Anda di halaman 1dari 1

Contoh Teks Pengacara Perhimpunan Pagi

1.
Murid-murid diminta untuk meluruskan barisan.
2.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
3.
Bagi meneruskan majlis perhimpunan pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan guru-guru
dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Batu Unjur berdiri untuk sama-sama kita nyanyikan 3 buah lagu:

Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Sekolah hadirin diminta berdiri.


4.
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan pengawas bertugas
saudara ................................................... untuk merafakkan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Murid-murid lain diminta untuk berdiri tegak dan senyap
#(Semua hadirin mengaminkan doa yang dibacakan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas bertugas saudara......... atas bacaan doa itu tadi.
5.
Kita teruskan majlis dengan mempersilakan pengawas bertugas untuk mengetuai bacaan ikrar
rukun negara dan ikrar murid. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
#(Hadirin membaca ikrar yang dikepalai oleh pengawas bertugas)

6.
7.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas bertugas atas bacaan ikrar sebentar tadi.
Murid-murid diminta duduk dengan senyap dimulakan dengan prasekolah ......
Yang berusaha Tuan Guru Besar Tuan/Puan/ En Hud bin Abdul Ghani
Yang dihormati Guru Penolong Kanan Satu Tuan/Puan Pn Hjh Rosnani bt Ibrahim
Guru Penolong Kanan HEM Tuan/Puan En Ahmad Ubaidillah b Hairun
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tuan/Puan En Rahman b Yaakob
Guru Penolong Kanan Tuan/Puan Puan Arbaayah bt Jailani .
Yang dikasihi guru, ppm, dan murid2 sekalian

8.
Untuk tidak membuang masa majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru bertugas
minggu lepas untuk menyampaikan laporan bertugas mingguan. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.
#(Hadirin mendengar ucapan guru bertugas minggu lepas)

Kita mengucapkan terima kasih kepada guru bertugas minggu lepas


En/Puan............................................ atas ucapan beliau yang mengandungi nasihat dan teguran berguna buat
kita semua. Apa yang disampaikan sebentar tadi diharap dapat dipatuhi, dituruti dan dijadikan iktibar
buat kita.
9.
Seterusnya, penyampaian hadiah keceriaan kelas bagi minggu lepas. Dijemput ..... untuk
menyampaikan hadiah..
10.
Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Untuk makluman semua, guru yang
bertugas pada minggu ini ialah:
a)
_________________________________________
b)
_________________________________________
Jika terdapat sebarang masalah atau memerlukan sebarang bantuan, silalah berjumpa dengan guruguru bertugas pada minggu ini.
11.
Seterusnya hadirin, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru besar untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
12.
Dengan ini berakhirlah perhimpunan untuk hari ini.
13.
Semua murid diminta untuk berdiri dengan keadaan senyap. Dimulakan dengan prasekolah ....
Pengumuman
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::