Anda di halaman 1dari 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 2
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

PEMETAAN

10

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal
serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini
yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi
dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM5

Menterjemah idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

OM6

Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM7

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM8

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran murid yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab


Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL


BAND

PENYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran
teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran
teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran
teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran
teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

2
(Tahu dan Faham)
1
(Tahu)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan
keusahawanan.
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan
keusahawanan.

PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK


BIL

TAJUK

Reka bentuk dan penghasilan


projek

Elektronik

Lukisan teknik

Masakan

Tanaman hiasan

Lukisan teknik (elektif)

Elektronik (elektif)

Asas keusahawanan
JUMLAH

BAND
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B1
B2
B3
B4
B1
B2
B3
B4
B5
B1
B2
B1
B3
B4
B5
B1
B2
B3
B4
B5
B1
B2

JUMLAH
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
28

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 2

BIL
1

prosedur

TAJUK
Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek

daya usaha
nilai tambah

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan memberikan dua
jenis bahan pembinaan dan dua cara mencantum bahagian projek.

B2

Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan dua
bahan pembinaan projek dari segi sifatnya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek dengan menyediakan jadual kerja dan menghasilkan projek reka
bentuk.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek secara sistematik dengan menghasilkan projek reka bentuk
mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka bentuk
dengan daya usaha1.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka
bentuk yang mempunyai nilai tambah1.

: Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan
membuat kemasan.
: Cantuman kukuh dan kemasan sempurna.
: Penambahan sesuatu bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

10

BIL
2

TAJUK
Elektronik

semua komponen
2
prosedur

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan empat simbol komponen


elektronik.

B2

Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen


elektronik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan


membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua komponen1 dalam
lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


sistematik dengan membaca nilai satu perintang tetap dan menterjemah semua
komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur2.

: Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)]
: (i) Bacaan tepat
(ii) Komponen dilukis mengkut kedudukan dan kekutuban yang betul.

11

BIL
3

TAJUK
Lukisan teknik

prosedur
2
daya usaha

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan tangan
lukisan teknik.

B2

Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan lukisan
teknik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik dengan


melukis unjuran ortografik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara


sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara


berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha2.

: Kaedah dan teknik yang betul.


: (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm)
(ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul.
(iii) Hasil lukisan betul dan bersih.

12

BIL
4

BIL
5

TAJUK
Masakan

TAJUK
Tanaman hiasan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang masakan dengan memberikan lima faktor penting dalam


merancang menu, maksud hidangan sepinggan lengkap dan tiga contoh hidangan
sepinggan lengkap.

B2

Menerangkan tentang masakan dengan menjelaskan lima adap dan sopan semasa
makan.

BAND
B1

DESKRIPTOR
Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan memberikan dua tujuan pemasuan
semula dan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

13

BIL
6

TAJUK
Lukisan teknik (elektif)

BAND

DESKRIPTOR

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik dengan


melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan
garis jejari serta lukisan keratan penuh.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara


sistematik dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan
lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara


berinisiatif dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan
lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh dengan daya usaha2.

14

BIL
7

TAJUK
Elektronik (elektif)

prosedur4
daya usaha3

BIL
8

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang elektronik dengan memberikan dua jenis diod dan simbol diod
dan perintang peka cahaya.

B2

Menerangkan tentang elektronik dengan menjelaskan diod dan perintang peka


cahaya dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik dengan


menghasilkan projek elektronik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematik


dengan menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur4.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatif


dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha3.

: Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban


: Kemas dari segi susun atur komponen.

TAJUK
Asas keusahawanan

BAND

DESKRIPTOR

B1

B1D7
Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan memberikan lima agensi kerajaan
yang membantu usahawan.

B2

B2D6
Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan dua agensi
kerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.

15

Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web : http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

16

Anda mungkin juga menyukai