Anda di halaman 1dari 12

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN MATEMATIK

BAGI 6 ORANG MURID LEMAH TAHUN 4 BERBANTUKAN PAPAN BIJAK.


Oleh:
NOOR HAFIZAH BT. MOHAMED @ MOHD NASIR
SK Gelang Chinchin, Segamat, Johor
(hafizahmohd@oum.edu.my)
Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menjawab soalan Matematik bagi
operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan mengumpul semula terhadap 6 orang
responden Tahun 4. Cara digunakan bagi menjayakan kajian ini ialah dengan
menggunakan bahan bantu mengajar / belajar yang dinamakan Papan Bijak.
Papan
Bijak adalah terdiri daripada kiub kiub bernombor 0 99 yang di diwarnakan, papan
iklan, 'magic tape' dan 'mounting board' bagi versi guru. Manakala bagi versi murid, ia
hanyalah petak seratus yang dilaminat bagi memberi daya tahan dan mudah untuk
menulis di atasnya. Bagi versi mesra pengguna yang diletakkan di Medan Ilmu Sekolah
Kebangsaan Gelang Chinchin, Segamat adalah kepingan kepingan 'mounting board'
bernombor 0 99 yang berpelekat 'magic tape' dan 'carpet'. Papan Bijak pernah ke
pertandingan bahan bantu mengajar bagi kategori model di Jerayawara Daerah Segamat,
2003 dan mendapat johan. Begitu juga di Karnival Sains & Matematik peringkat negeri
Johor pada tahun 2003. Pada tahun 2004, Papan Bijak dibawa ke pertandingan di
peringkat kebangsaan di Pusat dagangan Dunia Putra dan mendapat tempat sagu hati.

Pendahuluan
Alat Bantu Belajar [ BBM ] dan Alat Bantu Mengajar [ ABM ] Papan Bijak ini
adalah merupakan alatan yang dibina bagi membantu murid lemah serta guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Alat ini boleh digunakan bagi membantu
murid murid lemah dalam penguasaan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan
bahagi.
Alat ini sangat menekankan konsep 'hands on', 'minds on' dan 'hearts on'.
Dengan menggunakan alatan ini juga, 6 orang murid lemah tadi dapat menguasai serta
cekap dalam menyelesaikan soalan yang berkaitan kemahiran asas serta betul. Ini dapat
merangsang murid tersebut untuk menjawab aras yang lebih tinggi. Berbantukan alat ini
murid berkenaan mampu untuk menjawab aras yang lebih tinggi dengan betul dan cepat.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya merupakan seorang guru yang ditugaskan untuk mengajar Matematik Tahun 4 bagi
tahun 2005. Saya juga adalah guru yang mengajar mereka Matematik bagi tahun 2004.
Pada awal mengajar mereka Matematik pada tahun 2004, saya dapati 6 orang
daripada murid murid ini telah tidak dapat menguasai kemahiran asas Matematik iaitu
tambah,tolak, darab dan bahagi. Mereka juga kurang berminat dalam mata pelajaran ini.
Beberapa ujian dijalankan bagi mengetahui tahap penguasaan mereka. Pada akhir ujian,
saya mendapati mereka sebenarnya tidak menguasai kemahiran tambah dengan
mengumpul semula, tolak dengan mengumpul semula, darab dan bahagi [ tidak boleh
membina sifir ].
Saya telah mencipta satu bahan bantu mengajar / belajar bagi membantu murid
murid ini dalam menguasai kemahiran asas Matematik. Dengan menggunakan bahan ini,
6 orang murid ini telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Banyak soalan
yang berkaitan kemahiran asas ini dapat dijawab dengan baik. Malah, murid murid ini
boleh menjawab dengan baik aras yang lebih tinggi dengan betul dan cepat.
2.0

ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kajian difokuskan ke atas permasalahan 6 orang murid Tahun 3 bagi meningkatkan


kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi.
Berdasarkan pemerhatian umum adalah didapati 6 orang murid ini tidak
menguasai kemahiran operasi tambah dengan mengumpul semula, tolak dengan
mengumpul semula, membina sifir, dan kemahiran mendarab.
Didapati 6 orang murid ini kurang meminati Matematik dan menganggap mata
pelajaran ini satu subjek yang susah. Bagi kertas 1, mereka lebih suka 'menembak' /
meneka jawapan berbanding membuatnya sendiri. Murid murid ini juga didapati agak
sukar untuk mendapat markah yang baik bagi kertas 2. Mereka mudah hilang tumpuan
semasa menjawab kertas 2 kerana apabila mereka cuba untuk menjawab, mereka masih
tidak dapat menyelesaikannya dengan betul.
6 orang murid ini akan dibimbing sepenuhnya dan diajar dengan menggunakan
bahan bantu yang dinamakan Papan Bijak. Dengan alat ini, diharap murid dapat
meningkatkan kecekapan menjawab serta menjawab dengan betul. Mereka berpotensi
untuk lulus dengan mendapat sekurang kurangnya C bagi subjek Matematik ini dengan
menggunakan alat ini.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Umum
Meningkatkan penguasaan menjawab soalan Matematik berbantukan
Papan Bijak

3.2

4.0

Objektif Khusus
3.2.1

Meningkatkan kemahiran menjawab soalan Matematik bagi operasi asas


tambah dengan mengumpul semula berbantukan Papan Bijak.

3.2.2

Meningkatkan kemahiran menjawab soalan Matematik bagi operasi asas


tolak dengan mengumpul semula berbantukan Papan Bijak.

3.2.3

Meningkatkan kemahiran menjawab soalan Matematik bagi operasi


darab dengan membina sifir berbantukan Papan Bijak.

3.2.4

Meningkatkan kemahiran menjawab soalan Matematik bagi operasi


bahagi dengan membina sifir berbantukan Papan Bijak.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas murid murid Tahun 3 pada tahun 2004 [ kini Tahun 4
2005 ].
Seramai 6 orang murid telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Mereka
dipilih berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan pada bulan
Januari 2004. Pada ujian tersebut, kesemua murid ini telah mendapat E bagi kertas
subjek Matematik.
Jika dinilai secara fizikal, kesemua 6 orang murid ini adalah murid yang aktif.
Berdasarkan kepada 'badan cergas, minda cerdas', saya percaya yang kesemua murid ini
adalah murid yang berpotensi untuk lulus. Murid ini harus dibimbing bagi menyerlahkan
potensi sebenar mereka.

5.0

METODOLOGI KAJIAN

5.1

Tinjauan Masalah

Pelbagai kaedah digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan masalah yang dikaji.
Antara yang dijalankan termasuklah :
5.1.1

Pemerhatian di dalam kelas

Dijalankan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid diminta untuk
menjawab secara lisan dan secara bertulis di papan tulis.
5.1.2

Kaedah temu bual dan soal selidik

Dijalankan sewaktu rehat di mana murid diminta untuk berjumpa dengan saya untuk
ditemu bual secara individu. Borang soal selidik digunakan bagi memudahkan murid
menjalani soal selidik ini dengan lancar.
5.1.3

Ujian pra dan pasca

Dijalankan sesudah ujian diagnostik. Murid diminta menjawab soalan ujian pra.
Kemudian keputusan murid direkodkan. Murid diajar berbantukan Papan Bijak dan
dijalankan ujian pasca. Markah murid juga direkodkan.
5.1.4

Menjawab soalan berkemahiran / aras tinggi

Setelah ujian pasca dijalankan, beberapa ujian pemantapan dijalankan bagi meningkatkan
kecekapan menjawab murid berbantukan Papan Bijak. Kemudian, soalan berkemahiran /
aras yang lebih tinggi diberikan kepada murid. Markah direkodkan.

5.2

Analisis Tinjauan Masalah

Berikut adalah hasil keputusan ujian pra :


Responden

Tambah

2/10

1/10

3/10

2/10

2/10

1/10

Tolak

2/10

2/10

2/10

3/10

1/10

1/10

Darab

2/10

0/10

2/10

2/10

3/10

0/10

Bahagi

0/10

0/10

1/10

3/10

0/10

0/10

Jumlah

6/40

3/40

8/40

10/40 6/40

2/40

Peratus

15

8.5

20

25 %

5%

/
Kemahiran

Gred

5.3

15
%

Tindakan Yang Dijalankan


5.3.1 Sebanyak 3 aktiviti telah dijalankan bagi memberi murid pemahaman,
serta kecekapan dalam menjawab soalan subjek Matematik, iaitu :
5.3.1.1
5.3.1.2
5.3.1.2

Mengajar 6 orang responden kemahiran tambah tanpa dan dengan


mengumpul semula menggunakan Papan Bijak .
Mengajar 6 orang responden kemahiran tolak tanpa dan dengan
mengumpul semula menggunakan Papan Bijak.
Mengajar 6 orang respondan kemahiran membina sifir bagi
operasi darab dan bahagi.

5.3.2 Bahan yang digunakan dalam ketiga-tiga aktiviti di atas ialah :


5.3.2.1
5.3.2.2

Bahan bantu mengajar Papan Bijak versi guru.


Bahan bantu belajar Papan Bijak versi murid.

5.3.3 Instrumen dan langkah langkah pemerhatian yang dilakukan dalam


mengenal pasti keberkesanan aktiviti aktiviti yang dijalankan :
5.3.3.1
5.3.3.2
5.3.3.3
5.3.3.4

5.4

Mengajar 6 orang responden ini kemahiran tambah, tolak, darab


dan bahagi dengan menggunakan Papan Bijak versi guru.
6 orang responden ini menggunakan Papan Bijak versi murid bagi
menjawab soalan Matematik.
6 orang responden ini menggunakan Papan Bijak versi murid bagi
menjawab soalan Matematik yang mempunyai aras yang lebih
tinggi.
Setiap kertas soalan yang dijawab oleh 6 orang respondan
disemak oleh saya dan direkodkan.

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian


5.4.1 Mengajar 6 orang responden kemahiran tambah tanpa kumpul semula
dan dengan kumpul semula menggunakan Papan Bijak.
5.4.2 Mengajar 6 orang responden kemahiran tolak tanpa kumpul semula dan
dengan kumpul semula menggunakan Papan Bijak.
5.4.3 Mengajar 6 orang responden kemahiran membina sifir bagi operasi darab
dan bahagi menggunakan Papan Bijak.

5.5

Refleksi Kajian

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid


Ujian pasca bagi setiap kemahiran telah dibuat. Berikut adalah keputusan ujian
pasca oleh 6 orang responden setelah beberapa aktiviti dijalankan bagi
meningkatkan kecekapan menjawab soalan Matematik.

Responden

Tambah

6/10

8/10

Tolak

6/10

Darab

10/10 10/10

5/10

5/10

8/10

10/10

8/10

8/10

5/10

5/10

6/10

9/10

7/10

4/10

6/10

Bahagi

4/10

4/10

9/10

5/10

4/10

6/10

Jumlah

19/40

26/40

38/40 30/40

21/40

22/40

Peratus

48 %

65 %

95 %

75 %

53 %

55 %

Gred

/
Kemahiran

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti Yang Dijalankan


Secara keseluruhannya, ketiga tiga aktiviti di atas dijalankan bagi membantu
memupuk minat mereka dalam subjek Matematik. Responden menjawab soalan
soalan Matematik pada aras yang paling minima. Bila mereka menjawab, mereka
dapat merasakan 'nikmat' lulus bagi subjek Matematik.
6.0

INTRUMEN KAJIAN

Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah :


[i]
Papan Bijak versi guru
[ ii ] Papan Bijak versi murid
[ iii ] Kertas ujian diagnostik
[ iv ] Kertas ujian pra
[ v ] Kertas ujian pasca
[ vi ] Kertas latihan pengukuhan
6.1

Papan Bijak versi guru

Papan Bijak versi guru adalah sejenis alat yang digunakan oleh guru untuk mengajar
murid lemah ini di dalam kelas. Ia merupakan alat tiga dimensi yang boleh dilihat dari
jauh, mudah dibawa oleh guru dan praktikal.

6.2

Papan Bijak versi murid

Papan Bijak versi murid adalah alatan yang digunakan oleh murid ketika belajar /
mendapat pengajaran dari guru di dalam kelas. Ia merupakan alat 2 dimensi yang
digunakan secara individu. Ia hanyalah petak seratus yang dilaminat.

10

0
10
20
30
40
50
60
70
80
90

1
11
21
31
41
51
61
71
81
91

2
12
22
32
42
52
62
72
82
92

3
13
23
33
43
53
63
73
83
93

4
14
24
34
44
54
64
74
84
94

5
15
25
35
45
55
65
75
85
95

6
16
26
36
46
56
66
76
86
96

7
17
27
37
47
57
67
77
87
97

8
18
28
38
48
58
68
78
88
98

9
19
29
39
49
59
69
79
89
99

6.2

Kertas Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik digunakan bagi mengesan kelemahan murid secara keseluruhan. Ujian
ini dijalankan terhadap semua murid tahun 3. Dari ujian ini didapati terdapat 6 orang
murid lemah dari keseluruhan kelas. 6 orang murid lemah ini dipilih sebagai respondan
kajian.
6.3

Kertas ujian pra

Kertas ujian pra diberikan kepada 6 orang respondan meliputi kemahiran asas seperti :
6.4.1
6.4.2
6.4.3
6.4.4
6.4.5
6.4.6
6.4.7
6.4

Tambah tanpa mengumpul semula.


Tambah dengan mengumpul semula.
Tolak tanpa mengumpul semula.
Tolak dengan mengumpul semula.
Darab tanpa mengumpul semula.
Darab dengan mengumpul semula.
Bahagi

Kertas ujian pasca

Kertas ujian pasca adalah kertas ujian yang diberikan kepada respondan setelah
pengajaran semula berbantukan Papan Bijak dilaksanakan. Kertas ujian pasca ini
merangkumi kemahiran yang tidak dikuasai oleh murid iaitu :
6.5.1
6.5.2
6.5.3

Tambah dengan mengumpul semula.


Tolak dengan mengumpul semula.
Membina sifir bagi darab dan bahagi.

Kertas ujian pasca ini merupakan kertas ujian yang mengandungi soalan yang hampir
sama dengan ujian pra.
6.5

Kertas latihan pengukuhan

Kertas latihan ini adalah kertas ujian yang diberikan kepada respondan bagi
mengukuhkan penguasaan mereka terhadap kemahiran asas ini. Kertas latihan ini
merangkumi soalan yang mempunyai aras yang lebih tinggi.
7.0

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

7.1
Mengajar 6 orang respondan kemahiran tambah dengan mengumpul semula
menggunakan Papan Bijak.
7.1.1
7.1.2
7.1.3
7.1.4
7.2

Mengajar 6 orang respondan kemahiran tolak dengan mengumpul semula


menggunakan Papan Bijak.
7.2.1
7.2.2
7.2.3
7.2.4

7.3

Menerangkan kepada murid bahawa apabila menjalankan aktiviti


tambah, hasil yang didapati mestilah semakin bertambah / besar.
Kata kunci bagi Papan Bijak ialah untuk sa bergerak ke kanan dan
puluh bergerak ke bawah.
Ujian dijalankan.
Objektif tercapai dan murid mendapat pemahaman yang bernilai.

Menerangkan kepada murid bahawa apabila menjalankan aktiviti tolak,


hasil yang didapati mestilah semakin berkurang / kecil.
Kata kunci bagi Papan Bijak ialah sa bergerak ke kiri dan puluh
bergerak ke atas.
Ujian dijalankan.
Objektif tercapai dan murid mendapat pemahaman yang bernilai.

Mengajar 6 orang respondan untuk membina sifir bagi kemahiran darab dan
bahagi berbantukan Papan Bijak.
7.3.1
7.3.2
7.3.3
7.3.4

Menerangkan kepada murid bahawa darab adalah operasi tambah


yang berulang.
Murid diminta mengira dua dua sekiranya ingin membina sifir dua, tiga
tiga bagi membina sifir tiga, empat empat bagi membina sifir empat
dan seterusnya.
Ujian dijalankan.
Objektif tercapai bagi membina sifir untuk darab dan bahagi. Murid
mendapat pemahaman yang bernilai.

10

8.0
8.1
8.2
8.3
8.4

9.0
9.1

INOVASI YANG DIKEMUKAKAN


Murid lemah tidak perlu dibebankan dengan menghafal sifir.
Semua murid boleh berjaya dan cekap dalam Matematik sekiranya teknik
yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan.
Papan Bijak adalah satu alat yang boleh membantu dalam menyelesaikan
masalah penguasaan kemahiran asas.
Guru harus kreatif dalam memanipulasi bahan bagi mewujudkan suasana
pembelajaran yang berkesan dan memberi pemahaman bernilai kepada murid.
PENGANALISAAN DAPATAN KAJIAN
Berikut adalah hasil keputusan ujian pra :
Responden /

Tambah

2/10

1/10

3/10

2/10

2/10

1/10

Tolak

2/10

2/10

2/10

3/10

1/10

1/10

Darab

2/10

0/10

2/10

2/10

3/10

0/10

Bahagi

0/10

0/10

1/10

3/10

0/10

0/10

Jumlah

6/40

3/40

8/40

10/40

6/40

2/40

Peratus

15 %

8.5 %

20 %

25 %

15 %

5%

Gred

Kemahiran

11

9.2

Berikut adalah hasil keputusan ujian pasca :


Responden /

Tambah

6/10

8/10

10/10

10/10

5/10

5/10

Tolak

6/10

8/10

10/10

8/10

8/10

5/10

Darab

5/10

6/10

9/10

7/10

4/10

6/10

Bahagi

4/10

4/10

9/10

5/10

4/10

6/10

Jumlah

19/40

26/40

38/40

30/40

21/40

22/40

Peratus

48 %

65 %

95 %

75 %

53 %

55 %

Gred

Kemahiran

10.0

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Memandangkan kajian tindakan yang dijalankan berbantukan Papan Bijak telah


mencapai objektif sepenuhnya serta memberi pemahaman berkesan kepada murid, maka
dengan ini adalah dicadangkan agar 6 orang responden ini diteruskan kajian terhadap
mereka dengan meliputi tajuk tajuk yang lebih sukar seperti pecahan dan perpuluhan
berbantukan bahan.
11.0

RUJUKAN
11.1 Kertas laporan kajian tindakan sekolah sekolah daerah Segamat.
11.2 Kertas laporan kajian tindakan sekolah sekolah negeri Johor.
11.3 Jurulatih jurulatih Kajian Tindakan daerah Segamat

12