Anda di halaman 1dari 9

3.

Implikasi

Teori-teori

Pembelajaran

dalam

Meningkatkan

Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Dewasa ini, peranan pendidik dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna
kepada anak didiknya sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran yang menjadi asas
pegangannya. Kaedah pengajaran yang paling efisyen akan digunakan oleh guru untuk
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pelajaran. Secara umumnya,
pengajaran ialah penyampaian maklumat dalam situasi pendidikan, seperti sekolah
rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Manakala pembelajaran pula
bermaksud perbuatan atau pengalaman seseorang pembelajar yang diperolehi melalui
pendidikan.
Namun, dalam konteks pendidikan, pembelajaran membawa maksud perubahan
tingkah laku seseorang akibat daripada ilmu, kemahiran atau amalan yang diperolehi
melalui proses pendidikan. Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada lima jenis,
iaitu teori pembelajaran behavioris, kognitif, sosial dan pendekatan humanis. Setiap
jenis teori pembelajaran tersebut mempunyai prinsip yang berbeza. Malah, hujah yang
dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran d mana pelopor teori tersebut
membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Contohnya,
teori behavioris yang berpecah kepada tiga cabang, iaitu teori pelaziman klasik, teori
pelaziman tingkah laku dan teori pelaziman operan. Jika kita mengkaji dan memahami
teori-teori tersebut, adalah sangat jelas dan nyata tentang idea yang dikemukakan
bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan.

Untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ialah


guru perlulah menetapkan maklumat yang spesifik pada setiap topik pembelajaran.
Sebelum memulakan sesi pembelajaran, guru perlu menyatakan matlamat akhir proses
pembelajaran dengan jelas dan teliti. Matlamat tersebut mestilah yang realistik dan
boleh dicapai mengikut tahap pelajar. Setiap pelajar mempunyai tahap pembelajaran
yang berbeza, guru perlu meletakkan target pada tahap yang sederhana supaya tidak
terlalu cepat atau lambat dalam proses pembelajaran pelajar.
Bukan sahaja matlamat, objektif pembelajaran dalam setiap topik juga perlu
ditetapkan oleh guru bagi setiap langkah pengajaran. Objektifnya hendaklah khusus
terhadap topik tertentu, setiap satu objektif bagi satu langkah kecil perlu dititikberatkan.
Contohnya, dalam topik tambah tolak dalam Matematik, guru perlu memastikan murid
dapat menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan langkah penyelesaian yang
lengkap dan kemas.
Analisis tugasan perlu dibuat berdasarkan tugasan yang telah diberikan kepada
pelajar

dalam

masa

tertentu.

Bagi

meningkatkan

lagi

keberkesanan

proses

pembelajaran dan pelajaran, guru boleh pecahkan tugasan pembelajaran kepada


langkah-langkah yang kecil ataupun topik yang lebih kecil. Misalnya, bagi bidang
menggambar dalam subjek Pendidikan Seni Visual, guru boleh pecahkan kepada topiktopik kecil, seperti lukisan, catan dan seterusnya. Dengan ini, pelajar akan dapat
menguasai kemahiran tersebut dalam masa yang lebih singkat.
Seterusnya, langkah pengajaran secara berperingkat merupakan satu aktiviti
khusus bagi satu langkah pengajaran. Susunan langkah hendaklah secara progresif

ataupun secara beransur maju. Menuruti teori pembelajaran, guru harus menguasai
langkah awal sebelum berpindah kepada langkah yang seterusnya. Sebelum mengajar
pengetahuan yang lebih mendalam, pelajar perlu diajar pengetahuan pada aras bawah,
sehingga ke aras tinggi.
Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan
pelajaran di dalam kelas, guru perlu pastikan setiap murid memberi maklum balas
dengan kerap, dengan kadar yang secepat mungkin dan berbentuk spesifik. Ada
kalanya murid berada di dalam kelas, tetapi tidak dapat tumpukan perhatian dalam
pembelajaran mereka. Maka, ini adalah kegagalan dalam penyampaian pengetahuan.
Oleh itu, guru perlu sentiasa perhatikan reaksi pelajar, tujukan soalan yang berkaitan
pada topik tersebut.
Setiap

rangsangan

akan

menghasilkan

gerak

balas.

Gerakbalas

ialah

tingkahlaku yang timbul kesan daripada sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah
tenaga yang menimbulkan gerakbalas. Contohnya, apabila guru memberikan arahan
supaya murid berdiri, maka murid akan berdiri dengan cepat. Arahan ialah rangsangan,
manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov
berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara
rangsangan dengan gerakbalas.
Guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang
boleh dilazimkan. Kajian antara rangssangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan
melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas,
semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. contohnya, apabila guru memberi pujian

(rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka
gerakbalas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.
Motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Misalnya,
dalam bilik darjah, guru perlu motivasikan murid dengan menunjukkan sesuatu yang
menarik sebelum mereka dapat memberikan penumpuan dengan teliti. Objektif
pelajaran boleh dihuraikan kepada pelajar supaya mereka lebih yakin untuk mulakan
pelajaran. Pembelajaran juga boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan atau
pengalaman. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya
seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan dan sebagainya.
Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika penuguhan tidak diberikan.
Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui pengajaran,
tingkahlaku itu mungkin akan terhapus dengan begitu sahaja. Konsep pemulihan sudah
tentunya juga dapat membantu seseorang guru untuk meningkatkan keberkesanan
pembelajaran di dalam kelas.
Perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak adalah mengikut urutan secara
berperingkat. Jadi, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak di kelas
tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objekobjek besar iaitu sesuatu yang senang dilihat dan disentuh. Manakala pada peringkat
tahun dua dan tiga, kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk seperti Rumah
Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan dan tulisan.
Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat
sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif yang terhad.

Murid-muid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia untuk


menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh
konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah
rendah. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan
peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti
pelajaran tersebut mungkin akan membosankan pelajar.
Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan
penyampaian tajuk pelajaran daripda peringkat yang senang kepada peringkat yang
susah. Cara ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran yang
semaksimum.
Dengan erti kata yang lain, pembelajran adalah sebagai satu cara pemprosesan
data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling
mudah menuju kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi
bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah,
Pada peringkat awal proses pembelajaran dan pelajaran, pembelajaran isyarat
boleh dijalankan. Contohnya, guru menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad
perkataan. Pembelajaran rangsangan gerak balas membawa implikasi bahawa guru
perlu sentiasa memberi pujian dan galakan apabila murid menunjukkan hasil yang baik
ataupun keputusan yang cemerlang.
Daripada aspek rangkaian motor, guru perlu menggunakan prinsip ulangan dan
membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Implikasi pertalian berbahasa
kepada guru ialah ketika mengajar, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis dan

mengemukan hujah. Contohnya, ketika mengajar konsep buku, guru bukan sahaja
boleh menunjukkan buku sebenar malahan murid-murid digalakkan untuk menyebut
dan mengeja perkataan itu. ini dikatakan sebagai dua rambang semata.
Guru perlu sentiasa membimbing murid-murid dalam membuat diskriminasi atau
membezakan fakta yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan
mendiskriminasi juga boleh digunakan untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan
tumbuhan dengan ciri-ciri kumpulan tumbuhan yang lain. Guru juga boleh membantu
murid-murid mengenalpasti ciri-ciri utama sesuatu kelas objek agar pembentukan
konsep mudah dicapai. Soalan-soalan yang sesuai boleh membantu murid-murid kea
rah pembentukan konsep dengan jelas.
Selain itu, guru menggunakan perbandingan, analogi dan aplikasi ketika
mengendalikan pembelajaran hukum. Yang penting, guru perlu sentiasa membimbing
murid-murid melihat pertalian antara komponen yang relavan, mengemukakan soalansoalan yang memberi peluang kepada murid-murid untuk membuktikan kefahaman
mereka

terhadap hukum yang dipelajari.

Bukan sahaja

begitu,

guru

harus

menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu hukum itu supaya


mereka lebih memahami apa yang telah dipelajari, meningkatkan lagi keberkesanan
proses pembelajaran dan pelajaran. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu
memberikan panduan dan cadangan tentang konsep dan hukun yang diperlukan.
Petunjuk yang berhubung terus dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana
ini akan menjadikan tugasan itu kurang mencabar kepada pelajar.

Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan


peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman
seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi murid-murid di
Tahap Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pmbentukan
konsep.
Bagi murid-murid Tahun Enam ke atas, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar
murid-murid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah.
Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan
guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan pengajaran. Maka,
kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari semasa ke semasa.
Penglibatan murid-murid itu penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran
yang

bermakna.

Pengetahuan

juga

perlu

disusun

dan

diperingkatkan

agar

pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang
rumit. Ini bermakna guru perlu membahagikan isi pelajaran dengan berperingkat.
Motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsic penting dalam pembelajaran. Guru perlu
memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang diingini dilakukan.
Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Jadi, sebagai guru perlu mengambil
kira

kesediaan belajar murid-murid

ketika

merancang proses pengajarannya.

Sementara itu, nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur dan tolong menolong
akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincangan
yang amat mengguna kepada pelajar dalam pembelajaran.

Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan


kepadanya, sebaliknya murid bertanggungjawab untuk membina pengetahuan. Oleh itu,
guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
pembinaan pengetahuan kanak-kanak.
Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan
berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan
dapat membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu.
sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya sebagai
fasilitator. Bahan pengajaran akan disediakan oleh guru dan proses pengajaran dan
pelajaran dipantau oleh guru setiap masa.
Guru perlu menggalakkan interaksi dalam kalangan murid. Interaksi ini akan
dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka.
Guru juga perlu berupaya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah
juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh
merangsangkan

pembelajaran

kanak-kanak.

Bahan-bahan

pembelajaran

yang

mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid dalam pembinaan


pengetahuan.
Di samping itu, kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat.
Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu sentiasa fleksibel kerana pada
kebiasaannya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal.
Kurikulum juga perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak.

Daripada isi-isi yang dihuraikan, teori pembelajaran ini memang membawa


impak yang besar dalam usaha meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan
pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai