Anda di halaman 1dari 25

ELEMEN MULTIMEDIA AGEN PEMBANGUNAN KONSEP MAHABBAH DI JIWA

KANAK-KANAK
Oleh
Nor Risah Jamilah bt Mat Lazim
IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor
norrisa67_zke@yahoo.com
Abstrak
Penggunaan aplikasi multimedia dalam proses pembelajaran seharian kanakkanak dapat menanam konsep Mahabbah dalam diri kerana ciri-ciri multimedia
itu sendiri yang bersifat penyampai maklumat yang menyentuh semua
pancaindera. Amalan konsep Mahabbah yang betul mengikut lunas Islam dapat
memacu kanak-kanak ke arah membina hubungan yang sihat dengan masyarakat
sekeliling semasa proses perkembangan diri.
Jika dahulu, kanak-kanak
disuapkan dengan cerita Doraemon, sekarang ini siri Upin dan Ipin sudah dapat
mendominasi cerita pilihan kanak-kanak. Penggunaan elemen multimedia seperti
animasi merupakan salah satu saluran komunikasi yang berkesan dalam
menerapkan amalan Mahabbah. Kanak-kanak mempelajari dan mengimitasi
setiap perkara yang dilihat dan didengar dalam iklim kehidupan seharian
mereka. Pengalaman salinan melalui multimedia dan realiti yang berlaku dalam
proses kehidupan seharian amat mempengaruhi pembentukan personaliti yang
positif. Penggunaan bahan multimedia yang sesuai dapat membina sahsiah diri
berkonsepkan Mahabbah dalam pembangunan insan kanak-kanak. Konsep
Mahabbah dalam diri seorang muslim perlu diterap dari kecil agar mereka dapat
memahami, menghayati dan mengamalkan konsep tersebut mengikut lunas-lunas
Islam.
Kata Kunci
1. Multimedia
2. Elemen
3. Mahabbah
4. Medium
5. Intergrasi

PENDAHULUAN

Lambakan karangan multimedia di internet memberikan pilihan kepada ibu bapa dan guru
memilih multimedia yang sesuai untuk kanak-kanak. Multimedia sudah menjadi satu keperluan
kepada kanak-kanak pada zaman ini sebagai memenuhi aktiviti seharian mereka. Setiap masa
terluang, kanak-kanak akan duduk di depan televisyen mahupun komputer sama ada bermain
permainan komputer mahupun menonton cerita kegemaran mereka. Multimedia ini boleh dimuat
turun dengan mudah dari internet secara percuma. Laman Web Youtube amat popular di seluruh
dunia kerana laman tersebut menjadi medan kepada para pengguna memuat naik bahan
multimedia yang dihasilkan oleh mereka dan berkongsi kemahiran mereka dalam penghasilan
bahan tersebut dengan pengguna laman web tersebut. Siri Upin dan Ipin terbitan Syarikat
animasi Les' Copaque Production Sdn Bhd untuk siaran selama lima hingga tujuh minit banyak
dimuat naik ke Laman Web Youtube. Terdapat juga pelbagai siri bahan multimedia yang
bertemakan nilai kehidupan berkonsepkan mahabbah di internet.
Multimedia digunakan sebagai medium untuk membuat persembahan kepada golongan
sasaran tertentu.

Peralatan teknologi bagi mengakses multimedia semakin canggih di pasaran

seperti i-Pad, pemain cakera padat, komputer riba, telefon bimbit, dan komputer meja selain
daripada televisyen yang sudah menjadi perkara wajib dalam agenda kehidupan kanak-kanak.
Perkataan multimedia sudah sinonim kepada masyarakat zaman global ini kerana
penggunaannya sangat meluas tanpa mengira umur dan pangkat. Multimedia sebenarnya sudah
biasa digunakan secara meluas sebelum istilah multimedia wujud lagi. Pada hakikatnya elemen
multimedia seperti teks, grafik, audio dan video sudah lama digunakan untuk membuat

persembahan maklumat tentang sesuatu perkara, cuma elemen-elemen pada ketika itu digunakan
secara berasingan dan tidak disepadukan.
Perkataan multimedia berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media atau
medium. Multi membawa maksud banyak menandakan penggunaan lebih daripada satu media
wujud dalam sesuatu aplikasi.

Media pula merujuk kepada alat atau pengantara untuk

menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat. Multimedia ialah satu teknik yang
digunakan untuk mengintergrasikan pelbagai elemen media seperti teks, grafik, audio, video dan
amimasi dalam satu persekitaran digital.

Pelbagai jenis bahan multimedia yang dibangunkan

untuk kanak-kanak boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu di internet mahupun di kedai
cakera padat seperti siri Upin dan Ipin, Anak-anak Sidek, Usop Santorian, Bawang Putih
Bawang Merah, Cerita Sang Kancil, Cerita dan Lagu Anak Islam, Animasi pencemaran Sungai,
30 minit bersama Ustaz Don dan Budak Lapok dan Siri Mari Membaca.

TEORI PERMODELAN: BANDURA

Mengikut Teori Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas


tingkah laku manusia. Proses pembelajaran berlaku melalui pemerhatian tingkah laku modeldan
lebih dikenali sebagai Teori Permodelan. Unsur utama dalam teori ini ialah pemerhatian dan
peniruan. Peniruan oleh kanak-kanak boleh berlaku secara langsung, tidak langsung, peniruan
gabungan, peniruan sekat lakuan dan tidak sekat lakuan. Peniruan secara langsung ialah tingkah
laku yang ditonjolkan oleh model dan menjadi ikutan kanak-kanak. Contohnya, gaya bercakap
Upin dan Ipin, betul! betul! betul! telah menjadi ikutan bukan sahaja dalam kalangan kanakkanak malahan orang dewasa juga. Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan
tingkah laku orang lain, kanak-kanak akan meniru perubahan tingkah laku tersebut. Dalam
3

konteks multimedia, perkara yang ditonton oleh kanak-kanak akan mudah melekat di jiwa
mereka dan lebih cenderung untuk meniru perlakuan yang dilihat.
Persekitaran amat memberi kesan kepada perkembangan emosi kanak-kanak. Dalam hal
ini, keluarga perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan kanak-kanak dapat
mengadaptasi diri mereka dengan kemajuan teknologi. Mengikut Imam Al Ghazali dalam buku
Bimbingan Mukminin, ibu bapa perlu memelihara kanak-kanak daripada bercampur gaul dengan
budak-budak yang telah dibiasakan dengan kehidupan bersenang lenang dan bermewahmewahan serta melindungi kanak-kanak daripada orang yang memperdengarkan sesuatu yang
amat disukai oleh anak itu, nescaya anak itu dapat dikawal budi pekerti. Maka, seharusnya
kanak-kanak diberi perlindungan daripada segala sifat yang keji.

Kemudian kanak-kanak

hendaklah dihantar ke sekolah supaya belajar Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w,
mendengar cerita-cerita daripada salihin dan sejarah kehidupan mereka agar tertanam di dalam
hatinya kecintaan terhadap orang-orang mulia. Mendengar cerita pada zaman teknologi ini lebih
berkesan sekiranya menuggunakan multimedia.

Justeru, pemilihan bahan multimedia yang

sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dilihat sebagai satu usaha ke arah dapat menanamkan
konsep mahabbah dalam konteks Islam melalui penceritaan.
Ibu bapa mahupun guru perlu mewujudkan situasi sihat bagi merangsang perkembangan
kanak-kanak.

Situasi itu dapat mendorong mereka untuk meningkatkan prestasi kemajuan

perkembangan holistik mereka.

KONSEP MAHABBAH

Mahabbah ialah cinta kepada Allah. Mahabbah kepada Allah dan Rasul ialah sebesar-besar
kewajiban iman. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada apa-apapun di dunia ini. Kecintaan
ialah sifat suci yang datang dari sanubari manusia untuk ditujukan kepada sesiapa yang
dikasihinya. Cinta atau kasih sayang ialah perasaan halus dan belas kasihan dalam hati yang
membawa kepada perbuatan amalan mulia, memberi kemaafan dan mengamalkan tingkah laku
yang terpuji.

Kasih sayang ialah keutamaan dan ketinggian budi yang menjadikan hati

mencurahkan belas kasihan kepada segala hamba Allah. Cinta kepada sesama muslim ialah cinta
yang terpuji dan sebagai manifestasi daripada iman. Justeru dilakukan semata-mata kerana Allah
(Dr. H. Hamzah Yacub, 1980). Menurut Imam Al Ghazali, santapan hati ialah hikmat, makrifat
dan kecintaan kepada Allah Taala. Seseorang itu yang cenderung hatinya kepada sesuatu
semata-mata kerana mencintai Allah dan mencintai agamanya, nescaya hatinya itu tidak
dijangkiti sebarang penyakit hati. Penekanan Mahabbah dalam Islam boleh dibuktikan melalui
Al-Quran dan Hadis Nabi.

DALIL ALQURAN
Dalil-dalil dalam al-Quran:
Surah Al-Baqarah ayat 165

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari
Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
5

mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang


beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang
melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada
hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya
tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya,
(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Surah Al-Maidah : ayat 54,

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad
dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah
mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut
terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang
kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang
yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha
Mengetahui.
Surah Ali Imran, ayat 31

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka


ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

DALIL HADIS NABI


Contoh dalil dalam hadis Nabi Muhammad SAW:

Tiga hal yang barang siapa mampu melakukannya, maka ia akan merasakan
manisnya iman, yaitu: pertama Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada
selain keduanya; kedua: tidak mencintai seseorang kecuali hanya karena Allah;
ketiga benci kembali kepada kekafiran sebagaimana ia benci dilemparkan ke
neraka.

Islam tidak menentukan seseorang manusia perlu menunjukkan sikap kasih sayang hanya
kepada segolongan manusia atau kepada kaum muslimin sahaja, tetapi juga kepada semua
makhluk baik manusia mahupun binatang sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Sayangilah orang-orang yang ada di bumi supaya engkau disayangi oleh orang yang di langit
(yakni para malaikat).
Sifat kanak-kanak yang ceria, kreatif dan perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap
sesuatu perkara yang dilihat merupakan salah satu faktor penerapan sesuatu nilai senang diterap
dalam diri mereka. Mereka amat mudah tertarik kepada perkara yang berada di sekeliling
mereka dan melalui proses pembelajaran melalui pemerhatian terhadap sesuatu perkara.
Multimedia merupakan wahana yang digunakan oleh ibu bapa mahupun guru dalam mendidik
mereka.
Kanak-kanak pada peringkat lima dan enam tahun berada pada tahap istimewa kerana
mereka sayangkan diri sendiri dan setiap orang di sekeliling mereka.
7

Peringkat awal

perkembangan kanak-kanak ialah masa terbaik untuk menerapkan perubahan-perubahan penting.


Perubahan ini berkaitan dengan interaksi yang kompleks, iaitu antara struktur dalaman dan
fikiran kanak-kanak serta pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial. Kanakkanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif atau negatif berbanding dengan
masa-masa lain (Nor Hashimah, 2003).
Ibu bapa dan guru perlu meransang kanak-kanak untuk mewujudkan situasi yang boleh
menerapkan konsep mahabbah yang betul di jiwa kanak-kanak bagi meransang perkembangan
sahsiah terpuji kanak-kanak. Penerapan nilai kasih sayang yang betul mengikut lunas-lunas
Islam kepada kanak-kanak merupakan kewajiban yang penting kepada ibu bapa dan guru.
Dalam kontek penulisan ini, mahabbah ialah kasih sayang yang dapat dibentuk di jiwa
kanak-kanak sehingga melahirkan perbuatan yang memberi nilai yang positif oleh mereka
melalui perbuatan atau bertingkah laku yang terpuji. Multimedia dalam pembangunan konsep
Mahabbah akan memberi tumpuan kepada nilai yang paling dekat dan sinonim dengan kanakkanak, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada saudara
dan cinta kepada rakan.

Cinta Kepada Allah SWT


Mewujudkan rasa sayang atau cinta kepada Allah SWT dalam diri seorang muslim ialah suatu
ibadah yang utama kerana tidak akan sempurna ibadah seseorang kepada Allah SWT apabila
tidak ada rasa cinta di dalamnya seperti mana firman Allah,
Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingantandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka
mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya
kepada Allah (Surah Al-Baqarah:165).
8

Cerita Upin dan Ipin dan Cerita dan Lagu Anak Islam: Sayang Allah merupakan contoh
yang boleh didapati dari Laman Web Youtube mahupun cakera padat memaparkan kisah-kisah
menarik, tentang cinta dan kasih sayang terhadap Allah. Penceritaan yang diolah dalam cerita
digital kanak-kanak ini dapat memberikan pengetahuan yang bermakna kepada kanak-kanak.
Guru-guru dan ibu bapa boleh memanfaatkan multimedia bagi tujuan pembelajaran kanak-kanak
tentang konsep mahabbah kepada Allah.

Melalui multimedia, ibu bapa dan guru dapat

menerapkan pembangunan konsep mahabbah kepada Allah dalam kalangan kanak-kanak secara
santai tetapi menyeronokkan kanak-kanak. Mengikut Bandura (1986), terdapat empat peringkat
dalam proses pembelajaran melalui permodelan, iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan
peneguhan.

Kanak-kanak akan meniru perlakuan yang ditonjolkan model melalui proses

pemerhatian diikuti dengan mengingat dan mengulang perlakuan yang juga dikenali sebagai
reproduksi dan akhirnya mengekalkan perlakuan tersebut. Dalam siri Animasi Upin dan Ipin
contohnya, penggunaan grafik yang berwarna-warni, persembahan lagu kanak-kanak, intonansi
suara kanak-kanak dan animasi yang menarik dapat memberi kesan kepada kanak-kanak kerana
melibatkan hampir semua pancaindera. Peranan elemen multimedia tersebut berkemampuan
mengarahkan kanak-kanak untuk tertarik mengikuti perjalanan cerita yang ditonton dan secara
tidak langsung penerapan nilai mahabbah diterapkan melalui pemerhatian.

Cinta Kepada Rasulullah SAW


Mencintai Rasulullah s.a.w merupakan sebahagian dari keimanan. Anas r.a berkata, Rasulullah
s.a.w bersabda, Tidak sempurna iman kalian sampai aku lebih dia cintai daripada dirinya,
orang tuanya, anaknya dan manusia lain keseluruhan. (HR. Bukhari dan Muslim) Terdapat
banyak kisah-kisah nabi yang boleh didapati di internet jika ibu bapa tiada masa untuk memilih
9

cakera padat di luar.

Multimedia yang mengandungi kisah-kisah nabi telah dianimasikan,

contohnya multimedia Nasyid Anak Islam: Nabi Tersayang, Kisah Nabi Muhammad s.a.w.
menjadi Rasul dan bagaimana Islam bermula di Mekah dan di Madinah dan Kisah wafat Nabi
Muhammad s.a.w. Terdapat pelbagai multimedia yang memaparkan kisah Nabi Muhammad
s.a.w. Hal ini merupakan satu strategi untuk menanam konsep mahabbah kepada Nabi melalui
multimedia kerana watak-watak dalam multimedia menggunakan model yang dekat dengan
kehidupan kanak-kanak.

Cinta Kepada Ibu Bapa dan Saudara


Ibu bapa ialah orang yang mencorakkan kehidupan anak-anak. Banyak pengorbanan yang telah
dilakukan oleh mereka semasa membesarkan anak-anak. Sementara adik beradik merupakan
saudara terdekat dengan seseorang. Oleh itu, menyayangi ibu bapa dan saudara merupakan satu
ibadah. Abu Hurairoh berkata: Ada seorang laki-laki datang ke Rasulullah s.a.w, lalu bertanya,
Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah manusia yang paling berhak untuk kuperlakukan dengan
sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda, Ibumu. Lalu ia bertanya, lalu siapa? Beliau
menjawab, ibumu. Ia betanya, lalu siapa lagi? Ibumu, jawab Rasulullah s.a.w. Ia bertanya lagi,
lalu siapa? Bapakmu, jawab beliau. (HR. Bukhari).

Multimedia yang memaparkan pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa, sikap anak yang tidak
mengenang budi banyak dihasilkan dan boleh didapati secara percuma di laman web, khususnya
Laman Web Youtube. Cerita Bawang Putih Bawang Merah, Upin dan Ipin: Rindu Opah,
iklan-iklan Petronas merupakan contoh multimedia yang memaparkan konsep mahabbah kepada
ibu bapa seperti Burung Murai, Ayah dan Pengorbanan Ayah. Konsep mahabbah kepada
saudara banyak diselitkan dalam cerita Upin dan Ipin, yang mengisahkan dua adik-beradik yatim
10

piatu tinggal bersama opah dan Kak Ros. Hubungan mereka digambarkan erat dan saling
mengambil berat di antara satu sama lain

Cinta Kepada Jiran


Said bin Abi Syuraikh berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, Demi Allah, ia tidak beriman. Allah,
ia tidak beriman. Allah, ia tidak beriman. Ada yang bertanya, siapakah yang Anda maksud wahai
Rasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w menjawab, Orang yang tetangganya merasa tidak nyaman
dari kejahatan dan keburukannya. (HR. Bukhari). Melalui kisah Upin dan Ipin dalam episod 9:
Adat, yang mengisahkan perkongsian makanan untuk berbuka puasa dengan jiran merupakan
perlakuan menyayangi jiran tetangan. Opah meminta cucunya, Upin dan Ipin yang berpuasa
menghantar juadah berbuka puasa kepada jiran mereka, Tok Dalang. Walaupun keletihan, Upin
dan Ipin tetap menjalankan tanggungjawab mereka kepada Jiran.

Penggunaan wata-watak

kanak-kanak dan multimedia boleh menarik kanak-kanak untuk meniru perlakuan nilai
mahabbah kepada jiran yang diselitkan melalui sikap prihatin dan saling berkongsi juadah
berbuka puasa sesama jiran dalam cerita tersebut.

Cinta Kepada Rakan


Cinta kepada rakan perlu menjadi amalan kanak-kanak agar mereka dapat menjalin hubungan
yang baik semasa mereka menjalani kehidupan seharian sama ada di sekolah mahupun di rumah.
Hubungan sesama rakan perlu ditanam dalam jiwa kanak-kanak mengikut lunas-lunas Islam bagi
mengelakkan pergaulan yang kurang sihat. Anas bin Malik berkata: Aku pernah duduk di sisi
Rasulullah s.a.w, lalu lewatlah seorang laki-laki. Ada laki-laki lain dari suatu kaum yang berkata,
Wahai Rasulullah s.a.w, sungguh aku sangat mencintai (menyayangi) laki-laki itu. Rasulullah
11

s.a.w bertanya, Apakah kamu telah memberitahukan hal itu kepadanya? Laki-laki itu menjawab,
Belum. Rasulullah s.a.w bersabda, berdirilah, dan beritahukanlah kepadanya. Maka laki-laki
itupun berdiri menghampirinya, ia berkata, Wahai saudaraku, demi Allah, aku mencintaimu
karena Allah. Lalu orang tersebut menjawab, Semoga Allah juga mencintaimu karena kamu
mencintai karenaNya.
Terdapat pelbagai bahan multimedia seperti Adab Berkawan, Oh My English dan
cerita Upin dan Ipin yang memaparkan konsep mahabbah kepada rakan. Karakter Upin dan
Ipin sering digambarkan sebagai rakan yang sering saling membantu dan menceriakan kawankawan mereka.

MULTIMEDIA SEBAGAI AGEN

Multimedia boleh bertindak sebagai perantara yang amat efektif dalam penyampaian
mesej kepada kanak-kanak.

Andai kata maklumat disampaikan oleh guru dan ibu bapa

secara ceramah atau nasihat, maklumat yang disampaikan tentunya tidak dapat diserap
sepenuhnya kerana tiada elemen yang menarik perhatian kanak-kanak kecuali suara
semata-mata.

Orang

dewasa

sekalipun

jika

mendengar

pembentangan

yang

dibuat

secara satu hala tanpa bantuan persembahan multimedia, maklumat yang disampaikan
tidak dapat diterima sepenuhnya apalagi kanak-kanak.

Melalui multimedia, maklumat

yang disampaikan menjadi lebih menarik dan bermakna.

Kesepaduan elemen-elemen

multimedia menambahkan kejelasan, kefahaman, minat dan rangsangan kepada kanakkanak.

Multimedia merupakan hasil karya yang menyepadu medium grafik, teks,

bunyi, animasi dan video dan saling berinteraksi dengan sasarannya dengan cara yang
berlainan dan melibatkan semua pancaindera golongan sasaran.
12

Halimah dan Rosni

(2000)

menyatakan

bahawa

teknologi

multimedia

mampu

melibatkan

sebanyak

mungkin pancaindera seperti deria penglihatan, pendengaran dan deria sentuhan lalu
menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeluruh.

Kelainan fungsi medium-medium

ini yang menjadikan multimedia sebagai agen yang efektif dalam pembangunan konsep
mahabbah di kalangan kanak-kanak.
Kesimpulannya, konsep mahabbah sangat luas ertinya, ianya bukan sahaja mencakupi
rasa kasih terhadap yang maha esa malahan juga terhadap sekecil-kecil insan. Konsep
mahhabbah boleh dibentuk dalam apa juga cara termasuklah penerapan melalui bahan
multimedia. Pada masa kini, multimedia tidak dinafikan berperanan sebagai satu medium yang
sangat hampir dengan kanak-kanak.

ELEMEN GRAFIK DAYA PENARIK PERHATIAN

Elemen yang paling banyak digunakan dalam multimedia ialah grafik. Perkataan grafik berasal
dari perkataan Greek iaitu Graphikos yang bermaksud lukisan. Grafik ialah bahan yang
dilukis sebagai karangan visual. Bahan grafik boleh berbentuk gambar, animasi, rajah dan
lakaran. Untuk menghasilkan bahan-bahan persembahan grafik yang menarik, beberapa prinsip
grafik dalam pembinaan bahan perlulah diberi perhatian dan dibincangkan seperti kesatuan,
penegasan, pergerakan, keseimbangan, kontra dan harmoni. Grafik memainkan peranan penting
dalam menarik perhatian kanak-kanak.

Dalam siri Upin dan Ipin contohnya, penggunaan

gambar, animasi dan lukisan yang dekat dengan jiwa kanak-kanak dapat memberi rangsangan
kepada kanak-kanak untuk menyerap mesej yang ingin disampaikan. Penggunaan grafik yang
berwarna-warni dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mengikuti cerita tersebut.
Penerapan nilai mahabbah lebih mudah ditanam di jiwa kanak-kanak kerana penggunaan grafik
13

dapat memberikan kesan yang lebih mendalam berbanding penceritaan atau pembelajaran secara
lisan semata-mata.
Dalam siri Ramadhan Kembali Lagi, mahabbah kepada Allah ditonjolkan dengan
perlakuan watak Kak Ros dan Opah yang bertudung, perlakuan solat Tarawih dan amalan
makan sahur. Konsep Mahabbah kepada Allah dalam cerita tersebut dilsampaikan secara tidak
langsung tetapi dalam suasana yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. Kesedaran tentang
kepentingan berpuasa dan mendirikan solat tarawih diterapkan dalam penceritaan tersebut dalam
bentuk komedi namun sarat dengan mesej. Menurut Vivi (1999), grafik ialah perkara utama
yang disedari oleh audiens setiap kali mereka berpindah dari satu skrin ke satu skrin. Oleh sebab
itu, grafik mempunyai peranan yang penting dalam menanam konsep mahabbah di jiwa kanakkanak. Grafik biasanya boleh menyediakan latar belakang sesuatu peristiwa, mengilustrasikan
idea, memperkenalkan pelbagai watak atau ciri-ciri, menceritakan kisah, menunjukkan
maklumat, memberi petunjuk dan membentuk suasana. Dalam kisah Upin dan Ipin: Kisah
Ramadhan Kembali Lagi, penggunaan elemen grafik menggambarkan keadaan gelagat kanakkanak yang bertarawih. Grafik telah mengilustrasikan hubungan antara Upin dan Ipin, Kak Ros
dan Opah. Nilai mahabbah antara ahli keluarga ini digambarkan menpunyai hubungan erat
antara ahli keluarga mereka. Dalam hal ini, grafik telah berperanan menjadi agen penyampai
maklumat yang berkesan kerana segala bentuk mesej melalui deria penglihatan diterima secara
terperinci dan jelas. Oleh itu, daya ketahanan ingatan kanak-kanak tinggi terhadap multimedia
yang ditonton. Proses peniruan akan berlaku hasil daripada pemerhatian kanak-kanak. Justeru,
kanak-kanak dapat melihat gambaran hubungan yang terjalin antara mereka melalui penceritaan
kisah yang digambarkan melalui grafik. Secara tidak langsung konsep mahabbah kepada Yang
Maha Esa dan ahli keluarga dapat diterapkan kepada mereka.
14

ELEMEN TEKS DAYA PELENGKAP MAKLUMAT


Teks ialah elemen asas multimedia yang digunakan secara meluas untuk menyampaikan
maklumat. Elemen teks penting kerana teks menghubungkan idea yang ingin disampaikan dan
menyediakan arahan kepada pengguna (Norazlin dan rakan-rakan, 2007). Matlamat reka bentuk
grafik bukan hanya semata-mata meletakkan teks pada sesuatu halaman tetapi memahaminya
dan menjadikannya komunikasi yang berkesan. Pemilihan fon, saiz, jajaran, warna dan penjarak
memainkan peranan dalam memberikan kejelasan sesuatu maklumat. Teks berfungsi untuk
memberi maklumat yang tidak boleh dijelaskan dengan terperinci oleh grafik.

Teks

menerangkan konsep dan idea dalam sesuatu persembahan multimedia agar dapat memberikan
kejelasan mesej kepada sasaran.

Dalam multimedia, penggunaan teks dikreatifkan dalam

pelbagai bentuk untuk menarik perhatian kanak-kanak seperti penggunaan multi warna dan saiz
fon. Dalam bahan multimedia, Lagu Anak Islam: Rukun Iman, menceritakan tentang Rukun
Iman. Teks berperanan sebagai panduan kepada kanak-kanak bagi menyanyikan lagu Rukun
Imam bersama-sama. Teks ditulis dengan pelbagai warna dan dianimasikan bagi membantu
menjelaskan gambar yang dipersembahkan bersama-sama nyanyian lagu Rukun Imam. Peranan
multimedia dalam penerapan nilai Mahabbah kepada Allah dan Rasul lebih berkesan kepada
kanak-kanak kerana mereka turut dapat menyertai persembahan multimedia yang ditonton, iaitu
dengan menyanyi bersama-sama mengikut paparan teks seni kata lagu tersebut. Mengikut
Norazlin dan rakan-rakan(2007), multimedia membantu kanak-kanak mengingati persembahan
mengikut

kadar

ingatan

-15% dari perkara yang didengar


-25% daripada perkara yang dilihat
-60% daripada proses interkktiviti
15

seperti

berikut,

Kanak-kanak mendapat mesej secara tidak langsung dan tiada tekanan dalam proses
pembelajaran mereka malahan kanak-kanak seronok dengan keadaan tersebut. Hal ini dapat
membantu para guru dan ibu bapa menerapkan konsep Mahabbah kepada kanak-kanak sejak
kecil bagi dijadikan pegangan hingga mereka meningkat dewasa.

ELEMEN AUDIO DAYA KOMUNIKASI BERKESAN

Elemen audio dalam mendidik konsep Mahabbah kepada kanak-kanak amat penting kerana
melibatkan deria pendengaran. Audio sebagai salah satu daripada agen penyampai maklumat
yang berkesan kerana keupayaannya mempengaruhi emosi dan pemikiran seseorang. Audio
ialah sebarang alatan atau aktiviti yang menghasilkan bunyi. Rakaman bunyi yang diselitkan
dalam persembahan terdiri daripada suara dalam bentuk kata-kata seperti suara yang memberi
penerangan dan panduan, watak-watak penting dalam cerita, temu ramah dan nyanyian. Satu
lagi ialah bunyi tanpa suara seperti muzik latar, kesan bunyi dan bunyi-bunyian yang
menunjukkan fungsi seperti bunyi butang yang diklik apabilah skrin diubah yang disesuaikan
dengan tema sesebuah persembahan multimedia.
Penggunaan muzik latar, lagu dan suara dalam sesuatu rakaman multimedia amat penting
kerana dapat melengkapkan sesebuah persembahan multimedia. Sebagai contoh , dalam cerita
Lagu Anak Islam- Sayang Allah , penggunaan muzik dan lagu dapat menerapkan konsep cinta
kepada Allah. Suara kanak-kanak berbicara dengan adik-beradik dan ibu bapanya yang memuji
kebesaran Tuhan dapat menyentuh hati kanak-kanak kerana penggunaan elemen audio tersebut
dekat di hati mereka. Suara kanak-kanak sememangnya istimewa dan dapat memikat hati
pendengar tambahan pula dimasukkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah. Elemen audio
yang digunakan melalui muzik latar, lagu dan perbualan dengan menggunakan bahasa yang
16

mudah dapat menanam konsep mahabbah kepada kanak-kanak. Penggunaan elemen audio dapat
mencuri perhatian kanak-kanak terhadap mesej yang ingin disampaikan. Cerita dan Lagu Anak
Islam Sayang Nabi yang disertakan dengan lagu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. Bunyi dalam bentuk kata-kata berfungsi seperti teks.
Penjelasan tentang sesuatu perkara yang dapat dibaca dengan cara mendengar akan memberi
lebih kejelasan, kefahaman dan yang paling penting diingati (Vivi Lachs, 1999).

Satu lagi

contoh penggunaan elemen audio yang berkesan ialah dalam kisah Syurga Di Bawah Telapak
Kaki Ibu yang mengisahkan seorang anak yang melebihkan isterinya berbanding ibunya
menyebabkan ibu berkecil hati.

Kesan daripada itu, si anak yang jatuh sakit tidak dapat

mengucap dua kalimah syahadat kerana telah menyebabkan ibunya kecil hati dan bersedih.
Penggunaan muzik latar yang bersesuaian dengan kisah yang diilustrasikan melalui grafik
tentang kisah ibu yang dilupakan memberi impak yang besar kerana kanak-kanak juga
mempunyai pengalaman bersama-sama ibu bapa mereka setiap hari. Penggunaan audio ini
membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap isi persembahan (Jamalludin, 2000).
Penggunaan muzik latar yang sentimental dan dialog antara ibu dan anak semasa kecil dan
semasa dewasa menjadikan cerita ini lebih berkesan dalam penerapan konsep Mahabbah kepada
ibu bapa kerana kesan muzik dalam suasana yang menyedihkan dapat mengubah emosi kanakkanak mengikut mood cerita yang dipaparkan. Elemen audio dapat berkomunikasi dengan lebih
berkesan dengan bantuan elemen grafik.

17

ELEMEN ANIMASI DAN VIDEO DAYA RANGSANGAN EMOSI

Animasi secara ringkasnya merujuk kepada proses menambahkan pergerakan kepada imej yang
statik dengan menggunakan pelbagai kaedah. Animasi ialah set grafik yang dipaparkan dengan
pantas dalam bentuk siri bingkai. Animasi boleh direka sehingga menjangkau sesuatu perkara
mustahil yang boleh dilakukan oleh manusia semata-mata menjadikannya menarik. Animasi
dapat menjanjikan suatu persembahan yang menarik seperti cerita Boboiboy yang
digambarkan mempunyai kuasa luar biasa, iaitu boleh terbang namun sarat dengan nilai kasih
sayang kepada orang tua dan rakan. Boboiboy membawa watak seorang budak yang suka
menolong rakan menghadapi situasi yang mencabar. Elemen animasi yang digunakan dalam
cerita ini bukan sahaja menarik golongan kanak-kanak malahan golongan remaja.

Konsep

Mahabbah kepada Allah, keluarga, jiran dan makhluk lain yang diselitkan dalam cerita
Boboiboy ini dapat mempengaruhi kanak-kanak melalui penggunaan watak animasi yang
dianimasikan. Animasi menjadikan cerita ini ceria dan dapat menggambarkan idea dan konsep
Mahabbah dengan lebih berkesan. Adegan animasi Boboiboy membantu rakan yang berada
dalam kesusahan diselitkan secara tidak langsung dalam cerita. Kanak-kanak menonton untuk
hiburan tetapi dalam masa yang sama mereka telah mempelajari konsep Mahabbah kepada
Allah, rakan-rakan dan keluarga mereka. Watak-watak yang dianimasikan diberi roh Islam
dengan pemaikan tudung dan pakaian seorang muslim dan muslimah. Elemen animasi boleh
memberikan impak yang besar dalam pembentukan konsep Mahabbah dalam diri kanak-kanak
kerana proses pembelajaran mereka berlaku dalam suasana yang menyeronokkan. Kanak-kanak
gemar menghayati personaliti yang boleh menjadi ikon dalam kehidupan mereka. Konsep hero
dan heroin amat penting bagi kanak-kanak kerana hero mempunyai segala kehebatan yang
18

membanggakan dan berjaya menumpaskan kebatilan. Walau bagaimanapun, terdapat juga


animasi yang boleh memberi iktibar dan pengajaran dalam hidup kanak-kanak. Cerita Upin dan
Ipin yang berkisar tentang sepasang kembar yang baru mula belajar berpuasa daripada opah dan
kakak setelah kematian ayah dan ibu mereka. Walaupun hidup serba kekurangan, namun Upin
dan Ipin tetap menunaikan tanggungjawab mereka menunaikan puasa. Cerita ini boleh dijadikan
panduan untuk kanak-kanak menerapkan konsep Mahabbah terhadap Allah di jiwa kanak-kanak
terutama bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa dan melakukan amal ibadat di bulan
Ramadhan.

Selain itu, kisah-kisah Nabi banyak dimuat naik di internet. Oleh itu, pendekatan

ketokohan ini diserap melalui menghayatan tokoh-tokoh pejuang Islam seperti para Nabi dan
Rasul serta para sahabat dan ulama. Mereka dipaparkan sebagai hero yang ulung dan disanjung.
Sebagai contoh, Nabi Muhammad s.a.w. yang menyelesaikan masalah anak derhaka yang sedang
menghadapi sakratul maut. Kemunculan baginda menyelesaikan masalah mengangkat martabat
baginda dalam kalangan para sahabat. Penyampaian kisah nabi yang menggunakan elemen
animasi yang menarik boleh menjadi agen penyampai mesej yang berkesan kepada kanak-kanak.
Kebanyakan cerita animasi seperti Upin dan Ipin, Boboiboy dan Budak Lapok memaparkan
adegan yang kelakar namun kesannya amat mendalam kerana setiap gerak geri pelakon akan
menjadi ikutan kepada kanak-kanak.
Video ialah elemen mempunyai kombinasi grafik dan audio. Video merupakan gabungan
gambar-gambar pegun yang dibaca berurutan dalam suatu masa dengan kelajuan tertentu.
Gambar-gambar yang digabung dinamakan frame dan kelajuan pembacaan gambar disebut
dengan frame rate, iaitu gabungan fps (frame per second) yang dimainkan dalam kelajuan yang
tinggi. Maka terciptalah ilusi gerakan yang halus. Semakin tinggi nilai frame rate, maka akan
semakin lancar ilustrasi pergerakan yang ditampilkan.
19

Elemen video dalam multimedia

membawa perubahan yang besar dalam menyalurkan maklumat kerana kebanyakan video
mampu membawa unsur menyerupai keadaan sebenar yang berlaku dalam kehidupan kanakkanak. . Elemen video amat berkesan sebagai agen pembangunan konsep mahabbah di jiwa
kanak-kanak kerana mampu mengaruhi emosi pengguna.

Video biasanya menggunakan

kebanyakan daripada elemen-elemen multimedia seperti suara, muzik grafik dan teks dan
menyediakan satu corak persembahan yang hidup dan menyerupai pengalaman kehidupan
kanak-kanak. Video menunjukkan situasi yang lebih realistik berbanding elemen-elemen lain
dalam multimedia. Video boleh menjelaskan aksi fizikal yang sukar kepada kanak-kanak dan
boleh memberikan pengalaman salinan kepada kanak-kanak.

Dalam Iklan Raya Petronas:

sayangi Orang Tua contohnya, video memaparkan tentang sikap dan layanan seorang anak
perempuan dan menantu terhadap bapanya. Keinsafan timbul apabila cucu-cucu lelaki tersebut
melakonkan watak layanan ibu bapa mereka terhadap datuk mereka. Penggunaan muzik, audio
dan cerita dalam video tersebut amat sesuai dan disepadukan dengan begitu baik sehingga boleh
menitiskan air mata para penonton. Melalui video tersebut, konsep kasih sayang terhadap orang
tua dapat dipupuk kerrana persembahan video tersebut mampu menarik perhatian dan emosi
kanak-kanak.

Berdasarkan pengalaman kita sendiri, video tersebut mampu menimbulkan

keinsafan di hati kanak-kanak sekaligus dapat membangunkan konsep Mahabbah kepada ibu
bapa di jiwa kanak-kanak.

Cara pengolahan video tersebut amat berkesan di hati ketika

menonton video tersebut. Terbukti elemen video membangunkan konsep Mahabbah di jiwa
kanak-kanak.

KEPENTINGAN MULTIMEDIA DALAM PEMBANGUNAN KONSEP MAHABBAH

20

Kanak-kanak lebih cepat menguasai sesuatu penerangan yang bersifat hidup iaitu yang
mempunyai gambar, pergerakan dan suara berbanding penerangan bertulis atau lisan sematamata. Bahan-bahan berbentuk multimedia amat sesuai untuk menjadi bahan tontonan kanakkanak. Ibu bapa perlu sentiasa mengambil peluang menerapkan konsep Mahabbah di jiwa anakanak mereka melalui bahan multimedia yang sesuai.

Keprihatinan dan kreativiti ibu bapa

memilih bahan multimedia berkesan dan sesuai amat penting dalam pembentukan peribadi dan
personaliti kanak-kanak.

Pembentukan Personaliti Berkualiti


Pembentukan personaliti yang baik dalam diri kanak-kanak dapat ditanam melalui

konsep

Mahabbah. Personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan tingkah laku seseorang
individu (Mok Soon Sang, 2009).

Faktor persekitaran antara faktor yang mempengaruhi

pembentukan dan perkembangan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak kebiasannya menilai


dunia ini dalam dua realiti yang bertentangan iaitu kebenaran dan kebatilan. Ibubapa perlu
berhati-hati agar kanak-kanak tidak terkeliru. Kadang-kadang sesuatu perkara terpaksa
dihuraikan dengan lebih mendalam bagi membantu mereka melihat dari perspektif yang lebih
adil. Perantara yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej ialah multimedia.
Penerangan tentang perkara-perkara yang patut diamalkan dalam kehidupan sebagai
muslim perlu ditekankan dari kecil. Walaupun kanak-kanak masih kecil namun mereka perlu
didedahkan dengan realiti kehidupan yang penuh cabaran. Namun cara pendedahan tersebut
perlu dibuat dengan penuh psikologi agar kanak-kanak tidak menganggap perkara ini terlalu
berat untuk dilonggokkan dalam minda anak-anak. Lagipun Interaksi golongan kanak-kanak dan
remaja dengan multimedia lebih intim dan kekerapannya lebih tinggi berbanding interaksi
21

dengan ibu bapa mahupun guru. Anak-anak sejak dari kecil sudah boleh didedahkan dengan
soal-soal masalah dan cabaran dalam kehidupan. Jika tidak dimulakan dari sekarang untuk
mengisi mindanya dengan perkara yang penting ini, kanak-kanak akan membesar dengan jiwa
yang lemah dan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar. Pengaruh daripada bahan multimedia
yang berkonsep mahabbah dapat mempengaruhi kanak-kanak dalam pembentukan personaliti
mereka.

Penyampai Mesej Berkesan


Kanak-kanak suka mendengar kisah-kisah teladan dan cerita. Bercerita dengan Kanak-kanak
tentang nilai murni dan kosep mahabbah melalui multimedia dapat menanam pengajaran yang
berkesan di hati mereka. Tajuk utama berita-berita di akhbar sering berkisar tentang gejala sosial
dalam kalangan anak-anak. Kes remaja melarikan diri dari rumah, pergaulan di luar batasan dan
gejala samseng merupakan contoh perlakuan gejala negatif sering menghiasi dada-dada akhbar.
Semua pihak sering menuding jari ke arah satu sama lain. Hal ini disebabkan terdapat ruang
kosong dalam jiwa remaja semasa proses perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja.
Panduan yang diberikan oleh ibu bapa tidak dapat menampung pengaruh luaran yang diterima
oleh anak-anak di sekeliling mereka. Multimedia dapat memainkan peranan untuk memenuhi
kekosongan tersebut. Ibu bapa hanya perlu memilih multimedia yang sesuai untuk menanamkan
konsep Mahabbah di jiwa anak-anak. Pendidikan secara tidak formal ini dapat membantu kanakkanak memahami nilai-nilai kehidupan yang baik yang perlu diikuti.

Pendidikan yang

disalurkan oleh multimedia boleh menimbulkan kesan mendalam kerana kanak-kanak berada
dalam situasi yang selesa dan gembira semasa menerima mesej yang disalurkan.

22

Kanak-kanak mempunyai kemampuan akal yang cerdas dan mampu menanggapi persoalan yang
sulit jika disampaikan dengan cara mudah.

Pendidikan Yang Menyeronokkan


Multimedia merupakan kemahiran asas yang bergerak pantas dalam abad ke 21 ini. Multimedia
banyak menukar gaya pendidikan kita pada hari ini. Daripada zaman kapur dan papan hitam
kepada papan digital.

Anjakan paradigma dalam sistem pendidikan telah mempengaruhi

pembangunan sisttem pengajaran kita. Pendidikan merupakan salah satu bidang yang mendapat
pengaruh dan impak yang besar daripada penggunaan multimedia. Pendekatan pembelajaran
berasaskan multimedia mampu memindahkan maklumat daripada buku teks yang statik kepada
kepada satu corak pembelajaran yang lebih menarik, dinamik, interaktif dengan bantuan mediamedia tambahan. Kanak-kanak boleh belajar mengikut kesesuaian masa dan citarasa mereka
sendiri. Sekarang ini banyak penghasilan bahan multimedia dinamik dengan konsep pendidikan
dan hiburan yang dinamakan edutainment. Banyak aplikasi multimedia yang bercorak
permainan dan hiburan menjadikan proses pendidikan sesuatu yang dinantikan serta
menjanjikan keseronokan(Jamaludin, 2000). Ibu bapa boleh menanamkan konsep mahabbah di
jiwa anak-anak dengan menggunakan bahan medium yang dapat menyampaikan mesej dengan
berkesan. Kanak-kanak dapat menyerap nilai melalui tayangan multimedia dalam persekitaran
yang memberangsangkan. Dalam cerita Anak-anak Sidek: Bun dilamu Cinta contohnya, kanakkanak dapat belajar tentang batasan perasaan yang perlu dijaga dalam pergaulan. Multimedia
menawarkan keupayaan teknologi yang boleh memberikan pengaruh perubahan tingkah laku
kanak-kanak mealui elemen-elemen multimedia yang diintergrasikan. Program berbentuk
pendidikan yang dibangunkan melalui penceritaan, permainan dan latih tubi merupakan
23

keistimewaan multimedia yang mempunyai keanjalan semasa menyampaikan maklumat.

PENUTUP
Penggunaan multimedia merupakan pelengkap kepada kaedah pengajaran sama ada di rumah
mahupun di sekolah pada masa kini. Para pendidik sama ada guru, ibu bapa dan penjaga perlu
menggunakan multimedia ini untuk menanam sifat-sifat akhlak mulia dan konsep Mahabbah di
dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak hari ini merupakan menentukan masa depan pada hari
esok. Melahirkan sikap cakna dalam diri kanak-kanak tentang amalan umat Islam dalam
kehidupan pada saat mereka masih muda akan membantu pembentukan sikap yang positif dan
minda yang segar dengan kesedaran beragama dan disirami dengan semangat perjuangan Islam.
Kanak-kanak akan cepat belajar kerana ibu bapa mereka menjadi contoh di depan mereka dan
menyediakan iklim pembelajaran yang berkesan dan dinamik dalam proses tumbersaran mereka.
Secara ringkasnya multimedia boleh menjadi pembantu guru dan ibu bapa memberikan
pendidikan nilai dan konsep Mahabbah di jiwa kanak-kanak..

Rujukan
Bandura,A.(1971). Analysis of Modelling Process. In A.Bandura(ed), Psychological Modelling?
Aldine- Asherton. Chicago.
H.Hamzah Yaqub. (1980). Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mumin. Singapura:Pustaka
Nasional Pte Ltd.
Imam Ghazali (2005). Penyingkapan Hati Kepada Rahsia-rahsia Ilahi. Terjemahan Thahirah
Abdul Rahman. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Imam Ghazali. (1978). Bimbingan Muminin Pada Mencari Redha Rabbil-Alamin. Disesuaikan
oleh Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi. Alih bahasa oleh Syed Ahmad Semait.
Singapura: Pustaka Nasional Ltd Pte.
24

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn.Bhd.
Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir (2000). Pengenalan Kepada Multimedia. Kuala Lumpur:
Venton Publishing
Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd.
Muhammad Al Ghazali (1997). Akhlak Seorang Muslim. Penyunting Drs. H. Moh.Rifai.
Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd.
Mohd Sharani Ahmad (2004). Psikologi Kanak-Kanak: Cara Mudah Memamahami Psikologi
Bayi dan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.
.
Nor Hashimah Hashim,Dr., Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pahang:
PTS Publications & Distibutor Sdn. Bhd.
Rahil Mahyuddin & Habibah Elias. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Selangor:
Karisma Publications Sdn Bhd.
Rozinah Jamaludin (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
Steve Health (2005). Multimedia dan Teknologi Komunikasi. (Diterjemah oleh Maslin Masrom,
Rasimah Che Mohd Yusoff, Hafiza Abbas, Liza Abd Latif, Mohamad.)

25

Anda mungkin juga menyukai