Anda di halaman 1dari 13

ADAB, AKHLAK DAN

ETIKA DALAM
ISLAM

Matlamat Asas Kehidupan Manusia

Mentauhidkan Allah serta mengabdikan diri


kepadaNya selaras dengan kehendak syarak.

Mematuhi dan menjadikan apa yang telah digariskan


oleh Allah di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sebagai
garis panduan hidup.

Memakmurkan bumi serta mempertingkatkan


kehidupan manusia ke tahap yang paling tinggi
selaras dengan pemuliaan Allah kepada manusia.

Tujuan Pembentukan Akhlak

1. Berinteraksi dengan Allah melalui aqidah yang


sempurna dan ibadah yang sahih.

2. Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara rasional,


jelas & benar serta memberi komitmen yang
mutlak terhadap Allah s.w.t.

3. Berinteraksi dengan Allah melalui pelaksanaan hak


kepada yang berhak berdasarkan
kepertanggungjawaban dengan itu mendapat
redha jiwa & manusia melalui akhlak Islam.

Definisi Akhlak

Akhlak dari segi bahasa bermaksud kebiasaan,


tabiat atau maruah.

Imam al-Ghazali memberi maksud istilah akhlak


ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang
daripadanya timbul perbuatan2 dengan mudah,
dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran
terlebih dahulu.

Ibnu Maskaweh mendefinisikan akhlak ialah

keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk


melakukan perbuatan2 tanpa melalui
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk merupakan 2


jenis tingkahlaku yang berlawanan dan lahir daripada
kualiti kerohanian yang berbeza. Kedua2nya
memberikan kesan secara langsung kepada kualiti
kehidupan seseorang manusia dalam masyarakat.

Masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai2

dan akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat


yang sejahtera dan sebaliknya jika masyarakat
dikuasai oleh individu yang mempunyai nilai2 dan
tingkahlaku yang buruk maka akan porak peranda dan
kacau bilau masyarakat sekelilingnya.

Kesimpulannya akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi


oleh nilai2 yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang
menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai2 dan
sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran
tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya.

Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang


tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat dan
falsafah2 serta ajaran2 palsu akan menerbitkan keimanan
yang sebenar.

Perbedaan Antara Akhlak dan Perilaku


Akhlak merupakan perkara atau sifat yang maknawi(rohani)
manakala perilaku merupakan terjemahan atau kesan
daripada akhlak yang bersifat maknawi tadi.
Kadang2 perilaku yang diterjemahkan bukannya dari akhlak
yang sebenar kerana ianya dibuat2 atau ada pengaruh dari
luar.
Oleh yang demikian, 3 syarat utama untuk memastikan
bahawa perilaku adalah terjemahan dari akhlak ialah: 1. Perlu kepada ulangan dan dilakukan secara berterusan.
(Istiqomah)
2. Perilaku yang diterjemahkan itu bukanlah daripada unsur
luar.
3. Perilaku tersebut mestilah bertepatan dengan al-Quran
dan as-Sunnah.

Perbedaan Antara Akhlak & Etika


1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran dan
as-Sunnah manakala etika bermaksud sistem
tingkahlaku manusia berdasarkan perundangan atau
peraturan yang diciptakan oleh manusia.
2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam
melakukannya manakala etika dilakukan kerana
peraturan atau keadaan masyarakat berkehendakkan
sedemikian dan bukanlah lahir dari keikhlasan sematamata.
3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk
mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat manakala
etika bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan
dan mengelakkan daripada kerugian.

4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan


tidak berubah2 semenjak dari zaman Rasulullah
sehingga hari kiamat manakala etika
berdasarkan pemikiran dan pandangan manusia
sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.
5) Akhlak yang baik memberi kesan yang
mendalam kepada seluruh kehidupan seseorang
dari segi mental, fizikal dan rohani manakala
etika memberi kesan kepada satu keadaan sahaja
kerana ia berdasarkan logik akal semata2 dan
bukannya atas pegangan akidah.

Kedudukan Akhlak Dalam Islam

1.

Akhlak mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam


kehidupan manusia asas kepada kebangkitan & kemuliaan
Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa manusia kepada
kehidupan yang bertamadun.

2.

Perutusan para nabi bertujuan untuk membawa cara hidup


yang bermutu dan berkualiti & cemerlang untuk menyusun
kehidupan manusia.

3.

Akhlak meningkatkan cara hidup/gaya hidup seseorang


manusia melalui tingkah laku yang sopan, pemakanan,
menjaga kebersihan dll. Akhlak juga mengangkat darjat
keimanan seseorang manusia. Surah Ar-Rad ayat 12.

4. Satu cara hidup yang membawa kepada kejayaan


manusia dalam melaksanakan misi & visi yang telah
diamanahkan oleh Allah di atas muka bumi dengan
menyebarkan perkara yang makruf dan mencegah
kemungkaran.
5. Akhlak ialah neraca kejayaan yang sebenar kepada
seseorang manusia di akhirat malah ia juga
merupakan salah satu aspek asas bagi
membebaskan diri dari azab api neraka & memasuki
syurga.
6. Akhlak membezakan antara mereka yang baik &
mulia dengan yang sebaliknya.

KAEDAH-KAEDAH PENINGKATAN AKHLAK

1. Mengurangkan pengaruh nafsu negatif serta


mengekang diri dari melakukan perbuatan yang
bersifat keji.
2. Berusaha untuk melakukan penyucian diri - melatih
& menerapkan perkara kebaikan dengan melakukan
ibadah wajib & sunat spt. Puasa, solat, zikir,
membaca al-Quran dan menjauhi daripada sifat
yang keji & tidak baik spt. Dengki, malas,
mengumpat dll.

3. Self recover iaitu menyedari & memahami


terhadap kebaikan & keburukan sesuatu perbuatan
yang dilakukan dan segera memperbetulkannya
dengan bertaubat, memohon maaf dll.

KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN AKHLAK ISLAM

1. Beralasan dan mudah difahami berdasarkan logik akal.


2. Bersifat sejagat iaitu penetapan hukum adalah sama tanpa
mengira bangsa, keturunan atau agama.

3.

Sesuai dengan fitrah dan naluri manusia demi kepentingan


masyarakat keseluruhannya.

4. Memelihara realiti iaitu mampu dilaksanakan oleh semua

lapisan masyarakat dan adanya tolak ansur dan penerimaan


hakikat.

5. Bersifat positif bagi pengamal akhlak Islam iaitu mendapat


kekuatan dan menentang kelemahan.

6. Lengkap & menyeluruh.


7. Seimbang antara roh, jasad, dunia, akhirat, realiti &
idealistik.

Anda mungkin juga menyukai