Anda di halaman 1dari 6

JURNAL MINGGU KEDUA BELAS

PENGUASAAN PENGETAHUAN GURU DALAM MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN ISLAM
NAMA

: NUR AIN FATIHAH BINTI JUSOF

NO. K/P

UNIT

: PISMP PENGAJIAN ISLAM & AL-QURAN JANUARI 2011

PERNYATAAN MASALAH
Pada minggu kesepuluh sesi praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan
Masjid Tanah (Integrasi), Melaka saya mendapati penguasaan pengetahuan
terhadap

sesetengah

tajuk

dalam

Pendidikan

Islam

adalah

kurang

memuaskan. Oleh yang demikian, saya cuba menganalisis masalah ini dan
cuba mencari punca serta jalan penyelesaian supaya masalah ini tidak
berlarutan dan menjejaskan prestasi murid-murid.

Menurut Abd Aziz Mahayudin (2013) penguasaan ilmu pengetahuan


pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan guru pelatih
mampu meningkatkan tahap profesionalisme perguruan khususnya dalam
pengajaran di bilik darjah.

Tahap profesionalisme keguruan merangkumi

definisi yang luas bukan sahaja dari bidang kepakaran atau pengkhususan
ilmu pengetahuan yang diperolehi malah merangkumi bidang-bidang lain
seperti pengurusan, kemahiran pengajaran pembelajaran bilik darjah,
penyelidikan dan aspek lain yang membentuk diri guru dan murid. Oleh hal
yang demikian, salah satu perkara penting yang perlu dimiliki oleh guru
pelatih adalah penguasaan ilmu pengetahuan bagi memastikan kelancaran
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Jika masalah ini dibiarkan berlarutan, kualiti guru akan menjadi isu
kritikal kerana keperluan kepada penambahbaikan yang radikal dan berskala
besar dalam bidang pendidikan terutamanya sekolah adalah sangat

mendesak dan berlaku secara global. (Hallinger, 2010). Justeru, keupayaan


guru

untuk

mengaplikasikan

penambahbaikan di sekolah

pengetahuan

dan

mengimplementasikan

adalah sangat penting.

Kenyataan ini turut

disokong oleh Harris ,2011, yang menyatakan bahawa perkara yang paling
utama

dalam

melakukan

penambahbaikan

yang

berkekalan

adalah

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

Di samping itu juga, Shulman (1987) juga mencadangkan supaya


setiap orang guru mempunyai kefahaman tentang isi kandungan mata
pelajaran untuk tujuan pengajaran. Seperti yang diperkatakan oleh Bromme
(1994), idea utama yang mendasari konsep Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan (PPIK) ialah guru mengubah suai isi kandungan untuk tujuan
pengajaran.

Oleh hal yang demikian, saya perlu peka dengan setiap isi

kandungan dan pelajaran yang akan saya ajar supaya sesuatu tajuk tersebut
dapat saya fahami.

Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan

kefahaman yang mendalam murid-murid yang saya ajar.

ANALISIS MASALAH
Memandangkan hal ini akan bertambah serius jika dibiarkan berlarutan, saya
mengenal pasti punca-punca masalah yang telah dinyatakan sebelum ini.
Saya cuba menganalisis masalah yang timbul dan menghubungkaitkan
masalah tersebut dengan resolusi yang telah ditentukan. Antara soalansoalan yang timbul apabila menganalisis masalah tersebut ialah:
-

Apakah faktor yang menyebabkan saya kurang mendalami sesuatu


tajuk itu?

Bagaimanakah cara mengatasi masalah ini?

Adakah perkara ini menjejaskan prestasi murid?

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa adanya hubungan positif antara


penegtahuan yan dimiliki oleh guru dengan prestasi mengajar seperti yang
diutarakab oleh Rice (2003), Darling-Hammond (2000), dan Druva &

Anderson (1983).

Oleh itu, sebagai guru pelatih, pengetahuan pedagogi

kandungan (Pedagogical Content Knowledge (PCK)) adalah pengetahuan


yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh guru.

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang


melibatkan interaksi guru dengan murid.

Berkesannya pengajaran guru

hanyalah bergantung kepada bagaimana guru dapat menyesuaikan diri dan


memahami masalah pembelajaran murid.

(Azizi Yahaya, etl, TK). Antara

aspek yang mempengaruhi pengajaran guru ialah pengetahuan dan ilmu


yang dimiliki oleh guru.

Oleh hal yang demikian, guru seharusnya memiliki

ilmu pengetahuan yang cukup tentang isi pelajaran yang hendak diajar dan
sentiasa bersedia mengahdapi apa jua persoalan daripada muridnya bagi
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berkesan.

CADANGAN
Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah mengambil langkah awal dan
merangka tindakan-tindakan susulan. Antara langkah awal yang telah saya
ambil adalah :
-

Membuat ulangkaji terhadap tajuk yang akan diajar sebelum


memulakan pengajaran.

Memastikan isi pengajaran disampaikan dengan cara yang mudah dan


tidak mengelirukan murid.

Meraikan soalan murid dan menjawab soalan murid berdasarkan


pengetahuan sedia ada murid dan guru.

Manakala, tindakan susulan yang saya ambil ialah :


-

Melakukan aktiviti pembacaan tambahan.

Membuat refleksi kendiri setiap kali tamat kelas.

Merujuk guru pembimbing atau guru yang lebih senior.

Berbincang dengan rakan praktikum mengenai isu dan tajuk yang


diajar.

Seorang individu yang bergelar guru perlu memiliki sifat hikmah dalam
pengajaran

serta

pembelajaran.

ciri-ciri

bil-Hikmah

dalam

proses

pengajaran

dan

Sebahagian ahli falsafah mentakrifkan al-Hikmah sebagai

berakhlak dengan akhlak Allah iaitu berakhlak dengan nama-nama dan sifatsifat Allah sekadar yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya.
Antara akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh seorang guru yang berhikmah
ialah mempunyai kepakaran. Daerah Maarif al-qarnul esyrin : 3:473: (TK),
al-Hikmah bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, ilmu , lemah
lembut dan kenabian. Hal ini bermaksud seseorang yang berhikmah mestilah
mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang yang
dipelajarinya. Mneurut Kamarul Azmi Jasni dan Ab. Halim Tamuri (2012),
antara ciri profesional guru yang dapat dirumuskan ialah mempunyai ilmu
pengetahuan yang mendalam dalam bidangnya dan cekap serta pakar dalam
bidang pendidikan.

Justeru,

Jamaliah

Abdul

Hamid

(2008)

merumuskan

bahawa

peningkatan tahap pengetahuan individu guru adalah melalui aktiviti


membaca, membuat refleksi kendiri, mencatat dan menyimpan maklumat
penting serta berbincang bersama-sama rakan akan meningkatkan kualiti
kerja guru.

TEMPOH PENYELESAIAN
23 APRIL 2014 hingga 25 APRIL 2014

TINDAKAN SUSULAN
Setelah melaksanakan langkah awal, saya perlu meneruskan lagi dengan
menjalankan tindakan susulan agar murid-murid saya tidak mendapat
tempias akibat kepincangan yang datang daripada saya.

Hal ini kerana,

menurut laporan daripada Asian Programme of Educational Innovation for


Development (APIED, 1983) berkaitan keperluan pembelajaran dan masalah
pendidikan rendah menunjukkan pelbagai faktor. Antaranya adalah guru-guru
yang tidak minat mengajar, kaedah mengajar yang tidak menarik minat murid
serta memperkayakan pengalaman murid. Oleh itu, bagi mengelak daripada
berlakunya masalah yang tidak diingini, adalah menjadi tanggungjawab saya
untuk berusaha menjadi guru yang berkualiti dan mempunyai profesionalisme
yang tinggi.

SENARAI RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan, A. J. (TK). Tahap Minat, Pengetahuan dan Kemahiran,
Latihan Guru dan Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah
Kebangsaa Daerah Pontian. Jurnal Universiti, 1-10.
Abdul Said Ambotang, M. Y. (TK). Pengaruh Pengetahuan dan Kandungan
Terhadap Efikasi Guru dalam Pengajaran Ekonomi. Jurnal Universiti,
1-12.
Aini hayati Pazin, N. S. (TK). Pengetahuan dalam Kalangan Guru Matematik
Sekolah Rendah Berdasarkan Standard Pengajaran Matematik. Jurnal
Universiti, 1-15.
Azizi Yahaya, R. M. (TK). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di
Kalangan Guru Matapelajaran Teknikal. TK, 1-12.
Jaffar, R. a. (TK). Persepsi Guru Pelatih tentang Keberkesanan Pelaksanaan
Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepas Ijazah
(KPLI) dalam Membantu Mereka Menjalani Program Praktikum. Jurnal
Institut, 1-8.
Mahayudin, A. A. (2013). Tahap Penguasaan Pengetahuan Pengajaran Guru
Pelatih Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru. Jurnal Institut, 112.

Norizah Tukiman, A. B. (2014). Peningkatan Kemahiran Menghafaz Surah


dan Doa Kanak-kanak Prasekolah melalui Pendekatan Berasaskan
Teori Kecerdasan Pelbagai. The Online Journal of Islamic Education,
1-16.
Sabar, S. (2012). Pendidikan Islam Mendepani Cabaran abad ke-21 : Aplikasi
Pendidikan Bil-Hikmah. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam
2012, 1-15.
Shamsiah Mohd Amin, S. A. (2005). Konsep dan Pelaksanaan Sekolah
Selamat. Seminar Pendidikan 2005, 2-5.
Siang, L. K. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun Lima. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP SN, 1-14.
Sulaiman Sarkawi, M. I. (2011). Pengetahuan Tentang Pelajar dan
Pemeblajaran dalam Kalangan Guru Pelatih Teknologi Maklumat.
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Bil 1 No. 4 Dis 2011, 1-11.
Tengku Zawawi Tengku Zainal, R. M. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan Guru Matematik bagi Tajukm Pecahan : Kajian Kes di
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009), 1-15.