Anda di halaman 1dari 25

Topik

Pengurusan
Masa dan
Tekanan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan konsep pengurusan masa;

2.

Menyenaraikan amalan ketepatan waktu;

3.

Menghuraikan perancangan masa yang berkesan;

4.

Mengenal pasti pelaksanaan tugas yang efisien dan selamat;

5.

Menjelaskan konsep pengurusan tekanan;

6.

Mengenal pasti pengurusan amarah; dan

7.

Menganalisis pengurusan kekecewaan.

X PENGENALAN
Seperti kata pepatah Melayu, masa itu emas. Masa lebih bernilai daripada harta
benda kerana sekali masa berlalu, ia tidak boleh berulang kembali. Isu masa
yang sering diperkatakan dalam bidang perguruan ialah pengurusan masa dan
pengurusan tekanan dalam tugas seorang guru. Guru disarankan supaya
mengamalkan ketepatan waktu, iaitu seorang guru perlu menepati waktu
semasa masuk ke kelas untuk mengajar dan keluar tepat pada waktunya,
bukannya lambat masuk ke kelas dan cepat keluar dari kelas.
Begitu juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan tugas guru. Guru perlu
mempamerkan amalan ketepatan waktu. Guru perlu merancang masa dengan
berkesan supaya dapat memupuk kesepaduan disiplin tanpa tekanan. Guru
diakui sentiasa mengejar waktu kerana terlalu banyak perkara yang mesti

156

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

diselesaikan dalam waktu jadual persekolahan sebelum pukul 1.30 tengahari,


manakala di sebelah petang pula, masa guru terlibat dengan aktiviti
kokurikulum. Di sebelah petang pula, jadual persekolahan sesi petang bermula
dari jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Di samping itu, guru terpaksa
memeriksa buku pelajar dan menguruskan tanggungjawab rumah tangga yang
sangat padat.
Guru perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan efisien dan selesa.
Situasi terlalu mengejar masa, boleh membawa kesan kepada guru-guru
menghadapi tekanan. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan banyak
penyakit yang akan datang seperti serangan sakit jantung, darah tinggi dan
penyakit lain yang kronik. Persekitaran juga menyumbang kepada
bertambahnya tekanan guru seperti rakan sejawat, arahan yang kurang jelas,
masa dan tempoh yang singkat untuk menyiapkan kerja, corak kepimpinan
pengetua dan kesesakan jalan raya. Semua gejala ini menjadi punca utama guru
tertekan. Oleh itu, guru perlu bijak menguruskan tekanan, mengawal rasa marah
dan rasa kekecewaan yang mungkin timbul. Sebenarnya, fenomena ini turut
boleh membawa kesan kepada kesihatan dan melunturkan semangat kerja.
Keadaan ini boleh diatasi dengan kekuatan dalam pengurusan perasaan amarah
dan kekecewaan yang bermula daripada diri anda sendiri.

7.1

PENGURUSAN MASA
SEMAK KENDIRI 7.1

1.

Anda mengajar lima jam sehari. Adakah anda rasa tertekan ketika
berada di sekolah?

2.

Berapa lama anda mengambil masa untuk persediaan mengajar?

3.

Berapa lama anda mengambil masa untuk menandakan buku


pelajar?

TOPIK 7

7.1.1

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

157

Konsep Pengurusan Masa

Mengikut kitab Al-Quran; Demi masa manusia rugi kecuali yang beriman dan
melakukan kerja amalan yang baik, berpesan kepada jalan kebaikan dan
berpesan kepada jalan kebenaran.
Konsep pengurusan masa merujuk kepada guru menggunakan masa dengan
sebaik-baiknya untuk menghasilkan kerja yang terbaik demi prestasi pelajar dari
segi akademik, kemahiran dan sikap. Guru yang gagal dalam aspek pengurusan
masa akan membazir dan lalai dalam pengurusan masa. Nelson Ian (1995)
menjelaskan bahawa kebanyakan guru mengadu bahawa masa 24 jam sehari
tidak cukup untuk melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Guru harus
efektif dan pandai mengatur masa dan kerja supaya pelajar mendapat
pendidikan yang terbaik. Konsep pengurusan masa yang berkesan bagi guru
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1 berikut:
Jadual 7.1: Konsep Pengurusan Masa Berkesan
Tugas Harian yang Dijalankan
1.

Mengajar lima jam sehari.

2.

Persediaan mengajar untuk mata pelajaran yang diajar.

3.

Dokumentasikan hasil kerja.

4.

Merekodkan prestasi pelajar.

5.

Menghadiri mesyuarat staf akademik dan perjumpaan dengan ibu bapa.

6.

Menghadiri kursus dan bengkel.

7.

Membuat kerja pentadbiran dan kurikulum.

Anda perlu mengurus masa dengan berkesan supaya anda tidak rasa tertekan
dengan tugas sebagai seorang guru, selain melaksanakan tugas lain seperti
menguruskan rumah tangga dan keluarga, melakukan aktiviti rekreasi, urusan
peribadi dan membaca buku. Berikut diberikan contoh senarai semak diri dalam
pengurusan masa seorang guru:
(a)

Merancang pengajaran;

(b)

Merancang untuk satu hari;

(c)

Merancang untuk satu minggu;

(d)

Menyediakan senarai apa yang patut diutamakan;

(e)

Memeriksa kerja pelajar dan kerja rumah;

158

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

(f)

Membaca buku;

(g)

Membuat laporan kemajuan pelajar; dan

(h)

Membuat panggilan telefon berkenaan pelajar.

Sebagai perbandingan, apabila anda bijak dalam pengurusan masa, anda akan
merasa selesa dan profesional dalam menguruskan masa anda. Jadual 7.2 berikut
adalah contoh senarai semak untuk memastikan anda mengurus masa dengan
baik. Anda perlu menjawab dengan jujur penyataan berikut.
Jadual 7.2: Senarai Semak Pengurusan Masa
Senarai Semak Pengurusan Masa
1.

Masuk kelas lambat.

2.

Lambat masuk mesyuarat.

3.

Lambat sampai sekolah.

4.

Kerja sekolah bawa balik rumah.

5.

Meja tidak kemas.

6.

Bilik tempat kerja tidak kemas.

7.

Hilang surat pekeliling yang penting.

8.

Hilang surat arahan pentadbiran.

9.

Tidak dapat menonton televisyen.

Ya

Tidak

10. Melaksanakan kerja sekolah pada masa hujung minggu.


11. Tidak sempat makan tengahari.
12. Anda tidak tahu di mana anda hendak cari sesuatu benda.

Kalau kebanyakan jawapan anda adalah ya, maka anda tidak bijak
menguruskan masa. Mulai sekarang, anda perlu mengubah sikap anda dalam
kemahiran mengurus masa. Anda perlu kuatkan semangat supaya dapat
melaksanakan tindakan yang berikut:
(a)

Tidur awal;

(b)

Bangun awal;

(c)

Masuk kelas awal;

(d)

Datang mesyuarat awal;

(e)

Sampai sekolah awal;

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

159

(f)

Elakkan bawa balik rumah kerja sekolah;

(g)

Kemaskan meja kerja dan bilik tempat kerja;

(h)

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu;

(i)

Ambil sedikit masa untuk makan tengahari dan elakkan berbual kosong;
dan

(j)

Tahu di mana anda meletakkan barang-barang anda supaya tidak


membuang masa untuk mencarinya semula.

7.1.2

Kepentingan Masa

Kita jarang memikirkan apa yang kita buat setiap hari. Kita tidak
mencatatkannya kerana itu rutin hidup kita. Siang dan malam berlalu dalam
keadaan tidak cukup masa. Kita tidak dapat meminjam masa. Sekali masa
berlalu, kita tidak dapat menggantikannya. Dengan itu, untuk peringkat pertama
dalam mengurus masa dengan lebih berkesan, anda kena memahami dengan
jelas bagaimana anda menggunakan masa anda. Anda perlu mencuba dengan
latihan yang mudah untuk melihat dengan jelas bagaimana anda menggunakan
masa anda. Anda boleh melihat melalui aktiviti anda seharian. Sila rujuk contoh
aktiviti berikut:
Aktiviti
x

Masa tidur.

Masa bekerja.

Masa dalam perjalanan sesuatu tempat.

Masa makan.

Masa menonton televisyen.

Masa bersenam.

Masa mengemas bilik di rumah.

Masa untuk membersihkan diri.

Masa melancong atau menziarahi ibu bapa/saudara mara/orang


sakit/orang meninggal.

Masa

160

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

Jumlah yang sepatutnya digunakan untuk keseluruhan masa dalam seminggu


adalah 168 jam seminggu. Sekiranya anda memperoleh 168 jam seminggu, anda
tidak perlu membaca modul ini sebab anda telah menggunakan masa dengan
baik sekali. Daripada renungan analisis aktiviti ini, anda dengan mudah akan
dapat mengurus masa anda dengan selesa. Sekiranya anda serius untuk
memperbaiki pengurusan masa anda, maka anda harus sentiasa mematuhi masa
bekerja dan masa yang lain dalam keadaan seimbang.
Memang diakui kita menghadapi masalah kekangan masa, iaitu tidak cukup
masa tetapi masa yang diberi oleh Tuhan memang adil untuk semua orang.
Terpulang kepada kita untuk menggunakan masa dengan berkualiti dan
berfaedah kepada diri anda dan pelajar anda.
Isi log masa (time-log) supaya anda menggunakan masa dengan baik dan
berkesan dan tidak berbual kosong tanpa tujuan seperti duduk di kantin terlalu
lama dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi seperti yang dilakukan oleh individu
yang suka membazir masa.
Anda perlu mengelakkan daripada berbual tentang hal orang lain yang tidak ada
kena mengena dengan anda. Anda juga perlu mengenal pasti rakan sejawat anda
yang suka membazir masa dan mengelakkan diri daripadanya.
Sebagai seorang guru, anda perlu membina potensi pelajar. Arcaro (1995)
menjelaskan Teachers are the mediators who provide or fail to provide the
essential experiences that permit students to release their awesome potential.
Guru yang bertekad untuk mengurus masa dengan berkesan perlu merubah
beberapa aspek berikut:
(a)

Perubahan peribadi. Contohnya, cara anda berjalan adalah satu perubahan


yang perlu dilakukan dengan segera. Elakkan berjalan lambat. Berjalanlah
dengan cepat tetapi berhati-hati menuju ke kelas dengan yakin dan
bergaya.

(b)

Mematuhi log masa yang ditetapkan.

(c)

Membuat keputusan berdasarkan satu mesyuarat dan mengutamakan


kebajikan dan keselamatan pelajar.

(d)

Mematuhi arahan pekeliling dan taklimat.

(e)

Bekerjasama dalam melaksanakan tugasan dalam pasukan dan selalu


mengamalkan integrasi, sinergi dan kawalan masa.

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

161

AKTIVITI 7.1
Log masa yang adil. Sila isikan aktiviti yang anda lakukan sejak anda
bangun tidur.
Masa

Aktiviti yang Perlu Dilaksanakan pada Setiap Hari


(Tuliskan Sendiri)

7.00 pagi
8.00
9.00
10.00
11.00
12.00 tengahari
1.00
2.00 petang
3.00
4.00
5.00
6.00
7.00
8.00 malam
9.00
10.00
11.00
12.00
1.00 pagi
2.00
3.00
4.00
5.00
6.00
7.00

1.

Adakah anda puas hati dengan apa yang anda lakukan?

2.

Apakah tindakan anda supaya selesa dengan pengurusan anda?

3.

Anda dikatakan adalah seorang yang membazir masa. Kenapa ini


berlaku?

162

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

SEMAK KENDIRI 7.2


Pernahkah anda menghitung dan rasa menyesal dengan masa yang
berlalu tanpa aktiviti yang berfaedah?

7.2

MENGAMALKAN KETEPATAN WAKTU

Konsep mengamalkan ketepatan waktu ialah tidak berlengah-lengah dalam


melakukan perkara yang ditetapkan. Contohnya, anda wajib sampai ke sekolah
dan wajib masuk kelas pada masa yang ditetapkan. Anda tidak dibenarkan
keluar kelas sebelum masanya.
Perkara dan situasi yang menghalang anda daripada menepati waktu adalah
seperti berikut:
(a)

Mencari bahan-bahan yang salah letak;

(b)

Tiada atau tidak cukup bahan komputer;

(c)

Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu perkara;

(d)

Pengurusan stok dan bahan dalam kabinet yang tidak teratur;

(e)

Menyimpan bahan stok yang tidak berguna;

(f)

Menghadiri mesyuarat yang panjang berjela dan bercakap tanpa objektif;

(g)

Pengerusi mesyuarat suka berleter; dan

(h)

Menghadiri mesyuarat yang diadakan semata-mata untuk mengadakan


mesyuarat.

Halangan-halangan yang menyebabkan anda tidak dapat menepati waktu dan


perlu ditangani dengan berhati-hati adalah seperti berikut:
(a)

Rakan sejawat hendak berbual;

(b)

Pelajar hendak mengadu masalah;

(c)

Ibu bapa hendak membincangkan masalah anak mereka;

(d)

Tetamu hendak membincangkan program sekolah; dan

(e)

Pegawai-pegawai datang melawat sekolah.

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

163

Bagi membantu anda dalam menepati masa, anda boleh mengatur masa dengan
berdasarkan Jadual 7.3.
Jadual 7.3: Aturan Masa untuk Menepati Masa
Masa
x

Perancangan

Masa yang
ditetapkan
contohnya
mesyuarat
pada pukul
2.00 petang

Persediaan
awal yang
perlu ada
seperti
minit
mesyuarat

Organisasi
x Kehendak
organisasi
seperti surat
menyurat

Kerja
x

Bidang
kerja yang
perlu
dibuat
secara
terperinci
contohnya
tempahan
bilik untuk
mesyuarat

Mesyuarat
x

Catatkan
tempat,
tarikh dan
masa
mesyuarat
Surat
panggilan
mesyuarat
perlu ada
bersama

Halangan yang
Boleh Diatasi
x

Cuaca

Kenderaan

Masa makan
disegerakan

Masa solat
dijaga

Persiapan
pengurusan

Jadual
sekolah anak
disiapkan

AKTIVITI 7.2
1.

Sediakan satu laporan ringkas tentang halangan-halangan yang


anda tempohi sepanjang pengalaman anda sehingga tidak dapat
menepati masa dan anda sangat menyesalinya.

2.

Senaraikan implikasi kepada diri anda dan orang lain apabila anda
tidak menepati masa.

7.3

MERANCANG DENGAN BERKESAN


SEMAK KENDIRI 7.3

Pernahkah anda merancang masa anda dalam jangka masa panjang?

Konsep merancang dengan berkesan ialah membuat sesuatu perkara atau


program yang mendahului masa yang sepatutnya, sekurang-kurangnya sebulan
dari tarikh program. Anda akan dapat memantau tindakan di sepanjang masa
sehingga objektif program tercapai. Banyak perkara yang diambil kira untuk
memastikan program berjalan lancar. Anda sentiasa perlu mengingati tarikh

164

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

akhir persiapan sesuatu program. Sekiranya program tersebut melibatkan ramai


guru lain, maka semua perlu peka kepada tarikh tersebut.
Jadual 7.4 berikut mempamerkan perancangan berkesan untuk program
persembahan drama sekolah (projek). Anda perlu menyediakan senarai semak
untuk setiap langkah dalam tugasan supaya tidak ada yang tertinggal dalam
perancangan tersebut. Terdapat beberapa tugasan yang perlu disiapkan sebelum
masa yang sebenarnya tiba.
Jadual 7.4: Senarai Semak bagi Setiap Langkah dalam Tugasan

Tugasan

Menulis
skrip untuk
pelajar

Minggu
1
(2.1.2012)

Minggu
2

Minggu
3

Menaip skrip
untuk pelajar

Membuat
fotostat skrip

Minggu
4

Minggu
5

Minggu
6

Minggu
7

Menghafal
skrip

Menulis
surat kepada
ibu bapa

Membuat
ujibakat

Membuat
kostum

Membuat
prop, pentas
dan latar
belakang

Membuat
Latihan
pelakon

Menghantar
surat
jemputan
kepada difdif kehormat
dan ibu bapa
Menyediakan

make up
Menempah
tiket dan
menjual tiket

Minggu 8
Tarikh
Persembahan
Drama pada
28.2.2012

Persembahan
drama
bermula pada
28.2.2012

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

165

Semasa merancang untuk jangka masa panjang, ramai orang yang terlibat. Maka,
dari masa ke semasa, perlu diadakan perjumpaan untuk memastikan semua
berjalan dengan lancar.
Bagi merancang dalam jangka masa pendek pula, anda hanya perlu mencatatkan
dalam diari berkenaan mesyuarat yang perlu dihadiri, tindakan yang perlu
diambil supaya pelajar yang terlibat dapat dihubungi segera dan pada masa
yang sama, tidak membazir masa untuk mengurus pelajar yang tinggal jauh dari
sekolah.

AKTIVITI 7.3
Huraikan perancangan anda untuk membuat satu lawatan sekolah,
contohnya lawatan sekolah ke pesta pameran buku yang bakal diadakan
dalam masa sebulan lagi. Buatkan satu jadual senarai semak setiap
langkah dalam tugasan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.4.

7.4

MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN


EFISIEN DAN SELAMAT

Anda perlu melaksanakan tugas dengan efisien dan selamat. Utamakan


keselamatan para pelajar dan diri sendiri supaya dapat mengelakkan diri dari
segala bentuk kemalangan dan kecederaan. Menurut Nelson (1995), Buat satu
kerja pada satu masa. Ambil keputusan kerja mana yang hendak dilakukan dan
siapkanlah sebaik mungkin.
Berikut adalah keberkesanan melaksanakan tugas dengan efisien dan selamat:
(a)

Pelajar dapat menyiapkan kerja dengan sempurna;

(b)

Mereka dapat mencapai objektif pembelajaran;

(c)

Mereka dapat memahami arahan dengan jelas;

(d)

Mereka mengemaskan barang-barang sebelum meninggalkan kelas; dan

(e)

Mereka dapat memastikan semua barang-barang tersimpan dengan kemas


dan selamat.

166

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

Dalam menyempurnakan tugas dengan segera, tentu anda berhadapan dengan


kekangan masa. Anda perlu mempunyai sistem fail yang mudah diperoleh
seperti berikut:
(a)

Sebelum menyimpan sebarang kertas dalam fail, fikirkan mengapa anda


perlu menyimpannya (Nelson, 1995) dan berapa lama untuk
menyimpannya. Apabila anda memutuskan untuk menyimpannya, maka
anda akan menyimpannya dengan sistematik. Ini dapat menjimatkan masa
anda dalam mencari kertas itu bila diperlukan. Segala kertas yang tidak
diperlukan perlu dibuang segera;

(b)

Mula dan tamatkan mesyuarat mengikut masa yang ditetapkan; dan

(c)

Jangan berbalah dengan rakan sejawat tentang perkara remeh-temeh


kerana ini membazir masa.

Mesyuarat yang berkesan dapat mengelakkan pembaziran masa. Kajian


menunjukkan 70% daripada masa terbuang disebabkan mesyuarat (Nelson,
1995). Ini berlaku kerana guru tidak mahir mengendalikan mesyuarat. Berikut
adalah cara-cara mengendalikan mesyuarat dengan berkesan:
(a)

Anda perlu mengetahui apakah objektif mesyuarat tersebut. Jika mesyuarat


itu tidak penting, ia tidak perlu diadakan dan kalau diteruskan juga
bermakna membuang masa. Kegagalan mengenal pasti objektif mesyuarat
menjadikan kehadiran guru dalam mesyuarat tersebut membuang masa.

(b)

Kenal pasti siapa yang patut menghadiri mesyuarat tersebut. Adalah


membazir masa jika semua guru dipanggil sedangkan idea dan pendapat
mereka tidak diperlukan. Lebih baik mereka masuk ke kelas untuk
mengajar.

Terdapat banyak cara di mana maklumat dapat disampaikan kepada guru tanpa
melalui mesyuarat, sebab kita tahu mesyuarat banyak membuang masa guru.
Langkah yang boleh diambil untuk memastikan semua guru memperoleh
maklumat segera tanpa menghadiri mesyuarat adalah seperti berikut:
(a)

Menghantar memo dan menandatangani penerimaan memo;

(b)

Menelefon guru yang berkenaan;

(c)

Berjumpa individu yang berkenaan;

(d)

Mengedarkan nota yang berkaitan kepada guru;

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

167

(e)

Menampal arahan di papan kenyataan guru; dan

(f)

Guru Panitia memberi taklimat ringkas dan mengambil kehadiran guru.

AKTIVITI 7.4
Berdasarkan pengalaman anda, huraikan cara anda melaksanakan tugas
anda dengan efisien dan selamat.

7.5

PENGURUSAN TEKANAN
SEMAK KENDIRI 7.4

Kerja guru di sekolah mempengaruhi kesihatan dan prestasi kerja


mereka. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini? Apakah pendapat
anda?

Seorang guru mungkin menghadapi tekanan dan berasa tertekan, kecewa,


bimbang, marah dan murung akibat kerjanya. Terdapat banyak sebab guru
mengalami tekanan. Contohnya adalah seperti berikut:
(a)

Disiplin pelajar yang rendah, kes buli, kes bunuh dan sebagainya.

(b)

Polisi sekolah contohnya mewajibkan guru datang ke sekolah pada hari


Sabtu.

(c)

Iklim sekolah di mana hubungan dengan pengetua kurang harmoni.


Pengetua kurang mementingkan aspek kemanusiaan.

(d)

Permintaan ke atas guru seperti kelas tambahan.

(e)

Terlalu banyak beban seperti mengajar kelas sehingga 30 waktu seminggu.

(f)

Tidak cukup masa untuk menyiapkan kerja, terlalu banyak program di


sekolah termasuk mengecat dinding sekolah dan menyusun buku di pusat
sumber, membuat laporan pelajar yang salah laku dan sebagainya.

(g)

Tidak cukup tenaga untuk melaksanakan tugas seharian.

168

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

(h)

Tiada ganjaran dan terlalu sedikit pengiktirafan dari sekolah.

(i)

Guru tidak dihargai setelah


dipertanggungjawabkan.

(j)

Konflik dengan rakan sejawat, pengetua dan ibu bapa.

penat

melaksanakan

tugasan

yang

Pengurusan tekanan adalah perkara subjektif dan bagaimana seseorang


mengatasi tekanan juga subjektif. Guru-guru menghadapi dan mengatasi
tekanan dalam kehidupan seharian. Sesuatu yang berkesan untuk seorang guru
mungkin tidak berkesan untuk guru lain. Namun, ia boleh menjadi sumber
tambahan dalam mengurus tekanan.
Berikut adalah cadangan cara-cara mengurus tekanan:
(a)

Menarik nafas dalam dan panjang supaya oksigen dapat masuk dan
memudahkan aliran darah beroksigen;

(b)

Memperbaiki kemahiran interpersonal melalui latihan perubahan sikap


yang positif, menerima sesuatu dengan pemikiran yang terbuka;

(c)

Memupuk minat seperti menanam pokok bunga, memasak, berjalan,


berbasikal, memandu dan solat;

(d)

Bercakap mengenai apa yang dirasakan dengan rakan sejawat, suami/


isteri;

(e)

Memikirkan perkara lain bagi mengganti perkara yang merungsingkan


contohnya, kalau pangkat anda ditarik balik oleh pihak pentadbir anda
boleh menulis sebuah buku untuk menenangkan pemikiran anda;

(f)

Berbincang berkenaan hobi dengan rakan sejawat;

(g)

Duduk berehat untuk minum kopi bersama rakan sejawat;

(h)

Balik awal tetapi menepati masa;

(i)

Berjenaka dan ketawa;

(j)

Berhubung dengan rakan yang rapat;

(k)

Tidak membuat kerja sekolah pada hari Sabtu dan Ahad;

(l)

Berkongsi kesusahan dengan kawan-kawan rapat;

(m) Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam;

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

(n)

Mulakan hidup yang lebih teratur;

(o)

Sentiasa tersenyum walaupun ada masalah;

(p)

Bangun awal bagi memulakan aktiviti harian;

(q)

Ambil cuti sambilan apabila keadaan memaksa;

(r)

Mengikuti kursus dan berjumpa kawan baru;

(s)

Cuba berbincang dengan rakan yang bukan guru;

(t)

Berehat sebelum penat;

(u)

Cuba berkata tidak kepada orang yang menjual barang kepada kita;

(v)

Menonton wayang gambar;

169

(w) Apabila sampai di rumah, berehat dan tidak memikirkan perihal sekolah;
(x)

Menerima masalah sebagai takdir dengan perasaan terbuka; dan

(y)

Tidak mengendahkan (switching off).

Di peringkat profesional, pihak atasan boleh melakukan perkara berikut:


(a)

Memberikan kaunseling kepada staf;

(b)

Dapatkan sokongan daripada staf untuk mengurangkan tekanan;

(c)

Memperbaiki keyakinan diri;

(d)

Memberi rasional untuk beban tugas yang banyak;

(e)

Elakkan membuat kerja secara bersendirian;

(f)

Membuat refleksi setiap hari; dan

(g)

Mencari kepuasan dan keyakinan diri sendiri contohnya dengan menulis


buku, mendaki gunung, berenang, menunggang kuda dan lain-lain.

Teknik Two Minutes Relaxation (Berehat Dua Minit) juga boleh dipraktikkan
untuk menggelakkan tekanan dengan cara berikut:
(a)

Bernafas secara dalam.

(b)

Fikirkan berkenaan badan yang relaks.

170

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

(c)

Fikirkan bahawa tekanan keluar dari kaki, badan, tangan, leher dan bahu
dan merasai tekanan keluar dari badan.

(d)

Berbaring atau duduk atas kerusi yang boleh menyokong badan kita.

(e)

Tutup mata dan blok semua bunyi.

(f)

Rehatkan kepala dan dagu, biarkan lidah jatuh terjelir pada mulut yang
terbuka dan bernafas dengan mendalam.

(g)

Rehatkan bahu anda dan jatuhkan tangan anda.

(h)

Rehatkan leher anda dan gerakkan ia secara perlahan.

(i)

Fikirkan berkenaan tangan kanan dan tangan kiri sambil biarkan tekanan
tangan jatuh pada jari-jari.

(j)

Angkat kaki kiri dan seterusnya kaki kanan supaya tekanan turun ikut
tumit.

(k)

Dengar bunyi nafas anda, bunyi jantung anda dan bunyi perut anda.

(l)

Selepas empat hingga lima minit, buka mata secara perlahan, terus bangun
dan regangkan tangan dan kaki anda.

AKTIVITI 7.5
Huraikan cara-cara menangani tekanan yang anda rasa sesuai dengan
diri anda.

7.6

PENGURUSAN AMARAH

Marah adalah emosi yang tidak stabil dan boleh membawa padah kepada pelajar
dan prestasi kerja guru. Contohnya, guru yang marah mungkin mengeluarkan
kata-kata yang kesat kepada atau mencederakan pelajar.
Anda marah sebab rasa tertekan. Marah berlaku apabila ada ketidakseimbangan
ketara di antara kehendak persekitaran dan keupayaan memenuhi kehendak
tersebut sama ada tugas atau keperluan.

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

171

Guru yang marah kadang-kadang hilang kawalan diri lalu menggunakan bahanbahan di sekeliling untuk memukul pelajar, seperti berikut:
(a)

Menggunakan pembaris panjang untuk memukul pelajar ditapak tangan;

(b)

Menyebat pelajar dengan bulu ayam;

(c)

Menggunakan rotan;

(d)

Memukul dengan pembaris pada punggung pelajar hingga terdapat kesan


lebam dan bengkak;

(e)

Meludah pelajar;

(f)

Membaling pemadam ke muka murid;

(g)

Menendang dan menerajang murid;

(h)

Mengurung murid dalam almari;

(i)

Mengurung murid dalam tandas;

(j)

Mengarahkan murid lari keliling padang;

(k)

Membuli murid; dan

(l)

Menghentak kepala murid dengan ketulan cincin di jari.

Rajah 7.2: Guru yang bersifat amarah

172

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

Guru yang suka marah akan mudah mendapat tekanan dan burnout. Sila lihat
Rajah 7.2. Cole M. (1989) menjelaskan bahawa some of these teachers
experiencing stress will also become burned out dan the result of burnout is
that it detracts from the quality of teaching. Burnout bermaksud guru tidak
puas hati dengan pekerjaannya dan ingin meninggalkannya. Guru yang burnout
bagaikan pokok mati, tidak lagi menyumbang kepada kemajuan pelajar.
Menurut Cole M. (1989), burnout can have a negatif impact on the teacher
themselves and on the pupils they teach. Berikut adalah tanda-tanda guru yang
burnout:
(a)

Guru sudah tiada tenaga untuk memberi motivasi kepada pelajar jadi
motivasi yang diberikannya adalah kurang;

(b)

Guru mempamerkan tingkah laku yang membimbangkan dan mengasari


pelajar seperti menengking dan sebagainya, menyebabkan pelajar menjadi
tidak berdisiplin;

(c)

Pelajar bersikap negatif, tidak berminat kepada pelajaran, ponteng kelas,


melawan cakap guru dan biadab;

(d)

Keadaan kerja yang kelam-kabut, ketiadaan kemudahan telefon, ketiadaan


pendingin udara, keadaan panas dan tiada kipas;

(e)

Tekanan dan kekangan masa untuk memenuhi tuntutan kerja mengikut


tarikh akhir. Ini merupakan aspek stres yang menimbulkan kemarahan
sekiranya tarikh akhir terlalu dekat dan kerja diminta siapkan dalam masa
terdekat;

(f)

Status rendah  Gaji yang murah dan pandangan masyarakat yang


memperlekehkan profesion keguruan seperti pelajar tidak menghormati
guru dan ibu bapa datang ke sekolah memarahi guru di hadapan anak
mereka dan pelajar lain;

(g)

Konflik dengan rakan-rakan sejawat yang menjatuhkan maruah guru di


hadapan pelajar, ibu bapa dan guru-guru lain atau termasuk pengetua; dan

(h)

Pihak guru besar atau pengetua yang tidak menghargai pengorbanan guru
dan tidak mengucapkan terima kasih terhadap penat-lelah guru mengajar
dan membimbing pelajar. Terdapat juga guru besar yang memarahi guru di
hadapan ibu bapa dan pelajar lain.

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

173

Punca guru marah adalah seperti berikut:


(a)

Persekitaran Organisasi
Tiada autonomi, kerja yang rencam dan pelbagai serta beban kerja yang
banyak.

(b)

Emosi Terganggu
Kesempurnaan kendiri terganggu.

(c)

Fizikal
Kemudahan tidak cukup, lampu tidak cukup terang dan ketiadaan talian
telefon.

(d)

Sosial
Hubungan dengan pelajar tidak harmoni, kurang sokongan dari staf
sokongan dan pihak pentadbir.

(e)

Budaya Kerja
Terlalu birokrasi, peraturan pentadbiran melampau, konflik, pengaruh
individu dan beban kerja yang ad-hoc.

(f)

Iklim dan Persekitaran yang Negatif


Kawasan sekolah di pedalaman, kawasan setinggan, kawasan hulu
kampung, kawasan orang asli dan kawasan pergunungan jauh dari
pengangkutan, pengangkutan sungai sahaja pergi dan balik, kawasan
Felda, bangunan sekolah yang hampir roboh, bangunan lama, sekolah di
tepi jalan raya dan bunyi bising kenderaan (guru terpaksa menjerit-jerit
ketika mengajar).

Tindakan positif perlu diambil untuk menangani masalah marah. Dalam Islam
apabila seseorang itu marah maka disarankan kepadanya berwuduk. Seorang
guru yang mengalami situasi kemarahan mesti mengawal diri dengan kekuatan
semangat diri dan peribadi yang baik serta tidak mencederakan pelajar atau
orang lain di sekelilingnya dengan cara lisan atau fizikal. Sebenarnya, anda tidak
perlu menunjukkan kemarahan kepada pelajar, guru lain atau pengetua. Siapa
anda sebenarnya? Apa hak anda untuk memarahi orang lain? Berikut adalah
jenis pengurusan amarah:
(a)

Cepat marah, lambat baik;

(b)

Cepat marah, cepat baik;

(c)

Lambat marah, lambat baik;

(d)

Lambat marah, cepat baik; dan

(e)

Tidak pernah marah/tidak marah.

174

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

Cara mana yang anda amalkan?


(a)

Cepat Marah, Lambat Baik


Anda mempunyai pengurusan amarah yang sangat buruk. Anda tidak
layak menjadi guru. Anda mempunyai peribadi dan akhlak yang lemah
dan mempamerkan tingkah laku yang buruk. Anda memalukan diri,
profesion dan keluarga anda. Anda sepatutnya berhenti menjadi seorang
guru dan memilih profesion lain.

(b)

Cepat Marah, Cepat Baik


Peribadi anda seperti kanak-kanak, anda tidak mempunyai peribadi yang
teguh dan tidak boleh dicontohi sebagai guru yang profesional. Anda
menghina profesion keguruan dan membawa padah kepada pelajar dan
masyarakat. Anda tidak bijak dalam kemahiran interpersonal.

(c)

Lambat Marah, Lambat Baik


Anda seorang pendendam dan dengki hati. Anda ibarat api dalam sekam.
Anda tidak sesuai berada dalam profesion keguruan, kerana guru
berhubung setiap hari dengan pelajar, rakan sejawat dan pengetua.
Tingkah laku anda membawa implikasi yang merosakkan pelajar, bangsa
dan negara. Ini kerana jiwa anda tidak ikhlas dalam membimbing pelajar
supaya menjadi orang yang berguna kerana anda sendiri gagal mengurus
amarah anda.

(d)

Lambat Marah, Cepat Baik


Anda menyimpan kemarahan yang meluap sehingga masa yang tidak
terhad. Sedangkan dalam Islam, hubungan manusia boleh terputus hanya
tiga hari sahaja. Selepas tiga hari, anda perlu memberi salam, bermaafmaafan, melupakan peristiwa lalu dan memulakan hubungan yang baik,
selesa dan ikhlas. Anda patut menamatkan kemarahan bukannya
menyimpan kemarahan yang berlarutan dan memutuskan hubungan.

(e)

Tidak Marah
Anda mempunyai pengurusan amarah yang hampir baik sebab yang
terbaik ialah tidak pernah marah atau marah yang bertempat iaitu menegur
kesalahan dengan kata-kata nasihat kepada pelajar yang salah laku dan
tidak mematuhi arahan sekolah. Guru mencari sebab kenapa pelajar
berkelakuan yang tidak menyenangkan guru, ibu bapa dan pihak sekolah.
Guru tidak layak memarahi pelajar kerana ini bukan jalan penyelesaian
kepada masalah yang mereka hadapi. Guru perlu menguasai rasa marah
dan menggantikannya dengan rasa empati dan prihatin kepada pelajar
yang salah laku.

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

175

Berikut adalah contoh pengurusan amarah yang baik dan yang boleh
dipraktikkan oleh guru:
(a)

Mempunyai keyakinan diri;

(b)

Prihatin kepada perbezaan individu, iaitu menyedari bahawa pelajar yang


berbeza-beza terdapat dalam satu kelas;

(c)

Mempamerkan kualiti kerja yang konsisten;

(d)

Sentiasa bersedia dalam segala hal;

(e)

Menyukai semua pelajar dalam kelas;

(f)

Mengajar budaya dengan mendirikan kumpulan budaya dan meraikan hari


perayaan, hari merdeka, hari guru, hari kanak-kanak, hari buruh, hari ibu,
hari bapa, hari sukan, hari kantin dan gotong-royong;

(g)

Bertindak sebagai tutor yang memahami kehendak pelajar.

(h)

Mengucap selamat dan tahniah kepada pelajar.

(i)

Berbincang secara terus dan telus dengan pengetua.

(j)

Peluang kenaikan pangkat atau kedudukan set keutamaan diberikan


kepada guru yang lebih lama berkhidmat agar tidak menimbulkan konflik
dan iklim tidak harmoni.

(k)

Pengetua perlu elakkan pilih kasih (ini boleh mempengaruhi polisi dan
operasi sekolah).

(l)

Mempunyai penampilan diri yang baik  Mengekalkan imej sebagai guru


yang bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran interpersonal dan
intrapersonal yang mantap.

AKTIVITI 7.6
1.

Senaraikan punca-punca yang membuat anda marah.

2.

Apakah akibat perasaan marah anda kepada pelajar?

3.

Bagaimanakah anda mengurus rasa marah?

4.

Adakah anda mampu berjanji yang anda akan meninggalkan tabiat


anda yang suka marah? Senaraikan tindakan usaha anda dalam
pengurusan amarah.

176

7.7

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

PENGURUSAN KEKECEWAAN
SEMAK KENDIRI 7.5

1.

Apakah itu kecewa?

2.

Bilakah anda dikecewakan?

3.

Kenapa anda kecewa?

4.

Siapa yang mengecewakan anda?

5.

Bagaimanakah anda menguruskan rasa kecewa?

6.

Adakah anda menangis bila kecewa? Kenapa?

7.

Adakah anda dapat melupakan kekecewaan anda itu?

Guru mungkin kecewa jika pelajar tidak menunjukkan prestasi yang baik dari
segi akademik, kemahiran, sikap dan tingkah laku. Segala tohmahan dari pelajar,
ibu bapa dan pengetua terpaksa dihadapi. Guru perlu memperolehi kepuasan
supaya dapat mengurangkan kecewa dan perasaan tertekan. Terdapat juga
beberapa masalah lain yang menyebabkan guru kecewa. Di antaranya ialah:
(a)

Pelajar tidak dapat menjawab soalan latihan;

(b)

Pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberikan;

(c)

Pelajar tidak memberi tumpuan kepada pelajaran;

(d)

Pelajar tidak bersedia menerima pendapat;

(e)

Pelajar mengambil peluang untuk membuli guru;

(f)

Pelajar terlalu mengikut emosi;

(g)

Ibu bapa mempertikai kredibiliti pengajaran guru terhadap anak-anak


mereka; dan

(h)

Serangan daripada ibu bapa yang membela kesalahan anak mereka.

Konsep pengurusan kekecewaan adalah tindakan guru dalam menangani


perasaan kecewa dengan menggunakan pelbagai strategi dari segi mental dan
perubahan sikap. Mengajar adalah sebahagian daripada proses mensosialisasikan
pelajar. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa ibu bapa, rakan sebaya,
jiran, media massa dan budaya lebih kuat pengaruhnya terhadap pelajar. Inilah

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

177

cabaran-cabaran yang perlu dihadapi guru dalam membuat pertimbangan


tindakan terhadap pelajar yang devian dan delikuensi.
Di sekolah, murid diajar nilai-nilai yang baik tetapi di luar sekolah, media massa
menonjolkan nilai-nilai yang tidak baik seperti mengiklankan rokok. Di sekolah
pelajar dididik menutup aurat tetapi di kaca televisyen dan dalam majalah,
pelajar didedahkan kepada pakaian yang menjolok mata. Pelajar juga
didedahkan kepada adegan dan filem ganas dan lain-lain nilai yang
bertentangan dengan misi sekolah yang hendak membentuk pelajar menjadi
insan yang seimbang.
Berikut adalah contoh bagi kualiti diri, bagi mengurangkan kekecewaan anda di
sekolah:
Jadual 7.5: Senarai Semak bagi Setiap Langkah dalam Tugasan
Kualiti Diri Guru

Kekuatan

Tindakan Guru

1. Fokus kepada
pelajar

Berjumpa dengan staf, dan ibu


bapa yang terlibat untuk
menyelesaikan masalah.

Elakkan memberi respons


kepada pihak yang suka
mengadu.

2. Penglibatan
sepenuhnya

Berkongsi tanggungjawab
bersama rakan sejawat untuk
menyelesaikan masalah pelajar,
ibu bapa dan masyarakat.

Elakkan bertindak secara


bersendirian dan tunggu
keputusan guru besar/
pengetua.

3. Pemantauan

Menyenaraikan perubahan
positif yang telah berlaku
kepada pelajar atau
penambahbaikan yang berlaku
di sekolah.

Elakkan mencari kesilapan


kepada progres sesuatu proses
tetapi cari jalan untuk isu yang
lain yang positif.

4. Komitmen anda
yang berterusan

Pihak pentadbiran menjalankan


latihan/kursus/bengkel bagi
staf akademik untuk bekerja
lebih sistematik dan selesa.

Elakkan memencilkan diri


kerana tidak terpilih sebagai
guru cemerlang, jangan lupa
rezeki ada di tempat lain, rezeki
datang kepada anak-anak dan
cucu kita.

5. Kesinambungan
untuk
penambahahbaikan

Konsisten dalam
penambahbaikan khasnya
akademik, kemahiran dan sikap
dan tingkah laku pelajar.

Elakkan dari membesarbesarkan isu yang kecil seperti


masalah tempat letak kereta,
pengawal keselamatan tidak
buka pintu pagar, guru
bergaduh di padang sekolah
semasa sukan dan sebagainya.

178

TOPIK 7

6. Kuatkan iman dan


bertaqwa
Bekerja itu satu
ibadah

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

Guru adalah penyampai ilmu,


penyampai ilmu Allah dan
penyampai sunnah Rasul Allah.
Sampaikan dan berpesan
kepada kebaikan dan
kebenaran.

Kuatkan kesabaran dalam


menghadapi kekecewaan,
bersyukur bahawa anda masih
bekerja di bawah bumbung
yang selesa, jauh dari hujan dan
panas berbanding dengan orang
lain yang bekerja di tempat yang
tidak selesa.
Berdoa untuk cemerlang di
akhirat bukan di dunia.

7. Rekreasi

Melancong, bersenam,
berjoging, mengikuti majlis
ilmu, menghadiri majlis
perkahwinan, menziarahi orang
sakit, menziarahi kematian.

Elakkan peristwa hitam dalam


hidup anda mengganggu jiwa
dan keluarga anda, pilih satu
hobi atau kerja seperti menulis
buku atau novel untuk
melupakan kekecewaan anda.
Bercerita kepada rakan dan ibu
bapa berkenaan perasaan anda.

AKTIVITI 7.7
1.

Senaraikan langkah-langkah yang anda ambil untuk mengatasi


kekecewaan.

2.

Huraikan akibatnya sekiranya anda melayani perasaan kecewa.

Konsep pengurusan masa ialah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya


untuk menghasilkan kerja yang terbaik demi prestasi pelajar dari segi
akademik, kemahiran dan sikap.

Log masa (time-log) boleh digunakan supaya anda menggunakan masa


dengan baik dan berkesan dan tidak berbual kosong tanpa tujuan contohnya
duduk di kantin terlalu lama seperti individu yang suka membazir masa.

Marah adalah emosi yang tidak stabil dan boleh membawa padah kepada
pelajar dan prestasi kerja guru.

TOPIK 7

PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

Delikuensi

179

Sinergi

Devian

1.

Jelaskan konsep pengurusan masa.


(2 markah)

2.

Jelaskan konsep pengurusan amarah.


(2 markah)

3.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru untuk amalan


ketepatan waktu.
(i)

______________________________________________________________

(ii)

______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________
(2 markah)
4.

Bagaimanakah guru dapat melaksanakan pengurusan amarah? Nyatakan.


(i)

______________________________________________________________

(ii)

______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________
(2 markah)