Anda di halaman 1dari 13

NOTA EDU3108

BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI


SATU PROFESION

1) PENGENALAN;
- Kamus Dewan (2005) suatu bidang
pekerjaan yang memerlukan pendidikan,
kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas.
- Profesion juga merujuk kepada suatu
pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial
yang penting.
2) CIRI-CIRI PROFESION;
- Merupakan perkhidmatan yang unik dan
penting dengan matlamat yang jelas untuk
masyarakat dan negara.
- Pekerja menggunakan banyak keupayaan
dan kebolehan intelek semasa memberi
perkhidmatan.
- Pekerja mendapat latihan khusus dalam
sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut
satu tempoh masa tertentu.
- Pakar dalam bidang pekerjaan .
- Mempunyai kuasa autonomi semasa
menjalankan tugas.
- Mementingkan mutu perkhidmatan.
- Berdedikasi dan tidak mementingkan
ganjaran dalam menjalankan tugas.
- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi
yang berkuasa menentukan kemasukan,
mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
- Mematuhi kod etika profesion
3) KONSEP PROFESIONAL;
- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam
kalangan ahli dalam suatu profesion.
- Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam
suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu
profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

4) KONSEP PROFESION PERGURUAN DAN


KEGURUAN;
- Perguruan diertikan sebagai pengajaran
(Kamus Dewan,1989)
- Keguruan diertikan sebagai perkara yang
berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas
dan kelayakan sebagai guru (Kamus
Dewan,1989).
5) GURU PROFESIONAL VS. NON
PROFESIONAL
Guru Profesional;
- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan
Perguruan.
- Mempunyai autonomi menentukan kaedah
mengajar dalam bilik darjah.
- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod
etika sebagai panduan dalam segala aktiviti
profesional.
- Guru adalah pakar dalam pendidikan.
- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang
penting kepada indidvidu dan negara.
Guru Non Profesional;
- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja.
Cth: guru sandaran, guru sementara
- Kemasukan ahli ke dalam profesion
keguruan tidak sukar dan tidak banyak
persaingan.
- Autonomi guru adalah terhad.
- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk
memecat guru sekiranya guru tersebut tidak
mematuhi kod etika.
- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli
kesatuan
6) CIRI-CIRI GURU PROFESIONAL (ABDUL
SHUKOR ABDULLAH,1998);
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Berilmu
- Patuh dengan Kod Etika.
- Bermoral
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
pengajaran
- Prihatin terhadap murid dan ibubapa

- Berkebolehan menilai kekuatan dan


kelemahan murid.
- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan
tuntutan semasa.
- Memastikan suasana guru mengajar murid
belajar dalam bilik darjah.
- Melahirkan persekolahan berwatak supaya
murid mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
- Mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan,
bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.
7) 10 TRET GURU YANG BERKESAN
(MCEWAN,2002);
- Dorongan oleh misi dan passionate
- Positif dan benar
- Guru sebagai pemimpin
- With-it-ness
- Gaya
- Kepakaran dalam motivasi
- Keberkesanan pengajaran
- Pembelajaran kandungan
- Pintar
- Celik minda
8) MODEL GURU PROFESIONAL MOHAMAD SANI,1998) ;
Sahsiah
Bertaqwa
Berakhlak
Berperibadi mulia
Komitmen
Bersopan
Positif
Berkepimpinan
Budaya ilmu
Ketrampilan
Merancang & mengurus p & p
Memilih strategi
Kemahiran teknologi
Kemahiran generik
Kemahiran kaunseling
Menilai p & p
Ilmu
Isi kandungan
Pedagogi

Bahan
Kaedah
Teknologi
9) SEORANG GURU DIBERI AUTORITI
DALAM ASPEK-ASPEK BERIKUT:
- Kaedah mengajar
- Kawalan sosial di sekolah
- Kawalan disiplin murid
- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan
murid
- GERKO
- Pembimbing kepada murid
10) REFLEKSI
- Anda telah mengetahui bahawa terdapat
beberapa ciri non profesional dalam profesion
keguruan. Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan profesional keguruan?
- Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength,
weakness, opportunity, threat) bagi membantu
guru melaksanakan pengajaran yang
berkesan dan juga menyeronokkan.

BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI


KEGURUAN
1.KONSEP ETIKA
- sistem tingkah laku kumpulan manusia /
organisasi.
- nilai moral yang baik / buruk
- guru perlu menjaga kod etika demi status,
akhlak dan maruah.
2) KOD ETIKA KEGURUAN
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
- mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar
- bersikap adil terhadap pelajar
- merahsiakan maklumat ikhtisas
- membimbing /mengajar pelajar tanpa
sebarang bayaran
- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan
dan tingkah laku
- memelihara dan membaiki kecekapan
ikhtisas
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
- Menghormati tanggungjawab ibu bapa
terhadap anak-anak mereka.
- Mewujudkan hubungan yang mesra dan
kerjasama.
- Mengganggap semua maklumat yang diberi
ibu bapa sulit.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka.
- Mengelakkan daripada
menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan
sosial/ekonomi ibu bapa.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh
merosakkan pelajar, masyarakat atau negara
- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi
warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab
- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman
antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
- Berpegang pada tingkah laku yang sopan
dan diterima masyarakat.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN


SEJAWAT DAN PROFESION
- Mengelakkan diri daripada membuat
kenyataan yang boleh mencemarkan nama
baik rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu
bapa.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
- Berusaha menunaikan tanggungjawab.
- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam
profesion perguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion perguruan.
- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
3) AKAUNTABILITI GURU;
KONSEP
- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu
- Tanggungjawab kepada profesion perguruan
- Leslie Kaplan & William Owings (2001),
akauntabiliti guru sebagai;
kualiti guru
kualiti pengajaran.
AKAUNTABILITI TERHADAP DIRI /
PERLAKUAN
- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran
menyampaikan maklumat.
- Kemahiran interpersonal.
- Membentuk soalan penilaian.
- Pengurusan bilik darjah
- Memotivasikan pelajar
- Pengurusan disiplin
AKAUNTABILITI TERHADAP MURID-MURID
DAN IBU BAPA
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan
murid-murid.
- Bersikap adil dengan setiap murid.
- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan
sebarang bayaran.
- Memberi contoh yang terbaik kepada muridmurid.
AKAUNTABILITI TERHADAP PROFESION
- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
- Menjadi suri teladan yang baik kepada muridmurid.
- Membantu rakan sejawat

- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang


mencemarkan profesion perguruan.
AKAUNTABILITI TERHADAP BANGSA DAN
NEGARA
- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan
matlamat FPN dan RN.
- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan
masyarakat berbilang kaum.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia.
- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas
dalam kalangan ibu bapa
- Memberi sumbangan sukarela kepada
negara.
4) INTEGRITI GURU
- Integriti bermaksud wholeness atau
completeness- kesempurnaan
- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan
kejujuran
- Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud
secara keseluruhan dan padu kepada individu
dan organisasi
- Berlandaskan etika dan pencerminan etika
dalam tindakan sehari-hari
- Integriti guru bermaksud guru perlu
melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
umum.
- Guru harus mengamalkan Kod Etika
Profesion dan Piagam Pelanggan demi
mewujudkan budaya kerja organisasi yang
bersistem.
- Guru yang berintegriti akan melaksanakan
tugasnya dengan amanah dan mempunyai
keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada
pelajar
- Guru yang melaksanakan tugas dengan
ikhlas mampu merancang p&p yang terbaik
5) REFLEKSI KENDIRI
- Berdasarkan pengalaman anda di sekolah,
imbas kembali salah seorang guru yang anda
sanjung sebagai guru yang berintegriti.
- Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang
dapat menyokong pandangan anda bahawa
guru berkenaan berintegriti.

BAB 3 ISU ETIKA GURU


MAKSUD ETIKA :
-cara atau hukum yang tidak bertulis
berkenaan adab tertib dalam pergaulan
MAKSUD ETIKA GURU :
- Suatu sistem yang diatur sebagai panduan
untuk diikuti oleh guru supaya guru saling
menghormati, mempunyai kesantunan,
kepedulian terhadap profesionnya serta boleh
menguruskan kehidupan dengan baik
ETIKA PERLU DALAM PROFESION
PERGURUAN :
- Supaya segala tindakan guru dilihat telah
menjaga kepentingan masyarakat yang
berhubung dengan mereka
- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan
adat kebiasaan yang berlaku dan tidak
bertentangan dengan hak asasi umum.
- Guru dikawal oleh etika perguruan.
FOKUS ETIKA GURU :
- Kesantunan guru
- Kepedulian guru
- Penampilan guru
- Berniaga di sekolah
- Pengurusan masa
- Kerjaya sambilan
- Kerjaya sambilan
- Pengurusan kewangan
1.0 ISU KESANTUNAN GURU
- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat
atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat.
- Fokus kesantunan guru ialah :
A) PERLAKUAN DALAM PERCAKAPAN
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
B) TATACARA BERKOMUNIKASI
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara
kita sahaja.
2.0 ISU KEPEDULIAN GURU
- DEFINISI ; perwakilan komposit perasaan,
pemikiran, dan perhatian yang diberikan
kepada sesuatu isu/tugas
- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang

diberikan guru terhadap isu atau tugasnya.


- Gabungan perasaan, pemikiran dan
perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu
yang dihadapi semasa melaksanakan
tugasnya.
- Kepedulian merupakan kuasa yang akan
menggerakkan suatu proses perubahan
(Havelock 1995)
- GURU PERLU :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan
- KEPEDULIAN DARI SEGI
PENYEMPURNAAN DIRI
: urus hal kehidupan seharian
: jangan sampai masalah kehidupan
mengganggu tugas
- KEPEDULIAN TERHADP TUGAS
PENGAJARAN
: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan
beban PNP
: bimbang terhadap perasaan murid terhadap
guru
- KEPEDULIAN TERHADAP IMPAK
PENGAJARAN
: yakin terhadap kebolehan pelajar
: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar
dan penambahbaikan
Cadangan :
- Membuat refleksi terhadap kepedulian harian
dan sedia menerima maklum balas daripada
guru lain, mentor atau penyelia tentang
masalah dihadapi.

BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN


GURU
TEORI KEPRIHATINAN (FULLER 1969)
- Peringkat Keprihatinan Diri
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
- Peringkat Impak
PRIHATIN DIRI :
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain
tentang saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?
PERINGKAT IMPAK :
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid
saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa
kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin
yang tinggi?
TEORI 5 PERINGKAT PERKEMBANGAN
GURU
- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar
CABARAN GURU PERMULAAN
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki
pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality
sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas
pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas
guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian
guru
GURU PERMULAAN
1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan
selepas tamat kursus perguruan di IPG atau
university
2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses

saling mempengaruhi antara individu dalam


konteks sosial sekolah selepas penempatan
baru.
3) Guru baru sering berhadapan dengan
masalah sosialisasi.
FOKUS ISU :
- Guru baru sering menghadapi masalah :
: guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar
bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid
CIRI-CIRI KELEMAHAN SOSIALISASI
GURU PERMULAAN :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin
sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial
GURU CEKAP
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip,
konsep dan elemen dengan merujuk situasi
khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan
masalah PNP.
MENJADI GURU CEKAP :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi
maklumat
CIRI-CIRI GURU CEKAP :
1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif,
yakin dan sabar
2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran,
bermotivasi
3) Ciri intelektual suka membaca,
mempunyai mental-life yang segar,
mempunyai kesungguhan kendiri dan minda
sihat dan terbuka.

PRINSIP GURU CEKAP :


- Do It Right First Time : setiap kerja mesti
cekap dan kurang silap
- Guru mengajar murid belajar : mengajar,
membuat persediaan dan beri murid semangat
belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari
menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

GURU MAHIR
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum
GURU MAHIR PERLULAH :
- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir
berkomunikasi dengan anak muridnya akan
mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah
dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT,
mengekalkan guru berkualiti dengan cara
sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu
kemahiran aplikasi computer.
KESIMPULAN :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah

GURU PAKAR
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi
polisi pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti
bercakap dalam bidang profesionalnya.
DEFINISI GURU PAKAR :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai
kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran
tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam

PNP.
SAHSIAH GURU PAKAR :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan
etika perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- role model kepada warga pendidikan
PENGETAHUAN GURU PAKAR :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata
pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan
masalah pelajar
HASIL KERJA :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning
outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan
berupaya menyampaikan idea dan mesej yang
berkesan.
POTENSI :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif
dalam rangka menjalankan tugas sebagai
pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan
negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata
pelajaran atau bidang pengkhususan dan
berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan
mutu pendidikan Negara.
KONSEP SEKOLAH DAN GURU
BERKESAN
Konsep sekolah berkesan diperkenalkan
dengan matlamat membawa sistem
pendidikan kearah kecemerlangan seiring
dengan slogan membawa sistem pendidikan
ke taraf dunia.
CIRI GURU BERKESAN :
- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti

pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu
bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid
sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar
dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi
mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya,
memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,
bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan persekolahan
berwatak supaya pelajar mempunyai ilmu,
berpesonaliti sihat dan serba boleh.
Guru Mahir
- Orang yang memiliki kemampuan dan
keahlian khusus dalam bidang keguruan
sehingga ia mampu melakukan tugas dan
fungsi sebagai guru dengan kemampuan
maksima
- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
..
GURU BERINTELEK
- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu,
yang akan mendorong diri mempelajari dan
menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan
yang sering berubah-ubah (up to date)

BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH


RENDAH

1) PERANAN GURU
Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Pembimbing
Pengamal Reflektif
Penyelidik
Agen Sosial
Agen Perubahan
Pengganti Ibu Bapa
Pembentuk Tingkah Laku
Pengurus Pembelajaran
2) PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN
- Pengamal pengetahuan kandungan
pedagogi.
- Menstruktur pengajaran dengan
mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.
- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan
meninggikan adab murid.
- Mempraktikkan budaya ilmu membaca,
berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea
baru.
3) PEMBIMBING
- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata
pelajaran.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid.
- Menanamkan minat dan sikap yang sihat
pada alam persekolahan & amalan seharian.
- Mengenal pasti & membantu murid yang
mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi
& kesihatan.
4) PENGAMAL REFLEKTIF
- Membantu guru permulaan menstruktur
pemikiran bagi menguasai aspek kandungan
pengetahuan.
- Meningkatkan tahap profesional guru.
- Menambahbaik aktiviti P&P.
- Jika diterapkan kepada murid membolehkan
mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis &
kreatif.

5) PENYELIDIK
- Dapat meningkatkan kualiti P&P.
- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan
yang berkaitan amalan P&P.
- Menggunakan BBM dan mengkaji
keberkesanannya melalui kajian penyelidikan
tindakan.
- Guru boleh menjalankan penyelidikan biasa
menggunakan kaedah kes, soal selidik,
pemerhatian & temubual.
6) AGEN SOSIAL
- Guru agen sosialisasi.
- Guru bukan sahaja menyampaikan
pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah,
sikap dan nilai selaras dengan kehendak
budaya masyarakat.
- Guru berperanan sebagai pembudayaan
masyarakat.
7) AGEN PERUBAHAN
- Masalah sosial masyarakat satu cabaran
besar kepada tanggungjawab guru.
- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan
ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
- Peranan guru sebagai agen perubahan
meliputi
- Menggunakan strategi pemusatan murid
- Mengawal sikap penyayang
- Bersikap proaktif
- Bersedia menghadapi perubahan
8) PENGGANTI IBU BAPA
- Guru perlu mendapat kefahaman
sosiobudaya anak muridnya.
- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan
dan perubahan sikap & tingkah laku murid.
- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan
tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau
diskriminasi.
9) PEMBENTUK TINGKAH LAKU
- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama,
nilai terminal & nilai instrumental bagi
membentuk tingkah laku murid.

- Bilik darjah yang efektif menekankan


pembentuk tingkah laku (kesungguhan,
kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi
dan kesabaran).
10) PENGURUS PEMBELAJARAN
- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian
pelajar dalam bidang akademik dan sosial.
- Mempengaruhi perkembangan emosi dan
sosial pelajar.
- Memudahkan guru mendapat sokongan dan
kerjasama yang baik daripada pelajar.
- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih
dan diskriminasi.
- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama,
toleransi dalam kalangan pelajar.
- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin
aktiviti murid.
- Menguruskan persediaan mengajar teratur
dan sistematik seperti RHP, BBM dan
membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.
- Mengurus perancangan penilaian termasuk
prosedur dan BBM.

BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI


PENDIDIKAN
VISI DAN MISI KPM
1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL
PENJANA GENERASI TERBILANG

5) JANGKAAN GURU;
- Merupakan harapan dan keinginan guru yg
sangat kuat untuk memperoleh sesuatu
ganjaran atau hasil setelah melakukan
sesuatu tugasan
4 BENTUK JANGKAAN:

- Unggul bermaksud kehebatan yang patut


ada di sekolah sama ada dari aspek
kecemerlangan akademik dan kokurikulum
mahupun siasah, prasarana dan persekitaran
sekolah tersebut.
- Misi KPM: Membangun Potensi Individu
Melalui Pendidikan Berkualiti
- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang
mampu membina masyarakat yang progresif,
berdaya tahan, mampu berdepan dengan
perubahan-perubahan di peringkat global
tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti
negara berlandaskan Rukun Negara
2) CARTA
ORGANISASI(HTTP://WWW.MOE.GOV.MY/?
ID=143)
- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian
Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN)
- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong
Kanan iaitu PK 1-bertanggungjawab terhadap
kurikulum dan pentadbiran
- PK2 bertanggungjawab dlm HEM
- PK3 menguruskan hal-hal kokurikulum
4) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU;
- Menyebarkan ilmu
- Pengamal dan pelaksana ilmu
- Pengamal TMK
- Role model
- Penerap nilai
- Educare/educere
- Pakar rujuk
- Pemimpin
- Mentor
- Penyelidik
- Agen sosialisasi
- Agen perubahan
- Pembina Negara Bangsa

- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan


hasil pembelajaran
- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus
sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpin
dengan penuh amanah, berintegriti dan
bersungguh-sungguh
- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti
e.g merancang strategi bg membina jambatan
yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti
dengan pihak sekolah
- Jangkaan terhadap diri sendiri e.g
meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang
yg luas dalam laluan kerjaya di samping
insentif dari sudut kebajikan

BAB 8 PERKEMBANGAN
PROFESIONALISME GURU &
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher


Education Center)yang dibina dan menjadi
satu landasan untuk merangsang gurudalam
perkembangan professional guru Bahasa
Inggeris (Mohamed Amin Embi,

1) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

6) BUDAYA MEMBACA;

- Seorang guru harus meneruskan


pendidikannya sepanjang hayat kerana
pendidikan sendiri mengalami pelbagai
perubahan.
- Senaraikan perubahan-perubahan yang
dimaksudkan di atas.

- Guru perlu mengamalkan budaya membaca


bagi memastikan mereka sentiasa kemaskini
dengan ilmu pengetahuan.
- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru
melalui pembacaan bagi memastikan guru
tidak terpinggir daripada kelompok profesional
yang lain.

2) CARA GURU DAPAT MEMENUHI


TUNTUTAN PEMBELAJARAN SEPANJANG
HAYAT
- Bengkel
- Seminar
- kursus-kursus pendek
- budaya membaca
- penyelidikan
- lawatan ke sekolah
- penandaarasan
- projek-projek komuniti
- aktif dlm persatuan akademik
3) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian
dan peningkatan ilmu secara sukarela
berdasarkan keperluan personal atau
profesional.
4) PEMBELAJARAN PERIBADI
- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat
dengan murid, maka belajar bagaimana
belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan
melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri.
5) SENARAIKAN KAEDAH ATAU BENTUK
PEMBELAJARAN PERIBADI / KENDIRI
YANG ANDA TAHU
Sebagai contoh
- Program secara on-line merupakan
perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh
mendapatkan segala maklumat tentang
pengajaran dan pembelajaran secara on-line.

7) MENGAPA DAN BAGAIMANA?


BUDAYA MENYELIDIK
KAJIAN TINDAKAN
- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan
guru Kem. Pelajaran Malaysia.
- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada
perancangan, tindakan, penilaian terhadap
tindakan.
- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu
aspek pengajaran yang guru perhatikan.
- Membentuk budaya reflektif, bersikap
terbuka dan mampu menambah baik amalan
kendiri.
8) AMALAN REFLEKTIF;
ANTARANYA AMALAN REFLEKSI
MELALUI :
- Penulisan reflektif/jurnal
- Portfolio pengajaran
- Penyelidikann tindakan,
- Perkembangan professional on-line
- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru
- As teachers we must believe in change, we
must know it is possible, or we wouldnt be
teaching because education is a constant
process of change. Every single time you
teach something to someone, it is ingested,
something is done with it,and new human
being emerges (Leo Buscaglia).

9) KOLABORASI DAN MUSYAWARAH

Soalan Refleksi

- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang


lain dlm projek bersama yang mempunyai
matlamat yang sama hendak dicapai.
- Musyawarah bermaksud rundingan yang
berlangsung dan mencapai kata sepakat
terhadap sesuatu tindakan yang diambil

- Sebagai guru permulaan, buktikan bahawa


anda telah melengkapkan diri untuk
menghadapi cabaran-cabaran masa kini
dalam profession keguruan

10) MENGAPA GURU PERLU


BERKOLABORASI?
ELEMEN-ELEMEN KOLABORASI:
- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan
guru.
- Bekerja bersama-sama secara sukarela.
- Peningkatan kemahiran seabagi usaha
berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha
berterusan tanpa menyekat individu.
- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat
11) LATIHAN DLM PERKHIDMATAN (
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KDP)
FOKUS KEPADA:
- Peningkatan ilmu
- Kemahiran guru dalam pengurusan
- Pembestarian sekolah
- Teknologi maklumat dan komunikasi
- Pengurusan kokurikulum
- Transformasi kurikulum
- Pentaksiran dan penilaian
- Pedagogi terkini
12) PEMBELAJARAN AUTENTIK
- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti
dalam suasana sebenar yang membolehkan
seseorang pelajar menumpukan pada
pengetahuan dan kemahiran seperti
kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
13) AKSES MAKLUMAT DARIPADA
PELBAGAI SUMBER
- Program Adobe
- Program ERIC
- E-Pembelajaran
- E-Perpustakaan
- E-Buku
- E-Jurnal