Anda di halaman 1dari 4

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG

Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang menyayangi dalam masyarakat


semakin terhakis ditelan arus pemodenan negara. Semangat sayang
menyayangi dalam masyarakat merupakan sikap mengambil berat dan saling
hormat menghormati dalam masyarakat. Masyarakat penyayang dapat dibentuk
melalui perasaan saling menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga. Ibu
bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang penyayang
yang dapat mewujudkan masyarakat yang penyayang.
Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada
anak.Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih sayang daripada ibu bapa
yang dapat mnyemai sikap penyayang dalam diri mereka. Kehadiran ibu bapa
amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Contohnya, ibu bapa harus
sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan
seperti gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan mereka. Kasih sayang
yang dipupuk sejak kecil akan terus sebati dalam diri mereka seperti kata
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tegasnya ibu bapa harus
sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak.
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan individu yang
penyayang.Ibu bapa juga harus mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu
agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar
kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca al-Quran dan
berzikir. Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa
serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Sifat ini yang akan menjadi
darah daging dalam diri anak-anak dan mendorong mereka untuk berperilaku
baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga. Oleh itu, tidak dapat dinafikan
lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam melahirkan individu
penyayang.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik
kepada anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah menjadi teladan kepada anakanak mereka seperti kata peribahasa melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi. Hal ini demikian menunjukkan anak-anak mencerminkan
perwatakan orang tua mereka. Banyak nilai baik yang boleh ditunjukkan kepada
anak-anak. Contohnya, semangat berjiran. Nilai-nilai baik ini akan menjadi ikutan

kepada anak-anak. Semangat hormat menghormati dan amalan hidup berjiran ini
yang akhirnya membentuk sifat penyayang dalam diri anak-anak.
Tambahan lagi, keadaan keluarga yang stabil amat perlu bagi melahirkan
individu yang penyayang. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam
membentuk keluarga yang stabil. Keluarga yang stabil ialah keluarga yang saling
menyayangi , hormat-menghormati dan cukup dari segi kewangan keluarga. Ibu
bapa harus memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi
melahirkan keluarga yang penyayang.
Individu yang penyayang dapat dilahirkan melalui hubungan baik dengan
masyarakat sekeliling. Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan
masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan baik dengan masyarakat.
Contohnya, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong
di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid.
Sesungguhnya, hubungan silaturahim yang erat mampu melahirkan individu
yang penyayang.
Konklusinya, ibu bapa berperanan besar dalam melahirkan individu yang
penyayang. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan mereka iaitu
memberikan kasih saying, didikan agama yang secukupnya, menunjukkan nilai
yang baik dan sebagainya kepada anak-anak untuk melahirkan individu yang
penyayang yang akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah !,
Individu yang penyayang akan mewujudkan keluarga cemerlang dan seterusnya
melahirkan bangsa terbilang.

Peranan ibu bapa dalam membentuk


masyarakat penyayang.
Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada
masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering
menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu
diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana
Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting
sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil
untuk membentuk masyarakat penyayang.
Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih
sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang
mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih
mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa
seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka
pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh
membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan
hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek
pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk
membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.
Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada
anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan
sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana,
mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan
teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan
didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anakanak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang
berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan
pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu
masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan
generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau
kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai
amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra
tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada
anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa
yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di
negara ini.
Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang

berperangai buruk. Comtohnya, menjadi penangih dadah, pencuri,


penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami
kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah bagai acuan
begitulah kuihnya. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap
yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan
tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat
ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini.
Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan
masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.
Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak
kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan
yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayng. Justeru,
peribahasa bagai aur dengan tebing hendaklah diamalkan oleh semua
warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.