Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

Memahami fungsi suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan amat penting bagi para
guru agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada para murid dan seterusnya menjadikan
system pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat
difahami dan murid boleh menggunakan cirri-ciri suprasegmental yang betul dalam penggunaan
penuturan bahasa Melayu. Antara kepentingan suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan
adalah seperti berikut;
a.

Memahami penggunaan intonasi


Memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap di kalangan
orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Contohnya tekanan merujuk bagaimana
seseorang individu itu dapat menggunakan intonasi intonasi yang betul ketika bercakap atau
berucap berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanaya
menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik
umpamanya biasanya menggunakan ujaran ujaran yang agar keras intonasinya kerana
penyampaiannya agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik
lagi.

b.

Tatabahasa
Melalui pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk
membezakan maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah
i.
# Emak makan nasi adik #
ii.
# Emak makan nasi # adik
Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan
penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Ayat
pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata.
Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud memberitahu adik
bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja.

c.

Membezakan makna ayat


Ianya juga merupakan kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan. Ini bermakna
para murid akan diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna
yang berbeza tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan mereka
merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama mereka juga membawa
makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan mempelajari suprasegmental dalam bahasa akan
memudahkan penyampaian makna yang ingin disampaikan.

d.

Kelancaran
Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang
murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu 31
berlangsung. Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan
menuturkan idea, pendapat, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

e.

Kefasihan
Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancar
tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas.
Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata, dan ayat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut.Semua
ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti
yang sepautnya.Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan, dan makna.

f.

Memudahkan kefahaman murid


Dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka dapat mengetahui dan memahami
perbezaan perbezaan yang wujud dalam sistem bahasa itu sendiri secara khusus.

g.

Laras Bahasa
Bagi laras bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis
laras bahasa yang digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan untuk

mengajar laras bahasa yang berbeza. Contohnya untuk mengajar pantun, puisi, dan sajak.Apabila
seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya
seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu
penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan
bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis.

* apa itu fonetik * apa itu fonologi * perbezaan fonetik artikulasi , fonetik audiotori , fonetik akustik *
baca apa itu alat artikulasi serta kedudukannya , ada berapa rongga dalam artikulasi manusia * baca
apa itu vokal bahasa melayu serta kedudukannya dalam rajah , cara pengeluarannya serta contohcontoh perkataannya * baca konsonan bahasa melayu , cara penghasilannya serta contoh-contoh
perkataan * baca artikulasi tambahan * apa itu suprasegmental dan * baca konsonan pinjaman * dan
akhir sekali kepentingan bahasa baku dan jangan lupa buat latihan sendiri trankripsi fonemik

Perbezaan artikulasi dan artikulator.

Bil.

Artikulasi

Perbezaan

Artikulator (alat artikulasi)

Artikulasi merupakan alat-alat yang terlibat


dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa

Definisi

Artikulator merupakan organ yan

Bahagian yang disentuh oleh artikulator

Kedudukan

Alat yang menyentuh

Gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit


lembut

Contoh

Lidah, bibir dan gigi bawah

Bersifat statik kerana tidak boleh bergerak.

Sifat

Tidak bersifat statik kerana boleh