Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG SK NANGA ANTAROH TAHUN

2012
1.

LATAR BELAKANG ( MAKLUMAT )

1.1 Nama Sekolah

: SK.NANGA ANTAROH, 96800 KAPIT.

1.2 No. Tel sekolah

: -

1.3 Jenis Sekolah

: SK ( / )

SJK ( )

1.4 Jumlah Murid Tahun 1 : 24 Orang


1.5 Bilangan Guru Tahun 1 : 6 Orang
1.6 Bilangan Guru Tahun 1 yang pernah menghadiri Kursus Pemantapan Program Transisi Dan Guru Penyayang
( PTGP ): Puan Christina Chundang Ak Tubah.

2.

KEKUATAN PELAKSANAAN PROGRAM

2.1 ASPEK PENGURUSAN


Program Transisi dan Guru Penyayang ( PTGP ) Tahun 1 telah diadakan selama tiga minggu berturut. Bermula pada
04 Januari hingga 20 Januari 2012. Program Transisi ini telah berjalan dengan lancar kerana adanya komitmen dan
kerjasama dari semua pihak baik dari pihak pentadbir, guru-guru dan juga anggota kumpulan sokongan. Segala
aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
2.2 Aspek Kesediaan Guru Tahun 1
Tahun 2012 merupakan tahun kedua Kurikulum Standard Sekolah Rendah digunakan. Secara keseluruhannya,
semua guru-guru yang mengajar Tahun Satu telah didedahkan dengan kurikulum baru ini baik yang telah menghadiri
sendiri Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah mahupun melalui pendedahan yang telah dijalankan di peringkat
sekolah. Memandangkan sekolah menghadapi masalah kekurangan guru maka, pihak sekolah meminta jasa baik
kakitangan Pembantu Pengurusan Murid untuk membantu dalam memantau murid.
Bahasa Malaysia

: Puan Christina Chundang Anak Tubah

Bahasa Inggeris

: Cik Ruziah Binti Ibrahim

Matematik

: Encik Vikram Anak Rampai

Dunia Sains dan Teknologi : Puan Nilawati Binti Omar


Dunia Seni Visual

: Puan Bija Anak Empang

Bahasa Iban

: Puan Mias Anak Geraji

Dunia Muzik

: Puan Nilawati Binti Omar

Pendidikan Moral

: Cik Ruziah Binti Ibrahim

2.3 Aspek Kesediaan Murid:

Semua murid yang masuk ke Tahun Satu bagi sesi 2012 telah bersedia untuk mendapat pendidikan secara
formal kerana mereka semua telah mendapat pendidikan di peringkat prasekolah sebelum ini. Oleh demikian, muridmurid ini mudah menerima dan memahami segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program transisi dan tidak ada
seorang pun murid meragam atau dijaga oleh ibu bapa mereka sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Mereka
juga memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar.

2.4 Keadaan Fizikal Sekolah


Kelas Tahun Satu terletak berdekatan dengan bilik guru. Ini memudahkan segala aktiviti murid dipantau dan
keselamatan mereka terjaga. Bilik kelas Tahun Satu ini merupakan bilik yang telah diubahsuai dan telah digunakan
oleh pelajar tahun lalu. Meja dan kerusi juga mencukupi untuk menampung jumlah pelajar.
3.

KELEMAHAN / ISU / MASALAH PELAKSANAAN PROGRAM

Sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang ini dijalankan tidak ada sebarang masalah yang timbul kerana
semua pihak telah berkerjasama. Baik di pihak pentadbir dan guru-guru saling berbincang dari masa ke semasa
untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Malah ibu bapa murid turut memberi kerjasama
sepenuhnya kepada pihak sekolah dengan menghantar anak mereka tepat pada waktu persekolahan. Oleh itu,
setiap perancangan yang telah diatur telah pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.
4.

CADANGAN

Program Transisi dan Guru Penyayang ini patut diteruskan kerana program ini dapat membantu murid menyesuaikan
diri dengan alam persekolahan formal dan mengetahui sedikit sebanyak topik pelajaran yang akan diajar. Bagi pihak
guru pula, melalui program ini dapat mengenal pasti tahap atau aras setiap murid bagi membolehkan guru
merancang cara pengajaran dan membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran agar tidak ketinggalan
seperti rakan-rakan mereka yang lain.
5.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang yang berlangsung selama tiga
minggu tidak ada sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak guru mahupun murid-murid. Kejayaan perlaksanaan
program ini kerana ada kerjasama dari pihak ibu bapa murid-murid dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada
guru-guru untuk membimbing anak-anak mereka menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Program Transisi ini
juga banyak membantu murid-murid untuk mengetahui keadaan sekitar sekolah, suasana pembelajaran dalam kelas,
aktiviti fizikal iaitu sukan dan yang paling penting sikap kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Majlis Penutupan Minggu Orientasi turut diadakan di Dewan Makan Sekolah dengan menjemput para ibu bapa murid,
semua murid, guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah. Pada majlis ini juga, semua murid Tahun Satu diberi
hadiah sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Di
majlis ini juga, pihak sekolah berbesar hati meraikan sambutan hari jadi dua orang murid Tahun Satu iaitu adik Para
Benjamin dan Simex Mapong. Selaku guru kelas Tahun Satu, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang telah menjayakan Program Transisi dan Guru Penyayang 2012 sama ada yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung.

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Laporan disediakan oleh:


____________________________
( Cik Ruziah Binti Ibrahim )

Disahkan Oleh,
_____________________________
( Encik Malang Anak Biat )

Guru Kelas Tahun Satu,

Guru Besar,

SK. Nanga Antaroh,

SK. Nanga Antaroh,

2012.

2012

Anda mungkin juga menyukai