Anda di halaman 1dari 12

CUE: SEBELUM MAJLIS BERMULA

ANN: 1. Assalamualaikym wbth, salam sejahtera dan salam 1malaysia. pihak


majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-
puan, warga pendidik, penerima-penerima anugerah, hadiran dan
hadirat sekalian ke sk mata parang, untuk mengikuti manjlis anugerah
kecemerlangan pelajar sk mata parang 2009. untuk itu, mohon
kerjasama para hadirin, untuk mengambil tempat duduk masing-masing.

1
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TERASI
2009

MAJLIS PERASMIAN

Cue : APABILA VVIP MASUK KE DALAM DEWAN.

1. Ann : Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia


En.Zamri Bin Galas
Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan

Cue : SETELAH VVIP TIBA DI TEMPAT DUDUK DAN


SEMUA HADIRIN SERTA JURUAUDIO SUDAH
BERSEDIA.

2. Ann : Majlis dengan segala hormatnya memohon semua hadirin


Untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Cue : APABILA SELESAI MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

3. Ann : Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan


semua hadirin, duduk.

Cue : SETELAH VVIP MENGAMBIL TEMPAT DUDUK DAN


MENERIMA BUKU PROGRAM DARIPADA USHER...

4. Ann : Bismillahirrahmannirahim.
Assalamualaikum w.r.t dan salam satu Malaysia

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

2
Yang Berbahagia
En.Zamri Bin Galas
Wakil Pegawai
Pelajaran Daerah Samarahan

Yang Berusaha
En. Saadi Bin Bujang
Guru Besar
SK Terasi

Yang Berusaha
En. Jamil Bin Ramin
Yang Dipertua PIBG
SK Terasi

Yang Dihormati

Penolong-penolong kanan
Ketua-ketua Kampung
Guru-guru, Ibubapa
dan, murid-murid sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T.


kerana dengan limpah kurnia – Nya, dapat juga kita
berhimpun bersama – sama dalam majlis yang bermakna
ini, iaitu, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah
kebangsaan Terasi 2009.

Bagi pihak jawatan kuasa sambutan majlis anugerah dan


seluruh warga SK Terasi, kami mengalu-alukan kedatangan
para jemputan, ibubapa dan murid-murid ke majlis ini.

Cue : APABILA USTAZ SUDAH BERSEDIA.

5. Ann : Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

3
Untuk itu dijemput ustaz Mohd. Zaki Bin Pak Adek untuk
memimpin bacaan doa.

Cue : SETELAH USTAZ DUDUK DI TEMPATNYA.

6. Ann : Amin amin Ya Robbanalamin. Majlis merakamkan


perhargaan kepada Ustaz Mohd. Zaki Bin Pak Adek di atas
bacaan doanya tadi.

Cue : APABILA MAJLIS SUDAH BERSEDIA.

7. Ann : Para hadirin yang dihormati,

Majlis Anugerah pelajar cemerlang merupakan acara


tahunan sekolah dengan tujuan untuk menyampaikan
penghargaan kepada murid-murid yang berjaya di dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum. Acara ini juga
merupakan acara tradisi bagi setiap sekolah.

Para hadirin yang dihormati

Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha En. Saadi Bin Bujang untuk menyampaikan
ucapan aluan. Dipersilakan.

Cue : APABILA YANG BERUSAHA DUDUK DI TEMPATNYA

Ann : Untaian madah kata aluan


Untaian ingatan sepanjang zaman

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha En. Saadi Bin Bujang di atas ucapan beliau tadi.

4
Cue : APABILA YANG BERBAHAGIA SUDAH BERSEDIA

8. Ann :
Cempaka sari warisan sejati
Menjadi Kebanggaan seisi negeri
Ucapan Perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari

Majlis dengan rasa bangga dan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berbahagia En. Zamri Bin Galas,
Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan, untuk
menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sk Terasi
2009.

Majlis mempersilakan.

Cue : APABILA YANG BERUSAHA DUDUK DI TEMPATNYA

Ucapan tuan menyerikan majlis


Warga pendidik tampak ceria
Kesudian tuan merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira

Kain pelikat panjang sembilan


Tersusun corak cantik warnanya
Tuan pemimpin disegani watan
Kami menumpang sinar cahayanya

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En.Zamri


Bin Galas, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan, di
atas ucapan perasmian beliau tadi.

5
Cue: Apabila semua sudah bersedia

11. Ann : Kota Samarahan Aman Sentosa


Pendidikan Gemilang Misi Utama
Dengan tiada melengahkan masa
Kita Mulakan Majlis Utama

Sidangan hadirin sekalian, tibalah kita kepada majlis utama


iaitu Penyampaian Sijil dan seterusnya menyempurnakan majlis
konvokesyen murid Prasekolah SK Terasi 2009.

Para hadirin sekalian, Prasekolah SK Terasi telah


beroperasi sejak awal tahun 2008. Murid-murid ini dibimbing oleh
seorang guru dan dibantu oleh seorang pembantu prasekolah.
Murid-murid ini telah diajar pelbagai asas untuk persediaan
memasuki pendidikan formal apabila mereka memasuki tahun 1
nanti.
Oleh yang demikian, pihak majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan murid-murid prasekolah ini untuk
menerima sijil tamat prasekolah.

Dipersilakan Adik_(Rujuk Senarai Nama_),

Tahniah diucapkan kepada murid-murid prasekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zamri Bin Galas atas


kesudian menyampaikan sijil kepada penerima.

Majlis kedua Penyampaian hadiah akademik

Cue : Apabila semua sudah sedia

Ann : Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan


penyampaian hadiah akademik untuk pra sekolah dan Tahap 1.

6
Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput yang dihormati Ustaz Salleh Bin
Sabang untuk mengiringi Yang Berusaha Guru Besar untuk menyampaikan sijil dan
hadiah kepada penerima.

Dimulakan dengan Kelas Prasekolah.

Tempat Pertama:
Tempat Kedua:
Tempat ketiga:

Seterusnya Penerima untuk Tahun 1

Diumumkan Penerima untuk Tahun 2

Diumumkan penerima untuk tahun 3

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima Kasih diucapkan kepada Cg Saadi Bin
Bujang, Guru Besar SK Terasi atas Kesudian menyampaikan hadiah kepada penerima.

Cue :Setelah Guru Besar duduk

Ann: Majlis berhenti rehat sebentar. Sementara itu, sama-sama kita


saksikan sedikit sedutan aktiviti sepanjang tahun 2009 SK Terasi.

Saksikanlah.

Cue: Selesai tayangan video

Ann: Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah bersempena


dengan minggu pendidikan Islam. Untuk itu kita mempersilakan yang
dihormati Ustaz Salleh Bin Sabang Untuk mengiringi Yang Dipertua PIBG
SK Terasi, En. Jamil Ramizan untuk menyampaikan Hadiah. Dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan Penyampaian hadiah kepada pemenang


pertandingan tulisan jawi tahun 1.

7
Tempat pertama.....
Tempat kedua....
Tempat ketiga....

Seterusnya diumumkan pemenang untuk pertandingan Jawi Tahun 2 dan


3.

Tempat pertama.....
Tempat kedua......
Tempat ketiga.....

Diumumkan keputusan pertandingan Azan Tahap 2 lelaki

Tempat pertama.....
Tempat kedua....
Tempat ketiga.....

Diumumkan keputusan pertandingan Kuiz agama tahap 2 perempuan

Tempat pertama.....
Tempat kedua....
Tempat ketiga.....

Seterusnya diumumkan pemenang untuk pertandingan busana muslim. Dimulakan


dengan hadiah sagu hati kepada......rujuk senarai

Tempat ketiga:......
Tempat kedua:.......
Tempat pertama:.......

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada En. Jamil
Bin Ramizan.

8
Cue: Apabila YDP dah duduk

Ann:

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
kokurikulum.

Untuk itu dengan segala hormatnya dijemputyang dihormati Ustaz Salleh


B Sabang untuk mengiringi Yang Berusaha En. Saadi Bin Bujang untuk
menyampaikan sijil kepada penerima.

Dimulakan dengan sijil Olahragawan dan olahragawati.

Diumumkan Olahragawan 2009 Sk Terasi adalah Adik Mohd Laji Bin


Sumarno.

Olahragawati 2009 SK Terasi adalah Adik Arni Nazirah Bt Pa-ee

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan kelab Badminton. Dengan ini


dipersilakan Adik Adik Abdul Muiz Abdul Shukor Pengerusi Kelab
Badminton untuk menerima sijil. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Wakil untuk penerima Sijil Perpustakaan


Sekolah. Rujuk Senarai…….

Sidang hadirin sekalian, Sekolah Kebangsaan Terasi, telah banyak


melibatkan diri dalam aktiviti luar yang dianjurkan pihak jabatan Pelajaran
Daerah. Salah satu daripadanya adalah Kem 1Malaysia yang diadakan di
Kem Kokurikulum Santubong pada 29 September hingga 2 Oktober
2009. Untuk itu dipersilakan penerima sijil penghargaan 1 Malaysia untuk
tampil ke pentas.

Dipersilakan adik…….

Tahniah kepada penerima. Terima kasih diucapkan kepada En. Saadi Bin
Bujang atas kesudian meyampaikan hadiah.

9
Para hadirin sekalian, sekolah bukannya hanya sebagai tempat untuk
menimba ilmu. Tetapi juga sebagai tempat untuk mencungkil bakat dan
membentuk nilai kepimpinan dalam diri murid-murid.

Majlis juga ingin merakamkan penghargaan kepada pengawas, ketua


kelas dan penolong ketua kelas di atas kepimpinan yang telah
ditunjukkan.

Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan yang berusaha Guru Besar


untuk mengiringi yang Berbahagia En.Zamri Bin Galas untuk
menyampaikan sijil kepada penerima.

Dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan ketua dan penolong


ketua kelas.

Diumumkan ketua kelas tahun 1………Seterusnya adik------selaku


penolong ketua kelas-----

Diumukan ketua kelas tahun 2……penolong ketua kelas……

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan pengawas sekolah….


Dipersilakan adik…….rujuk senarai nama

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil tamat sekolah tahun


6…..dipersilakan adik….rujuk senarai nama

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah pelajar Harapan


2010. Penerima untuk hadiah ini adalah adik Mohd. Hazwan B Ramadan.

10
Seterusnya adalah pelajar Terbaik UPSR 2009 jatuh kepada_________

Tahniah diucapkan kepada para penerima.

2. Ann : Sebagai tanda terima kasih kami, Majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan yang berusaha cg Saadi Bin Bujang untuk
menyampaikan Cenderahati kepada yang Berbahagia En. Zamri Bin
Galas.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Cue setelah VIP duduk

Ann:

Kalau Silap dengan lupa,


Kalau kami tersalah adab,
Kalau kami tersalah cakap,
Yang patut kami tak dipatutkan,
Kami mohon ampun dan maaf.

Terima kasih sekalung budi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini. Ditangguhkan majlis
yang indah berseri, menjunjung kasih menjunjung budi.

Seni Gubah indah bermadah,


Jambangan Bunga sedia harum.
Rasmi sudah, penganugerahan pun sudah,
Bersurai sahaja kita yang belum.

Sekian, Sehingga kita bertemu lagi. Salam bahagia dan salam hormat dari kami.
Assalamualaikum WBt....

Akhir sekali,

11
Dipersilakan Yang Berusaha En. Saadi Bin Bujang untuk menjemput En. Zamri Bin
Galas dan tetamu jemputan ke bilik jamuan.

Para Hadirin dipersilakan menikmati juadah di___________________.

Sekian, wassalam.

12

Anda mungkin juga menyukai