Anda di halaman 1dari 1

Di Telapak Ibu

Thaharuddin Ahmad
Ibu, bukakan rongga kalbu bonda
luangkan tempat bisikan anakanda
yang tetap bergelora dalam sukma
rasa tak kuasa menahan lama.
Masih terbayang ibu terikat
dirantai dibelenggu oleh si Barat
hendak membebaskan dah terniat
tapi, apakan daya tiada sempat.
Kedatangan perkasa suruhan Tuhan
ibu terbebas dari genggaman
beta melompatlah mara ke hadapan
dengan tujuan hendak berkorban.
Di telapak tangan ibu gerangan syurga
tapi hairan putera umpama beta
masih ada yang lengah dan terlupa
bahawa bondakan masih belum berdaya.
Dah datang masanya wahai putera
mengabdi menjunjung titah bonda
supaya dia jangan kecewa
menunggu kita setiap masa.
Kalau tak kita yang berusaha
ibu pertiwi tak akan jaya
dalam lingkungan Asia Raya
menuju kemakmuran bersama.
Semangat Asia, Bil. 5, Mei 1943.

Anda mungkin juga menyukai