Anda di halaman 1dari 11

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

1.0

Pengenalan kepada Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

1.1

Penilaian

Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam seperti melelong barangbarang antik. Cuba anda bayangkan bagaimanakah seseorang tersebut membuat
penilaian sebelum membuat keputusan untuk membeli. Apakah sebenarnya maksud
penilaian?
Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan
menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan
yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang
dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian
merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang
membuat keputusan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti
Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada
asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik
melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara
ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia
akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan
itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.
Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya,
dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian
matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda
mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana
cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian
ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya,
Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran
yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan
pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam
bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur
pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh
mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang
dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan
menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain
menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data
berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang
berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan
maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D
atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau
gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan
dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan
cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu
menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam
semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi
tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada
pensyarah mengajar dan pelajar belajar.
Tujuan Penilaian
Mengumpul maklumat tentang pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) supaya membuat pentafsiran dan mengambil tindakkan
yang sewajarnya.
Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam pelajaran sesuatu kemahiran
supaya merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran yang
lebih berkesan.
Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang
aktiviti P&P pada masa yang akan datang.
Merekod keputusan-keputusan penilian dalam Rekod Prestasi dan Rekod Profil
untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru seperti program
KBSR atau KBSM.
Proses penilaian melibatkan tiga langkah utama, iaitu:
1) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur
2) Meneteapkan suatu kriteria bagi pengukuran
3) Membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
Prosedur penilaian megandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisian dan
penyimpulan. Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam lima
peringkat:
a. Peringkat persediaan ujian
b. Peringkat pentadbiran ujian
c. Peringkat pemeriksaan dan pengukuran
d. Peringkat analisis
e. Peringkat interprestasi dan tindakan
Dalam usaha membuat penilaian yang wajar, guru akan mempertingkatkan maklumat
dari berbagai-bagai punca, seperti pengetahuannya sendiri tentang murid tersebut, latar

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


belakang dan pengalaman mereka, keadaan pembelajaran di rumah dan di sekolah,
minat dan perkara-perkara yang tidak diminati oleh murid. Kesemua ini akan
dipertimbangkan atau dinilai oleh guru dan akhirnya satu penilaian akan dikemukakan
untuk membolehkan tindakan wajar selanjutnya, sama ada memberi pengajaran
tambahan, beralih ke pengajaran lain, menukar kaedah pengajaran dan sebagainya.
1.2

Pengukuran

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran


membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara
numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu
ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran
ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi
seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya,
Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi
Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian
matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran
hanya menentukan tahap prestasi/ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat
yang digunakan.
Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan,
sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh
menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran
dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu
daripada kaedah tersebut.
Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang
sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian
fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat
seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90
tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor
45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar
pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan
bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar
menggunakan pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran
yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah
ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.
TUJUAN PENGUKURAN
Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.
Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam
mata pelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.
Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang
sesuai.
Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan
daripada keputusan pengukuran.
Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat
persekolahan.
Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan yang tertentu.
1.3

Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran
merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan
sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri
penguasaan

sesuatu

isi

kursus

yang

diajar

oleh

pensyarah

pada

pelajar

dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai


salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki
pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta
melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti
menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid.
Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ;
A. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip
jawapan. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja
yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran
berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor,
mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.
B. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang
penting. Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan
pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.
Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,
kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan,
sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh
menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran
dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu
daripada kaedah tersebut. Pentaksiran

tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran

keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding
ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan
menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya,
seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali
ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45.
Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga
boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang
diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk
yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.
Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan
pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah
pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


1.4

Pengujian

Pengujian dalam bilik darjah merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai
yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam
erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang
kognitif, psikomotor ataupun efektif. Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah,
pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan
dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.
CIRI-CIRI PENGUJIAN
Sesuatu

ujian

yang

berkualiti

perlu

mempunyai

elemen-elemen

kesahan,

kebolehpercayaan, keobjektifan, dan kebolehtadbiran.


i.

Kesahan

Merujuk kepada takat sesuatu ujian yang dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi
kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan
serentak.
Kesahan isi adalah untuk menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang
ujian yang hendak diuji. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah
ditentukan terlebih dahulu.
Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan
sebenar seseorang pelajar untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan dalam
situasi yang lain. Contohnya seorang pelajar memperolehi 8A dalam peperiksaan
percubaan di sekolah juga harus memperoleh pencapaian yang sama dalam
peperiksaan SPM yang sebenar.
Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang
digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia. Contohnya, markah
seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.
Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan
dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Sebagai contoh, jika

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


pelajar memperolehi skor yang tinggi dalam satu ujian, dan apabila ujian tersebut
diulangi, guru mesti menyemak yang pelajar tersebut mempunyai skor yang hampir
sama untuk menentukan kesahan serentak.
ii.

Kebolehpercayaan

Merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat
markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat
markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka
ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.
iii.

Keobjektifan

Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan guru dalam memeriksa jawapan
pelajar yang ramai. Sebuah ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi
jika pemarkahan ujian ini tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi guru
yang memeriksa ujian ini. Sebaliknya, ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang
rendah kerana pemarkahan mungkin berbeza antara dua orang pemeriksa yang lain
walaupun kedua-duanya menanda berdasarkan skima pemarkahan yang sama.
iv.

Kebolehtadbiran

Merujuk kepada kelicinan pelaksanaan sesebuah ujian di dalam bilik darjah atau dewan
peperiksaan. Ciri kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan dewan
peperiksaan, pengedaran kertas soalan, pengawasan, pengutipan skrip jawapan serta
pemarkahan.
TUJUAN PENGUJIAN
Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain.
Mengesan kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.
Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertentu.
Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan
pengujian.
Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarannya.

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.
Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada
pelajar sebelum pengajaran.
Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

1.5

Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran


Jenis

Pengujian

Pengukuran

Penilaian

Pentaksiran

perbezaan
Pengertian

Proses

Proses

Proses membuat

Proses

menentukan

menentukan

analisis dengan

pengumpulan

perubahan

peringkat

mentafsir hasil

maklumat untuk

tingkahlaku

pencapaian dan

pengukuran

membuat

kedudukan di

keputusan

antara pelajar

berdasarkan
sesuatu
peraturan atau
piawaian.

Tujuan

Menentukan

Membuat

-Memberi

-Proses

pencapaian

perbandingan

maklumat tentang

mendapatkan

pelajar dalam

pencapaian dan

pencapaian

gambaran

sesuatu

kedudukan di

pelajar,objektif

tentang

pembelajaran

antara pelajar

pelajaran,kaedah

prestasi

mengajar dan

seseorang

kurikulum.

dalam
pembelajaran.

-Membantu guru
dalam

-Merancang

menentukan

dan

pengayaan dan

melaksanakan

pemulihan bagi

aktiviti tindak

pelajar yang

susul yang

berkenaan.

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


berkesan.

Kegunaan

Untuk

Untuk

Untuk membaiki

Untuk

menempatkan

pengelasan,

rancangan

menunjukkan

pelajar

persijilan, dalam

mengajar,

pencapaian

ditempat yang

jmenempatkan

kurikkulum,

secara relatif.

sesuai

pelajar dalam

pengesanan

jurusan yang

punca kelemahan

sesuai dan

dan membuat

unutk

ramalan

penyelidikan
Bentuk

Pemerhatian,

Ujian bertulis

Jadual atau gred

ujian, lisan dan

dengan markah

berdasarkan

bertulis

dan gred

teknik perangkaan

Set ujian
bertulis dengan
markah dan
gred.

Masa

Selepas

Selepas

Sebelum semasa

Selepas

sesuatu atau

beberapa

dan selepas satu

pembelajaran

beberapa

pelajaran

atau beberpa

pelajaran

mata pelajaran

PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH


Proses

-Persediaan

Proses

-Proses

-Proses

pelaksanaan

ujian

pengujian

pengukuran

pengujian

markah dan

-Proses

-Merekod

memberi gred

penganalisa

markah/gred

merekod
-Pemerhatian
-Pemeriksaan

-Proses
interprestasi
-Melapor tindakan