Anda di halaman 1dari 7

MAKSUD PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan


bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara
sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahanbahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative
kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan
memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan
berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur
darah.

CONTOH BAHAN CEMAR UDARA


1.AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan,
terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran
yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan
pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk.
Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya
industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun
yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.
Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur
dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon
dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh
mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik
ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan
kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak
pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contohcontoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. .
2.KENDERAAN BERMOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti


kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan
tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar
bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa
kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber
tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di
dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama
kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan
mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004,
14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda
berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun
ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke
bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
4. PENJANAAN KUASA
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil
seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini
mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga
selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86
peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional
manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
5. AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga
untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan
penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat
ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan
melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan
lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Sumber-sumber Pencemaran Udara


FEBRUARY 23, 2013 | KELOMPOK VIII PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara adalah kehadiran satu atau lebih substansi fisik, kimia, atau
biologi di atmosfer dalam jumlah yang dapat membahayakan kesehatan mahkluk
hidup, mengganggu estetika dan kenyamanan, atau merusak properti.
Pencemaran udara adalah masuknya, atau tercampurnya unsur-unsur berbahaya ke
dalam atmosfir yang dapat mengakibatkan terjadinya kerusakan lingkungan,
gangguan pada kesehatan manusia secara umum serta menurunkan kualitas
lingkungan.

Kesan pencemaran udara

Sumber dr Google

Kesan terhadap kesihatan manusia

Menjejaskan sistem pernafasan.

Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan


oksigen dalam darah.

Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang


penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
Kesan terhadap tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara


iaituNekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan
perubahan pertumbuhan.

Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami


kerosakan dengan adanya gas ozon di udara.

Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan


ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.
Kesan terhadap haiwan

Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwanhaiwan terancam dan terbunuh.

Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan


haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang
terdapat di dalam udara.

Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb)


yang telah membawa maut kepada haiwan.
Kesan terhadap bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan


terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.

Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus


yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer.

Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya


kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara.

Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.


Kesan terhadap lapisan ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi


yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.

Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam


alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan
lapisan ozon ini.

Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh


menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga
hidupan lain.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh


seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon


dioksida dan terkumpul di dalam udara.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi


terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya
menjadi panas.

Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas,


ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam yang tidak normal.

Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan


kepada suhu di bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.

LANGKAH MENCEGAH
Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am
freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahanbahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan
tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.
Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya
sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.
Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati
satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.
Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Contohnya,

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)


Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan
Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)


Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada
1000 meter.

LANGKAH MENGAWAL
Pengasing Elektrostatik
Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara.
Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu
menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk
menarik partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang
dicas, asap yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan
melekat di tepi cerobong.
Modal experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat
dinaikkan.
Oleh itu, Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.

'Wet Scrubber'
Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini
digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan
cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair. Berikut adalah modal
experimen.

Penampalan Ozon

Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di


atmosfera melalui penggunaan belon helium.
Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu
menampal ozon.
Amalan yang mengelakkan udara yang bersih
Perlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin mengekalkan udara yang sihat. Seperti yang kita sedia
maklum, udara yang sehat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara
beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah dengan:

1. Tidak melakukan pembakaran terbuka


2. Tidak merokok di tempat terbuka
3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur
4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin
5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

Anda mungkin juga menyukai