Anda di halaman 1dari 1

Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan keberkesanan

program bimbingan;

Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya,


sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya diperlukan
bantuan/bimbingan yang seterusnya.

Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah
supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan
mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah,
dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi, sebagai mentor bagi
program mentor-menti, dan lain-lain;

Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya, seperti maklumat latar
belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya;

Membina hubungan baik dengan pelajarnya, dan mempunyai sikap prihatin dan positif
terhadap mereka, supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar; dan

Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif, dan mereka boleh menyesuaikan diri
dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam kelas.

4.2

Kemahiran Asas dalam Bimbingan

Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan. Apakah
kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan berkesan,
untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita perlu ingat
bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar, tetapi membimbing
bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang baik untuk
mengatasi masalahnya.

Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing adalah secara tidak

langsung, dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya supaya ia
bertanggungjawab

mengatasi

masalahnya,

dan

mempercayai

bahawa

membantunya. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah.

4.2.1

Menunjukkan hormat dan layanan yang positif

gurunya

akan

Anda mungkin juga menyukai