Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN
Fiqh ertinya faham atau tahu. Menurut istilah yang digunakan para ahli Fiqh
(fuqaha). Fiqh itu ialah ilmu yang menerangkan hukum-hukum syariat Islam yang
diambil dari dalil-dalilnya yang terperinci. Menurut Hasan Ahmad Al-Khatib: Fiqhul
Islami ialah sekumpulan hukum syara, yang sudah dibukukan dalam berbagai
madzhab, baik dari madzhab yang empat atau dari madzhab lainnya, dan yang
dinukilkan dari fatwa-fatwa sahabat thabiin, dari fuqaha yang tujuh di Makkah, di
Madinah, di Syam, di Mesir, di Iraq, di Bashrah dan sebagainya. Fuqaha yang tujuh
itu ialah Said Musayyab, Abu Bakar bin Abdurrahman, Urwah bin Zubair, Sulaiman
Yasar, Al-Qasim bin Muhammad, Charijah bin Zaid, dan Ubaidillah Abdillah.
Dilihat dari segi ilmu pengetahuan yangg berkembang dalam kalangan
ulama

Islam,

fiqh

itu

ialah

ilmu

pengetahuan

yang

membicarakan

/membahas/memuat hukum-hukum Islam yang bersumber bersumber pada AlQuran, Sunnah dalil-dalil Syari yang lain; setelah diformulasikan oleh para ulama
dengan mempergunakan kaedah-kaedah Ushul Fiqh. Dengan demikian bererti
bahawa fiqh itu merupakan formulasi dari Al-Quran dan Sunnah yang berbentuk
hukum amaliyah yang akan diamalkan oleh ummatnya. Hukum itu berbentuk
amaliyah yang akan diamalkan oleh setiap mukallaf (Mukallaf ertinya orang yang
sudah dibebani/diberi tanggungjawab melaksanakan ajaran syariat Islam dengan
tanda-tanda seperti baligh, berakal, sedar, sudah masuk Islam).
Hukum yang diatur dalam fiqh Islam itu terdiri dari hukum wajib, sunat,
mubah, makruh dan haram; di samping itu ada pula dalam bentuk yang lain seperti
sah, batal, benar, salah, berpahala, berdosa dan sebagainya.

PEMBAHAGIAN HUKUM FIQH


Ibadat
Ibadah artinya pengabdian dan penyembahan seorang Muslim terhadap
Allah yang dilakukan dengan merendahkan diri serendah-rendahnya dan dengan
niat yang ikhlas menurut cara-cara yang ditentukan oleh agama.

Muamalat
Muamalat ialah peraturan agama untuk menjaga hak milik manusia dalam
tukar menukar barang atau seuatu yang memberi manfaat dengan cara yang
ditentukan agama agar tidak terdapat keterpaksaan dari salah satu pihak, penipuan,
pemalsuan, dan segala pendzaliman yang ada kaitannya dengan peredaran harta
dalam hidup bermasyarakat.
Munakahat
Munakahat ialah undang undang perkawinan atau akad yang menghalalkan
pergaulan antara seorang laki-laki dan perempuan yang bukan mahramnya untuk
mendapatkan kebahagiaan rumah tangga dan menyelesaikan pertikaian yang
mungkin terjadi antara keduanya. Pada dasarnya pernikahan itu diperintahkan oleh
agama sesuai dengan ayat dibawah ini: Maka kawinilah wanita-wanita yang kamu
senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil
maka kawinilah satu saja (an-Nisa 3)
Jinayat
Jinayat ialah perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama dan dapat
menimbulkan hukuman demi untuk menjaga harta, jiwa serta hak azasi manusia.
Keseluruhan hukum yang disebutkan di atas tidak hanya mengandungi
makna keduniaan, tetapi juga mengandungi makna keakhiratan. Hal ini bermaksud,
nilai dari sesuatu hukum tidak hanya berkait dengan hukum di dunia ini, tetapi juga
hukum ukhrawi, kerana Islam tidak memisahkan antara dunia dan akhirat, walaupun
keduanya mampu dibezakan. Namun dalam perbincangan ini, kami memfokuskan
kepada muamalah dalam aspek perbankan Islam.

2.0 KONSEP PERBANKAN ISLAM


Perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh
muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di
dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undangundang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama
mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang

tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam
merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad). Anatar
produk-produk dalam perbankan Islam ialah :
1. Wadiah (simpanan)
Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai
amanah. Di dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset
lain sebagai simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang
disimpan oleh pelanggannya. Modus Operandi Wadiah :1. Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan
dipulangkan kepada anda.
2.

Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.

3. Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan


membayar hibah (hadiah) jika perlu.
4. Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit,
khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit.
2. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak,
iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi
pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada
jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah
perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan
dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara: antara bank (sebagai pengusaha)
dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha.
Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal. Pelaksanaan
Mudharabah :1. Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju dengan terma
dalam perjanjian Mudarabah.
2. Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang dipersetujui.
3. Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.
4. Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank berdasarkan nisbah
perkongsian untung yang telah dipersetujui.
5. Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai
aset/ pelaburan dan seterusnya amaun dana yang telah anda laburkan di
bank.
3

3. Bai Bithaman Ajil BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)


Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada
pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan
yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran. Cara
pelaksanaan Bai Bithaman Ajil :1. Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.
2. Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli
aset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.
3. Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.
4. Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.
5. Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada
anda pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.
6. Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh
yang telah dipersetujui.
4. Musyarakah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada
perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah
yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan
yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi
berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.
5. Ijarah Thumma Bai (Sewa beli)
Ijarah Thumma Bai lazimnya digunakan dalam membiayai barangan
pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan
yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/ penyewaan) dan kontrak Bai (jual beli).
Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang
betul.
6. Wakalah (Agensi)
Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain
bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas
khusus. Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas
perkhidmatannya.

7. Qard (Kontrak hutang)


Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas
semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang
sebenar sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih
berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda
penghargaan kepada pemberi pinjaman.
Perbezaan antara sistem perbankan konvensional dengan sistem perbankan
Islam ialah :SISTEM PERBANKAN

SISTEM PERBANKAN ISLAM

KONVENSIONAL
1.

Dasar perniagaan

1.

Dasar perniagaan

Berlandaskan pemberian faedah (riba) Mengharamkan pemberian faedah atau


dalam hamper semua transaksi, baik riba
dalam pinjaman , overdraf, pajakan,
sewa beli, simpanan dan kad kredit.

Mengikut prinsip dan syariah islam serta


mengamalkan

konsep

perkongsian

untung dan rugi bersama


2.

Peraturan dan undang-undang

2.

Peraturan dan undang-undang

Menjalankan urusannya mengikut Akta

Menjalankan

urusan

Perbankan dan Institusi kewangan 1989.

Perbankan 1983.

mengikut

Akta

Akta ini member kuasa kepada bank


Negara Malaysia untuk mengawal selia
dan memantau urusan perbankan islam
supaya

tidak

bertentangan

dengan

syariah Islam.
3.

Pelaburan

3.

Member

kebebasan

pelaburan

untuk

keuntungan

dan

Pelaburan

melakukan Semua

pelaburan

adalah

bebas

memaksimumkan dariunsur ketidakpastian (gharar). Setiap


tidak

dengan undang-undang

bercanggah pelaburan adalah mengikut hokum islam


dan

dipastikan

tidak

terlibat

dalam

aktiviti yang telah diharamkan seperti

perjudian, spekulasi, jualan minuman


keras,

makanan

tiak

halal,

dan

sebagainya.
4.

Penasihat

4.

Penasihat

Terdiri daripada mereka yang pakar Terdiri daripada ulama, ahli akademik,
dalam urusan perbankan sahaja bagi dan pakar perbankan Islam. Mereka
memastikan bank mencapai keuntungan merupakan ahli Majlis Penasihat Syariah
maksimum

Sepusat

yang

mengawal

selia

ditubuhkan
dan

untuk

memastikan

perjalanan operasi institusi perbankan


Islam adalah konsisten serta sentiasa
mengikut hokum syarak.

3.0 ISU-ISU DALAM PERBANKAN ISLAM


ISU : GHARAR DALAM PRODUK BAY BITHAMAN AL-AJIL (BBA) DALAM
PEMBIAYAAN RUMAH.
BBA adalah bermaksud jualan dengan harga tangguh secara bayaran
ansuran. Pelanggan yang bermuamalat dengan Bank akan terikat dengan satu
perjanjian atau aqad jual beli di mana pihak bank akan membeli sesuatu harta dan
kemudiannya pihak bank akan menjual harta tersebut kepada pelanggan dengan
harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Pihak pelanggan akan membayar
harga harta tersebut secara ansuran selama mana mengikut terma yang
dipersetujui. Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 275 :


Maksudnya : Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri
betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyunghayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".
padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya
lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah
kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Dalam ayat ini, Allah telah mengahalalkan jual beli dan mengaharamkan
riba. Syarat BBA telah mengahramkan riba dalam jual beli. Pihak bank telah
mengunakan konsepp untung rugi dalam proses jual bei. Namun terdapat isu yang
timbul dalam perjanjian ini. Dianggarkan ramai pembeli rumah yang menjadi
mangsa projek perumahan terbengkalai telah mendapat pembiayaan daripada
institusi yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam melalui pembiayaan
perumahan al-Bai' Bithaman Ajil. Malangnya ramai pembeli yang menggunakan
pembiayaan tersebut tidak tahu akan hak mereka sebagai pembeli rumah dan
secara langsung tidak jelas akan pelaksanaannya (Utusan Malaysia, 30 Jun 2006).
Antara isu yang tmbul ialah :
1. Apakah peranan perbankan Islam apabila hartanah yang terlibat itu menjadi
terbengkalai?
2. Apakah pihak perbankan Islam bertanggungjawab sepenuhnya?

3. Adakah BBA itu menepati undang-undang Islam yang menekankan


keadilan, menjauhi gharar dan riba?
BBA tidak memberi perlindungan yang sewajarnya kepada para pembeli
peminjam. Terdapat banyak kes yang membuktikan perkara ini. Sekiranya projek
perumahan terbengkalai, pihak perbankan Islam tidak bertanggungjawab untuk
memulihkan projek tersebut, sedangkan di dalam perjanjian

secara jelas, bank

telah menjadi penjual. Penjual perlu bertanggungjawab bagi memastikan unit rumah
yang telah dibeli oleh pembeli peminjam dapat disiapkan sepenuhnya. Apa yang
jelas, sekiranya pembeli peminjam gagal untuk melunaskan ansuran bulanan, bank
akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pembeli peminjam mungkir itu
termasuk membankrap pembeli itu. Persoalannya adalah berikut: adakah ini adil?
Menurut undang-undang Islam sesuatu transaksi itu mestilah adil, tidak berunsur
riba dan tidak melibatkan gharar.
Di dalam BBA terdapat unsur gharar yang dilarang oleh Islam. Gharar di sini
bermaksud ketidakpastian tentang kewujudan sesuatu perkara yang telah
dipersetujui. Perkara penting dalam sesuatu jual beli rumah adalah unit-unit rumah
yang siap sepenuhnya dan sedia diduduki serta boleh didaftarkan ke atas nama
pembeli. Di dalam projek perumahan terbengkalai, jelas unit-unit rumah tidak dapat
disiapkan oleh penjual (vendor) iaitu Perbankan Islam. Namun perbankan Islam
meminta para pembeli peminjam tetap membayar ansuran bulanan yang telah
ditetapkan. Bukankah ini merupakan suatu contoh gharar. Sepatutnya, perbankan
Islam perlu memastikan unit-unit rumah itu dapat disiapkan sepenuhnya sebelum
meminta pembeli peminjam membuat bayaran bulanan. Maksud siap sepenuhnya
itu adalah rumah itu siap menurut kehendak undang-undang Akta Bangunan
Seragam 1984, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, memperoleh Sijil Layak
Menduduki atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC), bangunan itu sedia untuk
diduduki dan hakmilik hartanah itu boleh didaftarkan ke atas nama pembeli.
Bagi mengelakkan daripada terjatuh dalam praktis gharar, penulis
berpendapat, perbankan perlu melibatkan diri dalam projek perumahan yang telah
siap sepenuhnya. Bukan separuh siap. Sekiranya, perbankan Islam masih lagi
mahu meneruskan praktis melibatkan projek perumahan yang masih belum siap
sepenuhnya, terma-terma di dalam BBA perlu meletakkan tanggungjawab ke atas
Perbankan Islam selaku pemilik rumah itu untuk memulihkan projek itu sekiranya
projek tersebut menjadi terbengkalai, bukan menuding jari menyalahkan pembeli
rumah. Secara alternatif, sekiranya projek itu gagal untuk dipulihkan, perbankan
8

Islam perlu sedia untuk memulangkan kembali segala wang yang telah dibayar
pembeli. Secara tidak langsung ini memberi keadilan kepada para pembeli dan
meletakkan kedudukan di mana Perbankan Islam adalah suatu sistem perbankan
yang boleh dipercayai dan adil.

ISU : PINJAMAN WANG MELALUI PERBANKAN ISLAM

Pada masa kini, mata wang merupakan satu alat yang sangat penting dalam
kehidupan seharian. Wang dan ekonomi tidak dapat dipisahkan lagi dek perubahan
dan perkembangan teknologi pesat yang melibatkan seluruh dunia. Wang secara
amnya ialah merujuk kepada apa sahaja yang diterima umum sebagai alat
pertukaran barangan atau sebagai alat bayaran tertanguh dan untuk diterima
umum. Selain itu, wang mestilah mempunyai nilai yang stabil dan kuasa beli yang
tetap untuk memberi keyakinan kepada orang ramai. Pada hari ini, keperluan
manusia semakin meningkat mengikut pembangunan semasa yang mana
kediaman, kenderaan, perniagaan dan lain-lain lagi sangat diperlukan. Bagi
memenuhi keperluan ini, perkara utama yang perlu dilihat ialah kekuatan kewangan
yang ada pada seseorang. Realitinya kebanyakan orang tidak memiliki wang yang
mencukupi bagi mendapatkan keperluan-keperluan tersebut. Oleh itu, pihak bank
menyediakan perkhidmatan pinjaman kewangan bagi membolehkan keperluan tadi
dipenuhi oleh orang ramai.
Namun begitu, ramai yang terkeliru apabila menyebut pinjaman secara Islam
dengan merujuk kepada produk-produk yang ditawarkan oleh bank-bank Islam.
Hakikatnya, mereka semua silap, kerana produk bank Islam yang berasaskan
pinjaman hampir tiada. Ini adalah kerana sesebuah 'pinjaman' Islam tidak boleh
sama sekali dijadikan sebagai medium untuk meraih sebarang keuntungan.
Pinjaman tidak lain hanya satu jenis kontrak belas ihsan, untuk menolong mereka
yang susah secara percuma sahaja. Hasil dari itu, Allah swt menjanjikan mereka
yang memberikan pinjaman tanpa sebarang caj dengan gandaan pahala sebanyak
18 kali ganda.
Oleh kerana sifat dan fungsi sebuah bank berbeza dengan sebuah syarikat
jualan biasa, pihak bank cuba mengadaptasikan beberapa konsep akad jual beli
bagi menyesuaikannya dengan sifat sebuah bank di zaman moden ini. Sebuah bank
pada asasnya berfungsi sebagai pemberi pinjaman, itu adalah dalam konteks
9

sebuah bank riba, maka fungsi itu terpaksa ditukar kepada bank Islam sebagai
pembiaya yang juga bersifat sebagai 'trader', iaitu penjual dan pembeli.
Untuk mengubah sifat asal fungsi sebuah bank dari pemberi pinjam kepada
pembiaya dan penjual serta pembeli, bank Islam menghadapi banyak cabaran
berdasarkan undang-undang setempat. Adakalanya halangan undang-undang
setempat boleh menjadikan sebuah bank Islam gagal untuk berfungsi secara
seratus peratus menepati Shariah. Bukan kerana mereka sengaja untuk ingkar dan
culas, tetapi terpaksa tunduk dek undang-undang setempat yang enggan diubah
oleh pembuat undang-undang. Usaha mendesak masih berterusan tetapi tentunya
tidak wajar diletakkan ancaman dan kecaman kepada bank-bank Islam. Jika ingin
mengecam, pastinya anda faham siapa yang patut ditujukan kecaman.
Antara salah satu cara yang cuba diguna pakai oleh sebuah bank Islam bagi
menjalankan

fungsinya

memperkenalkan

sebagai

konsep

pembiaya

jualan

secara

dan

juga trader

Murabahah.

ialah

Bagi

dengan

mengadun

kontrak Murabahah agar ia dapat disesuaikan dengan peranan asas sebuah bank
iaitu sebagai pembiaya, financier atau orang tengah(intermediaries) yang pada
hakikatnya tetapi ingin bertransaksi seperti syarikat peniaga (trader), beberapa jenis
pengadunan kontrak Murabahah telah dibuat bagi tujuan itu. Ia seperti berikut :
i.

Produk pembiyaan aset atau modal (Financing): Murabahah antara tiga


pihak (Tri-partied Murabahah )

ii.

Produk Perbendaharaan (treasury) : Komoditi Murabahah

iii.

Produk pasaran modal (capital market) : Terbitan Sukuk Murabahah

Demikian merupakan tiga contoh produk utama yang menggunakan


konsep Murabahah dalam tiga sektor utama perbankan. Salah satunya ialah
Murabahah Lil Amir Bishira yang didefinisikan sebagai jualan Murabahah bagi
individu yang berjanji untuk membeli atau Murabahah to the purchase orderer, ia
adalah satu bentuk permintaan satu pihak (pelanggan) kepada satu pihak lain yang
mempunyai wang (bank) untuk membeli satu satu aset yang diingini pelanggan
dengan pihak pelanggan berjanji akan membelinya dari pihak yang pembeli awal
(bank) dengan harga yang lebih tinggi dari pembelian pertama. Contoh pembiayaan
aset seperti kereta, rumah, kapal terbang, alatan mesin untuk kegunaan kilang,
bangunan, tanah, hak cipta, hak pemilikan saham dan lain-lain aset yang
bersifat tangible dan intangible.

10

Majoriti ulama mengharuskan pembelian dalam bentuk ini dengan beberapa


syarat

yang

mesti

dijaga.

Selain

syarat-syarat Murabahah yang

biasa,

kontrak Murabahah antara tiga pihak ini punyai beberapa syarat tambahanyang
mana tanpanya jual beli ini dikira batal dan haram.
1. Jualan ini apabila berlaku ke atas satu aset, diwajibkan pihak pembeli (bank)
untuk memiliknya dengan pemilikan sah menurut hukum syarak. Selagi
mana pihak yang diminta (bank) menanggung tanggungjawab dan risiko jika
aset rosak sebelum dijual (serahan) kepada pelanggan.
2. Janji yang diberikan oleh peminta (pelanggan) kepada yang diminta ( bank),
janji ini bersifat mengikat (mulzim) ke atas yang memberi janji dari sudut
agama kecuali jika terdapat keuzuran sebenar
3. Kedua pihak saling berjanji iaitu janji yang diberikan oleh kedua-dua belah
pihak (pihak peminta janji akan beli dan yang diminta janji akan jual), ia
adalah harus dengan syarat kedua pihak bebas dan boleh memilih (sama
ada untuk meneruskan atau membatalkan), jika kedua belah pihak terikat
dan tidak boleh membatalkan janji mereka, tatkala itu janji kedua belah pihak
menjadi tidak harus (kontrak batal dan haram), kerana saling berjanji untuk
membeli dan menjual adalah sama seperti kontrak jual beli, yang ketika itu
memerlukan penjual telah memiliki aset, agar mereka tidak jatuh ke dalam
larangan menjual sesuatu sebelum memilikinya.
Kesimpulannya, jual beli secara murabahah ini boleh dan halal dilaksanakan
oleh bank-bank Islam dengan syarat-syarat khusus yang disebutkan. Maka di sini
dapat dilihat dengan jelas bahawasanya, sekalipun sistem ini berasaskan
konvensional yang dicipta oleh yahudi, namum cendikiawan islam meletakkan garis
panduan bagi mengislamisasikan sistem yang telah pun menguasai seluruh dunia
ini.

ISU : RIBA DALAM PERBANKAN ISLAM?


Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang berlandaskan undangundang Islam atau juga dikenali sebagai undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip
asas yang menguasai perbankan Islam ialah saling berkongsi risiko dan keuntungan
antara kedua-dua pihak, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga yang
dijalankan itu adalah berdasarkan aktiviti perniagaan atau aset asas.
11

Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang


menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan, menjana perniagaan dan
perdagangan serta menghasilkan pembangunan kemasyarakatan atau manfaat.
Aktiviti yang melibatkan faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif
(gharar) adalah dilarang.
Perbezaan antara perbankan Islam dan konvensional dapat dilihat daripada
aspek konsep perbankan dan operasinya. Antara perbezaan tersebut ialah:1. Pertama : Dalam perbankan Islam, segala aktiviti adalah berdasarkan
system muamalat Islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta
pandangan para ulama. Manakala di perbankan konvensional, aktivitinya
bersumberkan kepada sistem ekonomi riba. Perbezaan ini dapat dilihat
secara jelas dengan penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah di
kebanyakan bank yang menawarkan perkhidmatan sistem perbankan Islam.
Keahlian Jawatankuasa Syariah ini terdiri daripada ulama dan pakar-pakar
kewangan Islam. Mereka berperanan untuk memastikan sistem yang
dilaksanakan selari dengan syariat Islam.
2. Kedua : Perbankan Islam menjalankan konsep jual-beli dalam mendapatkan
keuntungan, yang mana keuntungan tersebut adalah hasil dari perniagaan
jual-beli yang dijalankan. Manakala perbankan konvensional adalah dengan
menggunakan konsep pinjaman atau hutang secara konvensional dalam
menjalankan perniagaan mereka. Hasilnya, mereka mendapat riba atau
tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman yang diberikan dan sumbersumber lain yang diharamkan oleh syarak.
3. Ketiga : Antara aktiviti-aktiviti perbankan Islam yang berlandaskan kontrakkontrak perniagaan yang dibenarkan yang dibenarkan oleh Islam adalah
seperti Al-Mudharabah, Al-Musyarakah, Al-Bai bi al-Tsaman, Al-Ijarah dan
banyak lagi. Di mana kontrak-kontrak perniagaan ini adalah berperanan
sebagai pilihan kepada sistem pinjaman riba yang dijalankan di bank-bank
konvensional. Tambahan lagi, kontrak ini telah disahkan halal oleh Badan
Pemantauan Syariah Bank Negara Malaysia dan Badan Pemantauan
Syariah di bank-bank Islam berkenaan sebelum produk-produk tersebut di
pasarkan.
4. Keempat : Dari sudut hubungan dengan para pelanggan, bank konvensional
hanya terhad kepada hubungan antara penghutang dan pemiutang sahaja.
Namun dalam perbankan Islam, hubungan dengan para pelanggan adalah di
antara penjual dan pembeli, serta bertindak selaku pengurus projek ataupun
12

ahli kewangan yang bergiat di dalam pengumpulan wang atau amanah yang
berdasarkan kepada perkongsisan atau rugi.
5. Kelima : Selain menjalankan aktiviti perniagaan dan menunaikan zakat,
menjadi tanggungjawab kepada perbankan Islam melaksanakan programprogram kebajikan dan menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada
masyarakat. Ini telah dizahirkan melalui program-program seperti bantuan
kepada rumah-rumah kebajikan, keluarga miskin, anak-anak yatim, ibu
tunggal dan saudara baru. Di samping itu, sumbangan dan bantuan
kemanusiaan juga disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti
gempa bumi, banjir kilat dan tsunami. Ini semua adalah hasil daripada
keuntungan yang diperolehi melalui perniagaan yang dijalankan. Bagi
sesetengah kes pula, pihak bank sanggup menggugurkan tuntutan terhadap
baki hutang pelanggan yang telah ditimpa musibah sebagai contohnya
pelanggan yang mengalami masalah hilang upaya kekal atau meninggal
dunia.
Aspek lain yang membezakan di antara perbankan Islam dan perbankan
konvensional adalah melalui produk-produk yang dipasarkan. Antaranya ialah:1. Pertama : Dalam akaun simpanan biasa, perbankan Islam mengenengahkan
kontrak simpanan Wadiah, iaitu simpanan dengan jaminan. Bank sebagai
pemegang simpanan akan menggunakan wang tersebut bagi tujuan tertentu
dan menjamin simpanan wang yang diletakkan oleh pelanggan tanpa ada
penambahan atau pengurangan. Ini adalah kerana di dalam Islam janji
pulangan di dalam akaun simpanan ini adalah riba. Berbeza di dalam akaun
simpanan bank konvensional, setiap pemegang akaun dijanjikan pulangan
tertentu untuk simpanan yang dibuat. Akibatnya, pemegang akaun
simpanan, disogok dan dikaburi dengan pulangan riba pada setiap akaun
mereka.
2. Kedua : Dalam kontrak pelaburan, perbankan Islam menggunakan konsep
perkongsian keuntungan dan risiko yang sebenar dan tidak membebankan
kedua-dua pihak atau salah satu pihak. Sebagai contoh, dalam konsep AlMudharabah (pelaburan Islam), pelanggan sebagai pelabur dan bank
sebagai pengusaha berkongsi keuntungan ketika mendapat keuntungan,
manakala kerugian akan ditanggung oleh pelabur. Ini bertepatan dengan
kaedah feqah yang bermaksud setiap pulangan adalah dengan risiko.
Perkongsian untung dan risiko secara sebenar ini adalah adil dan tidak
membebankan mana-mana pihak yang terlibat. Berbeza dengan pelaburan
13

konvensional yang memberikan pulangan tetap dijanjikan diawal kontrak,


yang mana pelaburan ini tidak melibatkan perkongsian sebenar di antara
pihak terlibat. Pulangan tetap yang dijanjikan diawal kontrak pelaburan
adalah riba dan haram dalam Islam.
Apakah yang dimaksudkan dengan riba? Berikut merupakan penerangan
ringkas mengenai jenis-jenis riba yang berlegar dalam sistem muamalat terutama
perbankan konvensional. Antaranya adalah :Dibahagikan kepada dua iaitu :1. Riba Ad-Duyun (Muncul dari Hutang) : Iaitu kadar lebihan faedah (riba) yang
terhasil disebabkan tempoh. Ia pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu :

Riba al-Qardh : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang


lebih dari jumlah pinjaman pokok yangmana ianya telah disyaratkan
di awal kontrak pinjaman (loan contract), dikenakan oleh pemberi
pinjam kepada peminjam.

Riba al-Jahiliyyah : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan


lebih dari jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam
gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh
yang

telah

dipersetujui.

Akibatnya

si

pemberi

pinjam

akan

mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana minta tangguh


pembyaran hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang
ditetapkan.
2. Riba al-Buyu' (Muncul dari Jual Beli Barangan Ribawi) : Keterangannya :
Iaitu ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran dua item ribawi atau
pertukarannya di buat secara tangguh. Ia pula terbahagi kepada dua jenis
iaitu :

Riba An-Nasak : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item
Ribawi yang SAMA JENIS secara tangguh (tidak disempurnakan
dalam satu masa). Contohnya :- 5 gram emas di jual dengan harga
RM200; atau RM3,800 dijual dengan harga USD1,000 secara
tangguh. Riba akan muncul apabila transaksi di atas berlaku secara
tangguh. Dalam konteks semasa, Riba akan berlaku apabila wanita
masa kini membeli emas secara tangguh. Ia adalah termasuk di
dalam Riba An-Nasak.

Riba al-Fadhl : Iaitu berjual beli atau bertukar antara dua item Ribawi
yang SAMA JENIS dengan berbeza kadar berat (jika dijual secara
14

timbang) atau kuantitinya (jika dijual secara bilangan kuantiti).


Contohnya : Menukar 5 gram emas (jenis 916) dengan 6 gram emas
(jenis kualiti 750) : HARAM kerana sepatutnya kedua-duanya 5 gram.
Unsur-unsur riba yang terdapat dalam sistem perbankan secara amnya
adalah seperti berikut :1. Riba dalam pinjaman. Apabila seorang pelanggan datang ke sebuah Bank
Konvensional atau sebarang Institusi Kewangan yang tidak menawarkan
produk Islam; lalu ingin membuat pinjaman untuk :

Membeli kereta ( Car Loan )

Membeli rumah ( Home Loan )

Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )

Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )

Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )

Ketika itu, proses pinjam meminjam di antara kedua-dua pihak akan dibuat.
Sebagai contoh di Bank Konvensional hari ini, iaitu permintaan si pelanggan B,
Bank A memberi pinjaman RM 100,000 kepada pelanggan B, tetapi Bank
menetapkan bunga atau faedah atau interest sebanyak 8% daripada jumlah
pinjaman itu (RM 8,000) di bawah nama interest bagi membolehkan pelanggan
mendapat wang yang diperlukan. 8% itulah yang dinamakan riba ad-Duyun jenis alQard .
1. Riba dalam Akaun simpanan dan pelaburan. Ia berlaku apabila pelanggan
meletakkan wangnya di dalam akaun :

Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

2. Riba dalam Kad Kredit


3. Riba Dalam Insuran Konvensional
4. Riba yang berlaku dalam jual beli barang kemas (emas) dengan secara
ansuran
Di Malaysia, amalan perbankan Islam berjalan dengan baik di peringkat
perbincangan oleh Majlis Penasihat Shariah dan kelulusan sesuatu konsep dalam
produk perbankan itu, tetapi berlaku kebimbangan iaitu implementasi dan
pemantauan di kalangan pengamal perbankan. Ini adalah kerana tidak ramai
anatara mereka yang memahami, justeru, kesilapan boleh dan amat mudah boleh
berlaku akibat ketidakfahaman. Sebagai contoh, kesilapan dalam menerangkan
15

tentang sesuatu konsep Perbankan Islam kepada pelanggan. Kesilapan dalam tertib
atau aturan menandatangani kontrak, kesilapan dalam menggunakan aset yang
ingin ditransaksikan, iaitu apabila satu-satu aset digunakan untuk berpuluh-puluh
kali teransaksi BBA sebagai contoh dan banyak lagi yang sukar untuk difahami oleh
orang awam. Malah kebanyakan ahli perbankan Islam juga tidak memahaminya dan
ia memerlukan penerangan yang panjang.
Fakta terpenting yang perlu di fahami oleh adalah, sistem perbankan Islam
telah merubah perspektif hubungan antara pengguna atau penyimpan dengan bank.
Hubungan di antara pelanggan dan bank menurut bank konvensional adalah atas
kontrak pinjaman wang dengan bayaran faedah dikenakan atas jumlah pokok, ia
mestilah di bayar oleh peminjam kepada Bank. Manakala bank-bank Islam telah
menukar

habis

hubungan

tidak

sihat

itu

kepada

hubungan

perkongsian

(Musyarakah atau Mudarabah), atau penjual (Bank) dan pembeli (pelanggan).


Unsur komitmen yang lahir atas hubungan ini pastinya akan merangsang dan
memberi kesan prestasi yang memberangsang terhadap output perniagaan bank
Islam dan ekonomi masyarakat.
Prinsip perkongsian yang digunakan dalam produk-produk pembiayaan juga
dapat menawarkan kepada pelanggan jumlah untung hasil perkongisan dengan
bank Islam. Tambahan pula, apabila klien mengalami kerugian, pihak bank Islam
turut menanggung kerugian berdasarkan persetujuan perkongsian tersebut. Dalam
tatacara ini, pembiayaan dihubungkan kepada proses produksi dan pertukaran
bahan mentah dan aset. Seiringan dengan ini juga, bank islam turut menerapkan
nilai-nilai murni dan akhlak yang dipraktiskan secara langsung dan tidak langsung di
dalam proses membuat keputusan yang berkaitan pelanggan. Justeru itu,
perlaksanaan akhlak sebagai satu cabang Shariah yang penting berjaya dipatuhi.
Seperti yang dimaklumkan bahawa riba sememangnya di amalkan secara
berleluasa dalam perbankan konvensional, pinjaman Along dan juga dalam semua
institusi kewangan yang tidak mempunyai majlis penasihat Shariah. Setakat ini
mereka telah mengubah semua kontrak atau aqad yang digunakan agar riba dapat
dijauhi. Majlis penasihat Shariah di bank-bank ini berfungsi besar bagi memastikan
tanda halal' yang ada pada bank islam itu, benar atau tidak. Justeru, kesimpulan
ringkas yang boleh dibuat adalah, tiada Riba di perbankan Islam. Bagaimanapun,
riba masih boleh wujud secara senyap-senyap atau terangan di perbankan islam
jika majlis penasihat Shariah dan pegawai Shariah di bank lalai dari tugasan

16

mereka. Ataupun, ia boleh juga terjadi jika pihak pengurusan tidak peka dan
mengabaikan nasihat penasihat Shariah.
Kesimpulannya, perlaksanaan perbankan Islam dapat dijalankan dengan
sempurna sekiranya prinsip-prinsip shariah yang diadakan dapat dilaksanakan
dengan baik dan boleh mengelakkan amalan riba berlaku secara tanpa sedar.

4.0 RUJUKAN
Abd Latif Muda, R. A. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd.
Abd Latif Muda, R. A. (1997). Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn. Bhd.
Dr. Mustofa Al-Khin, D. M.-B.-S. (2011). Kitab Fikah Mazhab Syafie. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Finance, I. I. (2011). Pengenalan Kewangan Islam di Malaysia. Retrieved October 5,
2014, from Pengenalan Kewangan Islam di Malaysia Web site:
http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/mengenai-perbankanislam/pengenalan-kewangan-islam-di-malaysia
Info, I. F. (2011). Konsep Syariah dalam Perbankan Islam. Retrieved October 5,
2014, from Konsep Syariah dalam Perbankan Islam Web Site:
http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/mengenai-perbankanislam/konsep-syariah-dalam-perbankan-islam
Nazir. (2011, January 21). Perbandingan Sistem Perbankan Islam dan Konvesional.
Retrieved October 5, 2014, from Perbandingan Sistem Perbankan Islam dan
Konvesional Web site:
http://masjidbatubelah.blogspot.com/2011/01/perbandingan-sistemperbankan-islam-dan.html
Rahman, Z. A. (2006, December 14). Riba Masih dalam Perbankan Islam?
Retrieved October 5, 2014, from Riba Masih dalam Perbankan Islam? Web
site: http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/216-riba-di-perbankan-islam-interview-majalah-cermin-dis-2006.html#
17

Dirujuk pada 27 September 2014 di laman http://rowiyah.blogspot.com/2010/03/apaitu-wang.html


Dirujuk pada 27 September 2014 di laman http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isupilihan/829-fahamilah--tiada-pinjaman-secara-islam-di-bank-islam.html

5.0 REFLEKSI
MUHAMMAD FAIEZZULLAH BIN SHAARI
(910816 10 5669)
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah kepada saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah Pengajian Fiqh, Ustaz Zuku b. Md Hashim diatas tunjuk ajar dan
bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini.
Setelah diberi taklimat untuk tugasan ini, kami mendapat tajuk tajuk
perbankan Islam. Saya kira tajuk ini adalah tajuk yang cukup luas. saya
membahagikan tajuk tugasan kumpulan supaya ahli kumpulan bersedia mencari
bahan masing-masing. Pelbagai sumber bahan dan rujukan saya cari untuk
menyediakan tugasan yang diberi. Maklumat yang banayk diperoleh kebanayakn
dari suber internet disebabkan tajuk muamalat perbankan Islam adalah tajuk
kontemporari. Ia sentiasa berubah mengikut keadan ekonomi selagi tidak
melanggar dasar yang ditetapkan oleh para ulamak.
Kelebihan tugasan ini membuatkan saya perlu banayk membaca kerana sya
tiada pengetahuan dalam bab ekonomi. Jadi pelbagai istilah baru yang saya jumpa
dalam mempelajari tajuk perbankan Islam. Dari sini jga saya dapat mengetahui
perbezaan antara perbankan Islam dan perbakan konvensional. Ini membka minda
saya ntuk mencari kefhaman dalam tajuk ini. Jika kita menilk kitab-kitab yang
dikarang ulamak, mereka hanya memberikan secara umum sahaja garis pandun
dalam muamalat Islam. Jika hari ini kita meihat adanya satu badan yang menyelia
matawang negara iaitu Bank Negara Malaysia(BNM), yang didalamnya ada satu
jawatankuasa penasihat syariah yang memantau institusi perbnkan Islm di
Malaysia.
Kelemahan yang saya perolehi dalam tajuk ini, ita melihat banayk muamalat
kita seharian tidak didasari dengan syariah Islam. Kita banyak terdedah dengan
18

sistem konensional yang dicipta barat. Walaupun perbankan Islam telah ditubuhkan,
tetapi ia masih dicampuri dengan sistem konvensional. Inilah yang menjadi titik
pertikaian pengguna dalam sistem perbankan Islam. Kelemahan sistem matawang
mempengaruhi urusan jual beli di bank. Ada yang mengatakan bank membuat
permaianan money game dalam urusan. Sebenarnya semakin saya memahami
sistem muamalat didunia ini, semakin saya tidak memahaminya kerana ia bukan
bidang khusus yang saya perlu pelajari.
Pengalaman baru yang saya peroleh ialah, ulama mutaakirin sedang
berusaha menambah baik sistem perbankan Islam yang sekarang ini sedang
berkembang di seluruh dunia. Kita perlu menjadikan sistem muamalat Islam adalah
yang terbaik dan adil bagi semua pihak. Saya masih tiada pengalaman dalam
proses pinjaman dalam Islam. Jadi saya banayak bertanya kepada orang yang
sudah mengalaminya. Antara harapan saya adalah untuk mendalaminya bidang ini
kerana hanya segelintir sahaja yang begitu arif dalam bidang ini.
Akhir kata, saya mendapat bayak ilmu melalui tugasan ini dan saya akan
cuba memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman saya dalam pengajian fiqh
agar ilmu yang disampaikan benar benar bermanfaat. Dengan

bahan yang

diperoleh, insyaallah saya akan gunakannya dimasa akan datang.

MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN MOHD ZAMANI


(910402 07 5535)
Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang
dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja
kursus ini ialah Pengajian Fiqh. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini,
pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar
dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja
kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja
kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini
sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk
melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil
19

mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan
melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana,
saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan
asing bagi kami.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya
telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan.
Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil
yang sangat memuaskan. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan
bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan
pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak
membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil
beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi
cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek
ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai
pengetahuan dalam isu semasa berkaitan perbankan islam. Hal ini kerana, secara
keseluruhannya tugasan yang perlu dilaksanakan memerlukan pembacaan dan
pemahaman yang jelas berkaitan isu-isu semasa yang melibatkan hukum hakam di
situ selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik yang khusus dalam
Pendidikan Islam, kami mestilah sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam hukum
hakam berkaitan isu semasa dalam pelbagai bidang .
Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah
bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan inovasi
untuk sesebuah aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini
sangat penting dalam membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk
pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas sesebuah
bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu,
bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti
pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah
bahan tersebut haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah

20

aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat
diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada
dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat
soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan
melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya
dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan
untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang
saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai
yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan
masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat
seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah
supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan
berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang
berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih
bermanfaat. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak
yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya
pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah
kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

SOLIHIN BIN AHMAD BAKARY


(910119 08 6175)
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dapat menunaikan
amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya untuk menyempurnakan
tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran PIM 3143 Pengajian Fiqh. Sesungguhnya
segala yang ingin dinukilkan adalah berkaitan dengan apa yang telah saya perolehi
sepanjang perlaksanaan kerja kursus bagi mata pelajaran ini.
21

Melalui kerja kursus ini, banyak perkara yang telah dapat diperolehi dan
akan disampaikan berkaitan perolehan ilmu, pengalaman baru, kekuatan dan
kelemahan yang dikenal pasti sepanjang tugasan atau projek ini dijalankan.
Untuk perolehan ilmu, saya bersama rakan-rakan kumpulan telah dapat
memperolehi beberapa ilmu yang baru khususnya yang berkaitan dengan Pengajian
Fiqh. Ilmu yang telah diperolehi merupakan khazanah yang tidak mungkin boleh
dilupa dan diabai. Sepanjang tempoh perlaksanaan tugasan ini, saya telah
memperolehi ilmu terutama berkaitan dengan tajuk Perbankan Islam yang
merupakan suatu bidang atau maudu terbaru bagi saya kerana sebelum ini saya
jarang sekali mengetahuinya secara lebih mendalam. Berkenaan tajuk ini, saya
telah dapat mengetahui sedikit sebanyak berkenaan perbankan Islam yang
tuntasnya berpandukan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW. Maka, sudah
semestinya ilmu perbankan Islam ini akan menyelamatkan manusia yang
melaksanakannnya di dunia seterusnya di akhirat.
Selain itu, berkenaan pengalaman baru yang telah diperolehi sepanjang
perlaksanaan tugasan ini, saya telah dapat mengumpul seberapa maklumat
berkenaan tugasan iaitu mengenai perbankan Islam. Pengalaman mengutip
maklumat sama ada melalui buku, kitab, majalah, jurnal dan laman web sedikit
sebanyak dapat mengajar saya bagaimana untuk memperoleh maklumat yang betul
dan sahih. Seterusnya, antara pengalaman lain yang diperoleh adalah berkaitan
dengan perciptaan inovasi yang digunapakai dalam tajuk yang dipilih.

Inovasi

melalui penciptaan bahan bantu mengajar bagi memberikan maklumat berkaitan


tajuk yang diajar sangat penting demi kelangsungan penyampaian ilmu agar anak
didik dan masyarakat dapat memahami apa yang ingin disampaikan.
Seterusnya berkaitan dengan kekuatan dalam tugasan yang dilaksanakan,
saya mendapati saya telah dapat mengumpul seberapa maklumat berdasarkan
rujukan iaitu melalui buku, majalah, kitab, jurnal dan laman web.

Selain itu,

kekuatan yang diperoleh adalah saya dapat bertukar-tukar pandagan dan idea
sepanjang perlaksanaan tugasan ini. Kekuatan yang lain yang dapat diperolehi
adalah saya dapat menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar untuk digunakan
dalam penyampaian tajuk Perbankan Islam.
Sesuatu perkara yang dilakukan pasti ada kelemahan. Tidak terkecuali
dalam penulisan untuk tugasan kerja kursus ini. Antara kelemahan yang dapat
diperolehi adalah saya masih kurang memahami kandungan dan konsep yang
terdapat dalam tajuk Perbankan Islam. Oleh itu, kadang-kadang saya berasa keliru
22

untuk mengeluarkan pendapat dalam menghasilkan sebuah penulisan esei


berkaitan tajuk ini.

Selain itu, kelemahan yang telah dapat dikenalpasti adalah

berkaitan keseragaman untuk mengkolaborasi segala maklumat dan rujukan yang


diperleh bagi tujuan. Kadangkala saya berasa serabut untuk memilih mana-mana
rujukan dan maklumat yang telah diperolehi.
Sebagai kesimpulan, dengan penghasilan kerja kursus ini dapat memberikan
seberapa banyak informasi berkenaan persoalan semasa yang terkandung dalam
tajuk-tajuk bidang pengajian Fiqh terutama berkaitan Perbankan Islam. Semoga
dengan terhasilnya kerja kursus ini dapatlah memberikan manfaat kepada umat
Islam khususnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan ilmu-ilmu
Fiqh yang meliputi segala aspek kehidupan manusia sama ada melalui bidang
muamalat, munakahat, jenayah dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya ilmu yang

diturunkan melalui wahyu Allah SWT dan disampaikan melalui sunnah Rasulullah
SAW adalah ilmu yang berguna dan bernilai serta bermanfaat kepada seluruh
manusia di dunia seterusnya di akhirat kelak.

23