Anda di halaman 1dari 12

NOVEL KONSERTO TERAKHIR

BIODATA PENGARANG KONSERTO TERAKHIR

Pengarang novel konserto terakhir ialah Abdullah


Hussain. Beliau lahir pada 25 Mac 1920, di
Sungai Limau, Yan, Kedah.Pendidikan awalnya
adalah di Sek.Melayu Sungai Limau sehingga
lulus darjah 5.Kemudian,beliau menyambung
pelajarannya di Sekolah Inggeris St.Michael
(1932-33).Seterusnya, beliau bersekolah di
Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun
1935.Dari segi pekerjaan, beliau pernah bekerja
sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah
perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun
1939,Pengarang Akhbar Sahabat (1941),
Pengarang Majalah Puspa di Medan,pernah
bekerja di Kem Tentera Sg.Petani dan juga
sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968).
Dalam bidang penulisan beliau banyak menulis
cerpen,novel,biografi, autobiografi,esei, kritikan,
drama, dan sebagainya.Hasil-hasil karyanya
yang lain adalah seperti Issabela
(terjemahan),Orang Tua dengan Laut
(terjemahan), dan banyak lagi. Sepanjang
pelibatannya dalam bidang penulisan, beliau
banyak meraih kejayaan seperti memenangi
Sayembara Mengarang Cerpen sempena Hari
Buruh di Medan (1950), Peraduan Penulisan
Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana
Menteri, SEA Write Award, dan kejayaan yang
terbesar ialah beliau telah memenangi Anugerah

Sasterawan Negara ke-8.


NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Sinopsis Keseluruhan Novel


Konserto Terakhir
Novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain

Sinopsis Keseluruhan
Konserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang
telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di Bandar untuk mencari
pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga
terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat
sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan
untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya.
Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik daripada
keluarga Datuk Johari.

Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang baik. Dia dapat
merasakan bahawa dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayurnya itu seperti
mempunyai dunia sendiri. Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang
bernama Hayati yang mempunyai tunang bernama Mohsin. Hilmi dalam diam-diam
menaruh hati kepada adik sepupunya itu sehinggakan dia cemburu dengan
hubungan antara Hayati dan Mohsin. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan
alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah
merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan
dipotong gajinya.

Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke luar negeri, Hilmi ditugaskan untuk
menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat
iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan
telah berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan
dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat
yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi
ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran.

Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi


dengan Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah
mendengar bunyi piano dimainkan. Lebih-lebih lagi apabila Hayati memberi oleh-
oleh kepada Hilmi. Datin Salmah telah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-
guna untuk memikat Hayati. Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk
Johari dengan alasan untuk balik ke kampung.

Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di
Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang
pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai
bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan
biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah
Intermeso”.
Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati
dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang
dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”.
Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik
di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan
pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah
sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai
dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar
telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran
Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah
diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang terjadi
dalam rumah tangganya itu telah tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi
bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia.
Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi
telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh
RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu
arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu
pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan
di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama
arrangement itu “Hilmi Potpouri”.

Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan
dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-
saat pertunjukan Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi telah jatuh sakit dan
dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan
memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu.

Keadaan Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan
abang sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi
bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk
Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu
oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke
rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan
telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Tema Novel Konserto Terakhir


Definisi Tema

Tema ialah idea atau persoalan pokok yang merupakan gagasan pemikiran yang
menjadi dasar kepada sesebuah karya sastera. Sesebuah karya biasanya
mempunyai satu tema yang biasanya diungkap dalam satu perkataan sahaja.

Tema yang dicipta untuk sesebuah novel mestilah berkaitan dengan


keseluruhan novelnya. Semua aksi, cerita dan pengalaman dalam novel juga
adalah sub kepada tema utama sesebuah novel. Sebenarnya, selepas membaca
keseluruhan jalan cerita novel ini, pembaca yang kritis pasti boleh memberikan
satu tema yang ringkas, padat dan kukuh berdasarkan novel yang telah dibaca.

Ada juga tema yang dinyatakan secara terang-terang dalam novel. Hal ini akan
lebih menyenangkan para pembaca mengetahuinya dengan lebih senang. Pada
pendapat saya, novel Konserto Terakhir mungkin adalah sebuah novel yang
menyampaikan temanya secara terang-terang.

Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup seorang anak
muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari
pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.
Berikut ialah bukti-bukti yang dapat dikaitkan dengan kewujudan tema novel
Konserto Terakhir.

1. Melalui novel ini, pengarang mengetengahkan liku-liku yang dilalui oleh Hilmi
yang sebelum ini tidak mengetahui langsung bahawa dia mempunyai bakat sebagai
seorang pemuzik. Bakat itu lahir secara tidak sengaja apabila dia mendengar
alunan muzik yang dimainkan oleh Hayati.

2. Hilmi telah bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk
Johari. Setiap kali Hayati bermain piano, Hilmi sengaja mencari kerja yang dekat
dengan suara alunan piano itu.

3. Minat Hilmi terhadap muzik semakin memuncak. Dia telah mengusik piano
Hayati dan memainkan beberapa buah lagu seperti lagu “anak ikan”. Pengarang
melukiskan bakat yang ada pada Hilmi itu yang membolehkan nalurinya
menggerakkan jari-jarinya bermain piano walaupun sebelum ini dia tidak ada asas
muzik dan tidak pernah mengenal piano. Peristiwa itu menyebabkan piano itu
rosak dan Datin Salmah memarahi Hilmi.

4. Keazaman untuk menjadi pemuzik menyebabkan Hilmi belajar muzik daripada


Encik Bakar, seorang pemimpin quartet yang terkenal. Dengan bimbingan Encik
Bakar, Hilmi boleh bermain biola, trompet, seksofon, dan klarinet. Hilmi juga telah
berjaya menggubah lagu seperti “Sebuah Intermeso” dan banyak lagunya yang
menjadi pujaan ramai.

5. Dunia muzik yang ada jatuh dan bangunnya juga dirasai oleh Hilmi. Hilmi
memulakan kariernya dalam dunia muzik apabila bermain dalam quartet di bawah
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

pimpinan Encik Bakar dan akhir-nya digelar sebagai “Pemain Biola Hikmat
Malaysia”.

6. Dia juga telah menubuhkan sebuah kurigan yang diberi nama “Kurigan Dahlia”
mengikut perkembangan muzik di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi ketika
itu. Pengaruh muzik itu mula hilang dan Hilmi kembali menyertai orkestra dan
telah memimpin orkestranya dan menjadi johan tiga kali berturut-turut dalam
pertandingan yang dianjurkan oleh RTM.

7. Kejayaannya itu menyebabkan dia telah ditawarkan untuk memimpin


pertunjukan Orkes Perdana yang sama tarafnya dengan Royal Performance di
England dan membuat arrangement semua lagu ciptaannya dan arrangement itu
diberi nama “Hilmi Potpouri”.

8. Walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu dilaluinya untuk menjadi seorang
pemuzik profesional, namun bagi Hilmi yang tabah, dia telah melalui setiap
cabaran hidupnya dengan nilai-nilai murni.

`
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Watak Contoh huraian


sampingan
-Anak tunggal yang manja – Beliau
merupakan satu-satunya anak tunggal
kepada Datuk Johari dan Datin Salmah.
-Berkeyakinan tinggi – beliau kerana
sanggup memimpin pertunjukan Orkes
Hayati Perdana bagi menggantikan tempat yang
sepatutnya dipimpin oleh abangnya,
Hilmi.
-Penyayang – Beliau sangat sayang akan
Hilmi serta mengambil berat terhadap
Hilmi.
-Ahli muzik yang berbakat – Beliau
merupakan seorang ahli muzik yang
tersohor sekali gus merupakan seorang
guru, kawan, dan mentua Hilmi.
-Bersifat ikhlas – beliau sanggup mengajar
Hilmi tanpa mengenakan sebarang
Encik Bakar
bayaran dan membantu Hilmi
menggubah lagu dan menulis lirik.
-Baik hati – beliau pernah mempelawa Hilmi
tinggal bersama-sama mereka di
rumahnya apabila masalah yang
menimpa Hilmi.
-Prihatin – Beliau sangat rapat dengan Hilmi
dan prihatin serta sentiasa bersimpati
akan nasib yang menimpa Hilmi.
-Rajin – Beliau pernah bekerja sebagai
penyelam mutiara di Darwin, Australia
Pak Amat dan kemudiannya bekerja sebagai
tukang masak.
-Taat terhadap majikan – Beliau merupakan
seorang pekerja yang taat terhadap
Datuk Johari dan menganggap keluarga
Datuk Johari seperti keluarganya sendiri.
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Persoalan

 Cinta dan kasih sayang

Cinta dan kasih sayang merupakan antara persoalan yang kerap dikemukakan oleh
pengarang. Cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Hayati; cinta dan kasih sayang antara
Hilmi dan Azhzah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.
Contohnya, Hayati amat bersimpati kepada nasib Hilmi, begitu juga Azizah, bersimpati
dengan Hilmi. Cinta dan kashh sayang dalam novel mi thdak berakhhr dengan kebahagiaan.
Hayath berkahwin dengan Mohsin tetapi tidak bahagha kerana Mohshn cemburu terhadap
Hilmi. Begitu juga dengan Azizah cmntanya terhadap Hilmi tidak berakhir dengan bahagia
kerana cemburu terhadap Hayati.

 Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup

Hayati seorang gadis yang pada mulanya hidup penuh dengan kebebasan tetapi telah
berubah dan berasa tenang setelah mula mendekath agama melalui ibudah solat dan
mendalaminya melalui buku-buku agama seperti buku Hidup Sesudah Mati. Hilmi juga sering
mendekatkan dhrinya dengan ibadah solat setiap kali din menghadapi masalah kerana
dirasakan dia dapat menemui ketenangan hidup.

 Menjaga kesihatan

Kerana tidak menjaga kesihatan, menyebabkan Hilmi menderita dan akhirnya meninggal
dunia. Hilmi tidak menghiraukan kesihatannya setelah dia tertekan akibat dilanda masulah
rumah tangga dan menumpukan sepenuh jiwa dan raganya untuk menyiapkan arrangement
‘Hilmi Potpouri’ untuk pertunjukan Orkes Perdana.

 Kesan penceraian ibu bapa terhadap anak

Datuk Johari telah meninggalkan isterinya selepas malam pertamanya tanpa meninggalkan
sebarang berita. Karim telah sanggup berkahwin dengan isterinya itu demi menyelamatkan
maruah keluarganya. Kesannya, Karim terpaksa menanggung beban rahsia sepanjang
hayatnya iaitu Hilmi sebenarnya anak Datuk Johari dan Datuk Johari sendiri pun
mengetahuinya di saat-saat akhir hayat Hilmi. Paling making, apabila Hilmi tidak sempat
mengetahui bahawa Datuk Johari itu sebenarnya bapanya dan Hayati itu adiknya.

 Mementingkan Pangkat daripada Hubungan Kekeluargaan

Datin Salmah lebih mementingkan pangkat dan memandang rendah kepada Hilmi. Begitu
juga dengan Datuk Johari yang terikut-ikut dengan perangai isterinya don berosa malu
kerana keluarga di sebelahnya tidak ada yang berpangkat besar. Sikap mementingkan
pangkat mi dapat dilihat apabila Hilmi mencapai kejayaan, mereka mula mengaku yang Hilmi
itu anak buahnya.
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Watak dan Perwatakan

Hilmi Pak Amat


-Penyayang dan bersimpati -Taat setia

-Tabah dan gigih -Tabah

-Rajin -Baik Hati

-Pemaaf

Azizah
Hayati -Penggoda

-Penyayang -Materialistik

-Taat -Curang

-Yakin -Cemburu

-Menurut Perintah

Datin Salmah
-Sombong

-Kurang sabar

-Tidak berpendirian

-Suka dipuji

Datuk Johari
-Lupa daratan

-Tidak suka berterus-terang

-Tidak bertanggungjawab
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Binaan Plot

Permulaan
Hilmi datang dan kampung kerumah bapa saudaranya, Datuk Johari untuk mencari
pekerjaan di kota. Kehadiran Hilmi tidak disenangi oleh Datuk Johari dan isterinya, Datin
Salmah.

Perkembangan
Oleh sebab hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu akhirnya Hilmi disuruh
bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari sahaja. Hilmi juga berminat dengan
mainan piano sehingga dengan tidak sengaja telah merosakkan piano Hayati.

Perumitan
Sepeninggalan Datuk Johari ke luar negara, Hilmi telah belajar bermain muzik dengan Encik
Bakar. Hubungan Hilmi dan Hayati semakin erat sehingga menimbulkan perasaan tidak
senang kepada Datin Salmah. Hilmi kemudian melarikan diti dan rumah Datuk Johari dan
bekerju di stesen minyak.

Klimaks
Hilmi telah berjaya memainkan pelbagai alat muzik dan menggubah lagu. Akhimya Hilmi
ditawarkan untuk menyertai quartet Endk Bakar dan terkenal sebagai ‘Pemain Biola Hikmat
Malaysia’. Hilmi dan Azizah juga telah menubuhkan Kugiran Dahlia. Hilmi dan Azizah telah
diijabkabulkan dan kemudiannya memperolehi seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun
rumah tangga mereka tidak kekal lama. Hilmi juga bertambah sedih setelah kematian Encik
Bakar. Hilmi juga telah bertungkus lumus menyiapkan satu alrangement yang diberi nama
‘Hilmi Potpouri’ untuk satu Pertunjukan Orkes Perdana.

Peleraian
Hilmi jatuh sakit dan tidak dapat memimpin Pertunjukan Orkes Perdana. Hayati telah
muncul menggantikan Hilmi. Pada masa yang sama, di hospital, Pak Karim telah bertemu
Datuk Johari dan telah mendedahkan rahsia sebenar Hilmi. Datuk Johari telah insaf dan
akhimya meninggal dunia kerana terkejut mendapat berita kematian Hilmi.
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Latar

Latar Tempat
 Rumah Datuk Johari
 Kedah
 Maktab Sultan Abd Hamid
 Lapangan terbang
 Balai Polis Lenggeng
 Dewan Tunku Canselor

Latar Masyarakat
 Masyarakat Kota
 Masyarakat Desa
 Masyarakat Pemuzik
 Masyarakat berbilang bangsa
 Masyarakat Bawahan
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Gaya Bahasa

Personifikasi
Jari kelengkeng sebelah kiri tersasul lagi.... (Halaman 1)

Perasaannya hanyut terapung-apung bersama-sama dengan mama lagu yang tidak diketahui
namanya, jauh membumbung naik ke angkasa lepas. (Halaman 30)

Metafora
Tetapi mata pak ciknya membawa warna yang benbeza, lembut Warna perlindungan.
(Halaman 26)

Walaupun keputusan belum lagi diketahui, cahaya harapan telah mulaimemancarkan sinarnya.
(Halaman 213)

Simile
Datin Salmah duduk dengan belakang lurus, kakinya disilangkan seperti sedang menghadapi meja
makan dalam upacara....... (Halaman 8)

...bendiri macam patung... (Halaman 62)

Hilmi berasa seperti dia orang bodoh...... (Halaman 64)

Perulangan
“Minta maaf. Saya minta maaf. Kalau lain tentu saya boleh menolongnya..... (Halaman 17)

Berdenting bunyinya satu nada. Satunada lagi.... (Halaman 54)

Peribahasa
Banyak sangat orang yang rajin pada masa mula-mula kerja saja, sesudah itu mereka curi tulang.
(Halaman32)

Mungkin Encik Bakar berasa serik untuk mengajarnya lagi, ataupun Encik Bakar menuduhnya hangat-
hangat tahi ayam (Halaman 155)
NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Nilai dan Pengajaran

Nilai
 Taat setia
 Kasih sayang
 Simpati dan belas kasihan
 Keberanian dan keyakinan diri
 Kerjasama
 Hormat-menghormati
 Jujur

Pengajaran
 Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja
 Kita hendaklah membantu orang yang susah
 Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk meneruskan kehidupan
 Kita mestilah menjaga maruah diri
 Kita wajib bersyukur atas kurniaan tuhan
 Kita hendaklah berani menempuh pelbagai dugaan
 Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain

Anda mungkin juga menyukai