Anda di halaman 1dari 7

Dialog alat berkesan erat perpaduan

Posted: 30 Nov 2012 01:32 PM PST


Wadah masyarakat majmuk berkongsi kepelbagaian budaya, tamadun
Budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban perlu disuburkan dalam
konteks negara untuk memperkukuhkan perpaduan serta integrasi nasional yang
menjadi kunci kelestarian kepemimpinan kelompok, budaya teras dan kelangsungan
identiti negara.
Secara umumnya, kita di Malaysia bertuah kerana tidak mengalami konflik perkauman
mahupun keagamaan yang membimbangkan walaupun beberapa peristiwa seperti
'konflik kampung Medan' boleh dianggap serius.
Dialog ialah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan,
pandangan berbeza mengenai subjek atau perkara tertentu dengan tujuan ingin
mencapai kebenaran yang bertambah daripada pihak satu lagi"
Ini mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu
keadilan sosial dan ekonomi. Dalam konteks ini, penting isu kepemimpinan kelompok
atau budaya teras diberi perhatian.
Kita perlu memperdalamkan apresiasi mengenai soal peradaban. Apakah dialog
peradaban sebenarnya dan apakah faktor berkaitan dengan kegagalan mahupun
kejayaan sesebuah peradaban? Apakah situasi dialog di Malaysia serta di persada
global?
Bagaimanakah dialog berperanan dalam proses memartabatkan bangsa dan umat
melalui penghayatan agama. Kenapakah ilmu mengenai ketamadunan penting? Apakah
faktor membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya serta perkara yang boleh
meruntuhkannya?
Ilmu ketamadunan
Ilmu ketamadunan relevan dewasa ini kerana manusia sedang berada di persimpangan
jalan. Kejayaan fizikal yang tinggi melalui sains dan teknologi malangnya sudah
diiringi falsafah serta pandangan semesta yang melihat material itu wujud, penting dan
beroperasi dalam kehidupan.

Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Enlightment iaitu yang melihat akal
manusia semata-mata sudah cukup sebagai panduan hidup di Barat dan falsafah
scientisme sudah mempengaruhi sistem pemikiran moden sehingga meminggirkan nilai
murni.
Justeru, walaupun kelahiran sesebuah tamadun banyak bergantung kepada
kedudukannya yang strategik dari segi perolehan sumber semula jadi seperti tamadun
China di lembah Huang-Ho dan Yang Tsi, tamadun India di Lembah Ganges dan
Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir
di Lembah Nil dan tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka, ia banyak berkait
dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian.
Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati
nilai kehidupan tulus serta suci yang menghasilkan kehidupan bertamadun. Kajian
menunjukkan hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan beragama
dapat membangunkan kehidupan seimbang.
Kemunculan tamadun Islam yang mencapai tahap golden age (8-14 Masihi) itu
misalnya dipengaruhi rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam
bersumberkan risalah wahyu yang digemblengkan dengan penguasaan ilmu keduniaan
yang mantap.
Berasaskan prinsip spiritual yang jitu, sesebuah masyarakat mampu melahirkan sebuah
tamadun atau peradaban kerana penghayatan moral dan akhlak terpuji yang termasuk
dalamnya kecintaan kepada ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin serta
kreativiti.
Penghayatan murni
Nilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepemimpinan
berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyat berganding bahu
membangunkan negara atau tamadun.
Penghayatan nilai murni ditekankan oleh tokoh utama pelbagai tamadun seperti Lao
Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun China, Kautilya dan Sambara dalam tamadun India,
serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibnu Khaldun dalam tamadun Islam
bersumberkan al-Quran dan hadis serta model sebenar diri Rasulullah SAW.
Sebaliknya sarjana sependapat kemerosotan sesebuah tamadun bukan disebabkan
hukum sejarah semata-mata. Kemerosotan, apatah lagi kejatuhan sesebuah tamadun
boleh dielakkan jika faktor berikut dapat dibendung atau dielakkan:

ketidakadilan yang membiarkan jurang perbezaan begitu ketara antara golongan

kaya dan miskin seperti berlaku pada penghujung tamadun Rom kurun ke-4 Masihi;

penindasan dan kezaliman berleluasa; sistem ketatanegaraan dan perundangan

tidak dihormati dan dicabuli;

keruntuhan moral dan nilai pada semua peringkat dalam masyarakat yang

menandakan musnahnya penghayatan budi pekerti murni serta mulia;

sikap tertutup dan tidak mahu belajar daripada orang lain serta tidak mahu

menerima perubahan terutama perubahan teknologi mahupun struktur politik,


ekonomi dan sosial. Sikap tertutup ini boleh mencacatkan daya kreativiti dan
inovasi sesebuah masyarakat dan

malapetaka atau bencana yang mengakibatkan kerosakan secara besar-besaran,

satu faktor di luar kawalan manusia.


Komunikasi dua hala
Dialog ialah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan,
pandangan berbeza mengenai subjek atau perkara tertentu dengan tujuan ingin
mencapai kebenaran yang bertambah daripada pihak satu lagi.
Namun, dalam banyak situasi yang kononnya dialog, ia sebenarnya tidak berlaku
kerana ada pihak menganggap dirinya sudah pun mempunyai penyelesaian mahupun
kebenaran mutlak mengenai sesuatu perkara dan apa diinginkan daripada rakan
dialognya hanya penerimaan semata-mata.
Pakar dialog menggelarkan zaman ini sebagai zaman dialog (the age of dialogue) yang
menggantikan zaman monolog. Pertukaran pemikiran ini berlaku lantaran berlaku
anjakan paradigma diakibatkan oleh perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi yang begitu pesat.
Dari sudut pandangan dunia Kepulauan Melayu, dialog berlaku sejak awal lagi hasil
pertembungan bangsa Melayu setempat dengan yang lain melalui aktiviti perdagangan
yang membawa bersamanya proses intelektualisasi dan keagamaan untuk sekian lama.
Oleh itu, sepatutnya kemahiran berdialog yang baik dan berhemah sudah sebati dengan
masyarakat kita. Dalam konteks dialog dihargai secara sedar dalam masyarakat hari ini
ia bukan sesuatu yang menjadi keutamaan sehingga dua dekad kebelakangan ini.
Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, kita memerlukan
pendedahan ilmiah (sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain) untuk memungkinkan

membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing.


Penilaian tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan muhibah
antara budaya atau tamadun tetapi juga dapat membantu memampankan konsep dan
realiti kedudukan Melayu-Islam sebagai contoh.
Dalam keadaan dunia dilanda unsur yang mengikis tradisi, adalah menjadi
tanggungjawab orang Melayu Islam untuk memberi kesedaran dan pengesahan kepada
bukan Melayu bahawa kedudukan mereka adalah sesuatu yang positif bagi semua
pihak.
Di sinilah pentingnya dialog yang mana kita boleh membincangkan perkara boleh atau
perlu disepakati. Kepemimpinan budaya teras juga perlu dihayati bukan melalui
pendekatan yang apologetik mahupun defensif tetapi melalui pendekatan fitrah
berasaskan fakta sejarah, realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang
sebenarnya.
Generasi hari ini mungkin sudah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan
tamadun diwarisi sehingga kadangkala kita berasakan kehidupan sudah kehilangan
paksi dan arah tuju. Cara mengembalikan khazanah tamadun perlu dipergiatkan dan
dialog adalah mekanisme utama proses berkenaan.
Penulis ialah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Zikir suntik semangat bekerja


Posted: 30 Nov 2012 01:23 PM PST
Berdedikasi, motivasi melaksana tugas hasilkan impak positif
Bekerja dan bekerja dengan bersemangat pada asasnya adalah perkara sama tetapi
memberi kesan atau hasil yang berbeza. Individu yang berbeza pula, walaupun
melaksanakan kerja yang sama, boleh menatijahkan hasil kerja yang berbeza sekiranya
melaksanakannya dengan bersemangat.
Bekerja dengan semangat bermaksud bekerja dengan kesungguhan dan sepenuh hati
termasuklah dengan minat dan dedikasi. Ia juga disebut sebagai dorongan dan motivasi
kerja. Semangat bekerja inilah yang sangat dituntut dalam Islam.
sabda Rasulullah SAW: "Mahukah kalian aku beritahu tentang perbuatan kalian yang
paling baik, paling suci di sisi Tuhanmu, paling tinggi dalam mengangkat darjatmu dan
paling baik bagi kalian daripada bersedekah emas dan perak serta lebih baik bagi kalian

daripada bertemu dengan musuh-musuh kalian, sehingga kalian akan memukul leher
mereka dan mereka akan memukul leher kalian?" Para sahabat menjawab: "Ya, wahai
Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda: "Perbuatan itu adalah berzikir kepada Allah".
(Riwayat al-Tirmizi & Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang melaksanakan
kerjanya dengan kesungguhan." (Riwayat al-Baihaqi). Pesanan lain Rasulullah SAW
ialah menerusi sabdanya: "Jangan lemah" (Riwayat Muslim). Abu Umamah ra pula
meriwayatkan bahawa Baginda berpesan supaya berdoa untuk menjauhkan diri
daripada sifat berkeluh kesah, berdukacita, bakhil, lemah, malas, bebanan hutang dan
tekanan individu. Justeru, ajaran Islam amat menekankan budaya kerja dengan
bersemangat serta tanpa putus asa.
Rasulullah SAW juga mengingatkan majikan menyegerakan pem upah dengan
sabdanya: "Bayarlah upah sebelum kering peluhnya" yang menunjukkan pentingnya
bekerja dengan semangat dan menjaga momentum semangat itu melalui ganjaran
segera daripada majikan.
Nilai sesuatu kualiti kerja
Peribahasa Melayu - membujur lalu melintang patah - pula menunjukkan semangat dan
kegigihan melakukan kerja kerana walau apapun terjadi tujuan mesti dicapai dan tiada
yang dapat menghalang. Justeru, satu daripada nilai yang boleh mengubah kualiti kerja
terletak juga pada semangat pekerja tersebut.
Namun, dalam bekerja kita tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai
cabaran, masalah, kesukaran, kerenah sama ada oleh pelanggan atau warga organisasi
sendiri yang boleh mempengaruhi emosi dan semangat kerja. Justeru, perlu difahami
bahawa turun naiknya emosi yang mempengaruhi semangat adalah lumrah dan tabiat
semula jadi manusia.
Seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Farabi dalam al-Madinah al-Fadhilah mengenai
sifat manusia, bekerja dengan semangat bukan bererti kita perlu menyingkir semua
perasaan kurang selesa seperti gusar, gundah, risau, stres, sedih dan marah tetapi
bagaimana mengawalnya daripada melemah atau menghilangkan semangat bekerja
atau bagaimana menukarkan tekanan dan cabaran itu kepada semangat kerja yang lebih
berdaya tahan.
Hal ini sangat penting kerana anggota organisasi itulah yang akan memacu keuntungan

dan kejayaan. Justeru, senjata pemulihan dan vitamin dalam membina dan mengawal
motivasi kerja adalah dengan berzikir. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka
ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan
bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)." (Surah Al
Baqarah, ayat 152)
Zikir bermaksud mengingati Allah SWT dalam detik hati, lidah dan setiap amalan
kebaikan sama ada secara umum seperti dalam melaksanakan kerja seharian atau secara
khusus seperti mengerjakan solat, membaca al-Quran, berdoa dan berzikir seperti
tasbih, tahlil, tahmid dan takbir. Firman Allah bermaksud: "Dan sebutlah (nama)
Tuhanmu dalam hati dengan merendah diri dan rasa takut, dan dengan tidak
mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orangorang yang lalai." (Surah al-A'raf: Ayat 205)
Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak menukilkan sabda Rasulullah SAW: "Mahukah
kalian aku beritahu tentang perbuatan kalian yang paling baik, paling suci di sisi
Tuhanmu, paling tinggi dalam mengangkat darjatmu dan paling baik bagi kalian
daripada bersedekah emas dan perak serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu
dengan musuh-musuh kalian, sehingga kalian akan memukul leher mereka dan mereka
akan memukul leher kalian?" Para sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah".
Rasulullah SAW bersabda: "Perbuatan itu adalah berzikir kepada Allah". (Riwayat alTirmizi & Ibnu Majah)
Jaminan ketenangan jiwa
Pelbagai kelebihan berzikir mendekatkan diri dengan pelbagai rahmat Allah termasuk
ketenangan jiwa, keampunan dosa, perluasan rezeki daripada sumber tidak diduga
kemudahan daripada kesukaran dan kesenangan daripada kepayahan. Justeru, yakinlah
kita akan menjadi kuat apabila kita sering berhubung dengan Allah SWT.
Besarnya impak pekerja yang mengingati Allah dengan tidak diibaratkan oleh
Rasulullah seperti antara mereka yang hidup dan mati. Justeru, sebagai pekerja marilah
kita memperbanyakkan mengingati Allah SWT tanpa leka melalui amalan wajib
khasnya solat dan memperbanyakkan berdoa dan berzikir termasuklah semasa
menjalankan kewajipan bekerja sebagai 'vitamin' penyuntik semangat di mana saja kita
berada dan dalam apa jua urusan yang kita laksanakan.
Penulis ialah Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya (UM)

Anda mungkin juga menyukai