Anda di halaman 1dari 5

Syaban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu

1 of 5

http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/20009-syaban-antara-...

| Print |

Syaban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu


13 Jun 2013
Bulan Syaban merupakan bulan yang mulia, terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang
mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan salah satu bulan haram dan bulan Ramadhan
merupakan bulan yang diwajibkan umat Islam berpuasa padanya.
Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman,

Bulan Syaban mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam
hadis, namun banyak juga tersebar hadis yang dhaif atau maudhu (rekaan) tentang fadhilatnya,
untuk menjelaskannya, risalah ringkas ini ditulis, semoga menjadi panduan dan peringatan buat
kita semua.
Terdapat hadis-hadis yang menyebut Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Syaban. Kalau
dikatakan, apakah hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Syaban? Maka jawapannya
adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar:
Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasai dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu
Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya:
Wahai Rasulullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan
berpuasa di bulan Syaban?
Baginda bersabda: Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab
dan Ramadhan. Iaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan
seluruh Alam. Maka aku ingin amalanku diangkat, sedang aku dalam keadaan berpuasa.
(Dinyatakan hasan dalam Sahih An-Nasai, no. 2221).
Adalah mendukacitakan, ramai yang tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi SAW tanpa
mengira kethabitan iaitu kepastian tentang ketulenan sesebuah hadis, juga tidak meneliti takhrij
dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih teruk lagi jika terus
disebarkan kepada masyarakat tanpa menjelaskan kedudukannya.
Dengan itu apa-apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis
maka mereka terus sandarkan kepada Nabi SAW tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa
akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi SAW dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh
Al-Mughirah bin Syubah:
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas
orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja,
maka siaplah tempat duduknya dalam neraka. (Riwayat al-Bukhari, Muslim).
Perkara ini termasuk menyebut Nabi SAW bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah
bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.

13-Jun-13 6:49 PM

Syaban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu

2 of 5

http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/20009-syaban-antara-...

Hadis palsu ialah: Hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW secara dusta, ia tidak ada hubungan
dengan Nabi SAW. (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar
al-Fikr al-Muasarah, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada
orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Contohnya, apabila muncul bulan Rejab dan Syaban maka hadis-hadis palsu mengenainya akan
dibaca dan diajar secara meluas. Ramai penceramah, imam, khatib dan media massa
menyebarkan hadis palsu mengenai amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan
tersebut.
Antaranya hadis: Rejab bulan Allah, Syaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dan
malam Nisfu Syaban adalah dusta ke atas Nabi SAW (kesemuanya adalah PALSU).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada
Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah SAW.
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaban itu memang ada, tetapi
amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Kelebihan Khas Malam Nisfu Syaban
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaban, maka Dia ampuni semua
hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang bencimembenci) (HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam
Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Maarf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan
khas tertentu pada malam tersebut bukan daripada ajaran Nabi SAW.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaban:
Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di
masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti
yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai
berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain
pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak
pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabiin dan tabi tabiin). Ia satu doa yang panjang,
yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

13-Jun-13 6:49 PM

Syaban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu

3 of 5

http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/20009-syaban-antara-...

Perhimpunan (malam Nisfu Syaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian
negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar
yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas
mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap
yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Muasarah jilid 1, m.s. 382-383,
cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): Masih
ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai
teks hadis)."
Mereka hanya membaca hadis yang mereka hafal dan memetiknya tanpa mengetahui dan cuba
memastikan kedudukan hadis tersebut.
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan
semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab
dan Syaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi SAW.
HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYABAN
Berikut adalah beberapa contoh hadis-hadis lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu
Syaban.
HADIS PERTAMA:
Daripada Aisyah RA, dia berkata: Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW lalu saya
keluar, ternyata baginda berada di Baqi, lalu Rasulullah bersabda:
Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?
Saya (Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu
(yang lain).
Baginda bersabda: Sesungguhnya pada malam Nisfu Syaban Allah turun ke langit dunia lalu
mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb. (Hadis Riwayat
Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. Dhaif Jiddan).
HADIS KEDUA:
Daripada Ali bin Abi Talib RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Jika datang malam Nisfu
Syaban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu
siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke langit dunia

13-Jun-13 6:49 PM

Syaban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu

4 of 5

http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/20009-syaban-antara-...

seraya berfirman: Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan
mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya,
ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku
akan begitu hingga terbit matahari. (Hadis riwayat Ibnu Majah Maudhu).
HADIS KETIGA:
Wahai Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Syaban, pada setiap rakaat
membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi SAW bersabda: Ya Ali, tidaklah
seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap keinginan dan
permintaanya pada malam itu
Komentar: Hadis ini adalah maudhu (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al-Jauzi di dalam
al-Maudhuaat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnuah.
HADIS KEEMPAT:
Sesiapa solat 12 rakaat pada malam Nisfu Syaban dengan membaca pada setiap rakaatnya Qul
huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di syurga
Komentar: Hadis ini adalah maudhu (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al-Jauzi di dalam
al-Maudhuaat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali
al-Masnuah.
Perhatian: Antara buku yang mengumpul hadis palsu tentang kelebihan bulan-bulan ialah buku:
(Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi).
Tukar Rekod Amalan:
Masyhur juga dalam kalangan masyarakat bahawa pada malam nisfu Syaban itu ditentukan
(taqdir) apa yang akan terjadi tahun itu.
Ini adalah khabar yang batil. Malam penentuan takdir kejadian selama setahun itu ialah pada
malam (Lailatul Qadar).
Allah Taala berfirman, maksudnya:
Ha mim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada
suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam
itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Surah ad-Dukhan : ayat 1-4)
Malam diturunkannya al-Quran adalah malam Lailatul Qadar. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya:
Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. (Surah al-Qadr :
ayat 1).

13-Jun-13 6:49 PM

Syaban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu

5 of 5

http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/20009-syaban-antara-...

Iaitu pada bulan Ramadhan, kerana Allah Taala menurunkan al-Quran pada bulan itu.
Allah Taala berfirman, maksudnya:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran. (Surah al-Baqarah :
ayat 185].
Berkata Al-Hafiz Ibnu Kathir rahimahullah:
Sesiapa yang mengatakan bahawa malam nisfu Syaban adalah waktu Allah Taala menentukan
apa yang akan terjadi dalam tahun itu, bererti dia telah menyalahi kandungan al-Quran.

13-Jun-13 6:49 PM

Anda mungkin juga menyukai