Anda di halaman 1dari 34

KURSUS:

HIS 3053 - FIQH SIRAH


GROUP UPSI03 (A122PJJ)
PENSYARAH: DR. AZMIL BIN HASHIM

SOALAN: ASSIMENT 1
TAJUK TUGASAN:
Barat dan golongan orientalis telah menyeleweng fakta
sirah Rasulullah s.a.w. Huraikan TIGA fakta sirah yang
telah diselewengkan oleh pihak BARAT dan orientalis
serta nyatakan jawapannya dan nyatakan kisah yang
sebenarnya berdasarkan sirah nabawiyah.
NAMA PELAJAR: NORIMAH BT.ABD.KADIR (740725-02-5744)

NO. MATRIK: D20102043463

Pendahuluan

Sebahagian orientalis berusaha untuk mewujudkan penyelewengan terhadap


kepelbagaian fakta ketamadunan umat Islam. Segala realiti ini wujud dan menjadi ciri
keunikan ajaran Islam dan para penganutnya sejak sekian lama. Namun ia dinafikan
dengan segenap daya kemampuan yang dimiliki oleh mereka agar tidak tersebar di
kalangan bangsa lain yang berada di luar lingkungan ajaran Islam.

Para orientalis ini menafikan sekeras-kerasnya sejarah penyebaran Islam


dilakukan dengan cara paling lunak dan amat diplomasi. Mereka turut menolak
kesejagatan risalah Islam yang sesuai untuk semua budaya dan etnik. Sebaliknya
mereka menyebarkan dakyah bahawa ajaran Islam ini disebar luaskan dengan mata
pedang dan kekerasan. Segala bentuk keganasan dipaparkan, sekalipun terpaksa
mereka-reka jalan cerita yang baru sehingga tergadai maruah diri dan dicop sebagai
penipu.

Bagi mereka, itu semua tidak penting dan tidak perlu dibimbangkan. Apa yang
utama adalah mewujudkan keraguan dan kesamaran di minda umat Islam dan
ajarannya.Tidak hairanlah mereka mengengkari fakta kesejagatan Islam yang secara
khususnya berkait dengan risalah dan surat Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam yang
diutuskan kepada para pemerintah dan pembesar wilayah di luar Semenanjung Tanah
Arab ketika itu. Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam telah menghantar surat
kepada Maharaja Rom iaitu Hercules, pembesar Mesir iaitu al-Muqauqis, pembesar
Ethopia atau Habsyah iaitu al-Najasyi (Negus) dan juga pemerintah di Wilayah Parsi.

Orientalis seperti Gustav Lobon dalam bukunya berjudul Sejarah Arab yang
memaparkan Nabi Muhammad sebagai seorang yang telah mengetahui di kalangan
Yahudi dan Kristian terdapat seorang nabi yang diutus khusus kepada bangsa tersebut.
Lalu Muhammad yang dilahirkan di kalangan bangsa Arab dan mengetahui keadaan itu
telah mendakwa bahawa dirinyalah nabi yang diutuskan tuhan kepada mereka. Lantas
beliau menyaring dan meniru sesetengah hukum yang terdapat di dalam kitab panduan
Yahudi dan Kristian untuk dijadikan kitabnya yang diturunkan serta sebagai seorang
yang boleh diyakini sebagai seorang nabi.

Segala bentuk pemalsuan ini telah dinyatakan oleh Dr. al-Dib yang mengisahkan
tentang harta benda al-Zubair bin al-Awwam Radhiyallahu 'anhu yang diulas oleh
Durant mengenai kisah ini, al-Zubair mempunyai beberapa buah rumah di setiap
bandar dan juga seribu kuda yang baik serta 10,000 orang hamba Sedangkan apa
yang dinyatakan berdasarkan sumber buku Islam yang dipercayai menjelaskan
sebagaimana berikut: al-Zubair mempunyai seribu hamba yang membayar bayaran
cukai kepadanya setiap hari. Tetapi beliau langsung tidak memasukkan ke rumahnya
walaupun satu dirham kerana beliau bersedekah kesemuanya.

Apabila dikaji semula oleh Dr. al-Dib berkaitan hal ini, jelas dapat diperhatikan
penyelewengan yang dilakukan oleh orientalis ini yang menambahkan dengan seribu
kuda yang baik. Kalimah ini diselitkan tanpa sebarang asas dan sumber yang pasti.
Seterusnya kisah al-Zubair memberikan sedekah pada keseluruhan hartanya itu tanpa
satu dirham pun yang masuk ke rumahnya, tidak dinyatakan langsung kenyataan ini.
Adakah ini yang dikatakan amanah akademik?

Penyelewengan orientalis barat terhadap fakta sirah Rasulullah s.a.w


serta Jawapannya

1.

Barat mendakwa Nabi Muhammad bertuhankan Nafsu kerana mengahwini


banyak Isteri ( lebih daripada 4 orang ).
Jawapan :
i.

Nabi Muhammad berkahwin dengan Khadijah Binti Khuwailed ketika


baginda berumur 25 tahun, perkahwinan beliau secara monogami selama
25 tahun. Selepas kematian Khadijah, beliau menduda selama 2 tahun
kemudian baru berkahwin dengan Aishah dan beliau bersama Aishah dua
tahun selepas itu. Orang yang gila sex mesti akan kahwin ramai semasa
masih muda sebab mempunyai selera dan kemampuan yang tinggi
seperti Tiger Wood tetapi beliau tidak berbuat demikian.

ii. Daripada dua belas isteri Muhammad hanya seorang sahaja yang masih
dara iaitu Aishah Binti Abu Bakar. Orang yang gila sex mesti akan
berkahwin dengan perempuan muda dan masih dara seperti dilaporkan
National Enquirer pada 25 April 2010 tentang perempuan yang pernah
ditiduri oleh Tiger Wood seramai 120 perempuan sedangkan beliau tidak
berbuat demikian.

iii. Lelaki yang gila sex lebih suka melakukan sex tanpa ikatan perkahwinan
"Touch 'N GO" kerana tidak perlukan komitmen hanya perlukan kepuasan
tanpa perlu tanggung jawab tetapi beliau tidak berbuat demikian.
Beliau mengahwini isteri-isteri beliau kerana banyak faktor iaitu
4
melindungi isteri-isteri sahabat
beliau yang mati dalam peperangan, faktor

ekonomi dan hubungan kenegaraan. Bahkan isteri beliau ada yang


sangat tua iaitu Sawda Binti Zam'a (65) yang tidak ada sesiapa yang
dapat menguruskannya sehingga Muhammad mengahwininya untuk
keselamatan semata-mata.

iv. Gotah, seorang sastrawan Jerman

Dalam satu kesempatan ia pernah mengatakan; Sesungguhnya kita


warga Eropa dengan seluruh pemahaman kita, belum sampai kepada apa
yang telah dicapai Muhammad. Dan tidak akan ada yang melebihi dirinya.
Saya telah mengkaji dalam sejarah tentang keteladanan yang tinggi untuk
umat manusia ini. Dan saya temukan itu pada Nabi Muhammad SAW.
Demikianlah seharusnya kebenaran itu menang dan tinggi, sebagaimana
Muhammad telah berjaya menundukan dunia dengan kalimat tauhid

Jadi, dengan memperhatikan anggapan diatas, maka betapa dunia dalam waktunya
akan membuktikan tentang keagungan diri Rasulullah Muhammad SAW dan ajaran
yang beliau bawa bagi umat manusia; iaitu Islam. Apa yang dulu pernah beliau
perjuangkan akan terbukti mampu menyelesaikan setiap permasalahan di dalam
kehidupan ini. Lebih-lebih ketika kita umat Islam mahu dan sedar untuk kembali
mengikuti setiap Sunnah beliau pada setiap inci kehidupan.

2.

Orientalis Barat mendakwa 5bahawa Al-Quran Nabi adalah Rekaan Nabi


Muhammad s.a.w

Pada 14 abad yang lalu, Allah s.w.t.telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada
umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang
kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya
diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satusatunya panduan bagi umat manusia.
Golongan Orientalis atau mereka yang dikenali sebagai gerakan pengkaji Barat
terhadap hal ehwal ketimuran khususnya Timur Tengah yang menjadi pusat kelahiran
awal Islam. Mereka mengkaji masyarakat Islam Timur Tengah dari pelbagai aspek
untuk tujuan dan matlamat yang pelbagai. Mereka juga mempunyai metodologi sendiri
dan kebanyakannya didalangi oleh golongan Kristian yang cuba menyesatkan umat
Islam dengan menimbulkan pelbagai kekeliruan dan tuduhan jahat terhadap Islam dan
umatnya.
Antara

tuduhan

jahat

yang

dilemparkan

ialah

dengan

mencetuskan

kepercayaanBasyariyyatu Al-Quran (Al-Quran adalah ciptaan manusia), ia bukannya


Kalam Allah Azza wa Jalla. Mereka mendakwa Al-Quran adalah rekaan Nabi
Muhammad s.a.w. dan bukannya wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Di kalangan mereka ada yang berpendapat bahawa Al-Quran telah dipengaruhi
oleh situasi geografi, kehidupan beragama dan kebudayaan masyarakat Arab setempat.
Pendapat ini telah dikatakan oleh seorang Orientalis yang bernama Gibs. Oleh itu,
dengan erti kata yang lain, Al-Quran ini tidak sesuai untuk situasi masyarakat yang lain.
Ini juga bermakna dakwah Nabi Muhammad s.a.w. tidak bersifat universal.
Ada juga yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah bersumberkan golongan Hunafa'
(mereka yang mewarisi kepercayaan nabi-nabi terdahulu). Mereka menyangka bahwa
Al-Quran adalah bersumberkan kitab-kitab Samawi terdahulu seperti Taurat dan Injil
berdasarkan persamaan yang wujud pada hukum-hakam dan adab yang berkaitan.
6
Sebahagian lain pula menyebut bahawa
syariat Islam adalah warisan perundangan

Empayar Rom Timur yang dipinda bagi menepati citarasa dan situasi politik negara

Arab. Seorang Orientalis dari Rusia pula, Agnatius Kratsykoysky menulis dalam
bukunya yang bertajuk Sejarah Geografi Sastera Arab mangatakan " Bahawa Al-Quran
ialah ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad s.a.w. melalui pendengaran
dari seseorang".
Di samping itu,Goston Luborn pula menyebut bahawa hukum-hakam Al-Quran pada
tanggapan beliau adalah tidak benar kerana melahirkan pertelingkahan di kalangan
orang Islam dengan pelbagai golongan dan mazhab yang menurut hawa nafsu dan
kepentingan peribadi mereka. Sementara itu,Gold Ziher pula menuduh para Fuqaha
Islam menggunakan dalil-dalil Al-Quran dan mencipta pelbagai kaedah fiqah bagi
membantu mazhab mereka bukannya atas dasar keilmuan dan bahasa fiqah itu sendiri.
Jawapan :
DEFINISI AL-QURAN
Menurut pendapat Dr. Subhi Al Salih "Quran" bererti "bacaan", asal kata qaraa.
Kata Al Quran itu berbentuk masdar dengan erti isim maful yaitu maqru (dibaca). Di
dalam Al Quran sendiri ada pemakaian kata "Quran" dalam erti demikian sebagai
tersebut yang bermaksud:
Sesungguhnya mengumpulkan Al Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan)
bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggunggan kami. kerana itu jika kami telah
membacakannya, hendaklah kamu ikut bacaannya".
(Surah Al Qiyaamah, 75:17-18)

Kemudian dipakai kata "Quran" itu untuk Al Quran yang dikenali hingga
7

sekarang ini.Adapun definisi Al Quran ialah: "Kalam Allah s.w.t. yang merupakan

mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad dan yang ditulis di
mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah"
Dengan definisi ini, kalam Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi selain Nabi
Muhammad s.a.w. tidak dinamakan Al Quran seperti Taurat yang diturunkan kepada
Nabi Musa a.s. atau Injil yang diturun kepada Nabi Isa a.s. Dengan demikian pula
Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang membacanya tidak
dianggap sebagai ibadah, seperti Hadis Qudsi, tidak pula dinamakan Al Quran.
SEJARAH AL-QUR'AN
Al-Quran diturunkan ke dunia dengan melalui dua peringkat iaitu dari Luh
Mahfuz ke langit dunia (Baitul Izzah) dan kemudiannya diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. melalui Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun iaitu 10 tahun
di Makkah dan 13 tahun di Madinah.
Rasulullah telah melantik penulis wahyu dikalangan sahabat-sahabat baginda
yang terkemuka, seperti Ali, Muawiyah, 'Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit. Apabila
wahyu turun, baginda akan memerintahkan para sahabatnya ini untuk menulisnya dan
menunjukkan tempat ayat tersebut di dalam surah, sehingga penulisan pada lembar itu
membantu penghafalan di dalam hati.
Disamping itu sebagian sahabat ada juga yang menulisnya di atas kemahuan
sendiri tanpa diperintah oleh nabi s.a.w.. mereka telah menulis Al-Quran di pelepah
tamar, kulit binatang, batu dan sebagainya. Zaid bin Sabit berkata, "Kami menyusun
Qur'an dihadapan Rasulullah pada kulit binatang."

Tulisan-tulisan Al-Qur'an pada masa Nabi tidak dikumpul di dalam satu mushaf,
8
yang ada pada seseorang belum tentu
dimiliki oleh orang lain. Para ulama telah

menyampaikan bahwa segolongan dari mereka, di antaranya Ali bin Abi Thalib, Muaz

bin Jabal, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Sabit dan Abdullah bin Mas'ud telah menghafalkan
seluruh isi Qur'an di masa Rasulullah. Dan mereka menyebutkan pula bahwa Zaid bin
Sabit adalah orang yang terakhir kali membacakan Qur'an di hadapan Nabi, diantara
mereka yang disebutkan di atas.
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Abu Bakar telah diberikan mandate untuk
menjalankan urusan Islam. Di dalam peperangan memerangi golongan murtad, ramai
para sahabat yang hafal Al-Quran telah terbunuh. Umar bin Khatab merasa sangat
khuatir melihat kenyataan ini, lalu ia menghadap Abu Bakar dan mengajukan usul
kepadanya agar mengumpulkan dan membukukan Al-Qur'an kerana dikhuatiri ianya
akan hilang akibat daripada kematian para qarri'.
Abu bakar menolak usul tersebut kerana beliau mmerasa keberatan melakukan
perkara yang tidak dilakukan oleh rasulullah s.a.w.. tetapi Umar terus memujuknya
sehinnga allah membuka hati beliau untuk menerima pendapat tersebut. Lalu beliau
telah memerintahkan Zaid bin Sabit untuk menghimpunkan Al-Quran. Zaid bin Sabit
melalui tugasnya yang berat ini dengan bersandar kepada hafalan yang ada dalam hati
para qurra dan catatan yang ada pada para penulis. Kemudian lembaran-lembaran
(kumpulan) itu disimpan oleh Abu Bakar sendiri. Setelah ia wafat pada tahun 13 H,
lembaran-lembaran itu berpindah ke tangan Umar dan tetap berada ditangannya hingga
ia wafat. Kemudian mushaf itu berpindah ketangan Hafsah putri Umar.
Sewaktu zaman Khalifah Uthman agama Islam kian tersebar luas dan para
qurra pun kian bertambah di setiap kawasan. Para penduduk telah mempelajari qiraat
daripada qari-qari yang diutuskan kepada mereka. Cara pembacaan mereka berbezabeza kerana wujudnya perbezaan lahjah diantara orang arab. Apabila mereka
berkumpul disuatu pertemuan atau disuatu medan peperangan, sebahagian mereka
merasa heran dengan adanya perbezaan qiraat ini.
Perbezaan ini telah menyebabkan berlaku pertelingkahan diantara umat
9 telah membuat keputusan bersama para
Islam. Uthman dengan kebijaksanaannya

sahabat untuk menyalin lembaran-lembaran yang pertama yang telah ditulis sewaktu

pemerintahan Abu Bakar dan menyatukan umat Islam dengan bacaan Al-quran
menggunakan satu lahjah iaitu lahjah Quraisy.
Uthman kemudian mengirimkan utusan kepada Hafsah (untuk meminjamkan
mushaf Abu Bakar yang ada padanya) dan Hafsah pun mengirimkan lembaranlembaran itu kepadanya. Kemudian Uthman memanggil Zaid bin Sabit al-Ansari,
Abdullah bin Zubair, Said bin 'As, dan Abdurrahman bin Haris bin Hisyam. Ketiga orang
terkahir ini adalah orang Quraisy, lalu memerintahkan mereka agar menyalin dan
memperbanyak mushaf, serta memerintahkan pula agar apa yang diperselisihkan Zaid
dengan ketiga orang quraisy itu ditulis dalam bahasa Quraisy, kerana Al-Qur'an turun
dengan lahjah mereka.
Khalifah Uthman mengirimkan ke setiap wilayah mushaf baru tersebut dan
memerintahkan agar semua Al-Qur'an atau mushaf lainnya dibakar. Zaid berkata,
"Ketika kami menyalin mushaf, saya teringat akan satu ayat dari surah al-Ahzab yang
pernah aku dengar dibacakan oleh Rasulullah; maka kami mencarinya, dan aku
dapatkan pada Khuzaimah bin Sabit al-Ansari, lalu kami tempatkan ayat ini pada surah
tersebut dalam mushaf. ayat itu yang bermaksud:
Maksudnya: Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa
yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan
di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu[1208] dan mereka tidak merobah
(janjinya).
(Surah al-Ahzab, 33: 23)
Dengan usahanya itu Usman telah berhasil menghindarkan timbulnya fitnah dan
mengikis sumber perselisihan serta menjaga isi Al-Qur'an dari penambahan dan
penyimpangan sepanjang zaman.
Mushaf ini telah diperbanyakkan dan dicetak dari zaman ke zaman. Usaha yang
10
dilakukan oleh para sahabat itu telah berjaya
memelihara kebenaran dan kesucian Al-

Quran tanpa sebarang perubahan pada ayat dan kalimah walaupun satu huruf

sehingga kini. Dimana-manapun di dunia ini, dari utara sehingga selatan, tidak pernah
wujud malahan tidak akan pernah wujud Al-Quran yang berbeza kandungannya dengan
Al-Quran yang lain.
KEAJAIBAN SAINTIFIK AL-QURAN
Antara keajaiban saintifik Al-Quran yang ingin diketengahkan oleh penulis adalah
seperti berikut:
a) Pemisahan Langit dan Bumi
Sepotong ayat al-Quran yang menyatakan tentang penciptaan langit oleh Allah
s.w.t., adalah seperti berikut:
Maksudnya: Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit
dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami pisahkan
antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka
mengapakah mereka tiada juga beriman?
(Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah

di

dalam kamus bahasa arab diertikan sebagai dijahit, dikumpul

bersama, dicampur. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang
membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan
dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan
membelah bahagian atau memusnahkan struktur

Biji benih yang tumbuh

bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.


Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan
pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status
11

pertamanya adalah berbentuk

. Kedua-duanya di pisahkan dengan kemunculan

satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama

fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material
alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum
diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan

. Titik ini

kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya


menjadi dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita
membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan
saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang
sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan
ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
b) Orbit
Ketika diterangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan
bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
Maksudnya: Dan dialah yang Telah menciptakan malam dan siang, matahari dan
bulan. masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis peredarannya.
(Surah al-Anbiya; 33)
Di dalam ayat yang lain telah dinyatakan pula bahawa matahari bukan suatu yang
mempunyai kedudukan statik, tetapi ia juga mempunyai orbitnya yang tersendiri yang
mana ia beredar mengelilinginya:

Maksudnya: Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan


yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
12 (Surah Yaasin;38)
Para saintis melalui pemerhatian astronomi telah menemui bukti yang
membenarkan

fakta

yang

dikemukakan

dalam

Al-Qur'an

14

abad

selepas

penurunannya. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak


dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam
satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh
17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua
planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari juga turut
bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam
semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan dari hal ini, maka diketahui bahawa alam semesta ini sebenarnya telah
dipenuhi oleh lintasan dan orbit, ianya telah diterangkan di dalam Al-Qur'an melalui ayat
berikut yang bermaksud :Maksudnya: Demi langit yang mempunyai jalan-jalan (orbit-orbit dan planet-planet).
(Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang
mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang
ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua
objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa
juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan
dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan
komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan
untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini,
13 bergerak pada kelajuan yang besar dalam
tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang

orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek
langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang
teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan

kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang
moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara
saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang
dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada
manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu kerana Al-Qur'an sebenarnya
adalah kalam Tuhan.
c) Kejadian Hujan
Dalam sepotong ayat di Dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah menerangkan
tentangproses pembentukan hujan dengan jelas. Ayat tersebut adalah seperti berikut:
Maksudnya: Allah, dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan
Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya
bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, Maka apabila
hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka
menjadi gembira.
(Surah Ar-Rum: 48)
Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama,
bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun
terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.Zarah-zarah yang mengelilingi titisan
garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi,
titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan
dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.
Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah
berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua peringkat ini
14

diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi
yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti
fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an
beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan
mengenai pembentukan hujan;

Maksudnya: Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, Kemudian


mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, Kemudian menjadikannya bertindih-tindih,
Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga)
menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan
seperti) gunung-gunung, Maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa
yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan
kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.
(Surah An-Nur: 43)
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat
mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan
awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas.
Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti berikut.

Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu
digerakkan dengan tiupan angin.

Berkumpul: kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang


digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih
besar.

Melonggok: apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan


awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat
awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini
menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan
awan berlonggok-longok.
Perkembangan menegak ini menyebabkan jasad awak menganjur dalam ke
15

bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan
membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air
dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di
mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai
hujan, ais dan lain-lain.

Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui


maklumat terperinci mengenai pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di
akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, komputer
dan lain-lain. Padahal segala maklumat yang mengenainya telah terkandung di dalam
al-Quran yang telah diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. lebih kurang 14 abad
yanag lalu, dimana pada ketika itu, segala kelengkapan yang digunakan oleh para
saintis ini masih belum wujud lagi dan pengetahuan manusia mengenai sains masih
terbatas. Ianya membuktikan bahawa al-Quran ini bukanlah ciptaan manusia dan
bukanlah kitab saintifik seperti mana yang dikatakan oleh golongan Orientalis bagi
memburuk-burukkan nama Islam.
Maklumat Mengenai Kejadian Di Masa Hadapan
Antara ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran juga ada menceritakan
mengenai kejadian yang bakal berlaku di muka bumi ini. Ianya menjadi salah satu bukti
dimana al-Quran bukanlah ciptaan manusia. Ini kerana, mustahil bagi seseorang itu
mengetahui dan mereka-reka cerita mengenai sesuatu yang belum berlaku di dunia ini.
Tidak lain lagi segala perkhabaran ini mestilah datangnya dari yang maha pencipta dan
yang maha kuasa mengatur segala-galanya iaitu Allah s.w.t.. Antara perkhabaranperkhabaran itu adalah seperti berikut.

a) Penaklukan Kota Mekah

16

Ayat 27 surah al-Fath yang menyampaikan khabar gembira bahawa tentera Islam
akan menakluk Mekah yang mana pada ketika itu, kota Mekah masih di bawah
penguasaan masyarakat kafir Quraisy.

Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang


kebenaran mimpinya dengan Sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti
akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur
rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah
mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan dia memberikan sebelum itu
kemenangan yang dekat (penaklukan Khaibar) .
(Surah Al-Fath, 27)
Jika diperhatikan dengan teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi
kemenangan yang akan terjadi sebelum penaklukan kota Mekah. Seperti yang
dinyatakan di dalam ayat ini , sebenarnya orang mukmin akan mula menakluk
perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian
mereka akan memasuki kota Mekah.
Pemberitaan mengenai peristiwa ini yang akan terjadi di masa hadapan
hanyalah sebahagian dari kebijaksaan di dalam Al-Qur'an. Dan ini juga adalah bukti
bahawa Al-Qur'an adalah kalam Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui akan sesuatu.
b) Kemenangan Byzantin
Di dalam ayat pertama surah Rom, Allah s.w.t. telah menyatakan sekali lagi
berkenaan kejadian yang masih belum berlaku pada ketika itu. Ayat ini merujuk kepada
empayar Byzantin, iaitu bahagian timur Kerajaan Roman yang ada dahulu.
Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan
yang besar tetapi kemudianya ia akan mendapat kemenangan.
17

Maksudnya: Alif laam Miim. Telah dikalahkan bangsa Rumawi. Di negeri yang terdekat
dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang. Dalam beberapa tahun lagi. Bagi
Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). dan di hari (kemenangan
bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.
(Surah Ar-Rum: 1-4.)

Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 masihi, hampir 7 tahun selepas
kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala
Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan
mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah
mengalami kerugian yang besar kesan daripada peperangan tersebut dan agak
mustahil bagi mereka untuk terus bertahan apatah lagi memenangi peperangan. Bukan
sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar
kepada empayar Byzantin.
Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja
Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gerejagereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila
semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk
tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius.
Empayar Byzzntin pada ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh.
Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di
bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.
Pada

pandangan

semua

yang

hidup

pada

ketika

itu

menjangkakan

menjangkakan Empayar Byzentin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama
surah Rum telah diturunkan memaklumkan Byzantin akan mendapat kemenangan
dalam beberapa tahun lagi.
Kemenangan yang diceritakan di dalam al-Quran ini dilihat amat mustahil
18

sehinggakan kaum kafir Quraisy mempersendakannya, mereka beranggapan bahawa


kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.
Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627
selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di
Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan
tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian

degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang


mereka rampas.
Melalui kejadian ini, kita telah menemui satu lagi bukti bahawa apa yang
terkandung di dalam Al-Quran bukanlah direka-reka oleh manusia.
MAKLUMAT MENGENAI PERISTIWA YANG LALU
Antara maklumat yang mudah untuk dijadikan bukti kebenaran Al-Quran melalui
maklumat mengenai sejarah adalah seperti berikut:
a) Perkataan Haman di dalam Al-Quran.
Bermaksud: Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan
yang Tinggi supaya Aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya Aku
dapat melihat Tuhan Musa dan Sesungguhnya Aku memandangnya seorang pendusta".
Demikianlah dijadikan Fir'aun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia
dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa
kerugian.
(Surah al-Mumin, 36-37)

Maklumat yang diberikan di dalam Al-Quran mengenai tamadun mesir purba


mendedahkan banyak fakta-fakta sejarah
19 yang tidak dapat disingkap sehingga akhirakhir ini. Fakta-fakta ini juga menunjukkan kepada kita bahawa setiap perkataan di
dalam Al-Quran telah diturunkan oleh Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.
Haman adalah satu watak yang namanya disebut di dalam Al-Quran, bersama-sama
dengan Firaun. Watak ini dirakamkan di dalam 6 tempat yang berbeza di dalam AlQuran. Sebagai seorang yang paling kanan kepada Firaun.

Apa yang mengejutkan, nama Haman tidak pernah disebutkan di dalam kitab
Taurat yang berhubung dengan sejarah kehidupan nabi Musa a.s. Bagaimanapun,
nama Haman disebutkan di bahagian terakhir dalam kitab perjanjian lama sebagai
pembantu kepada seorang raja Babylon yang menimpakan banyak kezaliman kepada
bangsa Israel lebih kurang 1.100 tahun selepas era Nabi Musa.
Golongan Orientalis yang mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w menulis AlQuran dengan menyalin dari kitab Taurat dan Injil, juga menegaskan bahawa sewaktu
proses ini Nabi s.a.w memindahkan beberapa subjek berkaitan yang terdapat di dalam
kedua-dua kitab ini ke dalam Al-Quran secara tidak tepat.
Kemustahilan dakwaan-dakwaan ini akhirnya terdedah hanya setelah alpabet
hiroglifik bangsa mesir berjaya ditafsirkan kita-kira 200 tahun lalu, dan nama Haman
ditemui di dalam tulisan-tulisan purba.
Sebelum penemuan ini, penulisan dan ukiran tamadun mesir purba tidak dapat
difahami. Bahasa mesir purba adalah hiroglifik yang masih kekal sehingga kini.
Bagaimanapun dengan penyebaran ajaran kristian dan pengaruh kebudayaan lain
ketika abad ke 2 dan ke 3 selepas masihi, mesir meninggalkan kepercayaan purbanya
seperti mana juga tulisan hiroglifiknya.

Contoh terakhir yang diketahui tentang penggunaan penulisan hiroglif ini ialah
satu ukiran yang bertarikh tahun 394 20
sebelum masihi (394 tahun sebelum kelahiran
Nabi Isa a.s). Kemudian bahasa itu terus dilupakan tanpa meninggalkan sesiapa yang
dapat membaca dan memahaminya, dan begitulah keadaan seterusnya sehingga kirakira 200 tahun lalu.
PERCANGGAHAN TEORI EVOLUSI DARWIN DENGAN AL-QURAN

Di sini kami cuba untuk mengemukakan beberapa percanggahan teori


Darwinisme terhadap al-Quran yang mana, kemajuan teknologi pada masa kini telah
membuktikan bahawa setiap yang terkandung di dalam al-Quran adalah benar dan
kesalahan teori Darwinisme.
Teori evolusi mendakwa semua spesis kehidupan termasuklah manusia wujud
dengan sendirinya daripada benda mati. Apabila ditanya mengenai apakah makhluk
hidup pertama yang wujud dibumi, teori ini mendakwa bahawa benda hidup pertama
adalah sel tunggal yang terbentuk dengan sendirinya daripada benda mati secara tidak
sengaja lebih kurang 3.8 ribu juta tahun yang lalu. Menurut teori ini juga, pada saat
bumi masih terdiri atas bebatuan, tanah, gas dan unsur lainnya, suatu organisma hidup
terbentuk secara kebetulan akibat pengaruh angin, hujan dan halilintar.
Tetapi, pernyataan teori evolusi ini amat bertentangan dengan salah satu prinsip
asas biologi iaitu Kehidupan hanya berasal dari kehidupan sebelumnya. Ianya bererti
benda mati tidak mungkin dapat memunculkan kehidupan.
Penemuan ahli biologi Prancis, Louis Pasteur telah memusnahkan kepercayaan
terhadap teori evolusi, sebagaimana perkataannya: "Pernyataan bahwa benda mati
dapat memunculkan kehidupan telah terkubur dalam sejarah untuk selamanya".

Menurut teori ini, yang disebut "spontaneous generation", tikus diyakini dapat
muncul secara alami dari gandum, atau21larva lalat muncul "tiba-tiba dengan sendirinya
secara kebetulan" dari daging. Para pendukung teori evolusi cuba untuk membuktikan
dakwaan mereka ini. Namun setiap eksperimen yang mereka lakukan sepanjang abad
ke-20 langsung tidak membuahkan hasil.
Oleh sebab persoalan yang timbul mengenai bagaimana makhluk hidup pertama
muncul telah menempatkan teori evolusi berada di dalam keadaan yang sukar untuk
dipercayai, salah satu daripada tokoh pendukung teori ini iaitu Prof. Jeffrey Bada dari

institut Scribb di Sandiego telah mengeluarkan kenyataan ini dalam artikel yang
diterbitkan pada tahun 1998 dalam majalah Earth golongan evolusionis;
Saat ini, ketika kita meninggalkan abad keduapuluh, kita masih dihadapkan pada
masalah terbesar yang belum terpecahkan pada saat kita memasuki abad keduapuluh:
Bagaimana kehidupan muncul pertama kali di bumi?
Selain menggugurkan teori evolusi, prinsip biologi "kehidupan muncul dari
kehidupan sebelumnya" juga telah menunjukkan bahawa makhluk hidup pertama
muncul di bumi dari kehidupan yang ada sebelumnya, dan ini bererti sesuatu telah
menciptanya iaitu Allah s.w.t.. Allah s.w.t. adalah satu-satunya pencipta yang dapat
menghidupkan benda mati. Al-Quran telah menyebut:
Yang bermaksud: Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan
yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. dan seperti Itulah
kamu akan dikeluarkan (dari kubur).
(Surah Ar-Ruum, 30:19)
Salah satu sebab asas teori evolusi ini menemui kesukaran yang besar
berhubung dengan asal usul hidupan ialah satu fakta bahawa hidupan yang dianggap
sebagai struktrur yang sangat ringkas, sebenarnya mempunyai struktur kompleks yang
sukar untuk dibayangkan.
Sel hidupan ini jauh lebih kompleks dari semua keluaran teknologi yang pernah
dihasilkan oleh manusia. Tahap kerumitannya
boleh dikatakan makmal yang paling
22
canggih di dunia pun tidak mampu menghasilkan zarah-zarah bukan hidupan yang
berpadu dan menghasilkan sel hidupan. Keadaan yang diperlukan untuk kewujudan sel
ini adalah lebih jauh dari apa yang boleh dikatakan sebagai suatu kebetulan.
Molekul DNA, yang terkandung dalam nukleus sel dan yang mengandungi
maklumat genetik, merupakan satu bank data yang menakjubkan. Sekiranya kod
genetik manusia ditulis ke dalam kertas ianya akan memenuhi satu perpustakaan
dengan 900 jilid, 500 lembar kertas setiap jilid.

Satu fakta sains yang perlu diketahui disini bahawa DNA hanya boleh
mereplikasi dengan pertolongan beberapa protein khusus iaitu enzim. Bagaimanapun,
pembentukan enzim-enzim ini hanya terjadi dengan maklumat yang telah dikodkan
dalam DNA. Pergantungan di antara satu sama lain ini, menunjukkan bahawa
kesemuanya ini mesti berada pada masa yang sama untuk proses replikasi.
Fakta sains ini telah menyebabkan dakwaan Darwin bahawa hidupan terbentuk dengan
sendirinya menemui kebuntuan. Seorang profesor evolusi terkenal, Leslie Ogel dari San
Diego Amerika, mengakui kebenaran ini di dalam majalah Scientific American pada
edisi Oktober 1994;
Ianya suatu yang sangat-sangat mustahil untuk diterima bahawa protein dan nuklik
asid, kedua-duanya yang sangat kompleks secara struktur, wujud secara spontan di
tempat yang sama pada masa yang sama. Namun ianya juga mustahil untuk
kewujudan salah satu tanpa kedua-duanya. Dan maka, pada sekilas pandang, seorang
boleh menyimpulkan bahawa hidupan tidak akan terwujud dengan cara kimia semata.
Satu yang tidak diragui, bahawa sekiranya suatu yang mustahil untuk hidupan wujud
melalui kesan semulajadi, maka seseorang itu mesti menerima kebenaran bahawa
hidupan mesti 'diciptakan' dengan kuasa luarbiasa.
Kebenaran ini secara terbuka membatalkan teori evolusi, yang tujuan utamanya ialah
untuk menafikan kebenaran Penciptaan.
23

Maksudnya: Dan mereka mengingkarinya Karena kezaliman dan kesombongan


(mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah betapa
kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan.
(Surah al-Naml: 14)
Sesungguhnya Allah s.w.t. maha pencipta. Dia menciptakan segala-galanya
dalam bentuk dan dalam masa yang diingininya tanpa menggunakan sebarang model
dan tanpa menggunakan apa-apa. Dia juga tidak memerlukan sebarang sebab, alat
ataupun peringkat untuk sebarang ciptaannya. Mencipta adalah sangat mudah bagi
Allah s.w.t. sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran:

Bermaksud: Sesungguhnya

perkataan

kami

terhadap

sesuatu

apabila

kami

menghendakinya, kami Hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", Maka jadilah ia.
(Surah an-Nahl :40)
Maksudnya: Dia-lah

yang

menghidupkan

dan

mematikan,

Maka

apabila

dia

menetapkan sesuatu urusan, dia Hanya bekata kepadanya: "Jadilah", Maka jadilah ia.
(Surah al-Mukmin: 68)
Sebagaimana yang dijelaskan di dalam ayat-ayat tersebut, apa yang Allah s.w.t.
lakukan untuk mencipta sesuatu hanyalah dengan menyebut Jadilah maka setiap
kemahuannya akan tercipta.
Bertentangan dengan kepercayaan penciptaan melalui teori evolusi Darwin,
hakikatnya Allah s.w.t. tidak menciptakan beruk yang kemudiannya melalui proses
evolusi untuk berkembang dan berubah menjadi makhluk peralihan dengan kehilangan
sejumlah bentuk dan kehadiran organ baru sebelum menjadi manusia. Sebaliknya,
seperti yang telah dijelaskan di dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah menciptakan manusia
dalam keadaan yang paling sempurna.
Manusia pertama yang dicipta oleh Allah s.w.t. adalah nabi Adam a.s. Di dalam
Al Qur'an dijelaskan bahwa Adam diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering
kemudian dibentuk oleh Allah dengan bentuk yang sebaik-baiknya.
Setelah sempurna maka Allah s.w.t. meniupkan ruh kepadanya, maka dia
menjadi hidup. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya :
24

Maksudnya: Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya dan
yang memulai penciptaan manusia dari tanah.
(Surah As Sajdah, 32 : 7)
Maksudnya: Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari
tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.
(Surah Al Hijr, 15 : 26)

Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:


"Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang
berasal)

dari

lumpur

hitam

yang

diberi

bentuk,

Maka

apabila

Aku

Telah

menyempurnakan kejadiannya, dan Telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku,


Maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud
(Surah al-Hijr, 15 : 28-29)
Pada asasnya segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di dunia ini selalu
dalam keadaan berpasang-pasangan. Demikian halnya dengan manusia, Allah
berkehendak menciptakan lawan jantinanya untuk dijadikan teman hidupnya. Hal ini
dijelaskan oleh Allah dalam salah sati firman-Nya :
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan
semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari
apa yang tidak mereka ketahui.
(Surah Yaasiin, 36 : 36)
Proses kejadian manusia kedua ini telah diperjelaskan di dalam ayat berikut :
Maksudnya: Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah
menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya;
dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang
banyak. dan bertakwalah kepada Allah
25 yang dengan (mempergunakan) nama-Nya
kamu saling meminta satu sama lain , dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.
(Surah An Nisaa', 4 : 1)
Apabila kita amati proses kejadian manusia kedua ini, maka secara tak langsung
hubungan manusia laki-laki dan perempuan melalui perkawinan adalah usaha untuk
menyatukan kembali tulang rusuk yang telah dipisahkan dari tempat semula dalam
bentuk yang lain. Dengan perkawinan itu maka akan lahirlah keturunan yang akan
meneruskan generasinya.

Kejadian manusia ketiga adalah kejadian semua keturunan Adam dan Hawa
kecuali Nabi Isa a.s. Dalam proses ini disamping dapat ditinjau menerusi Al-Qur'an
ianya dapat juga ditinjau melalui ilmu perubatan.
Di dalam Al Qur'an proses kejadian manusia secara biologi dejelaskan secara terperinci
melalui firman-Nya :
Maksudnya:Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu
saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang
disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan
segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal
daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan
daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah
Allah, Pencipta yang paling baik.
( Surah Al Mu'minuun, 23 : 12-14)
Ayat-ayat ilmiah dari Al Qur'an yang diwahyukan lebih kurang 14 abad yang lalu telah
menjadi sumber utama kepada para ahli biologi dalam mengkaji ilmu tentang organorgan badan manusia. Apa yang dimaksudkan di dalam Al Qur'an dengan "saripati
berasal dari tanah" sebagai substansi dasar kehidupan manusia adalah protein,
sari-sari makanan yang kita makan yang mana kesemuanya berasal dan hidup dari
tanah. Yang kemudian melalui proses
26 metabolisme yang ada di dalam tubuh
diantaranya

menghasilkan hormon (sperma), kemudian hasil dari pernikahan

(hubungan seksual), maka terjadilah pembauran antara sperma (lelaki) dan ovum (sel
telur wanita) di dalam rahim. Kemudian ia melalui beberapa proses sehingga
mewujudkan bentuk manusia yang sempurna (seperti dijelaskan dalam ayat diatas).
Para ahli dari barat baru menemukan masalah pertumbuhan embrio secara
bertahap pada tahun 1940 dan baru dibuktikan pada tahun 1955, tetapi hal ini sudah
lama tertulis di dalam Al-Qur'an yang telah diturunkan lebih kuarang 14 abad yang lalu.
Ini sangat mengagumkan salah seorang embriologi terkemuka dari Amerika iaitu Prof.

Dr. Keith Moore, beliau mengatakan : "Saya takjub pada keakuratan ilmiah pernyataan
Al Qur'an yang diturunkan pada abad ke-7 M itu". Selain iti beliau juga mengatakan, "
Ayat Al Qur'an dan hadith telah banyak memberi ilham kepada para saintis sekarang
untuk mengetahui perkembangan hidup manusia yang diawali dengan sel tunggal
(zygote) yang terbentuk ketika ovum (sel kelamin betina) dibuahi oleh sperma (sel
kelamin jantan).
Kesemuanya itu belum diketahui oleh Spalanzani sehingga beliau mengetahui
hasil eksperimennya pada abad ke-18, demikian pula idea tentang perkembangan yang
dihasilkan dari perencanaan genetik dari kromosom zygote yang juga baru diketahui
melalui hasil eksperimen pada akhir abad ke-19. Tetapi jauh sebelum itu, Al Qur'an
telah menegaskan dari nutfah Dia (Allah) menciptakannya dan kemudian (hadits
menjelaskan bahwa Allah) menentukan sifat-sifat dan nasibnya."
Sebagai bukti yang kukuh di dalam penelitian ilmu genetika (janin) bahawa
sewaktu embriyo berada di dalam kandungan ada tiga selubung yang menutupinya iaitu
dinding abdomen (perut) ibu, dinding uterus (rahim), dan lapisan tipis amichirionic
(kegelapan di dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang
menutup/membungkus anak dalam rahim). Hal ini ternyata sangat bertepatan dengan
apa yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al Qur'an:
Maksudnya: Dia menciptakan kamu dari seorang diri Kemudian dia jadikan
27
daripadanya isterinya dan dia menurunkan
untuk kamu delapan ekor yang berpasangan

dari binatang ternak. dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian
dalam tiga kegelapan. yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan
yang mempunyai kerajaan. tidak ada Tuhan selain Dia; Maka bagaimana kamu dapat
dipalingkan?.
(Surah Az Zumar, 39 : 6)
Tomas Karlil, seorang Filsuf Inggris yang penah mendapatkan hadiah Nobel

Di dalam bukunya Para Pahlawan mengatakan; Sungguh menjadi sangat aib


bagi siapapun yang berbicara pada masa ini mengeluarkan ungkapan bahwa agama
Islam adalah kedustaan dan bahwa Muhammad adalah penipu. Kita harus memerangi
penyebaran kata-kata yang absurd dan memalukan ini. Sesungguhnya risalah yang
ditunaikan utusan (Rasul) tersebut masih menjadi pelita yang bercahaya selama 12
abad lamanya. Apakah ada di antara kalian yang mengira bahwa risalah ini yang
menjadi pegangan hidup dan matinya jutaan orang yang tak terhitung jumlahnya adalah
kedustaan dan penipuan.
KESIMPULAN
Setelah mengemukakan beberapa fakta yang terdiri daripada fakta sains dan
fakta sejarah, penulis sedikit sebanyak telah dapat memberi bukti terhadap kebenaran
Al-Quran. Secara tidak langsung ianya telah dapat menyangkal segala tuduhantuduhan Orientalis terhadap Al-Quran. Penulis juga telah mendapati segala tuduhan
pihak Orientalis itu langsung tidak berasas dan mereka sendiri tidak pasti akan
kebenaran tuduhan mereka tersebut. Ianya tidak lain hanya bertujuan untuk memburukburukkan Al-Quran dan menggoyahkan keimanan orang Islam.

Segala tohmahan mereka itu juga telah disangkal oleh para ulama dari pelbagai
sudut dan ilmu. Tentang dakwaan mereka
Basyariyyatul Quran, ulama' menegaskan
28
bahawa Al-Quran sebenarnya wahyu Allah bukannya ciptaan Nabi s.a.w. Buktinya
sebelum Nabi dibangkitkan menjadi Rasul, Nabi adalah seorang yang Ummi( tidak
pandai menulis dan membaca). Bagaimana mungkin Nabi dapat menciptakan sesuatu
yang begitu agung, yang diakui oleh pengkaji Barat sendiri bahawa kandungan AlQuran adalah sistem kehidupan yang sempurna dan bertamadun.
Dakwaan mereka yang mengatakan Al-Quran dipengaruhi situasi masyarakat
Arab juga terpesong kerana Al-Quran secara jelas membawa perubahan besar kepada

masyarakat Arab yang sebelumnya berada dalam kegelapan, kejahilan dan keruntuhan
moral yang parah.
Dan tentang dakwaan mereka yang menyebut Al-Quran adalah bersumberkan
golongan Hunafa' adalah tidak benar kerana golongan Hunafa' menerima ajaran dan
syariat yang ditinggalkan oleh nabi-nabi terdahulu yang kebanyakannya telah
diseleweng dan dicampur-aduk dengan pelbagai rekaan, sementara syariat Islam
membawa syariat yang sesuai dan sempurna untuk seluruh umat manusia.
Pandangan yang mengatakan Al-Quran adalah warisan perundangan Rom Timur
pula adalah silap kerana prinsip-prinsip dan dasar yang dikemukakan oleh Islam jauh
lebih baik dan jelas berbeza dengan apa yang digelar Tamadun Rom itu.
Akhir kalam, renungilah firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

Maksudnya:

Dan

"Sesungguhnya

Al

Sesungguhnya
Quran

itu

kami

diajarkan

mengetahui
oleh

bahwa

seorang

mereka

manusia

berkata:

kepadanya

(Muhammad)". padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad


belajar kepadanya bahasa 'Ajam sedang Al Quran adalah dalam bahasa Arab yang
terang. (Surah An-Nahl:103)

29

1.

Orientalis Barat mendakwa Hadith adalah Rekaan Kaum Muslimin diantaranya:i. Alois Sprenger
ii. William Muir
iii. Goldziher

Dakwaan serta Jawapan Terhadap Serangan Orientalis barat terhadap hadis:

Serangan orientalis terhadap hadits bermula pada pertengahan abad ke-19 M,


tatkala hampir seluruh bagian Dunia Islam telah masuk dalam cengkraman kolonialisme
bangsa-bangsa Eropa. Adalah Alois Sprenger, yang pertama kali mempersoalkan status
hadits dalam Islam. Dalam pendahuluan bukunya mengenai riwayat hidup dan ajaran
Nabi Muhammad SAW, misionaris asal Jerman yang pernah tinggal lama di India ini
mengklaim bahwa hadits merupakan kumpulan anekdot (cerita-cerita bohong tapi
menarik).
Klaim ini disokong oleh rekaan satu misinya William Muir, orientalis asal Inggeris
yang juga mengkaji biografi Nabi Muhammad SAW dan sejarah perkembangan Islam.
Menurut Muir, dalam literatur hadits, nama Nabi Muhammad SAW sengaja dicatat untuk
menutupi bermacam-macam kebohongan dan keganjilan (the name of Mahomet was
abused to support all possible lies and absurdities). Oleh sebab itu, katanya lebih
lanjut, dari 4000 hadits yang dianggap shahih oleh Imam Bukhr, paling tidak
separuhnya harus ditolak: the European critic is compelled, without hesitation, to
reject at least one-half. Itu dari sudut sumber isndnya, sedangkan dari sudut isi
matannya, maka hadits must stand or fall upon its own merit. Tulisan Muir ini
kemudian dijawab oleh Sayyid Ahmad Khan dalam esei-eseinya.

Selang beberapa lama setelah 30


itu muncul Ignaz Goldziher. Yahudi kelahiran
Hungaria ini sempat nyantri di Universitas al-Azhar Kairo, Mesir, selama kurang lebih
setahun (1873-1874). Setelah kembali ke Eropa, oleh rekan-rekannya ia dinobatkan
sebagai orientalis yang konon paling mengerti tentang Islam, meskipun dan justru
karena tulisan-tulisannya mengenai Islam sangat negatif dan distortif, mengelirukan dan
menyesatkan.
Dibandingkan dengan para pendahulunya, pendapat Goldziher mengenai hadits
jauh lebih negatif. Menurut dia, dari sekian banyak hadits yang ada, sebagian besarnya
untuk tidak mengatakan seluruhnya tidak dapat dijamin keasliannya alias palsu dan,
karena itu, tidak dapat dijadikan sumber informasi mengenai sejarah awal Islam.

Menurut Goldziher, hadits lebih merupakan refleksi interaksi dan konflik pelbagai
aliran dan kecenderungan yang muncul kemudian di kalangan masyarakat Muslim pada
periode kematangannya, ketimbang sebagai dokumen sejarah awal perkembangan
Islam: Das Hadith wird uns nicht als Document fr die Kindheitsgeschichte des Islam,
sondern als Abdruck der in der Gemeinde hervortretenden Bestrebungen aus der Zeit
seiner reifen Entwicklungsstadien dienen.
Ini bererti, menurut dia, hadith adalah produk bikinan masyarakat Islam beberapa
abad setelah Nabi Muhammad SAW wafat, bukan berasal dan tidak asli dari beliau.
Pendapat menyesatkan ini telah disanggah oleh sejumlah ilmuwan seperti Syaikh
Musthaf as-Sib, Muhammad Ab Shuhbah dan Abd al-Ghan Abd al-Khliq.
Tetapi oleh konco-konconya dari kalangan misionaris, pendapat Goldziher
disetujui seratus persen. David Samuel Margoliouth, misalnya, turut meragukan
otentisitas hadits. Alasannya, pertama, karena tidak ada bukti yang menunjukkan
bahwa hadits telah dicatat sejak zaman Nabi SAW, dan kedua karena alasan lemahnya
ingatan para perawinya. Masalah ini telah dijawab dan dijelaskan oleh Muhammad Ajjj
al-Khathb.
Jika Henri Lammens (misionaris Belgia) dan Leone Caetani (misionaris Italia)
31

menganggap isnd muncul jauh setelah matan hadits ada dan merupakan fenomena
internal dalam sejarah perkembangan Islam, maka Josef Horovitz berspekulasi bahwa
sistem periwayatan hadits secara berantai (isnd) baru diperkenalkan dan diterapkan
pada akhir abad pertama Hijriah. Selanjutnya orientalis Jerman berdarah Yahudi ini
mengatakan bahwa besar kemungkinan praktek isnd berasal dari dan dipengaruhi
oleh tradisi oral sebagaimana dikenal dalam literatur Yahudi: Es liegt nahe, in diese
Gleichstellung den Einfluss der jdischen Theorie zu vermuten, um so mehr als sich im
Hadt selbst Reminiszenzen an die Stellung erhalten haben, welche das Judenthum der
mundlichen Lehre zuerkennt.

Spekulasi Horovitz ini belakangan digaungkan kembali oleh Gregor Schoeler.


Diantara yang turut mengamini pendapat Goldziher adalah orientalis Inggris bernama
Alfred Guillaume. Dalam bukunya mengenai sejarah hadits, mantan guru besar
Universitas Oxford ini mengklaim bahwa sangat sulit untuk mempercayai literatur hadits
secara keseluruhannya sebagai rekaman otentik dari semua perkataan dan perbuatan
Nabi SAW (It is difficult to regard the hadth literature as a whole as an accurate and
trustworthy record of the sayings and doings of Muhammad).
Kerana gugatan orientalis terhadap hadits pada awalnya mempersoalkan
ketiadaan data historis dan bukti tercatat (documentary evidence) yang dapat
memastikan otentisitas hadits, maka sejumlah pakar pun melakukan penelitian intensif
perihal sejarah literatur hadits guna mematahkan argumen orientalis yang mengatakan
bahwa hadits baru dicatat pada abad kedua dan ketiga Hijriah.Profesor Muhammad
Hamidullah (Hyderabad - Paris), Fuat Sezgin (Frankfurt), Nabia Abbot (Chicago), dan
Muhammad Mustafa Al-Azami (Cambridge - Riyadh), dalam karyanya masing-masing
telah berhasil mengemukakan bahwa terdapat bukti-bukti konkrit yang menunjukkan
pencatatan dan penulisan hadits sudah dimulai semenjak kurun pertama Hijriah sejak
Nabi SAW masih hidup.
Namun demikian oleh orientalis bukti-bukti ini diabaikan begitu saja dan bahkan
ada yang menolaknya mentah-mentah.
Penutup
32

Sebagai renungan buat kita bersama dalam memantapkan iman yang menjadi
tunjang akidah kita sebagai umat Islam,Dr. Zuwaimer, seorang orientalis Kanada
Berkata di dalam bukunya Timur dan Tradisinya mengatakan; Tidak diragukan lagi
bahwa Muhammad adalah termasuk pemimpin agama terbesar. Bisa juga dikatakan
bahwa dia adalah seorang reformis, fasih, pemberani dan pemikir yang agung. Tidak
boleh kita menyebutnya dengan apa yang bertentangan dengan sifat-sifat ini. Al-Quran
yang datang bersama Muhmmad dan sejarahnya menjadi saksi atas kebenaran klaim
ini

Untuk itu saudaraku, dengan kesedaran yang tinggi marilah kita renungi kembali
kejayaan yang pernah dimiliki oleh generasi terbaik masa lalu. Mari dari sekarang kita
ubah paradigma pemikiran yang sering menghancurkan kewibawaan Islam; seperti
berpenampilan tidak senonoh, pergaulan bebas, korupsi, zalim, dan lain-lain lagi.
Sehingga tidak menjadi hal yang mustahil, bila mulai kini setiap peribadi mestilah
memasukkan setiap keindahan Islam yang haq menjadi setiap deguk jantung, helaan
nafas dan gerak-geri kehidupan, maka tentunya kesejahteraan dunia akhirat akan
terlaksana. Tinggal bagaimana pilihan kita untuk itu.

RUJUKAN

33

Al-Quran Al-Karim

Shohih Al-Bukhari

Siraturrasul Suwar Muqtabisah Minal Quran Al-Karim, Muhammad Izzat Waruzah


, Mansyurat Al-Maktabah Al-Assriyah, Beirut 2011

Dalail An-Nubuwah Wa Marifatu Sahibul Syariah, Abu Bakar Ahmad Ibn Husain
Al-Baihaqi Darul Al-Kutubul Ilmiah, Beirut Lubnan.

Syamail Muhammadiah Wal-Hasoil Al-Mustofawiyah Imam Abi Isa Muhammad


bin Isa bin Surat Tirmizi, Sohibussunan, Darul Al-Kutubul Ilmiah, Beirut Lubnan

Akhlakun Nabi Wa Adabihi, Al-hafiz Abi Muhammad Abdullah bin Muhammad bin
Jaafar bin Hayyan Al-Asbahani, Darul Kitab Al-Arabi

Majmu Al Fataawa Ibn Taymiyyah Dar al Wafa & Dar Ibn Hazm

Siyar A'lam An-Nubala, Muhammad bin Ahmad Al-Dzahabi, (tahqiq Syeikh


Syuaib al-Arnauth, Muassah Al-Risalah, Beirut, cet. kesebelas, 1996) 7/431.

Sejarah Aliran-aliran Tafsir dalam Islam, Ignaz Goldziher (18501920 M),

Riwayat hidup dan ajaran Nabi Muhammad SAW, Alois Sprenger

34

Anda mungkin juga menyukai