Anda di halaman 1dari 1

Moderator

Tanpa melengah-lengahkan masa, kita mulakan sesi forum kita ini dengan
soalan pertama. Soalan pertama saya tujukan buat ahli panel yang pertama.
Soalannya berbunyi apakah yang dimaksudkan dengan burn out?

Panel 1

Di sini terdapat beberapa maksud burn out menurut beberapa tokoh. Pertama,
menurut Pines & Aronson, 1988, burn out adalah satu keadaan di mana
berlakunya kemerosotan daya fizikal, emosi dan mental disebabkan oleh
penglibatan jangka panjang dalam tekanan emosi. Greenberg dan Baron (1997)
pula menyatakan burn out adalah ketandusan daya emosi, ketandusan daya
fizikal, penurunan sikap dan perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya. Selain
itu, definisi lain bagi burn out adalah satu keadaan yang disebabkan oleh
dipersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin
menurun.

Moderator

Apakah pula maksud burn out dalam kalangan guru?

Panel 1

Burn out adalah perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim yang
dialami oleh seseorang guru akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas
tenaga, kekuatan atau kecekalannya.