Anda di halaman 1dari 6

1.

Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai
oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
Jawapan: Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir(janji yang ada sesuatu di
sebaliknya)
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah
berbaik-baik semula seperti sediakala.
Jawapan: Biduk berlalu kiambang bertaut (perselisihan faham akan kembali tenang/ baik semula)
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik
Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
Jawapan: Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau selepasnya)
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang
yang baik hari dan lemah lembut.
Jawapan: Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut)
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam
rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai gajah tidak dapat
ditutup dengan sehelai daun/ pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan tersebar juga)
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap
pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
Jawapan: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit / kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga (seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar)
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan
bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
Jawapan: Belakang parang jika diasah lagikan tajam (Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai)
8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam
pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jawapan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (Jika tidak ada kemampuan janganlah
melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan)
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di
kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
Jawapan: Bagai ikan pulang ke lubuk/ bagaikan belut pulang ke lumpur(balik semula ke kampung
halaman setelah lama tinggal di tempat orang)
10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti
merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.
Jawapan: Mencurah air ke daun keladi (membuat kerja yang sia-sia)
-----------------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 5:
1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya
komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.
Jawapan: Bagaikan tikus membaiki labu (menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya)
2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik
perempuan Santos yang cantik itu.
Jawapan: batu loncatan (menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud)

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun
pulang ke rumah masing-masing.
Jawapan: Bagai itik pulang petang (balik dalam keadaan berbaris-baris)
4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang,
Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.
Jawapan: ikut rasa binasa, ikut hati mati (melakukan perbuatan tanpa berfikir akan menyebabkan kesan
yang buruk)
5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-nunjuk
kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.
Jawapan: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi (Orang bijak yang tidak suka menunjuk-nunjuk)
6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan
bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.
Jawapan: seperti kaduk naik junjung (semakin berlagak setelah mendapat kenaikan pangkat)
7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing
mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.
Jawapan: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung (mengikut adat resam di mana kita berada)
8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah
diucapkannya kepada mereka.
Jawapan: Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.(manusia dipercayai jika
menunaikan janjinya)
9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita
kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.
Jawapah: Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (berita kejayaan yang tidak seberapa
tetapi menjadi riuh di seluruh tempat)
10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai
bersilat itu.
Jawapan: Kecil-kecil cili padi (walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)
--------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 6:
1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benarbenar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi
Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes
milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut
menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee
selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum
anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu
sungguh tidak bertanggungjawab.
Jawapan:
-anak emas
-bagai menatang minyak yang penuh
-susu diberi, dibalas tuba
2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, katakatanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh
pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa
penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal
dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat

menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk
berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya.
Jawapan:
-ada udang di sebalik batu
-tanam tebu di tepi bibir
-(cikgu lupa!!!!!!!! bagi kemudian)
3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya telah
menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan
Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh
Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja
dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.
Jawapan:
-curi tulang
-bagai mencurah air ke daun keladi
-bagai telur di hujung tanduk.
--------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 7:
1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan
mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi
berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan
membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.
Jawpan:
-langkah bendul
-atas angin
-bulan madu
2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet
mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata
beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun keseronokan yang
diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah
kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau
merupakan seorang guru yang berdedikasi.
Jawapan:
-belut pulang ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk
-hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
-(cikgu lupa!!!!!!! bagi kemudian)
3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran.
Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri
sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha,
mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika
kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.
Jawapan:
-seperti paku dengan penukul
-belakang parang kalau diasah lagikan tajam
-di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jawapan Latihan Peribahasa SPM


Jawapan Latihan 1
1. bagaikan kera mendapat bunga
-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana diabagaikan kera mendapat
bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor
kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagaiburung terbang dipipiskan
lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.
4. menegakkan benang yang basah
-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara
itu tidak benar.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
-dalam keadaan berbahaya.
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang
bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh di
kepuk.
8. matinya semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut
kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
-kasih-sayang yang tidak berkekalan.
-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan.
--------------------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 2
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya.
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia kematian
isterinya pula.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, diluah mati bapak
-dalam keadaan serba salah.

-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka bercerai
kerana ditelan mati emak, diluah mati bapa.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.
-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak berada-ada, masakan
tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
-orang yang tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
-membuat kerja dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu
mendengarnya.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak
nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di depan
mata tak nampak.
---------------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin majubagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
-usaha gigih yang berterusan.
-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai benang,
lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
-mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanya pelanduk dua
serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
-barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus seperti
ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
(Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)
8. bagai mendapat durian runtuh
-mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau sebuah
kereta baru.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.

-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang
berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang
belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.

Anda mungkin juga menyukai