Anda di halaman 1dari 18

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
EKONOMI RUMAH TANGGA
TINGKATAN 3
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA

PEMETAAN

10

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Ekonomi Rumah
Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata
pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan
dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi
dan komponen elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4

Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM6

Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.

OM7

Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman.

OM8

Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.

OM9

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM10

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab


Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA


BAND

PENYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

2
(Tahu dan Faham)
1
(Tahu)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan
keusahawanan.
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan
keusahawanan.

PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK


BIL
1

TAJUK
Reka Cipta

Elektrik

Elektronik

Tempat Kediaman

Kaedah membuat biskut dan


kek

Jahitan

Konsumerisme
JUMLAH

BAND
B3
B4
B5
B6
B1
B2
B3
B4
B5
B3
B4
B5
B1
B2
BI
B2
B3
B4
B5
B1
B2
B3
B4
B1
B1

JUMLAH
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
25

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB EKONOMI RUMAH TANGGA
TINGKATAN 3

BIL
1

TAJUK
Reka cipta

reka cipta1
prosedur1
daya usaha1
nilai tambah1

BAND

DESKRIPTOR

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta dengan


menghasilkan projek reka cipta1.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara sistematik


dengan menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara berinisiatif


dengan menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha1.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif dan
inovatif dengan menghasilkan projek reka cipta yang mempunyai nilai tambah1.

: Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada.


: Membuat projek berdasarkan lakaran.
: Menyelesaikan masalah.
: Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

10

BIL
2

TAJUK
Elektrik

mengira1
prosedur2
daya usaha2

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas elektrik dengan memberikan dua jenis motor dan arah
pusingan motor DC.

B2

Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan mekanisme penghantaran


kuasa motor DC.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan


membaca meter kWj dan mengira1 kos penggunaan tenaga elektrik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


sistematik dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya usaha2.

: Menggunakan dua kadar tarif.


: Mengira mengikut kaedah yang betul.
: Pengiraan yang tepat.

11

BIL
3

TAJUK
Elektronik

prosedur3
daya usaha3

BIL
4

BAND

DESKRIPTOR

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan


membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan memateri
semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


sistematik dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen mengikut
prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dengan
daya usaha3.

: Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban dan kaedah pematerian yang betul.
: Sempurna:
(i) Pematerian kemas
(ii) Pamaterian kukuh

TAJUK
Tempat kediaman

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang tempat kediaman dengan memberikan tiga jenis ruang, dua
faktor keselesaan dan dua jenis pembersihan.

B2

Menerangkan tentang tempat kediaman dengan menjelaskan dua jenis ruang dan
fungsinya, dua faktor keselesaan dan dua jenis pembersihan.

12

BIL

TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

Kaedah membuat biskut dan


kek

B1

Menyatakan tentang kaedah membuat biskut dan kek dengan memberikan


pengertian gaul dan ramas, dua biskut yang disediakan dengan kaedah putar dan
satu kek yang disediakan dengan kaedah enjut yang divariasikan.

B2

Menerangkan tentang kaedah membuat biskut dan kek dengan menjelaskan


pengertian kaedah gaul dan ramas, kaedah putar dan kaedah enjut.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan


kek dengan memasak biskut kaedah putar.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan


kek secara sistematik dengan memasak biskut kaedah putar mengikut prosedur4.

B5

prosedur4
daya usaha4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan


kek secara berinisiatif dengan memasak biskut kaedah putar dengan daya usaha4.
: Memasak mengikut langkah kerja yang betul.
: Rasa dan tekstur yang betul.

13

BIL
6

TAJUK
Jahitan (elektif)

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang jahitan dengan memberikan tiga jenis hiasan dalam jahitan.

B2

Menerangkan tentang jahitan dengan menjelaskan pengertian kuilting, tampal hias


dan tampal cantum.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan dengan menjahit


tampal hias.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik


dengan menjahit tampal hias mengikut prosedur5.
: Menjahit mengikut langkah kerja yang betul.

Prosedur5

BIL
7

TAJUK
Konsumerisme

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang konsumerisme dengan memberikan lima hak pengguna dan


tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

B2

Menerangkan tentang konsumerisme dengan menjelaskan tiga hak pengguna.

14

LembagaPeperiksaan,
KementerianPelajaranMalaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
KompleksKerajaan Parcel E,
PusatPentadbiranKerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

15

Anda mungkin juga menyukai