Anda di halaman 1dari 15

ANALISIS DATA UJIAN FORMATIF

Bil

Responden

Item Soalan
A
i

ii

Jumlah

B
iii

Rajah
(7 markah)

(16)

C
Anak Panah

(2 markah)

Rajah

Anak panah

(2 markah)

(2 markah)

1.

12

2.

13

3.

14

4.

11

Jadual 1.0. Analisis Ujian Formatif empat orang peserta kajian


Berdasarkan kepada jadual di atas, bagi item soalan A, 1 orang peserta kajian telah mendapat 3
markah penuh, 2 orang peserta kajian mendapat 2 markah dan seorang peserta kajian pula hanya
mendapat 1 markah sahaja. Item soalan A adalah meminta peserta kajian menulis 3 jenis rantai
makanan berdasarkan kepada rajah yang diberi di dalam soalan. Peserta kajian D hanya
mendapat 1 betul kerana dua lagi jawapan yang diberi adalah salah dari segi pengetahuan beliau
mengenai pemakanan pengguna lain. Berikut merupakan jawapan yang diberi oleh peserta D:

Rajah 1.1. Jawapan peserta D pada kitaran kedua


Dalam Rajah 1, kita dapat lihat bahawa jawapan A (ii) dan A(iii) adalah salah kerana pada
jawapan A (ii), jawapan yang betul adalah (Tumbuhan belalang burung ular), namun
peserta kajian ini telah menambah tikus pada pengguna terakhir. Saya dapat katakan bahawa
peserta kajian ini belum berapa mahir atau faham mengenai taiat pemakanan antara tikus dan
juga ular. Begitu juga dengan jawapan pada A (iii) beliau yang mana kesalahan sama dilakukan.
Jawapan yang sepatutnya adalah (Tumbuhan belalang burung burung helang).
Kesilapan yang dibuat ini telah menyebabkan peserta kajian D kehilangan 2 markah. Nmaun
demikian berlaku sedikit peningkatan pada peserta kajian D ini kerana pada kitaran pertama
ujian formatif beliau tidak mendapat sebarang markah pada soalan A kerana kesalahan yang

dibuat adalah salah dari segi arah pengaliran tenaga. Berikut merupakan jawapan yang diberi
oleh peserta kajian D:

Rajah 1.1.1. Jawapan responden D kitaran pertama


Perbandingan yang kita dapat lihat pada dua ujian fomatif bagi ialah pada ujian formatif yang
pertama, responden D ini tidak menulis dengan betul bagi aliran tenaga atau arah anak panah
responden D adalah ke kiri. Namun pengeluar atau tumbuhan itu bermula dari kiri, oleh
demikian arah anak panah tersebut haruslah ke kanan. Pada ujian formatif yang kedua,
responden D telah dapat menulis dengan betul arah pengaliran tenaga tersebut, namun berlaku
kesilapan kecil di mana responden D ini telah salah faham mengenai tabiat pemakanan bagi
pengguna lain.
Bagi responden A pula, pada ujian formatif 1, beliau hanya mendapat 1 markah sahaja
memandangkan jawapan pada A (ii) dan A (iii) beliau adalah salah. Berikut merupakan jawapan
yang diberikan oleh responden A pada ujian formati 1.

Rajah 1.2. Jawapan responden A ujian formatif pertama


Pada jawapan A (ii) dan A (iii), responden A menyatakan bahawa burung helang dan burung
pipit merupakan pengeluar dalam habitat tersebut. Namun, burung helang dan burung pipit tidak
boleh menghasilkan sumber makanan mereka sendiri. Mereka mendapatkan sumber tenaga dan
makanan daripada pengeluar yang boleh menghasilkan makanan sendiri iaitu tumbuhan.
Responden A ini juga masih kurang faham mengenai tabiat pemakanan antara pengguna lain
kerana responden A menganggap bahawa belalang boleh makan tikus. Namun demikian, pada
ujian formatif yang kedua. Responden A telah mula menunjukkan perubahan dimana beliau telah
dapat membuat dua rantai makanan yang baik. Beliau juga telah dapat memahami tabiat
pemakanan pengguna lain dan juga dapat membezakan antara pengeluar serta pengguna.
Hasilnya kita boleh lihat pada rajah 1.2.1 ini:

Rajah 1.2. Jawapan A (iii) peserta A


Kita dapat lihat pada jawapan di A(i) pada peserta A adalah sama dengan jawapan yang beliau
beri pada A(iii). Kemungkinan jawapan yang boleh diberi oleh peserta A adalah (Tumbuhan
belalang katak burung pipit). Jika sebelum ini responden A menyatakan bahawa haiwan
merupakan pengeluar, namun sekarang responden A telah dapat membezakan antara pengeluar
dan pengguna. Responden A telah menyatakan bahawa tumbuhan adalah pengeluar dalam
sesuatu habitat.
Bagi peserta kajian B pula, kesalahan yang dibuat semasa membina rantai makanan ini ialah
kesalahan dalam penggunaan anak panah dimana beliau tidak menulis dengan betul arah anak
panah tersebut. Pengkaji telah membulatkan dengan warna merah kesalah yang dibuat oleh
peserta kajian tersebut. Dari segi urutan rantai makanan, peserta kajian telah membuat dengan
betul, namun demikian kesilapan berlaku semasa peserta kajian menulis arah anak panah yang
membawa makna pemindahan tenaga daripada pengguna ketiga iaitu ular kepada pengguna
keempat iaitu burung helang.

Rajah 1.3. Jawapan A (iii) oleh peserta kajian B


Berbanding dengan ujian formatif yang pertama, responden B tidak mendapat sebarang markah
dan banyak kesilapan yang dibuat. Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh responden
B:

Rajah 1.3.1 Jawapan ujian formaatif 1 responden B.

Pada jawapan A(i), responden B telah salah dalam menulis arah anak panah atau aliran tenaga.
Jawapan A(ii) dan A(iii) salah kerana tiada penunjuk arah pengaliran tenaga atau penulisan anak
panah tidak ditulis. Namun setelah kaedah perbincangang berbantukan kad bergambar itu
dilaksanakan pada kali kedua, responden B telah mula menunjukkan perkembangan positif dan
dapat menjawab soalan dengan baik.
Bagi responden C, pada ujian formatif yang pertama, beliau hanya mendapat dua markah kerana
pada jawapan A(ii), beliau telah salah dalam menentukan pengeluar. Berikut merupakan jawapan
yang diberi oleh responden C:

Rajah 1.4. Jawapan ujian formatif 1 responden C


Namun setelah pelaksanaan kaedah perbincangan berbantukan kad bergambar dilaksanakan kali
kedua, responden C telah dapat menjawab kesemua soalan dengan baik.

Rajah 1.4. Jawapan responden C pada ujian formatif kedua


Dalam ujian formatif kedua ini, kita dapat melihat bahawa responden C telah dapat menulis
ketiga tiga rantai makanan dengan baik dan mengenalpasti pengeluar dalam rantai makanan
tersebut.

Analisis Jawapan Item Soalan B


Item soalan B meminta responden mengisi petak kosong yang disediakan untuk melengkapkan
siratan makanan berdasarkan kepada hidupan yang terdapat pada habitat tersebut. Satu markah
diberi bagi satu petak kosong sekiranya responden dapat menulis dengan betul sama ada
pengguna atau pengeluar, kesemuanya terdapat tujuh(7) petak yang perlu di isi oleh responden.
Dua markah diberi sekiranya peserta kajian dapat menulis dengan betul arah anak panah dan satu
markah akan diberi sekiranya hanya sebahagian sahaja penulisan arah anak panah ditulis dengan
betul dalam siratan makanan tersebut.
Bagi responden A, dia hanya mendapat 6 markah daripada 9 markah yang sepatutnya. Beberapa
kesilapan iaitu penulisan anak panah dan juga pemahaman mengenai tabiat pemakanan pengguna
telah berlaku.

2
1

Rajah 2.1 Jawapan soalan b bagi peserta kajian A


Pengkaji telah tandakan nombor kesalahan yang dibuat oleh responden A ini. Bagi kesalah
pertama, kita dapat lihat peserta kajian ini telah silap dalam menulis arah anak panah atau
perubahan tenaga yang berlaku. Perubahan tenaga yang ditunjukkan adalah daripada tenaga yang
dibekalkan oleh tikus berpindah kepada pengguna katak. Pengkaji boleh katakan bahawa
responden ini masih kurang memahami peranan dan juga tabiat pemakanan bagi kedua dua
haiwan ini. Responden juga melakukan kesilapan yang sama pada pengguna kedua iaitu antara
pemindahan tenaga daripada burung pipit kepada katak. Pemindahan tenaga yang sepatutnya
berlaku adalah pemindahan tenaga daripada katak kepada burung pipit.
Berbanding dengan jawapan yang diberikan oleh responden pada ujian formatif yang pertama,
responden hanya dapat mengisi petak dan tiada penulisan anak panah dalam siratan makanan
tersebut. Responden tidak dapat mengisi pengeluar dan pengguna dengan betul juga. Berikut
merupakan jawapan yang diberi oleh reponden pada ujian formatif pertama:

Rajah 2.2.1 Jawapan responden A pada ujian formatif 1


Dalam jawapan yang diberi, kita boleh lihat bahawa tiada kesinambungan dalam siratan
makanan yang dibina oleh responden A ini. Dalam jawapan yang diberi oleh responden A,
tumbuhan sebagai pengeluar tidak diletakkan pada permulaan siratan tersebut. burung helang
sepatutnya diganti dengan tumbuhan sebagai pengeluar dan belalang diganti dengan burung
helang.
Seterusnya adalah responden B yang mendapat markah penuh dalam menjawab soalan B ini.

Rajah 2.2. Jawapan soalan B peserta kajian B


Jawapan yang diberi oleh responden B adalah sangat jelas dan bertepatan dengan kehendak
soalan. Responden B ini juga tidak mempunyai masalah dalam memahami tabiat pemakanan
antara pengguna dalam siratan makanan itu.

Berbandingan dengan jawapan yang diberi pada ujian formatif kitaran pertama yang mana
responden B tidak melengkapkan siratan makanan beliau dengan baik. Masih ada sedikit
kelemahan dari segi pengaliran tenaga dalam siratan makanan tersebut. Berikut merupakan
jawapan yang diberi oleh responden B pada ujian formatif pertama:

Rajah 2.2.1 Jawapan responden B pada ujian formatif 1


Jika dilihat daripada rajah tersebut, kita dapat lihat bahawa responden mula membina siratan
makanan tersebut bermula dengan tumbuhan dan tumbuhan tersebut telah berada ditengah
siratan tersebut dan pengguna lain mendapatkan tenaga. Namun demikian, dari segi penulisan,
tumbuhan tersebut sepatutnya bermula daripada atas agar ianya lebih teratur namun demikian,
jawapan yang diberi oleh responden ini masih boleh diterima dan diberi markah.
Seterusnya adalah bagi peserta kajian C yang mendapat 7 markah bagi soalan B ini. Peserta
kajian C ini hanya mempunyai satu kesilapan sahaja iaitu tidak menulis anak panah bagi
menunjukkan pemindahan tenaga daripada tumbuhan sebagai pengeluar kepada pengguna
seterusnya iaitu tikus. Kesilapan ini mungkin berlaku kerana peserta kajian terlupa atau terlepas
pandang semasa menulis. Kita boleh lihat aliran pemindahan tenaga yang lain adalah teratur dan
bersesuaian dengan pengguna yang lain.

Rajah 2.2. Jawapan peserta kajian C


Jika dibandingkan dengan ujian formatif yang pertama, responden C ini tidak dapat
melengkapkan siratan makanan yang dibina terutama dari segi penulisan anak panah atau aliran
pemindahan tenaga serta binaan siratan makanan beliau juga kurang tersusun. Berikut
merupakan jawapan yang diberi oleh responden C.

Rajah 2.2.1 Jawapan ujian formatif pertama responden C


Berdasarkan kepada rajah 2.2.1, kita dapat lihat responden mula siratan makanan tersebut dengan
tubuhan dan turun kepada pengguna seterusnya. Pengguna pertama dalam siratan makanan
tersebut telah betul, namun pengguna ketiga responden iaitu katak dan juga burung helang telah
mula salah kerana dalam siratan makanan ini, burung helang adalah pengguna ketiga iaitu ia
harus berada pada bahagian paling akhir sekali. Namun demikian, responden C menjadikan
belalang sebagai pengguna ketiga. Dan ini menunjukkan bahawa responden belum berapa mahir

atau fasih lagi mengenai tabiat pemakanan bagi pengguna lain tersebut. responden C juga tidak
meletakkan atau menulis aliraan pemindahan tenaga dalam siraatan makanan tersebut.
Ini menyebabkan orang yang memeriksa akan berasa keliru dan tidak mengetahui dimana
pemindahan tenaga itu akan bermula dan berpindah kepada siapa.Namun pada ujian formatif
yang kedua, responden C ini telah mula dapat membina satu siratan yang baik dan masih boleh
diperbaiki berbanding dengan siratan makanan pada ujian formatifnya yang pertama.
Seterusnya adalah responden D yang mendapat 8 markah dimana responden ini telah dapat
membina satu siratan makanan yang hampir sempurna dimana beliau hanya melakukan satu
kesilapan iaitu aliran pemindahan tenaga tidak ditulis dengan lengkap atau kurang baik. Berikut
adalah jawapan yang diberi oleh responden D.

Rajah 2.3 Jawapan responden D pada ujian formatif kedua


Dalam rajah 2.3 itu, pemindahan tenaga yang masih boleh berlaku ialah aliran pemindahan
tenaga daripada katak kepada burung helang serta pemindahan tenaga daripada ular kepada
burung helang. Namun demikian, jika dibanding dengan ujian formatif responden D yang
pertama, berlaku peningkatan drastik bagi item soalan B ini dimana pada ujian fomatif pertama,
responden D tidak dapat membina siratan makanan dengan sempurna dan tidak lengkap. Kita
boleh melihat jawapan yang diberi oleh responden D pada ujian formatifnya yang pertama pada
rajah 2.3.1.

Rajah 2.3.1 Jawapan responden D pada ujian formatif pertama


Dalam rajah 2.3.1 ini, kita dapat lihat bahawa responden D hanya dapat menulis pengeluar dalam
siratan makanan tersebut iaitu tumbuhan dan pengguna pertama iaitu burung. Selain itu
penulisan anak panah untuk menunjukkan pemindahan tenaga juga tidak dibuat oleh responden
D ini pada ujian fomatif tersebut. Pada kedua dua rajah tersebut, kita dapat lihat peningkatan
yang berlaku setelah dua kali pengkaji menjalankan kaedah perbincangan berbantukan kad
bergambar pada semua responden.

Analisis Jawapan Item Soalan C


Item soalan C ini meminta para responden untuk membina satu siratan makanan yang baru selain
daripada habitat yang terdapat pada rajah dalam soalan ujian formatif tersebut. ini adalah
bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan murid terhadap siratan makanan dapat dipindah
kepada yang baru. Ini juga adalah untuk mencuba kreativiti responden untuk membina sendiri
siratan makanan yang baru tanpa bantuan luar. Namun demikian, pada ujian formatif yang
pertama, responden B, C dan D tidak dapat menjawab atau membina satu siratan makanan
langsung. Ini merupakan contoh jawapan kosong mereka bertiga.

Rajah 3.0. Jawapan respond B,C dan D pada ujian formatif 1


Bagi responden A pula, beliau ada membina sedikit sahaja namun jawapan yang diberi tidak
bermula dengan tumbuhan hijau sebagai pengeluar. Hal ini mungkin disebabkan keempat
empat responden belum lagi berapa jelas tentang siratan makanan dan ini menyebabkan
pengkaji menjalankan kitaran kedua bagi para responden agar siratan makanan itu akan lebih
jelas kepada mereka berempat. Berikut merupakan jawapan yang diberi oleh responden A:

Rajah 3.1 Jawapan responden A ujian formatif pertama


Dalam rajah 3.1, responden A hanya menulis helang dan burung pipit dan tiada pengeluar dalam
siratan makanan yang ingin dibina oleh responden A ini. Ini menunjukkan bahawa pada ujian
formatif pertama ini, pemikiran para responden belum lagi berapa terbuka dan mampu membina
satu siratan sendiri dan masih memerlukan kitaran kedua untuk membantu membuka fikiran
mereka.
Pada kitaran kedua dalam ujian formatif, keempat empat responden dapat membina siratan
makanan dengan bantuan kad bergambar yang dibina oleh para responden. Namun demikian,
masih berlaku sedikit kesilapan yang dibuat oleh para responden terutamanya dari segi
penulisan anak panah serta tabiat pemakanan pengguna lain. Namun peningkatan drastik berlaku
pada ujian fomatif kedua ini kerana para responden telah mula dapat membina satu siratan
makanan walau tidak berapa sempurna.
Bagi responden A dan C, kedua responden ini mendapat markah penuh bagi item soalan C ini
berbanding pada ujian formatif pertama, mereka tidak mendapat sebarang markah. Walaupun
penulisan para responden ini kelihatan kurang jelas, namun kita masih boleh memahami dan
dapat melihat siratan makanan yang dibina. Jawapan keempat empat responden ini adalah
hampir sama memandangkan pengkaji meminta mereka berbincang bersama sama untuk
membina satu siratan makanan dengan menggunakan kad bergambar. Berikut merupakan
jawapan yang diberi oleh responden A dan C.

Rajah 3.2 Jawapan responden A pada ujian formatif kedua

Rajah 3.3 Jawapan responden C pada ujian formatif kedua

Dalam ujian formatif kedua ini, kita dapat melihat perbezaan yang begitu ketara sekali
berbanding pada ujian fomatif pertama mereka. Kedua dua responden ini telah dapat membina
satu siratan makanan yang lengkap dan sempurna. Mereka juga telah dapat memahami tabiat
pemakanan antara pengguna yang lain. Dari segi penulisan anak panah juga adalah betul dan kita
dapat melihat pemindahan tenaga itu berlaku dari penggeluar kepada pengguna yang sepatutnya.
Bagi responden B dan D pula, pada ujian formatif yang kedua ini, mereka hanya melakukan satu
kesilapan iaitu kesilapan dari segi penulisan anak panah yang kurang betul. Namun dari segi
pembinaan siratan makanan, mereka telah dapat menulis dan mengenalpasti antara pengeluar dan
juga pengguna yang lain. Berikut merupakan jawapan kedua dua responden tersebut.

Rajah 3.4 Jawapan responden B pada ujian formatif kedua


Seperti yang terdapat dalam rajah 3.4, responden B tidak menulis dengan betul pemindahan
tenaga atau anak panah antara rumput hijau kepada tikus. Kesalahan yang dibuat oleh responden
B ini dibulatkan dengan pen berwarna merah. Kesalahan sama juga berlaku antara tikus dengan
ular dan ular kepada helang. Responden B ini tidak menulis arah anak panah tersebut dan
menyebabkan responden ini kehilangan markah. Namun demikian, kita telah dapat melihat
perkembangan responden B ini yang pada mulanya tidak dapat membina siratan makanan
sehingga dapat membina satu siratan makanan yang lengkap.

Responden yang terakhir pula adalah responden D yang mana kesalahan yang dibuat juga sama
iaitu kesalahan dari segi penulisan anak panah. Berikut merupakan jawapan yang diberi oleh
responden D.

Rajah 3.5 Jawapan responden D ujian fomatif kedua


Dalam rajah 3.5 ini, kita dapat melihat bahawa berlaku kesilapan pemindahan tenaga daripada
helang kepada burung pipit. Pemahaman responden mengenai tabiat pemakanan pengguna ini
adalah kurang kerana pemindahan tenaga itu sepatutnya berlaku daripada burung pipit kepada
burung helang. Hal ini kerana burung pipit hanya makan serangga kecil serta tumbuhan seperti
padi. Burung helang pula adalah pemangsa yang makan memakan haiwan kesil daripadanya.