Anda di halaman 1dari 8

Ulasan Jurnal Hadhari Special Edition Bil (2012) 91-108 :

Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria

1.0

MUKADIMAH

Ulasan ini di buat berdasarkan JURNAL HADHARI SPECIAL EDITION, BIL (2012) 91-108,
Institut of Islam Hadhari, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA berkaitan dengan
ISLAM DAN FALSAFAHNYA DALAM KEBUDAYAAN MELAYU oleh Idris

Zakaria.
2.0

PENDAHULUAN

Jurnal ini mengupas tentang peradaban atau kebudayaan Melayu yang mengiktiraf bahawa
Islam adalah unsur penting yang membentuk pola budaya masyarakat Melayu. Contohnya,
budaya Hindu-Buddha telah mempengaruhi minda orang Melayu yang bersifat khayalan,
anamisme dan mitos. Budaya ini tidak memberi perubahan terhadap sistem nilai masyarakat
apalagi falsafah dan metafizik. Ia lebih kepada unsur khayalan yang tidak mendatangkan
apa-apa faedah jangka panjang kepada masyarakat.

Apabila Islam berkembang dan datang, telah menyebabkan transformasi besar-besaran


yang melibatkan perubahan falsafah hidup,pemikiran dan jiwa orang-orang Melayu di Alam
Melayu. Jurnal ini mengupas falsafah dan pemikiran yang menjadi asas kepada
pembentukan kebudayaan dan kesenian Melayu. Antara falsafah-falsafah tersebut ialah
fahaman akidah, rasional dalam Islam dan lain-lain lagi yang akan dikupas secara terperinci.

3.0

ISI-ISI PENTING JURNAL

3.1

Aspek-aspek falsafah pemikiran Islam

Jurnal ini menunjukkan kajian mengenai falsafah-falsafah dan pemikiran asas yang
membentuk kebudayaan dan kesenian Islam yang menjadi jiwa kepada jatidiri masyarakat
Melayu. Di dalam jurnal ini juga menunjukkan antara falsafah yang penting tersebut ialah:
a)

Fahaman akidah yang mudah diterima akal merupakan asas penting seni dan
budaya ialah menjunjung keesaan Allah SWT dan berteraskan ajaran Nabi
Muhammad SAW. Asas di dalam akidah manusia ialah tidak mengenepikan akhlak
dan syariat Islam di dalam menghasilkan kesenian dan kebudayaan.dan kesenian
Islam merangkumi nilai-nilai indah (al-jamal) dan nilai kebenaran (al-haqq).

Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)

Ulasan Jurnal Hadhari Special Edition Bil (2012) 91-108 :


Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria

b)

Fungsi Rasionalisme Islam akan dapat membawa masyarakat Melayu ke era baru
yang lebih maju dan berjaya. Era baru ini yang dipanggil kebangkitan zaman
pembangunan rasionalisme dan intelektualisme Islam. Pada zaman inilah lahirnya
karya-karya melayu yang hebat yang membawa mesej keislaman melalui Hikayat
Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi bercukur, Hikayat Bayan
Budiman dan lain-lain selain melahirkan tokoh-tokoh kesusasteraan dan penulispenulis agama terkenal.

c)

Watak damai dan toleransi yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh Islam di dalam
proses penyebaran Islam di Malaysia. Sikap tolak ansur dan persefahaman antara
kaum telah menjadi jalan kearah pembentukan sebuah Negara yang bersatu padu.

d)

Deklarasi.Hidup Bersaudara yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di dalam


kelompok pelbagai kaum dan menganut pelbagai kepercayaan serta mengamalkan
tradisi budaya yang berlainan. Ini menjadikan masyarakat Melayu hidup aman,
urusan perniagaan berjalan lancar, kebudayaan dan tradisi hidup terpelihara tanpa
peperangan besar. Unsur-unsur ini telah menguasai kehidupan sosio-politik umat
Islam dalam masyarakat Melayu yang bersifat damai dan toleran berjaya menarik
ramai orang dari pelbagai kaum memeluk agama Islam.

e)

Kehidupan Dunia dan Tuntutan Spritual dengan peradaban Islam yang lebih
komprehensif pada zaman ini telah membentuk masyarakat Islam yang mengadun
sekali gus tuntutan agama dan keduniaan. Kefahaman inilah yang membentuk
kekuatan dalam masyarakat Melayu, justeru keserasiannya dengan kehendak asli
manusia. Tidak sama seperti zaman sebelumnya dengan pengaruh Hindu-Buddha
sebelum kedatangan Islam.

f)

Faham Ahli-Sunnah Wal Jamaah ialah pendekatan fahaman sunni yang bersifat
sederhana dan sebagai faktor pemangkin kepada keamanan di rantau ini. Fahaman
Sunni ini lebih bersifat sederhana dan sopan dalam perbicaraan dan seterusnya
dapat menarik masyarakat bukan islam lain untuk mendekati Islam.

g)

Tasawwuf dan Kedamaian dalam peranan ulamak dan sufi dalam penyebaran
agama dan hal Islamisasi. Ulamak-ulamak ini dapat mengislamkan ramai orang
Melayu di Nusantara dengan mengambil pendekatan sosial yang harmoni dengan
cara menyesuaikan Islam dengan keadaan masyarakat setempat. Kesan tindakan ini
bersifat damai, toleransi dan harmoni.

Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)

Ulasan Jurnal Hadhari Special Edition Bil (2012) 91-108 :


Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria

h)

Kesenian Islam jelas terbit dari falsafah yang telah serasi dengan kehidupan Melayu
seperti dalam senibinaan, seni khat, seni ukir, seni teater, cara berpakaian dan lainlain.

3.2

Cabaran Penghakisan Pegangan Islam

Di dalam jurnal ini telah memfokuskan terhadap 2 bentuk penghakisan pegangan Islam
iaitu:-

a)

Gerakan Liberalisme dan Pluralisme

Liberalisme merupakan satu gerakan ini merupakan satu bentuk konsep Jahiliyah Moden
atau satu bentuk pemikiran yang dianuti sebahagian cerdik pandai Islam hari ini khususnya
yang berlatar belakangkan pendidikan Barat dan mencuba membebaskan diri daripada
disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulama.

Matlamat golongan ini ialah menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dan
akhirnya agama itu perlu mengikut peredaran zaman. Rantaian Islam Liberal ini berasaskan
ideologi Sekular yang datang dari Barat samada melalui penjajahan dan pendidikan. Ia
dibawa masuk oleh gerakan Misionari Kristian dan Orientalis.

Sementara fahaman pluralisme pula ialah menganggap semua agama di dunia ini sama
sahaja. Mereka juga beranggapan bahawa Al-Quran dan Al-Sunnah tidak asli lagi dan
mendakwa undang-undang Islam seperti potong tangan, rejam dan lain-lain tidak ada dalam
Al-Quran.
b)

Gelombang Globalisasi

Gelombang globalisasi yang bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat dengan
melalui gelombang ini, pengaruh kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan
korporasi gergasi multinasional dapat menguasai ekonomi dunia di samping menyebar
luaskan kapitalisme antarabangsa. Ini telah memberikan peluang besar kepada mereka
untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia.
Situasi ini akan mempercepatkan proses permodenan budaya secara global di mana negara
yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah. Ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia

Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)

Ulasan Jurnal Hadhari Special Edition Bil (2012) 91-108 :


Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria

dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh
gagasan-gagasan

atau aliran-aliran

kebudayaan

asing

yang

berjiwa

materialistik,

sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive.


Pelbagai saluran akan digunakan oleh kuasa-kuasa ini untuk mencapai matlamat ekonomi
dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen,
muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet.

4.0

ANALISIS S.W.O.T JURNAL

4.1

Strength (Kekuatan)

STRENGTHS
a)

Al-Quran, Al-Sunnah dan Al-Hadits sebagai landasan ideologis dan asas falsafah
dalam memperkembangkan budaya dan kesenian Islam. Ajaran dari sumber-sumber
inilah yang menjadi teras budaya dan seni Islam.

b)

Khazanah pemikiran ulama Islam pada masa lalu menghasilkan penulisanpenulisan sastera dan falsafah, metafizik dan teologi. Kekuatan di bidang
penulisan dilanda pengaruh persuratan yang meluas.

c)

Kelahiran dan peninggalan karya kesusasteraan sejarah oleh tokoh umat Islam di
Alam Nusantara, penulis-penulis agama dan ulamak-ulamak masa lalu dengan
sifat kreativiti yang tinggi menjadi kekuatan kepada seni budaya Islam. Karya
mereka akan disanjungi dan dijadikan rujukan oleh umat Islam dan bukan Islam masa
kini.

d)

Penyebaran Islam di Asia Tenggara yang subur di Masjid dan Surau sebagai
kekuatan umat Islam. Kajian menunjukkan penyebaran Islam oleh ulamak-ulamak
lebih lunak dan jinak yang seiring dengan tradisi dan pratikaliti budaya tempatan.

e)

Kekuatan Islam dalam konteks solidariti sosial. Semasa zaman kegemilangan


Kerajaan Melaka terkenal sebagai sebuah pelabuhan entreport dunia, para pedagang
dunia mudah berurus niaga dengan tenang dan tidak wujud peperangan.

Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)

Ulasan Jurnal Hadhari Special Edition Bil (2012) 91-108 :


Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria

4.2

Weakness (Kelemahan)

WEAKNESSES
a)

Lemahnya pemahaman agama umat Islam secara intergatif dengan wujudnya


anasir-anasir gelombang liberalisme dan pluralisme yang memberi kesan negatif
dan terlalu terbuka (open minded) terhadap kehidupan beragama dan kebudayaan
bangsa dalam jangka panjang.

b)

Masyarakat Melayu mudah terserang atau terjangkit gelombang globalisasi


pada zaman moden ini sebagai Order Dunia Baru yang memperjuangkan
kecenderungan

dunia

tanpa

sempadan,

transparensi

dan

ketelusan

yang

membolehkan pelbagai pengaruh luar memasuki sesebuah Negara


c)

Lemahnya kesedaran beragama dari umat Islam terutama yang mengikut


fahaman. Di Alam Melayu khasnya, terdapat 2 fahaman iaitu Sunni, yang lebih
sederhana dan halus perbcaraannya sementara fahaman Syiah, yang lebih radikal
jester ada norman-norma politik di dalamnya. Oleh yang demikian

4.3

Opportunities (Peluang)

OPPORTUNITIES
a)

Peluang

untuk

memperkenalkan

dan

memartabatkan

kesenian

dan

kebudayaan Islam di peringkat global dan antarabangsa terutama dalam bidang


senibina, seni khat (kaligrafi), seni ukir, seni teater dan cabang seni yang lain.
b)

Mazhab Syafii yang diamalkan di Malaysia berorientasikan ilmu telah berjaya


meletakkan dasar dan ciri-ciri budaya, falsafah dan Tamadun Melayu Islam di
rantau ini. Pengamalan Islam berorientasikan mazhab ini menyebabkan wilayah
Nusantara tiada pertelingkahan hingga membawa kepada pembunuhan atas nama
mazhab seperti yang sering terjadi di Negara-negara arab, timur tengah dan
Pakistan.

c)

Saranan serta penerangan dan komunikasi oleh pengembara sufi telah berjaya
mengislamkan ramai orang di Nusantara dengan pendekatan sosial yang tidak
memaksa dan konfrantasi. Ini merupakan peluang untuk digunakan di dalam
menyampaikan dakwah pada zaman ini.

Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)

Ulasan Jurnal Hadhari Special Edition Bil (2012) 91-108 :


Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria

4.4

Threats (Ancaman)

THREATS
d)

Konspirasi pihak barat dalam mempengaruhi dan menyebarkan gelombang


globalisasi untuk melenyapkan, menghancurkan dan menumpaskan umat
Islam secara perlahan-lahan melalui pelbagai kaedah yang disokong kuat oleh
kemajuan teknologi maklumat dan pergerakan perdagangan dunia yang pantas.

e)

Perpecahan umat Islam Melayu pada masa ini sekiranya mempunyai berlainan
ideologi dan politik adalah merupakan ancaman serius turunnya pertolongan dari
Allah SWT. Al-Quran dan Al-Sunnah menetapkan bahawa yang kuat akan
mengalahkan yang lemah.

f)

Maraknya penyebaran gelombang liberalisme pada zaman moden ini merupakan


satu ancaman kepada masyarakat Melayu terutama dari segi tidak menghormati
ajaran ulamak-ulamak dan Al-Quran.

g)

Sikap toleransi masyarakat Melayu yang berlebih-lebihan akan menyebabkan


kaum

lain

mengambil

kesempatan

dan

menjadi

ancaman.

Di

dalam

pembentukan Perlembagaan Malaysia 1957 contohnya, kerakyatan yang telah


diberikan kepada orang-orang bukan Melayu iaitu Cina dan India untuk mendapat
kedudukan istimewa mengikut perlembagaan sejajar dengan hakikat mereka adalah
tuan Negara ini.

5.0

KESIMPULAN DAN PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL

Dalam proses untuk menguatkan falsafah kebudayaan Melayu Islam hendaklah berteraskan
3 prinsip utama yang tidak boleh diubah atau ditukar iaitu;

a)

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia

Teras kebudayaan Kebangsaan Malaysia di negara ini adalah selari dengan penonjolan
kepada prinsip Asabiah yang positif sebagai prinsip kekuatan yang menjayakan agama dan
peradaban yang besar dan teguh. Konsep Asabiyah ini secara kebetulannya menyamai
konsep "Melayu" di kalangan kita sebagai orang yang beragama Islam dan berbahasa
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)

Ulasan Jurnal Hadhari Special Edition Bil (2012) 91-108 :


Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria

Melayu serta yang mengamalkan adat istiadat Melayu. Dan adat istiadat itu pula adalah
tatatertib yang berkebetulan dan diterima oleh Syara'.

Ini sesuai dengan kata-kata dalam bidalan: "Hidup bersendikan adat dan adat bersendikan
hukum dan hukum bersendikan Kitab". Ertinya kasih kepada bangsa ini hendaklah
diperkasakan dengan apa cara yang boleh yang akan digunakan demi untuk mengekalkan
kuasa Muslimin dalam negeri ini untuk kebaikan semua pihak dan demi untuk menjayakan
agama Islam beraliran Ahli-Sunnah Wal-Jamaah.

b)

Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang sesuai

Pemerkasaan budaya ilmu, perkembangan pengetahuan, dan kemahiran hendaklah


dijadikan bidang tumpuan dalam polisi mereka yang memerintah supaya dengan itu maka
umat Islam akan menjadi umat yang mengutamakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
berguna dalam hidup supaya dengan itu hidup umat selamat dalam dunia yang penuh
dengan perlumbaan ini, sudah tentu dengan menyempurnakan tugas-tugas kita kepada
Allah dan pengabdian kepadaNya.

Gelombang globalisasi kini membadai apa sahaja yang berada di hadapannya tidak kira
yang berupa agama ataupun budaya. Ia dinamakan sebagai Kewujudan Perhubungan
(interconnectedness) antara segala aktiviti dan tindakan manusia.
c)

Islam

telah

menjadi

unsur

penting

dalam

pembentukan

Kebudayaan

Kebangsaan.

Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan hendaklah digandingkan dengan kajian tamadun


manusia yang lebih luas. Dengan itu timbullah kesedaran intelektual yang baik dan luas
dalam negara. Unsur-unser kebudayaan tempatan akan berhadapan dengan arus baru
dunia baru. Tugas sebagai masyarakat Melayu ialah membajai semangat, kesedaran dan
kerjasama yang utuh untuk berkembang sambil mempertahankan semua elemen jati diri
bangsa Melayu.

Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)

Ulasan Jurnal Hadhari Special Edition Bil (2012) 91-108 :


Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu oleh Idris Zakaria

RUJUKAN:-

Idris Zakaria (2012). Islam dan falsafahnya dalam kebudayaan Melayu. Jurnal Hadhari
Special Edition Bil [2012] 91-108. Institut of Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)