Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN SELANDAR

JABATAN TENAGA MANUSIA


(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)
MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU

MODUL

: SK3021 PENDIDIKAN ISLAM 3

NAMA

: MUHAMAD ANUAR BIN IBRAHIM

NDP

: 22213109

TAJUK

: TEORI KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

PENGAJAR: USTAZ ROSMAN BIN AB RAHMAN

ISI KANDUNGAN

BIL.

TAJUK

HALAMAN

PENGHARGAAN

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU


2

4
1.0 PENDAHULUAN

2.0 KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

3.0 KEDATANGAN ISLAM DARI CINA

4.0 KEDATANGAN ISLAM DARI TANAH ARAB

11

KESIMPULAN

16

RUJUKAN / LAMPIRAN

17

2| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

PENGHARGAAN
Bismillahi-rahman-irrahim,
Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin
memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran kehadrat Allah (swt) atas limpah kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan kerja khusus yang telah diberikan kepada saya. Terima
kasih diucapkan kepada Ustaz Rosman Bin Ab. Rahman, pengajar subjek umum,
Pengajian Islam 3, kerana tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menyiapkan
tugasan ini.
Alhamdulillah, dengan masa yang diberikan kepada kami sehingga 2 minggu,
tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Tajuk yang
saya pilih bagi tugasan individu ini adalah Teori Kedatangan Islam ke Tanah
Melayu. Saya pilih tajuk ini adalah kerana berminat dengan topik yang berkaitan
sejarah Islam yang telah berkembang sejak beratus tahun lamanya di Tanah Melayu
iaitu Malaysia.
Saya bersyukur kepada Allah (swt) kerana limpah kurnia-Nya mengurniakan nikmat
Islam ke Tanah Melayu seterusnya menyebarkan Islam ke rantau Asia dan
menyebabkan kami lahir sebagai seorang Muslim, alhamdulillah.
Jika tidak adanya kegiatan kegiatan perdangangan yang berlaku pada masa itu,
pasti tidak berlaku kegiatan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Sesungguhnya
Qada dan Qadar Allah itu Maha Sempurna dan berharap nikmat islam pada masa ini
dihargai oleh anak muda supaya mereka menjadi seorang Muslim yang baik dan
dikurniakan Syurga Allah, in sha Allah.

3| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

TEORI KEDATANGAN ISLAM DI


TANAH MELAYU
PENDAHULUAN
Islam amat menitik beratkan pembentukan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
Bukan agama Islam sahaja yang menitik beratkan pembentukan tamadun ini malah
semua agama lain di dunia ini juga amat mementingkan pembentukan tamadun.
Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke-7 Masihi lagi. Sejak pembukaan
kota Melaka kepada pedagang pedagang asing, telah ramai pedagang yang telah
datang ke kota Melaka kerana lokasi yang strategik dan menjadi tumpuan ramai
untuk berniaga. Terdapat banyak pendapat tokoh tokoh barat dan tempatan sendiri
yang menakrifkan tentang teori dan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu.

4| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

Menurut para cendikiawan, teori adalah berasal dari perkataan Yunani therio yang
membawa maksud pemandangan.Definisi ini bermaksud teoriberasaskan kepada
konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu
pandangan (view). Seorang tokoh barat, Fred N. Kerlinger (1979), mendefinisikan
teori sebagai satu himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait yang
memberikan gambaran secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan
hubungan antara pembolehubah.
Terdapat pelbagai versi yang menceritakan tentang teori kedatangan Islam di Tanah
Melayu. Diantaranya adalah teori kedatangan Islam dari India, China dan Tanah
Arab ataupun Parsi. Versi teori ini adalah berlainan kerana hasil kajian dan pendapat
tokoh tokoh ini adalah berbeza.

5| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

KEDATANGAN ISLAM MELALUI INDIA


Teori kedatangan Islam ke tanah Melayu melalui India ini telah diterangkan oleh
berberapa tokoh dunia, antaranya, Pijnapple, yang mengatakan kedatangan Islam
oleh para pedagang Islam berbangsa Arab yang bermukim di GUJERAT dan
MALABAR. Gujerat merupakan pelabuhan penting semasa pemerintahan Alaudin
Khilji di India. Pendapat ini disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard
(Hubungan perdagangan India dan Asia Tenggara).Teori kedatangan Islam dari
Gujerat dan Malabar ini diperkuatkan lagi dengan penemuan batu nisan di Pasai
yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette. Bentuk
fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di
Gujerat.
Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan; iaitu Islam sampai ke
tanah Melayu pada awal kurun ke-15 masihi. Walaubagaimanapun, fakta itu
disanggah oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dimana asas jumpaan dan
persamaan fizikal batu nisansebagai di atas tidak munasabah. Sepatutnya, jumpaan
dan persamaan tersebut hanya dilihat sebagai hujah tempat asal batu nisan tersebut
adalah dari Gujerat, India.
Selain itu, Brian Harisson, penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang
orientalis barat, telah mengemukakan teori iaitu masyarakat alam melayu mengambil
pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan
dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan. Ianya bertujuan untukmenjalinkan
hubungan dua hala ini dan alam melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti
oleh pedagang-pedagang India.

6| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

Selain itu, pengaruh perkataan India seperti lebai telah diguna pakai dalam
masyarakat melayu sehingga kini. Malah seni bina kubah masjid juga dikatakan
berasal daripada senibina dari negara India.Bukti Ini menguatkan pendapat yang
pedagang Islam dari wilayah tersebut telah singgah di Pelabuhan Melaka untuk
berdagang secara tak langsung menyebarkan Islam di rantau Asia Tenggara.

Rajah 1 Contoh seni bina India pada masjid Tengkera, Melaka

Pendapat tokoh yang kedua pula ialah S.Q Fatimi. Beliau mengatakan bahawa
kedatangan Islam di Tanah Melayu dari Bengal, Coromandel, India. Ini kerana
Bengal lebih awal menerima Islam berbanding Gujerat dan Malabar.Pandangan ini
telah disokong oleh Arnold dalam buku akademinya, The Muslim World.
Para pedagang Bengal ini bermazhabShafie; sama dengan mazhabumum di Tanah
Melayu. Manakala Gujerat dan Malabar pula bermazhab Hanafi lain daripada
mazhab Tanah Melayu. Rasionalisme sejarawan membawa pada relatifnya teori
satu-satu peristiwa.

7| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

Teori Islam datang daripada India diperkuatkan oleh catatan sejarah oleh Ibn
Batutah. Menurut Ibn. Batutah, dalam persinggahan beliau di Pasai, beliau
mendapati wujud persamaan budaya khususnya pakaian diraja dengan kebudayaan
yang terdapat di Bengal, India. Malah, Ibn Batutah juga mencatatkan bahawa Merah
Silu sebenarnya beragama Hindu, kemudiannya memeluk Islam dan baginda
mempunyai hubungan bernegara dengan masyarakat Islam Bengal, India.
Walaupun demikian, hujah-hujah di atas ini dianggap masih tidak matang dan tepat.
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah, Pasai menerima Islam lebih awal iaitu pada
1042M dan Malik al-Salih bukanlah pemerintah pemerintah pertama memeluk Islam.
Sebelum Malik al-Salih, Merah Giri atau Mahmud Shah lebih awal memeluk Islam
yang akhirnya Pasai sendiri menerima Islam secara bernegara (Abdul Rahman Hj.
Abdullah (1990) Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, halaman 44).
Kesimpulannya, boleh dikatakan banyak pendapat dan bukti yang mengaitkan
kedatangan Islam dari India. Kedatangan pedagang pedagang dari India ke
pelabuhan Melaka merancakkan pertumbuhan ekonomi Melaka ketika itu dan
menyebarkan agama Islam ke serantau Asia.

8| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

KEDATANGAN ISLAM MELALUI CINA


Terdapat juga teori atau pendapat yang mengatakan Islam datang ke Tanah Melayu
melalui negara Cina. Negara Cina suatu masa dahulu merupakan negara yang kuat
dan mempunyai pelbagai penduduk dari pelbagai kaum. Disebabkan itu juga, Cina
pernah menjadi pusat perdagangan yang mahsyur dan hebat suatu ketika dulu.
Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650
Masihi yang pada ketika itu zaman pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut,
wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang serta
pendakwah Islam. Menurut Syed Muhammad Naquib, pada tahun 877 Masihi, telah
berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingga
200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakannya datang dari Tanah Arab dan
mnyebabkan orang Arab-Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta
Palembang. Menurut catatan, kedatangan pedagang-pedagang Islam dari negara
China bermula pada awal tahun 977 Masihi.

9| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

Teori kedatangan Islam melalui Cina telah dikemukan oleh seorang sejarawan barat
bernama Emanuel Gadinho Eredia. Islam sampai ke China oleh para pedagang Arab
sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. Seawal kurun ke-8 masihi, telah wujud
penempatan masyarakat Arab di Canton. Tambahan pula, wujud hubungan
perdagangan antara pedagang Arab dengan Canton. Melalui hubungan
perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga Cina di Negara China.
Realiti di atas ini menjadi hujah bahawa Islam yang sampai ke tanah Melayu
dilakukan oleh para Pedagang Arab yang tinggal di Canton (China) paling lewat pada
kurun ke-8 masihi. Dakwah Islamiyyah tersebut dilakukan sendiri oleh pedagang
pedagang Arab, bukan para pedagang berketurunan Cina.
Terdapat juga catatan sejarah bahawa ketika para pedagang Arab dari China
melarikan diri semasa peristiwa pemberontakan pada era Dinasti Tang, mereka
melarikan diri ke Champa. Pemberontakan Dinasti Tang pada berlaku pada 618
906, 5000 para pedagang asing termasuk komuniti Arab telah dibunuh. Para
pedagang yang terselamat telah berhijrah ke Champa, Nusantara demi mendapat
perlindungan. Buktinya adalah apabila penemuan batu Nisan seorang wali Allah
berketurunan Arab di Pekan, Pahang yang bertarikh 1028M di mana atas batu nisan
ini terukur ayat-ayat al-Quran. Penemuan batu nisan turut berlaku di Leran, Surabaya
bertarikh 1082M atau 1102M yang sangat ketara ciri ciri ke-Islaman batu nisan
tersebut.Beberapa batu nisan yang hampir sama dengan batu nisan di Pekan dan
Leran turut dijumpai di Phangrang, Kemboja (juga dikenali sebagai Champa).
Selain itu, terdapat juga penemuan lain yang membuktikan kedatangan islam ke
tanah Melayu. Batu Bersurat yang ditemukan di Kuala Berang, Terengganu bertarikh
1303 masihi menjelaskan peraturan dan kewajipan menunaikan hukum-hakam Allah
seperti hukuman bagi penzina.
10| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

Rajah 2 Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu

Di Langgar, Kedah turut dijumpai batu nisan milik Syeikh Abd. Al Qadir ibn Husain
Syah Alam bertarikh 903M, dan batu bersurat di Teluk Cik Munah, di Pahang yang
bertarikh 702 H (1303 M). Ini menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk
melalui Pantai Timur iaitu bererti dari China dan Indochina.
Kesimpulannya, banyak bukti bukti yang menunjukkan Islam telah sampai ke tanah
Melayu dari tanah besar China melalui perpindahan dan perdagangan pedagang
Arab-Cina ini. Hasil kesenian pada binaan masjid masjid juga membuktikan teori
yang dikemukan adalah benar.

KEDATANGAN ISLAM MELALUI TANAH ARAB


Hubungan perdagangan negara Arab dengan tanah melayu telah berlaku sebelum
wujudnya Islam lagi. Tetapi aktiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan
di tanah Melayu pada abad ke-7 masihi. Sesuai dengan Islam yang bersifat
11| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

universal, masyarakat melayu selesa dengan agama Islam yang dianuti mereka.
Malah ianya memudahkan lagi pedagang pedagang Arab melakukan aktiviti
dagangan mereka.

Rajah 3 Keadaan pelabuhan Melaka

Sebagai contoh, bukti kedatangan Islam terus dari dari Arab/Parsi telah dihujahkan
oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) :
1) Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal dari Arab.
2) Kebanyakan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah dari tanah Arab
seperti Syeikh Ismail al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah dan ramai
lagi.
3) Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu mulaqat bermaksud tempat
pertemuan.
4) Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan perundangan
islam Syariah Islamiyyah untuk mentadbir negara.
5) Terdapat istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu sebagai contoh adil,
zalim, ilmu, kanun, kalam dan sebagainya.

12| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

Teori kedatangan Islam ke tanah Melayu melalui tanah Arab telah dikemukan oleh
seorang tokoh barat bernama John Crawford. Menurut beliau, Islam berkembang
menerusi aktiviti para pedagang, selain itu, fakta yang dikemukan beliau adalah:
1) Bukti catatan China juga mencatatkan bahawa Orang Arab dan Parsi
mempunyai pusat peniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak
tahun 300M.
2) Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di
Mesir hingga ke China.
3) Terdapat pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan.
4) Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama
di Asia Tenggara.
5) Pelabuhan menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke
China.
6) Pembinaan perkampungan Arab di Asia Tenggara.Perkampungan tersebut
dijadikan tapak untuk berdagang/mengumpul barang jualan.
7) Perlaku perbincangan antara pedagang Arab dan pedagang
tempatan/pedagang Asia Tenggara semasa menunggu perubahan angin
monsun.
8) Pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh sheikh di Semenanjung
Tanah Arab.
Syed Muhammad Naquib al-Attas pula mengatakan adat resam dan kebudayaan
orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab, seperti amalan menghormati
tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin. Pengislaman raja di Asia
Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab, misalnya Hikayat
Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh / pendakwah yang pertama
13| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail dan Merah
Silu bergelar Malik al-Salih. Selain itu,terdapat juga persamaan bahan penulisan dan
kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab sehinggakan
ada perkataan Arab pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab.
Teori yang di kemukakan oleh kedua dua tokoh ini sebenarnya sudah cukup
menerangkan bahawa banyak tokoh tokoh agama seperti sufi, mubaligh, para ulama
dan juga para Sahabat telah mengembara dari tanah Arab ke pelbagai pelusuk dunia
termasuklah tanah Melayu. Mengikut cacatan sejarah Islam, terdapat para Sahabat
yang telah dihantar oleh Rasulullah (SAW) untuk menyebarkan agama Islam.
Hal ini dapat dibuktikan oleh penghijrahan Saidina Muadz bin Jabal ketika Amul
Wufud (Tahun Perutusan) pada tahun ke-8 hijrah. Rasulullah s.a.w telah
mengutuskan para Sahabat ke seluruh rantau Arabia demi menyebarkan Islam
secara bernegara atau berdelegasi. Buktinya iaitu Saidina Muadz bin Jabal pernah
diutuskan ke Yaman untuk menjalankan dakwah Islam. Di Yaman tersebut terdapat
perlabuhan intreport dan antarabangsa yang terletak di Hadramaut. Perlabuhan
tersebut menjadi tempat persinggahan pelbagai pedagang seantero dunia termasuk
pedagang-pedagang Melayu yang datang untuk berdagang rempah ratus. Saidina
Muadz telah menjalankan dakwah dikawasan tersebut sehingga ada pedagang yang
memeluk agama Islam.
Asas lain bagi teori kedatangan Islam pada tahap ini adalah Rasulullah (SAW)
pernah mengutuskan seorang Sahabat yang bernama Wahab Abi Kabsyah ke China
dan beliau sendiri telah meninggal dunia di Canton. Walaupun asas ini sepatutnya
menjadi teori kedatangan Islam ke China, namun masih boleh dijadikan sandaran
dakwah Islamiyyah ini telah pergi sejauh China sejak zaman Nabi dan China sendiri

14| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

sudah mempunyai hubungan perdagangan secara langsung dengan Champadi


Nusantara seawal pada kurun ke-7 masihi.

Rajah 4 Kapal layar yang digunakan pedagang Arab

15| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

KESIMPULAN
Kesimpulannya, topik ini banyak membincangkan tentang sejarah penyebaran Islam
ke Asia Tenggara termasuk Tanah Jawa iaitu, Pasai dan Borneo dan juga Tanah
Melayu. Hasil dari kegiatan perdagangan dan penghijrahan para muslimin yang
bermula dari Tanah Arab seterusnye menuju ke kawasan tumpuan pedagang seperti
Cina, India, Tanah Jawa, Tanah Melayu telah membuahkan hasil dan berjaya
mengislamkan banyak pedagang.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kemajuan, perubahan, serta ke
arah satu era baharu yang menjurus kepada zaman baru yang lebih bertamadun.
Satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah masyarakat Tanah Melayu dapat
menerima agama Islam dengan begitu cepat disebabkan keistimewaannya tersendiri.
Di samping itu, faktor perkahwinan dimana terdapat beberapa pedagang yang
menikahi gadis tempatan juga memudahkan Islam bertapak di Tanah Melayu.
Pengaruh pemimpin atau pembesar seperti raja atau sultan sangat memainkan
peranan dalam penyebaran agama Islam di tanah Melayu ini. Kebanyakannya negeri
yang masyarakatnya begitu taat serta taksub dengan pemimpinnya akan mengikut
agama yang dianuti pemimpin mereka. Oleh itu jika pemimpin atau pemerintah
mereka memeluk Islam secara tidak langsung masyarakat melayu turut akan
memeluk Islam berdasarkan konsep daulat dan derhaka kerana tradisi taat kepada
pemimpin yang memerintah tanpa ada sebarang bantahan atau tentangan telah
tertanam dalam jiwa raga masyarakat alam melayu dari dulu sehingga kini.

16| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

RUJUKAN / LAMPIRAN
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada pihak pihak yang berkenaan yang
telah menyumbang idea dan bahan rujukan semasa menyiapkan tugasan ini.
Jazkallahu khairan kathira, In sha allah.
1) http://kerjakursusoktober2012.blogspot.com/2012/10/teori-kedatangan-islamdi-alam-melayu.html
2) http://syanuzaki.blogspot.com/2012/07/teori-dan-bukti-kedatangan-islamdari.html
3) http://www.slideshare.net/usucha/teori-kedatangan-islam
4) https://www.scribd.com/doc/60550096/Teori-Kedatangan-Islam-Ke-AlamMelayu
5) https://www.google.com.my/imghp?es_sm=93&biw=1366&bih=634&tbm=isch
&btnG=

17| T E O R I K E D A T A N G A N I S L A M D I T A N A H M E L A Y U

Anda mungkin juga menyukai