Anda di halaman 1dari 16

Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit

PENDAHULUAN
Manusia merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dengan sebaikbaik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan
Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri
dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat
perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa.
Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir
hayat organisma.
Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam
gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma,
sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan,
walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanakkanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh
kanak-kanak.
Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi
perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut
melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses
penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di
dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dengan cara memberikan
makanan berkhasiat yang berkualiti; mewujudkan peluang dan ruang untuk
perkembangan fizikal; memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk

1|

perkembangan kognitif; memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara


emosi dan sosial.

LATAR BELAKANG KANAK-KANAK KAJIAN


Perkembangan seseorang individu berlaku secara berterusan. Namun, proses
perkembangan setiap individu adalah berbeza-beza mengikut umur. Komponen
perkembangan kognitif adalah menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak
kerana keupayaan kognitif amat mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Selain
memupuk sifat positif, penguasaan asas kemahiran ini amat penting bagi mereka
memahami sesuatu konsep.
Kemahiran kognitif merangkumi daripada kemahiran pengelasan, konsep ruang,
konsep nombor, proses sains dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Penyelesaian masalah adalah kedudukan yang paling tinggi dalam kemahiran kognitif.
Semua ini bergantung pada keputusan berasaskan naluri dan sebab yang dapat diterima
dan menilai keputusan yang seharusnya diambil.
Oleh kerana kanak-kanak sedang mengalami proses perkembangan, penguasaan
kemahiran kognitif adalah lebih berkesan dengan melalui interaksi sebenar dengan
menggunakan bahan maujud atau konkrit yang mudah didapati di sekeliling mereka serta
mampu memahami dan menimba pengalaman dalam pembelajaran.
Kajian ini telah dijalankan ke atas dua orang kanak-kanak yang mempunyai umur
yang berbeza iaitu kanak-kanak yang berumur 5 tahun bagi mewakili kanak-kanak pada
Peringkat Pra-Operasi dan kanak-kanak yang berumur 7 tahun yang mewakili kanakkanak pada Peringkat Konkrit.

Biodata Kanak-Kanak Peringkat Pra-Operasi (Umur 5 7 Tahun)

2|

Nama Penuh

: Ilya Nabila binti Abdul Munir

Nama Panggilan

: Bella

Umur

: 5 Tahun

Tarikh Lahir

: 21 Februari 2008

Jantina

: Perempuan

Keturunan

: Brunei

Anak Ke

: Pertama daripada dua orang adik-beradik

Nama Bapa

: Abdul Munir bin Awang Buntar

Pendidikan Bapa

: STPM

Nama Ibu

: Dayang Mila binti Awang Putra

Pendidikan Ibu

: SPM

Biodata Kanak-Kanak Peringkat Konkrit (Umur 7 12 Tahun)


Nama Penuh

: Aiman bin Jaafar

Nama Panggilan

: Iman

Umur

: 7 Tahun

Tarikh Lahir

: 9 April 2006

Jantina

: Lelaki

Keturunan

: Dusun

3|

Anak Ke

: Kedua daripada empat orang adik-beradik

Nama Bapa

: Jaafar bin Jamisin

Pendidikan Bapa

: SPM

Nama Ibu

: Jamaliah binti Jalani

Pendidikan Ibu

: SPM

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009),
perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat
Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12
tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).
Pada peringkat Pra-Operasi (2-7 Tahun) perkembangan kognitif kanak-kanak
bermula apabila mereka menggunakan skima berasaskan penggunaan bahasa dan bentukbentuk perwakilan symbol yang lain serta mampu menyelesaikannnya. Walau
bagaimanapun, Piaget berpendapat bahawa pemahaman kanak-kanak pada ketika in
masih lemah dan tidak dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi
padu, dan nombor. Walaupun bentuk sesuatu jasad itu berubah, namun kuantiti sesuatu
jasad itu masih kekal sama. Hal ini adalah kerana pemikiran mereka dipengaruhi oleh apa
yang mereka lihat.
Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga
berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa
kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Walaupun pemikiran kanak-kanak masih terikat
dengan situasi yang konkrit namun, mereka sudah mampu berfikir secara logik. Selain
itu, mereka juga mulai menguasai proses pengelasan iaitu mampu mengklasifikasikan

4|

sesuatu objek dalam sesuatu kumpulan dan boleh menguasai proses kebalikan dan
akhirnya mengamati proses songsangan. Namun, mereka masih tidak mempunyai
kebolehan untuk berfikir secara abstrak dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang
sukar.
Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan
keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan
bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal
remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami
pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep
transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang.
Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima
pendapat orang lain.
Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep
yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait
rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.
Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan
diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara
tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa
gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang,
mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan
memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh
itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti
contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan persekitarannya.

5|

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara


akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan
akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta
hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
Dalam konsep keseimbangan, Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia
muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau,
perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku
apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada
pengalaman yang relevan.
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia
mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu,
kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan
sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan
yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami
perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget
menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak
yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke
dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran fizikal.
Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan mereka
berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi. Persekitaran
emosi negatif dapat mengganggu perkembangan kognitif kanak-kaak. Faktor ketiga pula

6|

ialah

persekitaran

komunikasi.

Persekitaran

komunikasi

amat

penting

dalam

menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif.

UJIAN KOGNITIF, DATA DAN PERBINCANGAN


Piaget telah menjalankan pelbagai ujian untuk memahami keupayaan kognitif dan
perspektif kanak-kanak. Berdasarkan Ujian Konservasi Piaget, ujian serupa telah
dijalankan untuk mengkaji kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan lima dan tujuh
tahun bagi menilai keupayaan kanak-kanak memahami pengekalan ciri-ciri bahan pada
ujian yang telah dijalankan. Ujian tersebut terdiri daripada Konservasi Jisim dan
Konservasi Cecair.
1.

Konservasi Jisim
Bahan:
Dua ketul plastisin digunakan dan membentuknya supaya kedua-dua ketul itu
mempunyai saiz (kuantiti) yang sama (Rajah 1).
Kaedah:
Langkah 1:
Kedua-dua ketul plastisin ditunjukkan kepada kedua-dua subjek pada masa dan
tempat yang berlainan
Penyelidik mengemukakan pertanyaan kepada subjek: Manakah kuantiti
plastisin yang banyak?

7|

Soalan rajah 1

: Adakah jumlah plastisin adalah sama banyak?

Langkah 2:
Salah satu ketul plastisin dibentuk menjadi bentuk yang panjang seperti di
Rajah 2 dihadapan subjek.
Subjek ditanya sekali lagi; Yang manakah ketul platisin itu lebih banyak?
Semua perbualan dan jawapan subjek telah direkod.

8|

Soalan rajah 2
1.2

: Adakah jumlah plastisin masih sama banyak?


Dapatan Kajian

Subjek

Kuantiti Plastisin
Rajah 1

Kuantiti Plastisin
Rajah 2

Peringkat Pra-Operasi
Bella (5 Tahun)

Sama banyak

C lebih banyak

Peringkat Konkrit
Iman (7 tahun)

Sama banyak

A lebih banyak

Pada Ujian 1 terhadap plastisin, kanak-kanak berumur 5 tahun menyatakan


plastisin mempunyai kuantiti yang sama banyak. Begitu juga bagi kanak-kanak
yang berumur 7 tahun, kuantitinya sama banyak. Alasan kedua kanak-kanak
memberi jawapan sedemikian ialah kerana plastisin tersebut mempunyai bentuk
dan tinggi yang sama. Dalam Ujian 2, kanak-kanak berumur 5 tahun telah
memberikan jawapan sebaliknya, iaitu plastisin yang telah ditukar bentuk kepada
silinder memanjang adalah mempunyai kuantiti yang lebih banyak berbanding
dengan plastisin pada bentuk yang asal. Alasannya ialah kerana bentuknya yang

9|

sudah berlainan iaitu nampak lebih lebar adalah lebih banyak. Kanak-kanak yang
berumur 7 tahun, juga memberikan jawapan bahawa kedua-duanya sekarang tidak
mempunyai kuantiti yang sama, cuma jawapannya tertumpu kepada plastisin A
adalah lebih banyak berbanding dengan plastisin C. Kanak-kanak yang berumur 7
tahun telah melihat dengan mata mereka sendiri bahawa plastisin B telah ditukar
bentuk memanjang dan berpendapat bahawa plastisin yang ditukar bentuk
memanjang adalah lebih sedikit kuantitinya maka mereka berpegang kepada
kenyataan ini walaupun sebenarnya plastisin A dan plastisin C mempunyai
kuantiti yang sama.
Keadaan

ini

dapat

dirumuskan

bahawa

kanak-kanak

ini

tidak

dapat

menyelesaikan konsep kekekalan disebabkan oleh pemusatan iaitu kecenderungan


hanya menumpukan perhatian pada satu-satu perkara tanpa menghiraukan aspek
lain, ketidakbolehbalikan dan egosentrik.

2.

Konservasi Cecair
Bahan:
2 gelas yang sama saiz, sama tinggi dan sama bentuk
1 gelas yang lebih kurus dan lebih tinggi
Kaedah:
Kedua gelas yang sama saiz, sama bentuk dan sama tinggi diisi dengan air
yang sama banyak (Rajah 3a)
Penyelidik mengemukakan pertanyaan kepada subjek: Adakah kuantiti air
sama banyak?
Seterusnya salah satu gelas menuangkan airnya ke dalam gelas yang tinggi dan
lebih kurus. (Rajah 3b)

10 |

Penyelidik mengemukakan pertanyaan kepada subjek: Manakah kuantiti air


yang lebih banyak?seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3c.

2.1 Dapatan Kajian

Subjek

Isipadu Air
Rajah 3a

Isipadu Air Rajah


3c

Peringkat Pra-Operasi
Bella (5 Tahun)

X dan Y
Sama banyak

Z lebih banyak

Peringkat Konkrit
Iman (7 tahun)

X dan Y
Sama banyak

Y lebih banyak

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat praoperasi masih tidak dapat


menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi padu dan nombor.
Contohnya dalam ujian yang dijalankan, dua gelas mengandungi air yang sama
isipadunya (X dan Y). Kemudian, air dalam gelas X dituangkan ke dalam bekas
Z. Kanak-kanak 5 tahun menjawab bahawa isipadu air dalam bekas Z lebih
banyak berbanding dengan isipadu air pada gelas Y. Sebaliknya, kanak-kanak 7
tahun menjawab bahawa isipadu air dalam gelas Y lebih banyak berbanding pada
gelas Z. Berdasarkan ujian tersebut, didapati bahawa kedua-dua kanak-kanak ini
menumpukan perhatian kepada saiz bekas air berbanding kepada isipadu air.

11 |

Lantaran itu, kedua-dua kanak-kanak tersebut yakin isipadu air berubah apabila
bentuk dan saiz bekas berubah. Sebenarnya, isi padu air pada kedua-dua bekas
dalam gelas Z dan gelas Y adalah sama. Mereka gagal menjawab persoalan ini
kerana lebih cenderung menumpukan perhatian kepada satu ciri masalah dan tidak
tidak menghiraukan aspek lain. Selain itu, kanak-kanak ini juga tidak mampu
menukarbalikan sesuatu tingkah laku secara mental. Mereka tidak mampu berfikir
bahawa apa yang akan terjadi sekiranya air dalam gelas Z dituangkan semula pada
gelas X.

PERBANDINGAN KANAK-KANAK PRA-OPERASI DAN KONKRIT


Kanak-Kanak 5 Tahun (Peringkat Pra-Operasi)
Kanak-kanak yang berumur 5 tahun atau pada peringkat praoperasi tidak boleh
membalikkan pemikiran secara mental sesuatu tindakan yang membawa kepada
penghujung atau penamat. Mereka hanya memberi tumpuan kepada penamat atau
permulaan sesuatu perkara tanpa memahami apa yang berlaku di pertengahannya.
Kanak-kanak pada peringkat praoperasi masih berfikiran egosentrik. Fikiran
egosentrik bermaksud kanak-kanak berfikir berdasarkan pandangan dirinya dan tidak
berupaya melihat pandangan orang lain. Pandangan terhadap dunia persekitarannya
adalah satu-satunya pandangan yang diterima dan hanya pandanganya itu sahaja yang
diambil perhatian. Kanak-kanak peringkat praoperasi tidak mempunyai keupayaan
kognitif untuk memahami apa yang orang lain lihat daripada perspektif lain selain
pandangan dirinya. Kanak-kanak di peringkat praoperasi tidak dapat mengekalkan
(conserve) secara mental kerana mereka tidak memahami jumlah, kuantiti, isi padu
(volume) walau pun rupa dari segi bentuk, saiz dan dimensi berubah. Contoh segumpal
plastisin yang sama berat tidak dapat dibezakan kuantiti apabila diubah kepada bentuk
memanjang seperti ular.

12 |

Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang


pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema.
Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan membayangkan
(pretend play). Contohnya seperti mengambil watak kartun atau karakter popular seperti
spiderman, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor, guru dan lain-lain.
Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup seperti
hujan turun kerana menangis. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini
menunjukkan sikap egosentrik yang bermaksud, mereka melihat dan memahmi
persekitaran melalui persperktif sendiri. Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu
menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan
mereka. Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat siri kartun, beranggapan semua
orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

Kanak-Kanak 7 Tahun (Peringkat Konkrit)


Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun
pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit. Kanak-kanak juga menguasai proses
pengelasan. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam
set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh: Pengelasan mengikut ciri, warna,
saiz dan lain-lain.
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang
berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap
ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih
dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula
menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul
dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki
zaman persekolahan.

13 |

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah
mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep
nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu
benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum
memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsepkonsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada
tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh
beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

KESIMPULAN
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat
kualitatif namun jelas berubah melalui peredaran masa. Tingkah laku seseorang juga akan
berubah berlaku secara berterusan mengikut peringkat-peringkat kematangan dan
mengikut keadaan di persekitarannya. Baka dan persekitaran merupakan antara faktor
yang mempengaruhi perkembangan seseorang. Baka menentukan had perkembangan
manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang
maksimum. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai
titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut
peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.
Oleh itu, pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak
sememangnya

harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak pada peringkat ini

mudah menerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Piaget telah
menyatakan bahawa tahap-tahap kognitif kanak-kanak termasuklah sensori motor, tahap
praoperasi, tahap operasi konkrit dan formal. Justeru, ibu bapa dan guru merupakan
orang yang paling dekat dengan kanak-kanak dan seharusnya membimbing mereka untuk

14 |

membantu mereka meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan pemikiran mereka.


Proses kognitif juga adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis
yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran
membaca.
Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada
pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran
murid.

Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi

kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses


pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Teori Jean Piaget dapat membantu
guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif
individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan.
Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan
nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta
lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untuk
melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, guru haruslah sentiasa
bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan
yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu
kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN
1.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi, (2008). Perkembangan Kanakkanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

15 |

2.

Mok Soon Sang, (2009): Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Multimedia Sdn.


Bhd.

3.

Rohani Abdullah, (2002). Perkembangan kanak-kanak : Penilaian Secara Portfolio,


Serdang: Penerbit UPM.

4.

Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala


Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

5.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan
Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman

6.

Noraini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan


Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn.
Bhd.

7.

Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

16 |

Anda mungkin juga menyukai