Anda di halaman 1dari 12

EDC 1013 PENGENALAN PERKEMBANGAN AWAL

KANAK-KANAK

TOPIK 2 HUBUNGAN SOSIAL

Definisi Perkembangan Sosial


Perkembangan Sosial merupakan
pencapaian kematangan dalam hubungan
sosial.
Ia merupakan satu proses perkembangan
yang membolehkan kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain mengikut
cara yang boleh diterima oleh sesuatu
masyarakat serta budaya.
Perkembangan sosial kanak-kanak dapat
dikaji berdasarkan beberapa aspek
penting seperti:Aspek peniruan
Aktiviti ketika bermain
Persahabatan

Teori Perkembangan
Psikososial Erikson
Mempunyai lapan tahap yang bersifat
tetap dan telah ditentukan.
Setiap tahap akan mempunyai krisis
tertentu yang perlu di atasi oleh
seseorang.
Jika sesuatu krisis atau tugas dalam
satu tahap dapat diselesaikan, kualiti
yang positif akan terbentuk dan
begitulah sebaliknya jika sesuatu krisis
atau tugas gagal diselesaikan.

Lapan tahap Perkembangan


Psikososial Erikson
Tahap 1 - Percaya vs tidak percaya (0-1 tahun)
Interaksi erat ibu bapa dan anak adalah
penting.
Jika bayi menerima kasih sayang dan jagaan
yang sempurna daripada ibu bapa, bayi akan
memperkembang sifat rasa percaya dan
begitulah sebaliknya.
Menurut Erikson, sikap kepercayaan ini akan
memudahkan seseorang individu berhadapan
dengan masalah dan mencari jalan
penyelesaian.
Ini bermakna, cara penjagaan bayi oleh ibu
bapa amat penting dalam mempengaruhi
emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi
tersebut.

Tahap 2 - Autonomi vs ragu-ragu (1-2 tahun)

Kanak-kanak mula menyedari bahawa mereka


bertanggungjawab ke atas tingkah laku
mereka sendiri.
Mempunyai keinginan untuk melakukan
sesuatu secara bebas tanpa bergantung pada
orang lain.
Situasi ini merupakan permulaan kepada
pembentukan perasaan keyakinan diri pada
kanak-kanak tersebut.
Ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak
berdikari dan meneroka alam sekeliling
supaya mereka yakin dengan diri mereka.
Ibu bapa yang mengawal akan menyebabkan
anak-anak menjadi pemalu dan ragu-ragu.

Tahap 3 -Inisiatif vs rasa bersalah (3-5 tahun)

Kanak-kanak mula lebih berupaya menerokai


persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri.
Adakalanya mereka akan cuba melakukan
sesuatu perkara yang tidak setimpal dengan
usianya seperti membantu ibu membasih
kain dan sebagainya.
Perkembangan bahasa berkembang dengan
cepat. Hasil positif pada tahap ini ialah
inisiatif.
Sebaliknya jika kanak-kanak dihalang
daripada melaksanakan kehendak, ia akan
mewujudkan rasa bersalah yang akan
memawa kepada perasaan takut dan kurang
tegas.

Tahap 4 - Industri vs rasa rendah diri (6-11


tahun).
Pada masa ini kanak-kanak akan mempelajari
kemahiran
akademik
seperti
menulis,
membaca, mengira dan juga kemahirankemahiran sosial.
Jika kanak-kanak ini berjaya memperoleh
kemahiran-kemahiran
tersebut
dan
pencapaiannya ini dihargai oleh orang lain,
kanak-kanak tersebut akan memperkembang
sifat industri dan mempunyai pandangan
positif terhadap pencapaiannya.

Tetapi jika kanak-kanak sering dibandingkan


dengan orang lain dan dianggap tidak
berkebolehan ia akan memperkembang sifat
rendah diri.

Tahap 5 - Indentiti vs keliru peranan (12-19


tahun)
Pada masa ini, Erikson berpendapat tugas
remaja ialah memperkembang satu
integrasi diri yang boleh diterima & unik.
Remaja hendaklah mencari alternatif
alternatif yang bersangkutan dengan
masa depan mereka.
Remaja yang mempunyai identiti sendiri
akan mencipta rancangan masa depan
yang memuaskan dan rasa selamat.
Sebaliknya, remaja yang gagal akan
memperkembang rasa keliru peranan,
hidup yang tidak bermatlamat, rasa
tersisih dan sukar membuat keputusan.

Tahap 6 - Intimasi vs pengasingan diri


(20 - 40 tahun)
Individu mula membentuk hubungan yang
akrab dan rapar terutama dengan
berlainan jantina.
Mereka mula memikir soal teman hidup,
percintaan hinggalah membawa kepada
dunia perkahwinan.
Walaubagaimananpun, mereka yang gagal
dalam membina hubungan yang akrab,
gagal dalam percintaan atau perkahwinan
akan mula mengasingkan diri dan hidup
dalam kesunyian.

Tahap 7 Generitiviti vs Pemusatan Kendiri ( 40


tahun 65 tahun)
Individu yang berjaya mengatasi konflik pada
tahap keakraban lawan pengasingan diri akan
berusaha mencapai tahap generitiviti.
Pada tahap ini, individu akan mula memikirkan
soal-soal yang berkaitan dengan kekeluargaan,
mula mengambil berat tentang orang lain dan
mula memberi sumbangan kepada masyarakat
dan generasi akan datang.

Kehidupan akan menjadi lebh bermakna


sekiranya mereka berjaya membentuk anakanak menjadi orang yang berjaya dan berguna
kepada bangsa dan Negara.

Tahap 8 Kesepaduan vs rasa putus asa ( 65 tahun


ke atas atau pada usia tua)
Tahap ini merupakan tahap akhir dewasa.
Pada tahap ini, individu akan mula memikirkan
kembali apa yang telah berlaku dalam
kehidupannya selama ini.
Sekiranya individu tersebut berjaya mengatasi
konflik-konflik pada tahap-tahap yang sebelum
ini, individu ini akan membentuk rasa
kesepaduan dalam dirinya dan sebaliknya jika
kehidupannya dipenuhi dengan kegagalan dan
peristiwa-peristiwa yang pahit akan wujud
perasaan rasa putus asa dalam diri indiviru
tersebut.

Teori Perkembangan Psikoanalisis


Sigmund Freud (1856-1939)
Menurut Freud, apa yang dilalui pada zaman
kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan
pada peringkat berikutnya.
Pengalaman-pengalaman yang berkaitan dengan
trauma dan konflik pada awal kanak-kanak
mempunyai jangka masa panjang yang akan
menyebabkan seseorang itu dikawal oleh sejenis
daya secara senyap.
Daya ini akan secara perlahan-lahan mengundang
perlakuan-perlakuan yang akan dipamerkan
semasa seseorang itu bergaul dengan
masyarakat.
Daya ini juga akan menyebabkan seseorang itu
dapat menyesuaikan diri dengan kenalan-kenalan
yang didampinginya (Saul Kassin, 1998)

Anda mungkin juga menyukai