Anda di halaman 1dari 2

LOGO PERSATUAN PENCINTA ALAM

SEKITAR
Lingkaran
Tapir

Bumi
Daun

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) merupakan pengasas


Kelab Pencinta Alam di sekolah-sekolah.Oleh kerana MNS menggunakan Malayan Tapir
sebagai logonya maka wajarlah sekiranya logo PPAS melambangkan gambar anak tapir.
Malayan Tapir(Tapirus indicus) boleh dijumpai di kawasan hutan primer Asia
Tenggara.Ia merupakan sejenis haiwan yang terancam dan terlindung. Kami dari Persatuan
Pencinta Alam Sekitar rasa bertanggungjawab untuk memelihara haiwan-haiwan yang
terancam dan memerlukan perlindungan daripada ancaman musuh.
Daun melambangkan konsep kesedaran untuk mengekalkan alam persekitaran yang
sihat dan hijau untuk keperluan generasi masa depan.
Lingkaran berwarna hijau pula melambangkan pendekatan bersepadu (holistik) yang
akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan persatuan dengan kerjasama pelbagai pihak untuk
memastikan Persatuan Pencinta Alam Sekitar menjalankan tugas dengan baik. Pendekatan
yang akan digunakan merangkumi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan
persatuan.

Akhirnya, warna hijau pada logo melambangkan kehijauan alam sekitar manakala bumi
melambangkan dunia yang perlu dilindungi bersama.Persatuan Pencinta Alam Sekitar juga
berfungsi untuk mendidik generasi muda mengenai alam semulajadi,usaha pemeliharaan serta
pemuliharannya.

Anda mungkin juga menyukai