipakai
sebagai penutup kepala oleh kaum lelaki
dan wanita sebagai alat pelindung
daripada matahari dan penahan peluh
serta dipakai pada majlis ritual

TAMBOK
Tambok digunakan oleh orang Bidayuh
untuk membawa hasil yang diperolehi
dari hutan dan tali lebar disangkutkan
pada dahi mereka. Tambok di anyam
menggunakan rotan yang disusun
menegak dan melintang.

GENTONG LANTEM BULAT


Gentong Lantem Bulat turut dihasilkan
oleh orang Bidayuh. Ia dianyam dengan
begitu halus dan ditambah dengan kulit
dan ditutup seperti bakul dram. Gentong
Lantem Bulat kebiasaannya digunakan
untuk menyimpan dan membawa
barangan peribadi.

BAKUL PURUN
Purun digunakan sebagai alas periuk
atau belanga yg dianyam daripada lidi
dan rotan. Selain itu, purun turut
digunakan sebagai tempat untuk
meletakkan buah, bekas gubahan bunga
dan sebagainya.

TUDUNG SAJI
Tudung saji merupakan penutup
makanan yang dianyam daripada
mengkuang, daun pandan, atau
diperbuat daripada plastik. Kebanyakan
masyarakat masa kini, terutamanya
kaum Melayu menggunakan tudung saji
untuk menutup dan melindungi makanan
daripada lalat dan sebagainya.

KIPAS TANGAN
Kipas tangan dihasilkan daripada buluh.
Kipas ini digunakan untuk menyejukkan
badan ketika suhu panas dan sebagai
alat untuk menghidupkan api ketika
zaman dahulu.

KIPAS
KIPAS

BAKUL PURUN
TAMBOK
TAMBOK
DULANG
LABU SAYONG

GENTONG LANTEM BULAT

BAKUL PURUN

TRADISIONAL

KRAFTANGAN

Anda mungkin juga menyukai