Anda di halaman 1dari 6

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION


Konsep perguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.
Manakalaperguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu
atau tempat mendapatkan ilmu sepertisekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran
dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan


merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan
pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu
kepada anak murid atau masyarakat
t.
Pekerjaan yang dianggap professional.

Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting,
sama ada kepada masyarakat atau negara.

2. Banyak menggunakan keupayaan intelek


.

- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya
merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat
menyampaikan
ilmu
dengan
berkesan.
3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.
- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang
tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.

- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul.
Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan
diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham
tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap
kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan
yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada
organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi
organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli
organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.
7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang
lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu
mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.
8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap,
malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi
tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan
yang telah dibuat. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya,
maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang
profesional.
Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan?
Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu
pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan
bahawa profesion keguruan ini tidak seglamour pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan,
doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai
pilihan terakhir dan terpaksa. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan
sedemikian.
Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka
menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh

sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang
telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru
cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan
guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.

Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru layak
dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda.
Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal
ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri
sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam
profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar
sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah
mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan
banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak
berpengalaman.
Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional
sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata, tugas seorang guru bukan
hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan profesional
yang lain, contohnya menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan
sebagainya.
Etika perguruan.

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu
kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik
dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan
kepada ahli-ahli berkenaan.

Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah
Tatasusila Profesion Keguruan. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus
dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Seseorang yang melanggar etika tersebut akan
dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya.

Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan


Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, Segala sesuatu itu bermula
daripada diri kita dulu. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan
tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan.

Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. Penghayatan tatasusila
bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang
telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Maksudnya, jika seseorang itu memahami dan

mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun
menghayati tatasusila tersebut.

Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan martabat


profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan menjadikan
profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.
Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri kita
sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari segi
memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima
segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan
melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf
profesionalisme
keguruan.
Pembelajaran sepanjang hayat

Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satu
konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Belajar sepanjang hayat, membawa
makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali ialah
pembelajaran
mestilah
melahirkan
tindakan
pro-kehidupan.
Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas.
Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah,
pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di
sekolah.
Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk
yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan yang berterusan
mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu. Berdasarkan kepada
pandangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti
berikut:
Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran
atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang, mahupun
pada masa akan datang.
Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir
apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat.
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat.
Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik.
Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran
sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.
Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki agar kita
bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. Oleh itu, guru haruslah
sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.

Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar sentiasa
mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang berfikiran rasional,
inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental.
Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan rujukan
rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat
akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik.
Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya ilmu
yang akan diterapkan kepada para pelajar.
Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap
profesionalisme perguruan.
1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan
o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru
menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.
o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan
profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga
Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.
2. Membuat penyelidikan dan penulisan
o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari
kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran
seseorang guru.
o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah,
penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti
berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran
kerja sebagai penilaian.
3. Usaha ke arah perkembangan kendiri
o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan
melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru.
o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan
mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya
dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.
4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini
o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu
pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

o Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar
pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.
5. Pembelajaran sepanjang hayat
o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik.
o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini
akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.
Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab
terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan
profesion keguruan.
Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan.
Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru. Penghayatan
akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana semua guru akan menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah,
tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan sekiranya seseorang itu benarbenar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan khususnya di negara kita.
Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan tanggungjawabnya terhadap
tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.

Anda mungkin juga menyukai