Anda di halaman 1dari 9

BIL

1.

SOALAN
i) a) Huraikan secara ringkas sumber-sumber ekonomi dalam
proses pengeluaran.
b) Mengapakah sumber ekonomi adalah terhad bagi
pengguna dan pengeluar.
ii) Jadual dibawah menunjukkan kombinasi barang modal
dan barang pengguna yang boleh dikeluarkan oleh
sesebuah negara.
Kombinasi A
B
C
D
E
F
G
H
Barang
modal
0
1
2
2
3
3
4
5
(unit)
Barang
pengguna 20
18
15
13
11
9
6
0
(unit)
a) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran negara itu pada
kertas graf.
b) Nyatakan kombinasi-kombinasi pengeluaran yang tidak
cekap. Jelaskan jawapan anda.
c) Apakah yang dimaksudkan dengan kos lepas?
d) Hitung kos lepas per unit barang modal. Huraikan keadaan
kos lepas apabila semakin banyak barang modal dihasilkan.
e) Lakarkan perubahan keluk kemungkinan pengeluaran pada
masa depan sekiranya kombinasi pengeluaran barang masa
kini berada pada
(i) titik B
(ii) titik G

2.

i) Huraikan kaitan antara konsep kekurangan ,pilihan dan kos


lepas dalam aspek penggunaan sumber ekonomi.
ii) Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan
pengeluaran PQ bagi sebuah negara.
Barang Modal

Barang
pengguna

KUMPULAN

(a) Nyatakan kombinasi pengeluaran yang


(i) tidak cekap dan berlaku pembaziran sumber.
(ii) menggunakan sumber ekonomi sepenuh dengan cekap.
(iii) tidak dapat dicapai.
(b) Jika kombinasi S dipilih,
(i) apakah faktor yang menentukan pemilihan titik itu jika
negara itu mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas?
(ii) lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran yang
dijangkakan akan berlaku pada masa depan. Jelaskan
jawapan anda.
(c) Lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran yang baharu
untuk menunjukkan perubahan yang berlaku jika
(i) terdapat peningkatan dalam kemahiran buruh yang
menghasilkan barang modal.
(ii) terdapat kemasukan tenaga buruh asing ke negara itu.
(iii) kemajuan teknologi yang lebih pesat berlaku untuk
menghasilkan barang modal berbanding dengan barang
pengguna .
3.

i) (a) Takrifkan keluk kemungkinan pengeluaran dan jelaskan


andaian-andaian yang dibuat untuk menerbitkan keluk
itu.
(b) Dengan menggunakan keluk kemungkinan
pengeluaran,jelaskan konsep kekurangan,pilihan dan kos
lepas.
ii) Jadual di bawah adalah kombinasi barang modal dan barang
pengguna yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Kombinasi A
Barang
modal
0
(unit)
Barang
pengguna 210
(unit)

10

20

30

40

50

60

200

180

150

110

60

(a) Adakah negara itu dapat mengeluarkan kombinasi barang


40 unit barang modal dan 150 unit barang pengguna?
Jelaskan jawapan anda.
(b) Sediakan jadual bagi menunjukkan kos lepas seunit
pengeluaran barang modal dan barang pengguna.
(c) Adakah negara itu tertakluk kepada kos lepas malar?
Jelaskan jawapan anda.

(d) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran negara itu pada


kertas graf.
4.

i) a) Dengan contoh berangka yang sesuai, terangkan maksud


kos lepas meningkat dan kos lepas malar.
b) Bagaimanakah kos lepas di (a) mempengaruhi bentuk
keluk kemungkinan pengeluaran?
ii) Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran
barang modal dan barang pengguna bagi sesebuah negara.
Kombinasi
Barang
modal
(unit)
Barang
pengguna
(unit)

10

20

30

40

50

60

210

200

180

150

110

60

a) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran pada kertas graf.


b) Tentukan kos lepas untuk mengeluarkan .
(i) 200 unit barang pengeluaran.
(ii) 60 unit barang modal.
c) Hitung kos lepas per unit apabila kombinasi pengeluaran
berubah dari
(i) C ke D.
(ii) D ke E.
d) Andaikan gempa bumi yang berlaku di negara itu telah
menyebabkan keupayaan pengeluaran barang pengguna
berkurang sebanyak 10 % manakala pengeluaran barang
modal tidak berubah. Bentukan jadual kemungkinan
pengeluaran yang baharu kesan daripada bencana gempa
bumi.
e) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran yang baharu pada
kertas graf di (a)
5.

i) Huraikan ciri-ciri yang membezakan sistem ekonomi pasaran


bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat.
ii) Jadual di bawah menunjukkan kombinasi barang modal dan
barang pengguna yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah
negara.

Kombinasi
Barang
modal
(unit)
Barang
pengguna
(unit)

10

20

30

40

50

250

220

180

130

70

a) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran negara itu pada


kertas graf.
b) Nyatakan satu kombinasi pengeluaran yang tidak cekap.
Jelaskan jawapan anda.
c) Apakah yang dimaksudkan dengan kos lepas?
d) Hitung kos lepas per unit barang pengguna. Huraikan
keadaan kos lepas apabila semakin banyak barang
pengguna dihasilkan.
e) Jika kombinasi barang E dipilih,
(i) apakah faktor yang menentukan pemilihan titik itu jika
negara itu mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas.
(ii) Lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran yang
dijangkakan akan berlaku pada masa depan pada kertas
graf di (a). Jelaskan jawapan anda.
6.

i) (a) Terangkan dua kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas.


(b) Huraikan tiga sebab campur tangan kerajaan diperlukan
dalam ekonomi pasaran bebas
ii) Jadual berikut menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti
ditawar untuk barang X pada pelbagai tingkat harga.
Harga (RM)
Kuantiti diminta
Kuantiti ditawar
(unit)
(unit)
4.00
88
80
3.50
92
75
3.00
96
70
2.50
100
65
2.00
104
60
1.50
108
55
a) Bentukan fungsi permintaan dan penawaran untuk barang
X.
b) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan pasaran
barang X?
c) Berapakah jumlah hasil yang diperoleh oleh pengeluar?
d) Kemajuan teknologi telah menyebabkan kuantiti ditawar
bertambah 35 unit pada setiap tingkat harga, apakah kesan
terhadap tingkat harga dan kuantiti keseimbangan barang
X.

7.

i) (a) Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan dan keluk


permintaan?
(b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai,
jelaskan hubungan antara harga dan kuantiti barang yang
diminta.
(c) Jelaskan dua faktor yang menyebabkan keluk permintaan
bercerun negatif.
ii) Diberi fungsi permintaan dan penawaran untuk barang A
seperti berikut:
Qd = 180-4P
Qs = 5P
dengan Qd = Kuantiti diminta (kg)
dengan Qs = Kuantiti ditawar (kg)
P = Harga (RM)
a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan untuk barang A
b) Lengkapkan jadual berikut.
Harga Barang A

Kuantiti diminta
(kg)

Kuantiti ditawar
(kg)

5
10
25
35
40
c) Tindakan kerajaan mengenakan cukai terhadap barang A
menyebabkan fungsi penawaran berubah menjadi Qs = -45
+ 5P. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu.
d) Berdasarkan jawapan anda di (c),nyatakan kesan tindakan
kerajaan mengenakan cukai terhadap keluk
penawaran,tingkat harga dan kuantiti keseimbangan.
8.

i) (a) Dengan bantuan gambar rajah, bezakan antara


perubahan kuantiti diminta dengan perubahan
permintaan.
(b) Jelaskan mana-mana dua faktor yang dapat
mengalihkan keluk permintaan.
ii) Diberi permintaan dan penawaran pasaran barang X seperti
berikut:
P = 40 - 4Q
P = 10 + 2Q
dengan P = Harga (RM)
Q = Kuantiti (tan)
a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pasaran?

b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan


dan penawaran bagi pasaran barang X.
c) Berdasarkan graf yang telah anda lukis di (b), tentukan
harga dan kuantiti keseimbangan.
d) Sekiranya kerajaan telah menetapkan harga maksimum
untuk barang X pada RM 15,
(i) berapakah kuantiti yang diminta dan kuantiti ditawar
pada tingkat harga itu
(ii) apakah kesan dasar itu?
9.

i) Selain harga komputer, terangkan faktor-faktor yang


mendorong pengguna meningkatkan permintaan terhadap
komputer.
ii) Jadual berikut menunjukkan harga ikan, kuantiti ikan
diminta dan kuantiti ayam daging diminta oleh seorang
pengguna.
Harga
ikan
(RM/kg)
Kuantiti
ikan
diminta
(kg)
Kuantiti
ayam
daging
diminta
(kg)

10

12

14

16

18

14

12

10

10

11

12

13

14

a) Hitung jumlah perbelanjaan pengguna itu terhadap ikan


pada setiap tingkat harga.
b) Hitung keanjalan permintaan harga ikan apabila harga ikan
(i) RM6
(ii) RM 14
c) Hitung keanjalan permintaan silang antara ikan dengan
ayam daging apabila harga ikan naik daripada RM 10 kepada
RM 12. Berdasarkan jawapan anda, nyatakan hubungan
antara ikan dengan ayam daging.
d) Sekiranya harga ikan menurun, terangkan kesan yang
mungkin timbul terhadap keluk permintaan, tingkat harga,
dan kuantiti keseimbangan ayam daging.
10.

i) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan


berikut terhadap permintaan daging ayam sekiranya

(a) harga daging ayam meningkat


(b) tiba musim perayaan
(c) pengguna kini lebih gemar makan ikan
ii) Fungsi permintaan barang X adalah seperti berikut :
Qd = 120 - 10 P
dengan Qd = Kuantiti diminta (unit)
P = Harga per unit ( RM)
a) Bina jadual permintaan pada setiap harga RM2, RM4, RM6,
RM8, dan RM10
b) Hitung keanjalan permintaan harga pada
RM2,RM4,RM6,RM8 dan RM10
c) Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pengeluar untuk
meningkatkan hasil jualan jika
(i) harga untuk barang X ialah RM2?
(ii) harga untuk barang Y ialah RM10
Jelaskan jawapan anda
d) Pada tingkat harga berapakah pengeluar dapat
memaksimumkan jumlah hasil barang X? Jelaskan
11.

i) "Pemboleh ubah yang terpenting dalam menentukan


penawaran sesuatu barang ialah harga barang itu sendiri".
Bincangkan.
ii) Jadual berikut menunjukkan pendapatan bulanan individu
X,kuantiti diminta barang A dan barang B untuk bulan
Januari hingga Mac.
Bulan
Januari
Februari
Mac

Pendapatan
bulanan (RM)
500
900
900

Kuantiti diminta (unit)


Barang A
Barang B
10
6
6
10
10
6

a) Hitung keanjalan permintaan pendapatan untuk barang A


pada bulan Januari dan Februari.
b) Berdasarkan jawapan di (a), kategorikan jenis barang A
c) Hitung keanjalan permintaan pendapatan untuk barang B
pada bulan Januari dan Februari.
d) Berdasarkan jawapan di (c), kategorikan jenis barang B
e) Pada bulan Mac, harga barang B telah meningkat daripada
RM4 kepada RM5 dan kuantiti diminta barang A meningkat
daripada 6 unit kepada 10 unit. Hitung keanjalan
permintaan silang antara barang A dan barang B.
f) Apakah hubungan antara barang A dan barang B? Jelaskan
jawapan anda.

12.

i) "Penurunan serentak permintaan dan penawaran sesuatu


barang akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan
menurun". Setujukah anda dengan pernyataan ini? Jelaskan.
ii) Persamaan penawaran dan permintaan untuk padi di
negara A adalah seperti berikut:
P = 20+4Q
P = 80-20Q
dengan P = Harga padi (RM)
Q= Kuantiti (tan)
a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan
dan keluk penawaran untuk padi. Nyatakan harga dan
kuantiti keseimbangan padi negara A.
b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM6 per tan
kepada pengeluar,
i) dapatkan persamaan penawaran yang baharu.
ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu
iii) apakah kesan dasar ini terhadap pasaran padi di
negara A?
c) Hitung jumlah subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

13.

i) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan


terhadap harga dan kuantiti keseimbangan apabila:
a) Permintaan dan penawaran bertambah pada kadar yang
sama.
b) Penawaran bertambah pada kadar yang lebih besar
daripada pertambahan permintaan.
ii) Diberi fungsi permintaan dan penawaran untuk barang A
seperti berikut:
Qd = Kuantiti diminta (kg)
Qs = Kuantiti ditawar (kg)
P = Harga (RM)
a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan untuk barang A.
b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan
dan keluk penawaran pada kertas graf yang sama.
c) Hitung lebihan pengguna.
d) Sekiranya kerajaan menetapkan harga minimum barang A
pada RM25 per kg, hitung perubahan lebihan pengguna.

14.

i) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kesan daripada


perkara berikut terhadap harga dan kuantiti keseimbangan
kereta keluaran tempatan jika
a) kerajaan mengurangkan subsidi atas petrol
b) cukai import kereta dinaikkan
ii) Diberi persamaan untuk permintaan dan penawaran
pasaran barang X seperti berikut:
P = 40-5Q
P = 10+2Q
dengan P = Harga (RM)

Q = Kuantiti (tan)
a) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan.
b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keseimbangan
pasaran barang X.
c) Hitung keanjalan permintaan harga barang X pada tingkat
harga keseimbangan. Tafsirkan jawapan anda.
d) Sekiranya kerajaan telah menetapkan harga maksimum
untuk barang X pada RM15,
i) berapakah kuantiti yang diminta dan kuantiti ditawar
pada tingkat harga itu
ii) apakah kesan dasar itu?
15.

i) Apabila penawaran roti meningkat, jelaskan dengan


menggunakan gambar rajah perubahan keseimbangan
pasaran bagi
a) roti
b) tepung
ii) Jadual di bawah menunjukkan kombinasi barang X dan
barang Y yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.
Kombinasi
A
B
C
D
E
F
Barang X
0
10
20
30
40
50
(unit)
Barang Y
64
58
48
34
18
0
(unit)
a)Hitung yang berikut:
i) Kos lepas bagi 50 unit barang X
ii) Kos lepas bagi 34 unit barang Y
iii) Kos lepas menambah 10 unit barang X ke 20 unit barang
X.
b) Andaikan terdapat perkembangan teknologi dalam
pengeluaran barang Y sahaja sehingga menyebabkan
output Y bertambah sebanyak 25%, manakala output X
tidak berubah.
i) Sediakan jadual kemungkinan pengeluaran yang baharu.
ii) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran sebelum dan
selepas perkembangan teknologi dalam pengeluaran
barang Y.
c) Tandakan titik P yang menunjukkan ketidakcekapan
pengeluaran pada kertas graf di (b) (ii).
d) Tandakan titik Q yang menunjukkan kombinasi barang yang
tidak dapat dihasilkan kesan daripada ketidakcukupan
sumber pada kertas graf di (b).

Anda mungkin juga menyukai