Anda di halaman 1dari 6

Teori Logik Simbolik

Menghuraikan makna bukan sahaja pada


peringkat perkataan, malah juga pada
peringkat ayat dan perlakuan manusia.
Membahagikan kajian makna kepada;
Semantik

Pragmatik

Sintaktik

Teori Logik Simbolik


(a) Semantik
Kajian hubungan antara simbol dengan
rujukan.

Perkataan manusia

Simbol

- Makhluk bernyawa
- Ada akal
- Sifat berbeza dengan binatang

Rujukan

Teori Logik Simbolik


(b) Sintaktik
Mengkaji hubungan antara satu perkataan dengan
perkataan lainnya yang boleh menentukan makna.
Hubungan itu dapat dilihat pada konteks yang lebih
besar, misalnya dalam ayat atau frasa.
Contoh kajian sintaktik dari segi perkataan
Perkataan "orang" dan "besar" apabila wujud berurutan
boleh menghasilkan dua makna, iaitu "orang besar"

orang yang saiznya besar


orang yang berpangkat tinggi

Teori Logik Simbolik


Contoh kajian sintaktik dari segi ayat
Ayat "anak abang saya yang sulung" boleh
bermaksud;
anak abang saya / yang sulung

anak / abang saya yang sulung

anak sulung abang saya

anak kepada abang


sulung saya

Teori Logik Simbolik


(c) Pragmatik
Mengkaji hubungan antara simbol atau perkataan
dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang
sebagai reaksi kepada perkataan yang ditujukan
kepadanya.

Reaksi yang pelbagai bergantung kepada tanggapan


seseorang.
Perkataan "saya", "aku", "patik", "beta misalnya,
walaupun dirujuk kepada benda atau perkara yang
sama, iaitu "rujukan kepada orang pertama tunggal",
boleh membawa reaksi yang pelbagai.

Kelebihan Pragmatik
Pendekatan kepada penghuraian makna berdasarkan
teori ini agak berkesan dibandingkan dengan teori-teori
yang sebelumnya kerana teori ini mempertimbangkan
sama ciri-ciri suasana (konteks) dan perlakuan yang
mengiringi sesuatu ujaran.

Makna yang ditinjau berdasarkan konteks, biasanya lebih


tepat kerana konteks merupakan aspek yang terpenting
dalam penentuan makna bagi sesuatu ujaran.

Anda mungkin juga menyukai