Anda di halaman 1dari 9

6.

AIDIL PESERTA KAJIAN 2 (PK2)


Aidil merupakan seorang murid yang ceria, aktif dalam kelas dan selalu membuat bising.

Walaupun selalu membuat bising, Aidil tidak berjalan atau merayau-rayau ketika
proses PdP berjalan.. Dia sukakan perhatian dan selalu cuba menjawab soalan yang diberikan
walaupun dia sebenarnya tidak tahu jawapannya. Aidil merupakan murid yang rajin
dan dapat menyiapkan latihan yang diberi dalam jangka masa yang ditetapkan.
Pengkaji telah menjalankan Ujian Pra ke atas Aidil bagi mengenalpasti kelemahan dan
kesilapan Aidil dalam topik penolakan melibatkan pengumpulan semula. Aidil menjawab
kesemua soalan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Namun, setelah disemak,
pengkaji mendapati Aidil gagal menjawab kesemua soalan dengan betul. Aidil tidak mengalami
sebarang masalah untuk menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim namun Aidil tidak
mampu untuk melakukan pross penolakan apabila melibatkan pengumpulan semula. Berikut
ditunjukkan kesalahan-kesalaha yang dilakukan oleh Aidil dalam beberapa item Ujian Pra.

Rajah 20 : Skrip ujian pra Aidil

Berdasarkan Rajah 20 Aidil telah memberi jawapan yang tidak tepat dalam
ujian pra. Andaian yang dapat dibuat adalah Aidil tidak memahami
konsep pengumpulan semula. Melalui temubual yang dijalankan Aidil menyatakan
bahawa dia menolak secara langsung nombor 5-8 kerana menurutnya jawapan yang
diperoleh adalah sama bagi 8-5. Oleh itu andaian yang dibuat adalah tepat.

Rajah 21 : Skrip ujian pra Aidil

Berdasarkan Rajah 21 diatas kesalahan yang dilakukan oleh Aidil adalah sama
seperti item 2 dalam ujian pra, iaitu Aidil tidak faham konsep mengumpul semula dan
andaian yang dapat dibuat adalah Aidil menolaknya secara terus nombor besar terhadap nombor
kecil tanpa melihat kedudukannya samada di atas atau di bawah. Jika dilihat pada rajah, Aidil
memberikan jawapan 4 bagi rumah sa apabila 3 perlu ditolak dengan 7. Tanpa melakukan proses
mengumpul semula, Aidil terus menulis jawapan 4 iaitu dengan menolak 7 dengan 3.Andaian ini

dibuktikan melalui temubual yang dijalankan. Apabila pengkaji bertanya kepada Aidil
Macamana awak kira ni? Aidil menjawab Kita tolak jela cikgu. 7 tolak 3. Kesilapan yang
sama diulang oleh Aidil pada ruang jawapan bagi rumah puluh apabila Aidil menulis jawapan 6
apabila 2 ditolak dengan 8.

Rajah 22 : Skrip ujian pra Aidil

Berdasarkan Rajah 22 diatas Aidil telah memberi jawapan yang tidak tepat dalam ujian
pra. Andaian kesalahan yang dilakukan oleh Aidil pada nilai tempat sa adalah Aidil melakukan
operasi penambahan. Melalui temubual yang dijalankan Aidil mengatakan bahawa dia tersilap
operasi, oleh itu andaian yang dibuat adalah tepat. Bagi nilai tempat puluh pula, terdapat dua
nilai yang ditulis iaitu dua dan sifar. Namun begitu kedua-dua nilai yang diberi adalah salah.
Andaian yang dapat dibuat adalah Aidil tidak tahu konsep penolakan dengan mengumpul
semula. Melalui temubual yang dijalankan Aidil mengatakan dia tidak tahu bagaimana nak buat
dan jawapan sebenar yang dia ingin tulis adalah dua.
Bagi melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan Popoboard ini terhadap Aidil,
pengkaji telah menjalankan empat sesi intervensi ke atas Aidil. Pada sesi intervensi yang

pertama, Aidil telah didedahkan dengan cara penggunaan Popoboard untuk melakukan proses
penolakan dengan mengumpul semula. Pada sesi ini, pengkaji telah memfokuskan penolakan
dengan mengumpul semula melibatkan dua digit. Pengkaji mendapati pada awal sesi Aidil
kurang berminat dengan sesi pembelajaran namun setelah melihat rakan-rakan dapat menjawab
soalan yang diberikan dengan menggunakan Popoboard, Aidil mula menunjukkan minat.
Setelah diberi penerangan tentang cara menggunakan alat tersebut, Aidil diberikan
beberapa soalan berkaitan penolakan dengan mengumpul semula melibatkan nombor dua digit
dengan menggunakan Popoboard. Dalam sesi tersebut, Aidil dikehendaki menjawab sepuluh
soalan melibatkan penolakan dengan mengumpul semula dua digit. Farhan berjaya menjawab
enam daripada sepuluh soalan tersebut dengan betul.
Pada sesi intervensi yang kedua, pengkaji telah memfokuskan penolakan melibatkan
pengumpulan semula nombor tiga digit. Pada akhir pembelajaran, Aidil perlu menolak dengan
mengumpul semula melibatkan nombor tiga digit menggunakan Popoboard. Sebelum sesi
diteruskan, pengkaji menyoal Aidil adakah dia mengingati cara menggunakan Popoboard
tersebut dan jawapan Aidil ialah ingat cikgu,senang je cikgu.
Langkah pertama ialah pengkaji menunjukkan kembali bagaimana alat itu digunakan
dengan memberi contoh soalan menolak dengan mengumpul semula melibatkan tiga digit.
Pengkaji memberi penerangan bagaimana cara menjawab soalan tersebut dengan menyatakan
bahawa cara yang perlu dilakukan adalah sama dengan menolak nombor dua digit. Semasa
penerangan diberi oleh pengkaji, Aidil memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh
pengkaji. Kemudian, pengkaji memberi lima soalan penolakan dengan mengumpul semula dan
meminta Aidil menjawab soalan-soalan tersebut pada Popoboard.

Sepanjang sesi berlangsung, didapati Aidil tidak menghadapi banyak masalah untuk
menolak dengan mengumpul semula nombor tiga digit menggunakan Popoboard. Aidil berjaya
memindahkan soalan yang diberikan ke atas Papan pengiraan Popoboard dengan baik dan
berjaya menjawab beberapa soalan dengan betul.
Namun, Aidil melakukan beberapa kesilapan semasa menjawab soalan yang diberikan
pada sesi intervensi berikut apabila Aidil turut menambah nombor yang terdapat pada nilai
tempat ratus yang sepatutnya dilakukan penolakan. Kesilapan Aidil ketika sesi intervensi berikut
ditunjukkan pada Rajah 25.
Aidil terus menambah nilai 4 dan 1 yang terdapat pada nilai tempat ratus dengan menulis
jawapan 5. Aidil sepatutnya melakukan proses penolakan seperti biasa pada nilai tempat tersebut
dan pengkaji telah mengingatkan Aidil kerap kali sebelum itu. Andaian yang dapat dibuat oleh
pengkaji ialah Aidil mungkin cuai dan terlupa untuk menolak nombor terebut. Andaian ini
dibuktikan apabila pengkaji bertanya kepada Aidil Eh Aidil, yang ni tolak ke tambah? dan
Aidil menjawab Oh tak ingat cikgu. Kita silap tambah.
Selepas selesai sesi intervensi, pengkaji menjalankan temu bual bagi memastikan
keberkesanan alat yang digunakan. Pengkaji bertanya kepada Aidil adakah penggunaan alat
tersebut dapat membantu Aidil dalam menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan
semula dngan lebih mudah dan Aidil menjawab Ye cikgu. Kita tahu dah nak tolak guna benda
ni.
Semasa sesi intervensi ketiga, hasil pembelajaran bagi sesi intervensi ketiga diulang bagi
memantapakan penguasaan Aidil dalam menolak dengan mengumpul semula melibatkan nombor
tiga digit. Pengkaji memberikan lima soalan berkaitan topik tersebut. Aidil berjaya menjawab

kelima-lima item tersebut dengan betul menggunakan Popoboard. Hasil jawapan yang dijawab
oleh Aidil untuk Item 3 bagi soalan 963 ditolak dengan778 ditunjukkan dalam Rajah 17.

Rajah 23 : Aidil menjawab Item 3 menggunakan Popoboard

Aidil juga mula perubahan sikap dengan lebih menumpukan perhatian terhadap sesi
pembelajaran dan mula bekerjasama dan berkomunikasi secara positif dalam kalangan rakanrakan.
Pada mnggu berikutnya, pengkaji menjalankan sesi intervensi yang keempat untuk Aidil.
Pengkaji memberikan lembaran kerja yang mengandungi soalan berkaitan penolakan dengan
mengumpul semula dan Aidil tidak lagi diberikan Popoboard. Sepanjang sesi ini berlangsung,
Aidil telah dapat mengaplikasikan penggunaan alat dengan membuat jalan pengiraan yang sama
seperti proses pengiraan yang dilakukan ketika menggunakan Popoboard pada lembaran kerja.
Berdasarkan bukti di dalam Rajah 24 pengkaji mendapati Aidil sangat mahir menjawab soalan
yang diberikan. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas di mana apabila ditanya, bagaimanakah

dia menjawab soalan yang diberikan jika tidak disertakan alat, Aidil menjawab, Sama je jawab
macam guna alat tu cikgu.

Rajah 24 :Aidil menjawab soalan menggunakan Popoboard


Selepas itu, pengkaji telah menyoal adakah dia memahami topik penolakan dengan
mengumpul semula dengan menggunakan Popoboard dan Aidil menjawab Hehe. Saya baru
faham cikgu.
Selepas keempat empat sesi intervensi ini selesai, Aidil menduduki ujian pasca bagi
melihat tahap kefahaman Aidil terhadap penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan
menggunakan Popoboard. Ujian ini dijalankan selama satu jam yang mengandungi sepuluh
soalan subjektif. Soalan soalan yang diberi adalah sama dengan soalan pada ujian pra. Ini
adalah untuk melihat perbandingan antara jawapan yang berjaya dijawab oleh Aidil semasa ujian
pra dan ujian pasca.
Dalam sesi ujian pasca yang telah dijalankan, Aidil didapati telah berjaya menjawab
sembilan daripada sepuluh soalan ujian dengan betul. Maka, ini bermakna Aidil hanya salah satu
soalan sahaja. Dalam ujian ini, dia dikehendaki untuk menjawab soalan tolak dengan mengumpul
semula menggunakan kaedah seperti digunaka dalam Popoboard. Aidil telah menunjukkan

peningkatan jika dibandingkan dengan ujian pra. Set soalan ujian pasca adalah sama seperti set
soalan ujian pra. Hal ini bagi menunjukkan perbandingan antara kedua-dua ujian tersebut.

Rajah 19 : Skrip jawapan Aidil pada ujian pasca.


Rajah 19 menunjukkan skrip jawapan Aidil pada ujian pasca. Aidil berjaya menjawab
sembilan daripada sepuluh item pada ujian pasca dengan betul. Aidil berjaya mengaplikasikan
kaedah yang digunakan pada Popoboard untuk menjawab soalan pada ujian pasca dengan betul.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan pencapaian Aidil dalam Ujian pra dan pasca.

Ujian

Item

Item

Item

Item

Item

Item

Item

Item

Item

Item

10

Pra

Pasca

Jadual 1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos

Kesimpulannya, analisis individu yang telah dilakukan ke atas peserta kajian satu (PK02)
iaitu Aidill telah membuktikan bahawa Aidil menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
menguasai kemahiran kemahiran menolak dengan mengumpul semula melibatkan nombor tiga
digit berdasarkan instrumen-instrumen yang telah dinyatakan. Pemerhatian dan temu bual yang
djalankan jelas menunjukkan bahawa Aidil kelihatan seronok, lebih yakin dan menyukai kaedah
yang diperkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai