Anda di halaman 1dari 2

Berapa lamakah pelahiran saya akan berlangsung?

Sebenarnya adalah satu perkara mustahil untuk menyatakan berapa lama pelahiran anda akan
berlansung. Pengalaman setiap orang adalah berbeza. Apa yang kami boleh buat ialah untuk
memberikan anda gambaran kasar tentang apa yang boleh dijangkakan. Berapa lama pelahiran
anda akan berlangsung bergantung kepada:

samada anda telah melahirkan bayi sebelum ini dan panjang masanya;

samada anda banyak menegak dan bergerak semasa pelahiran;

bagaimana mudah serviks anda membuka (dilitasi);

kekuatan kontraksi anda;

samada anda diberikan suntikan epidura;

kedudukan bayi anda.

Wanita cenderung mengira tempoh pelahiran mereka dari gerak tusukan pertama yang
dirasakan, tetapi peringkat pelahiran awal selalunya tidak dapat ditentukan.

Anda mungkin mendapati pelahiran awal itu bermula kemudian berhenti. Atau anda mungkin
tidak perasan yang anda berada dalam peringkat pelahiran awal sama sekali. Jika ini berlaku,
tanda pertama yang bayi anda akan keluar adalah kontraksi yang kuat dan kerap. Ini selalunya
bermakna yang anda berada dalam peringkat pelahiran aktif, dan apabila anda mencapai
peringkat ini, pelahiran anda akan terus maju. Inilah sebabnya doktor lebih suka mengira
tempoh masa pelahiran anda dari peringkat pelahiran aktif dan bukan dari peringkat pelahiran
awal.

Permulaan peringkat pelahiran aktif juga sukar untuk ditentukan. Pelahiran aktif biasanya
bermaksud bahawa anda mendapat kontraksi yang tetap, kuat, kerap dan panjang. Pada masa
ini, serviks telah membuka atau meluas kepada keluasan kira-kira 3cm atau 4cm.

Bidan jururawat anda akan mencatatkan jangka waktu pelahiran anda setakat ini dalam nota
lahir anda. Ia mungkin merujuk kepada berapa banyak mana masa bagi serviks anda membuka

dari kira-kira 3cm ke 10cm. Pada 10cm, anda dikatakan sudah dilatasi sepenuhnya dan bersedia
untuk mula menolak bayi anda keluar.

Jika anda ibu buat kali pertama, peringkat pelahiran aktif boleh mengambil masa kira-kira lapan
jam. Ini adalah purata, dan ia mungkin lebih singkat atau lebih panjang dari itu. Ia tidak akan
mengambil masa lebih daripada 18 jam. Setelah serviks anda meluaskan ke 10cm, anda
mungkin perlu menolak selama satu atau dua jam sebelum bayi anda dilahirkan.

Jika anda pernah melahirkan sebelum ini, pelahiran anda mungkin akan lebih cepat kali ini.
Peringkat pelahiran aktif mungkin akan mengambil masa kira-kira lima jam, dan mungkin tidak
akan mengambil masa lebih daripada 12 jam. Anda mungkin hanya mengambil masa lima atau
10 minit untuk menolak bayi anda keluar.

Selepas bayi anda dilahirkan, anda memasuki peringkat ketiga pelahiran, apabila anda menolak
plasenta keluar. Ini biasanya mengambil masa dari lima hingga 15 minit, tetapi ia boleh
mengambil masa sehingga sejam. Berapa lama yang anda perlukan bergantung kepada samada
anda melalui peringkat ketiga yang diuruskan atau natural. Peringkat ketiga yang diuruskan
bermakna anda telah diberikan suntikan ubat untuk membantu plasenta menanggal dari dinding
uterus anda. Peringkat ketiga yang natural melibatkan anda menolak plasenta keluar dengan
sendiri, dengan dibantu oleh kontraksi uterus anda.

Ingatlah bahawa, walaupun jarang-jarang sekali berlaku, pelahiran boleh berjalan dengan cukup
pantas. Ini juga berlaku sekiranya anda pernah melahirkan bayi. Adalah penting untuk
mempercayai gerak naluri anda. Dengar apa yang badan anda memberitahu anda, supaya anda
boleh mendapatkan bantuan yang anda perlukan dengan serta merta. Sesetengah bayi, walau
bagaimanapun, tidak boleh menunggu, dan tiba sebelum paramedik! Bacalah panduan langkahdemi-langkah kami untuk kelahiran cemas di rumah.