Anda di halaman 1dari 15

Pengesahan PayPal

Menggunakan
Kad Debit

Versi 1.0

Oleh: Zack Idris

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

PRAKATA
Ebook

ini

dihasilkan

atas

usaha

sendiri

berpandukan

pengalaman

penulis

yang

menggunakan kad debit untuk mengesahkan akaun PayPal serta merujuk kepada pelbagai
bahan rujukan yang terdapat di Internet.
Ebook ini diedarkan secara percuma kepada semua yang berminat memilikinya dan anda
boleh memberikannya kepada sesiapa sahaja yang anda inginkan sama ada sebagai hadiah,
bonus ataupun saguhati dengan syarat segala isi kandungan ebook ini tidak diubah dan
ianya diberikan secara percuma. Anda boleh mengedarkannya secara sendiri ataupun
hubungkan mereka ke www.wizurai.com untuk muat turun secara percuma.
Akhir kata, jadikanlah ebook ini sebagai salah satu daripada sumber rujukan untuk anda
menambahkan lagi ilmu berkaitan perniagaan Internet.

NOTIS
PayPal merupakan cap dagangan Paypal Pte. Ltd. Begitu juga dengan PBeBank dan Public
Bank merupakan hak Public Bank Berhad. Segala imej didalam ebook di ambil dari laman
web

masing-masing

dan

tetap

menjadi

hakcipta

pengeluarnya.

Penulis

tidak

bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau
tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung
ataupun tidak langsung.

KANDUNGAN
Bahagian 1: Mendaftar Kad Debit PB Visa Electron
Bahagian 2: Membuat Pengesahan Akaun PayPal
Bahagian 3: Pengesahan Akaun PayPal PBeBank Online Statement

Hakcipta Terpelihara Zack Idris 2007 Wizurai Inc.

-1-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

BAHAGIAN 1
MENDAFTAR KAD DEBIT PB VISA ELECTRON
Pengenalan:
Selain menawarkan kad kredit, Public Bank juga turut menawarkan kad debit yang dikenali
sebagai PR ADVANTAGE atau PB Visa Electron. Apa yang menarik, kad debit ini boleh
digunakan untuk tujuan transaksi pembelian secara online serta mengaktifkan PayPal anda
menjadi verified.
Langkah 1:
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kad debit PB Visa Electron, sila layari
halaman PBeBank.com.

Kemudian klik pada Cards. Anda akan dibawa ke halaman yang menyenaraikan kad-kad
yang ditawarkan oleh Public Bank. Seterusnya, klik pada Online Debit Card Application
Form pada bahagian PB Visa Electron.

Isi maklumat tentang diri, alamat, profesion anda serta bagaimana cara untuk anda
mengambil kad berkenaan. Kemudian klik Submit dan cetak borang berkenaan setelah
selesai mengisi segala maklumat.

-2-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

Langkah 2:
Borang yang telah dicetak tadi akan mengandungi maklumat berkaitan pemohon.
Tandatangan dalam kotak yang disediakan menggunakan pen berdakwat hitam.

Buat salinan untuk kad pengenalan (depan dan belakang) anda atau pasport sekiranya
anda bukan warganegara Malaysia.

Langkah 3:
Hantar borang berkenaan (yang telah ditandatangan) beserta salinan I/C secara pos. Anda
juga boleh menghantar borang berkenaan secara faks ke nombor 03-21639400.

-3-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

Sekiranya segala dokumen tidak sampai kepada pihak mereka dalam masa 30
hari, secara automatik pendataran yang di buat anda secara online akan terbatal.
Langkah 4:
Dalam beberapa minggu, pihak bank akan membuat proses permohonan dan sekiranya
berjaya anda akan menerima surat pertama daripada pihak bank. Surat ini akan
menyatakan:
Tuan/Puan
PR ADVANTAGE Nombor Kad / Card Number XXXX XXXX XXXX XXXX
Dengan sukacitanya kami memaklumkan bahawa permohonan tuan/puan bagi kad di atas telah
di luluskan.
Kad tuan/puan akan dikeluarkan apabila deposit minumum sebanyak RM25.00 dibayar ke akaun
di atas secara tunai atau cek. Pindahan melalui PB Telebanking atau ATM daripada akaun
simpanan Public Bank tuan/puan juga boleh dibuat. Deposit tambahan diperlukan bagi
menggunakan kad dan baki minimum sebanyak RM25.00 hendaklah dikekalkan pada setiap
masa. Atas sebab-sebab keselamatan, akaun tuan/puan akan ditutup secara automatik sekiranya
tiada deposit dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat ini.
Terima Kasih.

Anda diberi pilihan untuk membuat deposit minimum RM25.00 untuk pihak bank
mengeluarkan kad debit anda (Jika dalam masa 60 hari tiada deposit dibuat akaun
akan

ditutup

secara

automatik).

Untuk

membuat

pengesahan

PayPal,

saya

mencadangkan agar anda membuat deposit minimum sebanyak RM40.00 di kaunter, mesin
deposit tunai atau melalui online banking sekiranya anda telah pun mempunyai akaun
simpanan di Public Bank. Gunakan nombor kad debit sebagai nombor akaun.
Selepas membuat bayaran, anda boleh pulang. Kad anda tidak akan diterima pada
kunjungan kali ini.
Langkah 5:
Beberapa hari kemudian, anda akan menerima surat yang kedua daripada pihak bank
seperti ini:
Tuan/Puan
Notis Pengutipan Kad
Dengan sukacitanya kami memaklumkan bahawa kad tuan/puan telah sedia. Sila datang sendiri
untuk mengambilnya di cawangan di atas semasa waktu urus niaga.
Sila ambil kad tuan/puan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh surat ini. Sila abaikan notis ini
sekiranya kad tuan/puan telah diambil.
Terima kasih.

-4-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

Tanpa berlengah lagi, anda boleh ke cawangan bank berkenaan sekiranya anda memilih
untuk mengambilnya di cawangan bank semasa pendaftaran dulu. Jangan lupa bawa I/C
bila berurusan dengan pihak bank nanti. Dalam Langkah 5 ini, anda sepatutnya telah pun
mendapat kad debit PB Visa Electron. Tahniah!!!
(Sila ambil kad dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat)
Sebelum anda meninggalkan bank, anda juga boleh memohon perkhidmatan online banking
PBeBank untuk kad debit anda. Dapatkan borang permohonan perkhidmatan perbankan
online di kaunter Customer Service dan hantar kembali borang tersebut. Tunggu sebentar
sehingga anda diberikan sampul yang mengandungi ID dan kata laluan sementara. Anda
boleh mula mengakses ke akaun PBeBank pada keesokan harinya menggunakan ID dan
kata laluan sementara.

-5-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

MENGGUNAKAN ONLINE BANKING


Layari http://www.pbebank.com. Klik Login Here.

Anda akan di bawa ke halaman seperti di bawah.

Langkah-langkah untuk mendaftar perkhidmatan online banking PBeBank:1. Masukkan Pengenalan Diri Pengguna dan katalaluan yang diberi.
2. Klik butang Login.
3. Masukkan Pengenalan Diri Pengguna dan katalaluan yang baru.
4. Sahkan semula katalaluan yang baru.
5. Masukkan soalan yang perlu diingat serta jawapannya dan masukkan alamat emel anda.
6. Sahkan urusniaga tersebut.
Sekiranya login berjaya, skrin Welcome to PBeBank.com akan tertera.
Sekiranya login tidak berjaya, ulang langkah 1 hingga 5 sekali lagi.

-6-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

BAHAGIAN 2
MEMBUAT PENGESAHAN AKAUN PAYPAL
Dalam ebook kali ini, saya andaikan yang anda telah pun mempunyai akaun PayPal tidak
kira sama ada anda memiliki akaun jenis personal, premier ataupun business.

Langkah 1:
Log masuk ke akaun PayPal anda. Klik pada Add Credit Card.

Langkah 2:
Isi maklumat akaun kad debit dan alamat sama dengan maklumat yang digunakan semasa
anda mendaftar kad debit anda. Ruang First Name dan Last Name akan terpapar secara
automatik sama dengan nama yang anda daftarkan untuk akaun PayPal.
Untuk memastikan tiada masalah akan timbul seperti kad tidak diterima untuk pengesahan,
pastikan segala maklumat adalah sama semasa mengisi maklumat kad dengan maklumat

-7-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

kad debit anda. Dalam contoh ini, saya akan menggunakan kad debit Public Bank Visa
Electron.

Sekiranya nama anda di atas kad adalah Mohd Azim, masukkan Mohd Azim pada ruangan
First Name. Pilih Visa untuk Card Type. Untuk Card Number, masukkan nombor kad anda
yang tertera pada depan kad yang mengandungi 16 digit nombor diikuti Expiration Date
seperti yang tertera pada kad. Untuk mengisi Card Verification Number, ssila lihat pada
belakang kad dan masukkan 3 digit terakhir (biasanya dibelakang kad tertera 4+3 digit).
Kemudian isi Billing Address sama seperti yang anda daftarkan semasa memohon kad
sebelum ini.
Setelah semua maklumat lengkap diisi, tekan butang Add Card.
Langkah 3:
Sekiranya tiada masalah timbul, satu pernyataan berikut akan keluar menunjukkan kad
debit anda telah ditambah ke dalam akaun PayPal anda.

-8-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

Tahniah. Akan akan menerima emel yang menyatakan kad anda telah diterima. Walau
bagaimanapun,

anda

masih

belum

lagi

verified

akaun

PayPal

kerana

anda

perlu

memasukkan pengesahan yang dipanggil Expanded Used Number yang terdiri dari 4
digit. Proses ini bagi memastikan kad yang digunakan adalah milik anda sendiri dan
bukannya kad palsu atau milik orang lain.
Langkah 4:
Untuk mendapatkan Expanded Used Number, klik Get Number.

-9-

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

Anda akan dikenakan caj sebanyak $1.95 USD untuk proses mendapatkan Expanded Used
Number ini. Seperti yang diberitahu, proses ini akan mengambil masa lebih kurang 4 hari
untuk dimasukkan dalam penyata online kad anda. Kemudian klik pada butang Continue.

Selesai bahagian ini, anda perlu menunggu selama 4 hari untuk mendapatkan Expanded
Used Number tertera pada penyata online PBeBank anda. Selain itu, emel juga akan
dihantar oleh pihak Paypal mengkehendaki akan memasukkan Expanded Used Number.

- 10 -

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

BAHAGIAN 3
PENGESAHAN AKAUN PAYPAL PBEBANK ONLINE STATEMENT
Selepas 4 hari, anda boleh mendapatkan Expanded Used Number melalui akaun di
PBeBank.
Langkah 1:
Log masuk ke akaun PBeBank anda dan klik pada Account Inquiry. Kemudian klik pada
(Transaction History) Credit/Debit Card.

Langkah 2:
Check pada kad debit Visa Electron Card, dan klik View Unbilled Transaction.

- 11 -

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

Langkah 3:
Anda akan di bawa ke halaman transaksi berikut:

Perhatikan bahawa terdapat satu transaksi bagi Paypal. Salin atau ingat 4 digit tersebut
(contoh: 1234PAYPAL--*EXPUSE).
Langkah 4:
Log masuk ke akaun PayPal anda. Klik pada Complete Expanded Use Enrollment.

Langkah 5:
Masukkan 4 digit yang telah diperolehi dari online statement di ruangan Expanded Use
Number dan tekan butang Submit.

- 12 -

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

Tahniah!!! Anda telah berjaya membuat pengesahan. Bonus sebanyak $1.95 USD akan
diberikan selepas transaksi pertama.

Perhatikan juga bahawa akaun PayPal anda kini telah disahkan.

- 13 -

Pengesahan PayPal Menggunakan Kad Debit

Wizurai Inc.

AKHIR KATA
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca ebook ini. Sekiranya anda merasakan
ebook ini berguna kepada orang lain atau newbie yang ingin terlibat dengan perniagaan
internet, edarkan ia secara percuma.

WIZURAI
Mac 2007
Zack Idris a.k.a Wizurai
Bachelor of Accounting, UKM

Penulis merupakan seorang Accounts Executive di sebuah firma perakaunan di Kuala Lumpur selain
menjadi seorang blogger di www.wizurai.com dan usahawan internet di masa lapang.

- 14 -

Anda mungkin juga menyukai